MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Wednesday, October 29, 2014

KLUANG Rail Coffee

ASSALAMUALAIKUM...


SEMALAM baca Kak Hajah Zakie post tentang KLUANG Rail Coffee ni barulah teringat yang sK tak 'post-post' lagi cerita tentang KLUANG Rail Coffee yang terletak betul-betul di Stesen Keretapi Kluang ni. Dan semalam masa tinggalkan komen di blog Kakzakie tetiba server down.. tak tahulah sempat tak sempat komen tu masuk. Tahu tak, sK ke Kluang ni bukan ada agenda pun selain untuk makan di KLUANG Rail Coffee (KRC) ni. Jalan-jalan Cari Makan katanyaaaa.. huhuhu.


Peristiwa ni dah hampir setahun jugak berlalu, adoi.. punyalah lama peram, kan. Semalam baru selongkar balik.. itupun dah petang. Tapi ingatan masih kuat jugaklah apa yang berlaku tu. Kalau yang sK tak ingat tu, sK goreng ajelah ya.. ;p Jangan marah tauuuu...


Kami keluar rumah di awal petang jugak. Memang hari tu sK cuma buat sarapan lepas tu sibuk kemas rumah dan basuh kain, ingat nak masak tengahari lewat sikit. Tetiba jer ER kata, jom kita pergi KRC. Tang tu jugaklah terus bersiap dan keluar rumah menuju ke KRC ni. Sebaik sampai.. hurmmm.. samalah macam cerita Kakzakie.. 'full house' sampai kena menunggu meja. Hebat betul daya penarik di KRC nikan. Sudahnya kami berkongsi meja dengan orang lain. Konsep macam dulu-dulu jugakkan, kongsi meja dengan orang yang kita tak kenal. Pura-pura selamba jerlah. Tapi lepas tu dapat jugaklah beralih meja lepas satu pasangan ni bangun. Adalah 'privacy' sikitkan. Walaupun orang tua kata, tak baik makan pindah-pindah meja.. tapi takpe.. sebab makanan pun belum sampai masa tu.. huhu.

Sk pergi ni dah lama tau.. November 2013.. jadi jangan keliru dengan tarikh dalam status halal ini
Macam biasalah, bila singgah di Kopitiam ni haruslah makan roti bakar, kan. Yang ni sK tak ambil gambarnya. Roti Bun dibakar, disapu kaya yang merupakan resepi turun temurun di KRC dan diletakkan hirisan mentega. Bayangkan, roti yang masih suam-suam bersama kaya yang lemak manis dan butter sejuk yang sedang mencair... aummmm! Dan.. sK minta juga.. Roti Tuna (tak silap namanya). Rupanya macam pau dan diisi inti tuna. Sedap jugaklah, lapar masa tukannnn.. baru lepas kerahan tenaga, huwa huwa huwa.


Sambil menikmati hidangan.. sambil melayan pandangan.. menunggu keretapi lalu. Tapi, kepala keretapi pun tak lalu. Salah 'timing' nampaknya. Seronok sebenarnya sesekali ubah selera ni. Asyik makan makanan yang kita masak sendiri pun bosan jugakkan.. huhu.


Selepas menghabiskan makanan dan minuman yang dibeli, kami pun meninggalkan KRC. Ialah, takkan nak tidur situ pulak sK oiii.. :D Kami melalui satu kawasan yang baru dikomersialkan di bandar Kluang, tak ingat nama tempat tu dan sK terpandang satu papan tanda besar, KLUANG Rail Coffee. Ooooo.. rupanya KRC membuka cawangan yang lebih besar dan komersial di sini. Kalau tadi konsepnya macam Kedai Kopi Kampung yang ini adalah Kopitiam yang dimodenkan. Tak agak-agak, ER mengajak singgah makan lagi di sini dengan alasan makan di stesen keretapi tadi tak cukup kenyang. Biar betik????


Macam KRC yang asal, di sini pun boleh dikatakan ramai orang juga. tapi disebabkan cawangan ini lebih besar dan lot tepi pula, maka ada lagi meja kosong dan tak perlu menunggu. Pilihan makanannya pun lebih banyak dan lebih berat.. termasuklah hidangan barat. Apalagi, kata orang rezeki jangan ditolakkan.. makanlah, apalagi!!


Walaupun hidangan nampak sedap tapi di tekak kami tak ada yang luar biasa pun. Orang sekarang kata, tak baik cakap makanan tak sedap, kan? Macam mencaci makanan katanya. Kita bukan mencaci makanan, cuma kita nak cakap, tukang masak ni yang masak tak sedap, hehehe.


Tapi Jus Markisa ni memang sedap dan terbaekkkkk!! Balik tu terus singgah Pekan Aitam (Ayer Hitam) beli buah markisa banyak-banyak.. penamak betul!


Yang ini??? Bolehlahhhh...
Burpppp! Alhamdulillah...

Sunday, October 26, 2014

TART TELUR GEBUS... BIAR GAMBAR BERBICARA..

ASSALAMUALAIKUM...


ALHAMDULILLAH... dunia maya menemukan kami.. dari dalam talian ke dunia realiti. Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi tart telur gebus.. lain dari yang lain ini kepada sK.. anda tahu anda siapa...


Dari mata turun ke hati.. bagaimana rupa begitulah rasanya.. hingga tangan ini bagaikan tidak boleh berhenti untuk menyuap seketul demi seketul. Buat setengah adunan, selesai.. buat lagi setengah adunan.. selesai lagi.. Buat pulak satu adunan.. pun selesai.. apalagi yang hendak dikatakan, memang sedap resepi yang dikongsikan sahabat dari negeri Seberang Tambak ini.
 

Kepada yang ingin menikmati keenakan Tart Telur Gebus ini,
sK nak buka tempahan.. setiap hari Jumaat dan Sabtu sahaja dan cuma di sekitar Johor Bahru meliputi Senai, Kulai, Skudai dan Pusat Bandar Pasir Gudang sahaja. Senarai harga seperti berikut :
 

Harga : Tart Telur Gebus RM26/36pcs
Caj Penghantaran RM5
Tiada tempahan minima
Whatsapp 0127799705
SMS 0127844524

Tuesday, October 21, 2014

PONTI DAN CIK LANG

ASSALAMUALAIKUM...
 
SETELAH kehilangan dua ekor kucing dalam masa selang tujuh hari,
 sK memang dah bertekad tak mahu lagi nak bela kucing. Rasa sedih sangat hati ini lebih lagi masa kehilangan Boboiyot sebab dalam tempoh seminggu sebelum dia hilang, setiap malam dia akan tidur di atas bantal sK. Ya, menyelit antara kepala katil dengan kepala sK. Perutnya yang empuk tu masih terasa-rasa sampai sekarang sampai ER 'jelous' sebab Boboiyot tak pilih bantal ER untuk tumpang tidur. Rupa-rupanya Boboiyot macam memberi isyarat yang dia akan pergi meninggalkan sK. Sampai sekarang masih misteri apa yang berlaku pada Boyot.. diambil orangkah.. atau matikah???


Dua tiga minggu lepas, sK terjumpa anak kucing yang mati ketika menyeberang jalan. Aduhai.. kesiannya. Anak kucingkan bukannya faham marabahaya di sekelilingnya. Kalau berjalan tu memang tak ada arah tujuan dan tak tengok kiri kanan. Tapi kita yang tengok ni rasa sangat belas. Nampak monyet mati kena langgar pun rasa sedih apalagi kucing, haiwan kesayangan Nabi SAW.


Minggu lepas, sK pergi ke Senai. Belum pun seminit letak punggung tetiba ternampak dua ekor anak kucing sedang merayap-rayap nak masuk ke dalam rumah. Iman terus menjerit. Memang dia pantang nampak kucing, tak kiralah kucing kecik atau kucing besar. Comel ke.. kurus ke.. gemuk?? Lagi dia teruja. "Nenek!!! Kucing siapa ni???" Nenek kata tak tahu.. cari-cari maknya pun tak ada. Nampak macam kucing yang dibuang orang.


Pasal dah serik.. serik nak bela kucing lagi, sK menolak permintaan Iman untuk membela dua budak kecik ni. Pertama sebab dua ekor ni masih kecik lagi, nampak macam masih menyusu badan. Sk rasa macam tak mampu nak mendodoi makan minum dan berak kencingnya. Tambah lagi tak ada pengalaman bela kucing kecil macam ni.
 
"Alaaa.. bonda tak kesian ke.. nanti dia merayap-rayap kena langgar macam anak kucing kita nampak hari tu.." pujuk Iman.

 
Terussssss hati ini menjadi belas. Terbayang di ruangan mata anak kucing yang terbaring tengah jalan tu. Urmmm.... Maka, malam itu, kami ada penghuni baru. Nasib baik masih simpan lagi sangkar lama. Maka bermulalah episod baru anak-anak bulus ini bersama kami. Alhamdulillah, Zonan pun dah mula menerima kehadiran mereka. Siap 'kiss2' hidung lagi setiap kali bertemu.
 
Jenuh jugaklah memikirkan nama untuk si kecil ni... entah macam mana boleh timbul idea nak letak nama Cik Lang dan Ponti... hihihi. Ini gara-gara sangat suka dengan watak Fazura dalam filem Histeria dan Liyana Jasmay dalam telefilem Ponti Anak Remaja. Tapi, kalau panggil nama malam-malam naik jugak bulu roma sK tau.. hahahahaha.

kiri Cik Lang
kanan Ponti
Kalau tengok secara fizikal, walaupun warna bulu Cik Lang dan Ponti seakan sama tetapi saiz mereka berbeza. Tubuh Cik Lang kelihatan lebih kurus dan kecil berbanding Ponti yang agak berisi tetapi rupa-rupanya Cik Lang yang lebih kuat makan dan kuat menyusu. Mata Ponti jugak kelihatan lebih bulat dan besar sedangkan mata Cik Lang agak sepet sedikit. Depa punya nakal... Ya Ampunnnn. Nangis ER tengok dua beradik ni bergayut dekat sofa baru raya dia. Tu takpa.. siap bergayut dekat 'speaker' kesayangan ER lagi.. fuhhhhhh!! Bergasak-gasak, entah apa silap sampai tempang kaki... huhu. Mula kaki Ponti.. lepas tu kaki Cik Lang pulak.. haaaa.. kan dah sakit.
Siapa susah??? Bondaaaa jugak.. huhu

Thursday, October 16, 2014

CHOCOLATE LAVA

ASSALAMUALAIKUM...

ANDA peminat 'Chocolate Lava'??? Lai.. lai... lai... sK nak memperkenalkan anda dengan Amanda's Chocolate Lava yang didatangkan dengan dua perisa... Original Chocolate Lava dan Berry Chocolate Lava. Tempahan dibuka mulai hari ini di sekitar Johor Bahru sahaja. Jadi, siapa yang duduk Muo, Batu Pahat, Terengganu.. Kelantan... Perlis... mailah datang ke Johor Bahru untuk membeli Chocolate Lava ni dari sK... hihihihi.


Kalau nak tahu, Chocolate Lava ni dilimpahi dengan lava coklat yang akan membuatkan anda makan sampai keluar bunyi urmmm... urmmmm... urmmmm. Sebab apa? Sedap sangat tapi tapi tak boleh nak cakap sebab lava melimpah. kalau bercakap karang.. comotlah pulak mulut anda tu, hahaha. Silap-silap melimpah ke baju. Walaupun sedap sangat anda dinasihatkan jangan memejamkan mata ketika menikmatinya takut bila sedar jer.. baju kuning dah jadi coklat.. dah kena cuci dengan varnish pula.. Varnish tidak diberi ya.. kena beli sendiri.. hihihi.


Lagi tak terkata bila digantingkan dengan nutella tu... rasa hazelnut tu sangat serasi dengan coklat tau. sK pasti, seketul pun tak cukup seorang.. jadi.. belilah lebih, anda pasti tak menyesal. nak lagi romantis.. bila kita gigit strawberry yang masam manis tu.. adoiii.. sampai kesip-kesip ailio menaip ni.. tulunnnn.


Bagi mereka yang berhajat nak makan tapi tak ada kenderaan, insyaAllah, sK boleh hantarkan sampai kawasan rumah tapi ada syaratlah.. kena buat pembelian minima. Sebab sK kenakan caj lain untuk penghantaran jadi tak berbaloilah kalau anda beli sikit dan bayar banyak untuk caj penghantaran. sK cuma akan buka jualan pada setiap hari Sabtu, Ahad dan Khamis (selepas pukul 4 pm) sahaja ya.. sebab hari lain sK sibuk kerja.. hehehe. Di bawah ini sK senaraikan harga...

Original Chocolate Lava RM10/1 kotak/3 pcs
Berry Chocolate Lava RM15/1 kotak/3 pcs
Caj Penghantaran : RM5

Pembelian minima : 2 kotak
(Siapa yang datang ambil sendiri tiada pembelian minima)

Boleh call atau whatsapp 0127799705 kalau nak datang ambil sendiri dengan sK
Nak sms guna no ni 0127844524
Tempahan hendaklah dibuat selewatnya dua hari.

Penghantaran meliputi Skudai dan sekitarnya, Taman Daya dan sekitarnya (Sabtu sahaja), Senai dan sekitarnya.

Wednesday, October 15, 2014

MAKAN-MAKAN DI PERMAI CAFE, KUALA TERENGGANU

ASSALAMUALAIKUM...

MEH SK belanja.. belanja gambar jerlah ya...huhuhu. Sebenarnya Sk sekarang dah jarang-jarang ambil gambar jika pergi makan-makan kecuali makanan tu betul-betul menarik atau lain dari yang lain. Kadang rasa macam segan pun ada.. huishhh.. memang blogger tak tegar namanyakannn.. Tapi, masa Sk ke Kuala Terengganu hari tu, cafe hotel tu sunyi senyap. Dahlah cafe tu besarrrrr.. orang tak ramai.. cahaya pulak cukup, memang bagus untuk ambil gambar. Jadi Sk pun taklah segan nak ambil gambar. Ambil gambar tupun sebab...  sebab.. sebab Sk gelihati sangat...


Pertama.... cuba tengok nama menu untuk minuman (gambar atas sekali). 'Apa apa Ajer Laaa...' hahahaha. tak pernah dibuat orang, kan. Ni skrip ibu Sk sebenarnya bila kita ajak makan atau minum di kedai, tanya nak makan apa, minum apa.. mesti ibu jawab... "Apa apa ajer laaa...". Nanti kami cakap, mana ada menu 'Apa apa Ajer Laaa...'. hah.. tengok.. dah ada pun menu 'Apa apa Ajer Laaaa... :))))) Apa agaknya 'Apa apa Ajer Laaa...' tu ya?? Urmmm... rupa-rupanya, 'Teh O Ais Lychee' lahhhhhh....

 
 

Lepas tu, Iman minta Mushroom Soup With Garlic Bread... huwaaaaaaaa.. bila staf cafe tu letak atas meja Iman Garlic Bread tu, nak pecah perut kami tahan ketawa. Mak Aihhhh.. apa ke nipis bebeno potong Garlic Bread tu.. nak dibandingkan dengan badan Iman, memang tak kenyanglah gamaknya. celah gigi jer tu.. muahahaha.


Yang ini, 'Apple Strudel'. Alhamdulillah, sedap jugaklah walaupun inti tu agak kedek jugak, huhuhu. ER??? ER makan Cantonese Kuey Teow.. pekat likat.. Sk tak ambil gambar pun.. tapi nampak gaya dia makan tu macam sedap jugak... ke... dia lapar??? Tapi kalau licin.. sedaplah tu.. kan.. kan... kan...

Tuesday, October 14, 2014

GORPIS... ANTARA KICAP DAN KEJU

ASSALAMUALAIKUM...

MINGGU ini minggu sibuk buat ER dan maknanya minggu untuk Sk berjimba-jimba... muahaahahaha. Seronok campur tidak.. Tak seronok sebab rasa macam tak berteman walaupun kalau ER ada di rumah pun kami cuma bersembang sebelum tidur atau di meja makan. Masa lainnya, dia terlentang depan tv sambil sebelah tangan pegang talipon dan sebelah tangan lagi pegang remote control sedangkan saya sedang merembeskan peluh di dapur untuk santapan kekanda dan anaknda. Eh! Merembes peluh.. dah macam nak buat Nasi Tangas pulak.. hoihhhh! Kami ni tengok tv pun asing-asing seorang di depan seorang di bilik.. citarasa tak sama, seorang suka cerita Tamil, seorang suka cerita Omputeh.. (okey.. tipu.. Sk suka tengok Cerita Melayu dengan tema.. Filem Kita Wajah Kita.. gitewww..).

Bila ER tak ada (baru dua hari punnn), Sk cuti memasak yang tidak disengajakan. Kenapa tidak sengaja?? Sungguh... tiada niat pun tak nak memasak selama dua hari ni. Isnin lepas, seluruh negara dan khususnya di Johor Bahru telah dikejutkan dengan kejadian Papan Iklan Sebeso Tidak yang dipasang pada dinding pagar dan bumbung jejantas yang menghubungkan antara Taman Kobena dan Flat Taman Anggerik.. Taman Cempaka... di lebuhraya Pasir Gudang menuju ke Taman Perling telah tercabut diterbangkan ribut (atau puting beliung kecil mungkin). Bila papan iklan itu tercabut.. maka seluruh bumbung dan dinding jejantas dari pagar besi itu turut tercabut sama sekali dan jatuh melintang di sepanjang lebuhraya tersebut sehingga menyebabkan laluan dari kedua-dua arah ditutup.  Sk terus menghubungi, ER, kakak dan adik. Dalam hati berdoa agar mereka tidak melalui jalan berkenaan,Alhamdulillah.. ER dah berada di padang hoki, adik dah hampir sampai ke rumah tapi kakak Sk masih berada di pejabat. Kerana bimbangkan ibu yang seorang di rumah dalam keadaan cuaca begitu, jadi Sk teruslah ke Senai dengan niat nak temankan ibu sampai kakak balik. Langkah kanan, masa masuk ke rumah ibu sedang menumis bawang untuk di masak kari ikan. Jadi hari tu Sk makan di Senailah... balik rumah apalagi, jadilah macam ulau melingkau atas pagau.. :)))))))) Resepi kari ibu??? Boleh tengok DI SINI.

Semalam... sebenarnya sejak minggu lepas, Sk teringin sangat nak makan Gorpis Keju.. tapi asyik lupa jer nak singgah beli. Gorpis tu apa??? Goreng Pisang daaaaaa.. Masa balik dari Ganu tuari.. Sk nampak papan kecik warung tulis GORPIS.. ingatkan menatang apa.. rupanya goreng pisang.. oittt.. ingatkan orang Johor jer yang sebut Goreng Pisang.. sebab setahu Sk kebanyakan tempat lain menyebut Pisang Goreng.. errr.. lepas ini disebut PIGOR okey.. kui kui. Baik, sambung cerita.. memandangkan di rumah memang sentiasa ada keju cheddar, jadi Sk cuma nak beli GORPIS nya sahaja. Kejunya boleh diparut sendiri.. penjimatan adalah 60% tau.. sebab Sk cuma beli GORPIS RM3 sahaja.. kalau beli yang siap keju tu rasanya antara RM5 - RM10 jugak harganya kan. Tapi, dah namanya Johorean maka semestinya jugalah nak makan GORPIS dengan kicap pedas... dua-dua pun licinnnnnn.... dasar kuat makan!!


Nampak tak.. dengan pembelian RM3 sahaja boleh dapat sebegini banyak Gorpis? Warung Gorpis ni dekat dalam kawasan taman perumahan Sk. Selain dari Gorpis, mereka turut menjual gorengan lain dan makanan lain termasuklah Laksa Penang. Tapi Sk biasa beli Gorpis jer.. tu pun tak selalu. Orang kata banyak kolesterol.. tapi Sk pedulik hapa.. hehehe. Jadi, disebabkan dua beranak ini telah menyantap sebegini banyak maka kenyanglah sampai ke malam. Iman siap ambil kerak-kerak gorpis ni digaul dengan coklat  dan makan macam cornflakes susu. Lepas tu tukar pulak, gaul dengan kicap pedas. Geleng-geleng kepala Sk tengok padahal sendiri pun gaul kerak-kerak gorpis dengan kicap pedas dalam piring sambil suap macam makan nasi, huwa huwa huwaaaaaaa! Malam tu, dua beranak dah kekenyangan.. layan tv sajalah.. sambil melayan anak angkat baru. Yang tu Sk cerita nanti ya... tungguuuuuuu!!!

Monday, October 13, 2014

BIHUN GORENG SINGAPURA

ASSALAMUALAIKUM...

BILA sudah hari-hari memasak, maka sampai pada satu ketika otak pun menjadi tepu untuk menumpahkan idea hari ini hendak masak apa? Tekak ni hendak makan apa? Suami nak makan apa? Anak nak makan apa? Tekak sendiri janganlah ditanya. Hailahhhh badan.. hailahhh nyawa.. dah rasa macam tak berdaya. Tapi, kalau tak memasak kelaparanlah pula jawabnya. Sepanjang tempoh berehat dan 'away' yang melibatkan pasukan JDT dan JDT2, ER hari-hari mahu makan di rumah sahaja. tak kiralah kalau sekadar makan nasi goreng dengan telur mata, dia terima. Tekak dah tak lalu nak makan tomyam atau sup tulang di kedai. Sayur goreng yang dah kekuningan. Udang yang dah melekat kulit dengan isi atau telur dadar yang minyaknya boleh dibuat mandi.

Jadi, setiap hari Sk memasak. Kalau tak lauk kari.. kita perangat gulai semalam atau goreng ayam dan dibuat sambal. Berselera pulak dua beranak ni makan. Sk yang sedang menjaga badan diet ni pun jadi tak tahan. Kita makan.. makan dan makan sampai dah tak tahu bezakan yang mana punggung dan yang mana pinggang. Orang kata.. ' Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari'.. gitewww.


Bihun Goreng Singapura versi belasah dan derhaka ni namanya. Kejadian dah lama, dah dihadam dengan selamatnya dan bersemadi di Indah Water gamaknya. Ada yang sebut, Mee Siam Goreng Berkuah juga. Sk kurang pasti apa sejarahnya hingga ia mendapat nama sedemikian rupa. Kalau dilihat kebanyakan resepi Bihun Goreng Singapura atau Mee Siam Singapore ini menggunakan taucho sebagai bahan utama tapi memandangkan di rumah Sk ni memangnya tidak pernah membeli taucho jadi kita abaikan sahaja. Kalau nak tahu lagi, Sk menggunakan bahan-bahan masakan kitar semula yang ada dalam peti sejuk untuk menyediakan kuah bihun goreng ini. Senang kerja hamba.... hihihi.

Bihun Goreng Singapura
Resepi Belasah Ajer..

Bahan :

500 gm Bihun (lembutkan dengan merendam sebentar dalam air panas)
3 sb Cili yang sudah dikisar bersama bawang
2 Sos Tomato
2 Sos Cili
3 Sos Tiram
Isi Ayam atau Hirisan Daging
Udang atau Sotong
Sayur Sawi
Garam secukupnya (Jika kurang masin)
Minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis cili dan bawang kisar hingga garing. Api jangan besar.
Masukkan Sos Tomato, Sos Cili dan Sos Tiram. Tumis sampai cantik warna sambal.
Masukkan ayam atau daging atau udang dan sotong. Biar separuh masak.
Masukkan batang sawi.
Kacau lagi. Masa ni daging-daging kita tu dah cukup masak.
Masukkan telur.. biar sekejap.
Masukkan bihun.. goreng guna api sederhana besar hingga rata sambalnya.
Masukkan sayur. Goreng hingga sayur masak. Rasa masinnya. Tutup api.

Kuah Bihun

Sk kitar semula :

1 1/2 senduk sambal cengeng (resepi di sini)
2 cawan air rebusan kambing (yang masak Nasi Arab hari tu di sini)

Kacau rata dua bahan tadi dalam periuk.
Masak sampai mendidih.
Tambah sedikit garam jika perlu (Sk tak letak)

Hidangkan bihun bersama kuah dan telur rebus tiga suku masak.



Thursday, October 9, 2014

DEBAB 2

ASSALAMUALAIKUM...

MONTEL dengan debab sama tak???

p/s Tak tahulah kenapa gambar yang di'upload' hari ni semuanya terbalik, huhu

DEBAB

ASSALAMUALAIKUM...

TERASA betul tauuuuu...

p/s Iringkan kepala kalau anda tidak dapat membaca dengan betul

Wednesday, October 8, 2014

MURTABAK MENGKASAR

ASSALAMUALAIKUM...

MURTABAK yang paling femes di Bandar DiRaja Pekan, Pahang Darul Makmur. Berkali-kali nak menikmati murtabak ini tetapi semuanya berakhir dengan kehampaan. Sama ada masa lalu kedai dah tutup atau masa lalu kedai belum buka. Paling tragik sekali, dah sampai, kedai buka tapi doh murtabak habis, huhuhuhu. Tak ada rezeki. Nasib tak kempunan.

Alhamdulillah, kembang kempis hati Sk bila lalu dalam perjalanan balik dari Terengganu hari itu kedai Murtabak Mengkasar ini dibuka walaupun keesokannya Hari Raya Aidiladha. Nampak macam tak ramai tapi satu jam juga menunggu giliran Sk menapau murtabak yang juga dikatakan sebagai murtabak DiRaja ini. Mak aihhh, peluh ketiak menunggu tau tapi bila dah dapat senyum sampai ke telinga. Macam orang mengandung sulung gitewwww.

Entah kenapalah Sk tak beli yang frozen tahan menunggu, haiii buang masa betul. Jadi, Sk cadangkan bagi anda yang ingin nak menapau dan menempuh perjalanan jauh macam Sk ni bolehlah beli yang dah disejukbekukan. Tak pastilah rasanya sama tak dengan yang dimasak terus dari kedai.  Bagaimana murtabak ini mendapat namanya tidaklah Sk ketahui dan malas pulak nak buat ulangkaji. Errr, ada sesapa yang boleh komen?

Apa keistimewaannya Murtabak Mengkasar ini? Bagi Sk, kalau anda ambil jenis biasa memang tak begitu terserlah pun keistimewaannya malah hampir sama dengan kebanyakan murtabak yang dijual di Johor Darul Takzim. Tapi Murtabak Kambing Special memang lain dari yang lain yang pernah Sk makan. Pertama, sebab ini pertama kali Sk makan murtabak kambing dan yang kedua sebab ia special, murtabaknya berlapis dua. Yang biasa semuanya satu lapis sahaja. Macam Murtabak lain jugak. Harga??? Errrr.. boleh tahanlahhhh!

Cara penyediaanya yang Sk nampak, kulit-kulit murtabak telah disiapkan terlebih dahulu dan digoreng di atas kuali leper besar tu sebelum diletakkan inti yang melimpah. Apabila inti tu dah cukup masak, mereka akan mencanai doh/ kulit murtabak dan menebarnya untuk membalut inti yang dituang di atas kulit tadi. Mungkin itulah kelainan murtabak ini. Ok, sekarang dah tak mengidam lagi, hihihi.

Tuesday, October 7, 2014

KARI IKAN MAK SITI YANG MENJADI PUJAAN MENANTU

ASSALAMUALAIKUM...

"BELAJARLAH masak kari ikan dengan mak... " Suruh ER di suatu masa dahulu. Oh, ya! Bukan dengan mak dia ya, tapi dengan mak mertua dia atau lebih tepat lagi ibu Sk sendiri. Kalau nak tahu, ER sangat sukakan masakan kari ikan ibu Sk. Holaaaaaa.. ibu Sk masak apa pun sedap tau. Ini bukan puji ibu sendiri tapi boleh dikatakan anak-anak saudara dan ipar duai ibu pun ramai yang sukakan masakan ibu terutamanya kari dan asam pedas. Apatah lagi cucu-cucu. Asyik bertambah nasi jer bila menikmati masakan neneknya. Memang mantap dan meletops!

Dulu, kari ikan Sk memang selalu tak menjadi. Sampai sekarang pun sebenarnya masih lagi belajar nak dapatkan kari yang sedap macam ibu. Ada sahaja yang 'something wrong somewhere' lah. Tapi sekarang dah ada kemajuanlah. Cuma kadang pekat sangat macam kari ikan mamak.. hahaha. Tak mahu jadi magik macam kari ibu. Sedap tu sedap tapi tetap tak boleh lawan kari ibu.

Semalam, ibu masak Kari Ikan Kerapu. Mak aihhh!! Manis sungguh isi ikan kerapu ini yang dibeli segar terus dari nelayan di Gelang Patah. Semakin mantap dengan kuah kari ibu yang dimasak dengan penuh jiwa dan raga.. hihihi. Jom tengok resepi ibu Sk...

Kari Kerapu Mak Siti

Bahan -bahan :

Beberapa keping isi ikan kerapu atau seekor ikan kerapu saiz sederhana, bersihkan - ketepikan

1 senduk minyak masak
1 labu bawang besar dihiris kasar
6 ulas bawang merah dimayang halus
4 ulas bawang putih dimayang halus
1" halia diketuk
1 batang serai diketuk
rempah tumis 4 sekawan

Panaskan minyak masak. Tumis semua bahan sehingga naik bau dan bawang keemasan

Sementara itu sediakan :

3 sb rempah kari ikan Alagappas (bancuh sebati bersama sedikit air)
1 senduk cili dan bawang giling (cara penyediaannya pernah Sk kongsi beberapa kali)
2 tangkai daun kari

1/2 kotak santan
Beberapa tangkai Bendi
garam
ajinomoto

Apabila bawang telah keemasan, masukkan daun kari. Kacau sekejap kemudian masukkan rempah kari ynag telah dibancuh dengan air dan cili serta bawang giling (kisar). Kacau sentiasa supaya tidak hangus. Tumis sehingga cantik pecah minyaknya, masukkan satu senduk air asam jawa dan 1 sudu garam atau secukup rasa. Kacau sebati sehingga kuah agak bersinar dan berminyak kemudian tambah satu cawan air lagi masukkan ikan dan bendi.

Tambah sedikit air jika kari agak pekat. Biar sehingga mendidih,  masukkan 1/2 kotak santan pekat. Tambah sedikit ajinomoto. Masak lagi hingga mendidih. Kemudian masukkan tomato. Biar sekejap dan bolehlah ditutup apinya.

Monday, October 6, 2014

AIDILADHA 1435H

ASSALAMUALAIKUM...

SALAM 11 Zulhijjah 1435H. Macam biasa bila tiba musim perayaan dan cuti panjang, SK mesti ponteng update blog. Errrr... ada yang kisah ke??? Huhuhu.. Tak ada yang kisah pun kot.. Sk jer yang terlebih perasan... hihihi. Dan... Rasanya juga masih belum terlambat untuk Sk mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Qurban kepada semua pembaca blog ini. Bagi yang telah selesai berkurban semoga pengorbanan yang dilakukan mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah SWT.. Aminnnn.


Soto Tulang.. Soto Nasi..
Sehari sebelum Aidiladha Sk berada di Kuala Terengganu. Sk sampai di Kuala Terengganu sebelum subuh hari Jumaat lepas, selepas menempuh perjalanan kira-kira 8 jam. Tujuan Sk ke KT kali ini adalah semata-mata bagi menemani ER mengikuti perlawanan secara langsung di stadium di mana Johor Darul Takzim menentang pasukan Terengganu bagi kelayakan ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2014 dan ini adalah peringkat suku akhir pusingan pertama. Keputusan seri 0-0 malam tu dan hajat nak tunggu pasukan kesayangan balik ke hotel tidak kesampaian kerana Sk dan Iman tertidurrrrrr.. hahaha. Padahal dah tentu-tentu bilik kami berdepan saja.. adohaiiii..


Rendang Mak Siti.. menantu pesan buat kering sikit

Disebabkan Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari Ahad, maka kami nekad untuk pulang terus ke JB tanpa singgah bermalam di Kuantan seperti yang biasa kami buat sebelum ini.Alhamdulillah, perjalanan yang lancar dan dipermudahkan. Tak banyak kereta dan langsung tak ada kesesakan jalanraya. Dalam perjalanan kami sempat juga singgah membeli ole-ole dari Terengganu seperti tembikai, Sata di Marang dan Lemang di Kijal. Paling seronok di setiap destinasi tu semua ada 'free'.. beli tembikai dapat 'free' sebiji.. beli sata dapat 'free' lima biji... beli lemang dapat 'free' satu batang.. Alhamdulillah.. rezeki.. semoga Allah SWT memperluaskan rezeki peniaga-peniaga yang pemurah ini.


Lemang Kijal... ini antara lemang terbaik Sk jumpa dalam Malaysia.. wajib beli bila pergi Ganu
Sepanjang perjalanan betul-betul rasa macam nak balik beraya. Apa taknya, lagu raya asyik berkumandang saja di radio. Lebih-lebih lagi bila kedengaran takbir raya selepas azan maghrib. Hati mula rasa sayu dan shahdu. Aidiladha kali ini, ibu menyediakan Soto Tulang untuk anak, menantu dan cucu. MashaAllahhhhh... sedap sungguh soto ibu tahun ini. Di samping tu, ada juga rendang untuk dimakan bersama lemang yang dibeli di Kijal. Sk turut membawa Brownies yang Sk buat malam, sehari sebelum bertolak ke Terengganu. Tapi terlupa sudah nak ambil gambar.. jangan marah haaa..

Bihun Soto... tak inagt pusingan ke berapa dah ni
Dan rasanya, sejak dua tiga hari lepas macam asyik lapar saja perut Sk ni. Lapar sumbat.. lapar sumbat.. dah macam tong drum dah jadinya. Nak salahkan siapa?? Salahkan keturunan memang badan besar katanya??? Muahahahaha.. Arghhh... lepas ni kena jugak paksa diri jaga diet. Bersenam entah bila nak mula balik, tak tahulah. Asyik salahkan tak ada masa padahal dulu-dulu boleh dan sempat jer nak bersenam. Balik kerja tu sempat sangat nak singgah taman-taman untuk jogging. Tapi.. baru sebut jogging dah rasa penat.. belum lagi jogging.. hahahaha.


Hailahhhh badannn
Hailahhhh nyawa...

Friday, October 3, 2014

SAMBAL CENGENG

ASSALAMUALAIKUM...

TIDAK SAH sambutan hari raya di rumah keluarga Sk kalau tiada Sambal Cengeng ibu. Haaaaaaa.. sambal apa tu ya? Ada yang tahu tak? Sambal Cengeng ni Sambal Kacang sebenarnya. Ia dipanggil Sambal Cengeng sebab bila makan tu.. air mata dan air hidung mesti keluar sebab kepedasan tapi sedap memang terbaik lebih-lebih lagi hasil air tangan ibu.

Sambal Cengeng ibu Sk agak istimewa kerana menggunakan rempah ratus seperti jintan, udang kering kisar dan lengkuas. Semuanya bahan termasuk kacang tanah yang digoreng dan ditumbuk kasar disiapkan seawal dua tiga hari sebelum hari raya. Maklumkan.. dulu-dulu bukan macam sekarang, tarikh hari raya sudah diketahui seawal tahun baru. Dulu, selagi tak ada pengumuman nampak tak nampaknya anak bulan, semua orang tertanya-tanya bila nak raya. Jadi, kalau semua bahan dah siap taklah terkejar-kejar kalau tahu esok nak raya, hihi.

Resepi Sambal Cengeng Sk ni mudah sahaja. Resepi derhaka katanya, sebab takde lengkuas dan udang kering kisar dan jintan tapi tetap sedap meleleh airmata wa cakap lu. Syaratnya gunakan cili kering jenis sederhana pedas. Atau mencampurkan cili kering jenis pedas dengan yang kurang pedas. Bagaimana membezakannya? Cili Kering Pedas biasanya agak licin dan berkilat. Yang kurang pedas tu cilinya agak keriting dan tidak berkilat. Yang sederhana pedas tu mempunyai definasi rupa antara dua jenis cili tadi. Biasanya harga cili kering yang tidak pedas lebih mahal dari yang pedas.. gitewwww.


Sambal Cengeng

2 senduk minyak masak
2 senduk cili kering yang telah dikisar bersama bawang (Sk dah selalu kongsi resepi cili kisar SK.. gali sendiri ya)
2 batang serai diketuk
1" halia diketuk
1 mangkuk kecil kacang tanah (digoreng terlebih dahulu.. separuh ditumbuk kasar.. separuh dikisar halus)
Air secukupnya
1/2 sk asam jawa adabi
1 sk garam (atau secukup rasa)
2 - 3 sb gula pasir

Caranya :
Panaskan minyak dan tumis cili dan bawang kisar, serai dan halia yang diketuk hingga pecah minyak.
Masukkan asam jawa adabi dan garam. Kacau rata lagi.
Masukkan kacang tanah sedikit-sedikit sambil mengacau sambal.
Tambah air secukupnya.. sambal cengeng tidak boleh terlalu cair atau terlalu pekat.
Masukkan gula pasir.
Kacau sentiasa supaya sambal tidak hangus. Gunakan api kecil. Apabila sambal nampak sebati bolehlah ditutup apinya.
Sedap dimakan bersama nasi impit tapi Sk makan dengan pulut tanak dalam 'rice cooker'.. hihi. sebab tak sempat rebus ketupat segera.


Thursday, October 2, 2014

PUDING SUSU KOKTEL

ASSALAMUALAIKUM...


RAJIN sangat memasak Sk sekarang ni. Haaaa.. rajinlah sangat ya. Syabas untuk diri sendiri. Puding Susu Koktel ni Sk buat dua kali minggu lepas. Buat habis.. buat habis... dua beranak ni memang suka desert yang dimakan sejuk-sejuk macam ni. Malam-malam pun diorang balun jugak. Sk tak buat banyak adunan pun, cukuplah untuk makan tiga beranak.. bukan nak jamuan pun.. hehehe.

Duluuuuuuuuuu.. masa Sk belajar buat Puding Susu Koktel ni dengan ibu.. mana ada sukatan-sukatan. Biasa ibu akan tuang satu bungkus tepung kastard ni dalam periuk besar, masukkan gula sedikit dan tuang air dalam jug. Main agak-agak jer. Lepas tu ibu pesan sediakan air panas kalau kes puding kita tu terkeras. Tak ada sistem betullah ibu ni.. orang dulu-duluuuu... hihihi. Sampai pernah dua kali Sk buat tak jadi, sebab tak ada sukatan yang betul.. hoih.. masak gulai bolehlah main agak-agak.

Resepi ini Sk belajar dari kawan. Sukatan yang betul untuk mendapatkan puding yang baik dan enak dimakan bersama kuah. Sukatannya mengikut nisbah tepung dan air iaitu 1:5. Maknanya kalau tepung kita semangkuk.. air kena lima mangkuk. Kalau tepung dalam bungkusan tu, kenalah rajin tuang ke mangkuk atau cawan untuk disukat. Letak gula jangan banyak sebab nanti kuah puding tu pun dah manis, kan.. di tambah jus dari koktel.

Puding Susu Koktel

Bahan :

1 mangkuk kecil tepung kastard
2 1/2 sb gula pasir
secubit garam

Cara :

Campurkan semua bahan tadi dalam periuk atau kuali dan kacau hingga tepung larut.
Kemudian masak dengan api perlahan/ sederhana sehingga ia hampir nak berketul tu, kecilkan api.
Kacau lagi sampai ia pekat melikat, gunakan api kecil.
Kacau sampai ia berkilat dan meletup-letup kecil. Tutup api dan masukkan ke acuan yang kita suka.

Susu

1 Tin Susu cair
1 Tin air
3 sb gula pasir

Kacau atas api perlahan sehingga mendidih.
Tutup api dan sejukkan.

Hidangkan Puding bersama susu dan buah-buahan koktel dalam tin.

Wednesday, October 1, 2014

UDANG LEMAK CILI PADI TANPA SANTAN

ASSALAMUALAIKUM...

SEKARANG ni Sk tiap-tiap hari masak. No.. no.. no makan kedai. Pagi ke.. tengahari ke.. malam ke.. masak. Itu antara sebab kenapa Sk sekarang dah tak berapa rajin sangat nak buka tempahan. Penatlah.. mana nak masak.. mana nak siapkan tempahan. Zaman rajin dah lama berlalu. Sekarang ni tahu-tahu sebelum sebelas malam dah berlayar sampai ke tengah lautan.. hahaha. Kalau dulu-dulu, tidur sampai pukul 2 3 pagi sekarang paling lambat pun pukul 1 pagi itupun pasal tengok dvd :)))))

Jadi, bila dah hari-hari masak, otak ni pun dah jadi tepu apa yang nak dimasak. Nak masak kari... hari tu baru masak kari. Nak masak asam pedas.. baru tu hari masak asam pedas. Nak masak sambal, takkan hari-hari masak sambal. Kadang tanya ER, dia pun dah tak ada idea. Tanya Iman, selalu pulak tak dapat kelulusan dari ER. Apa taknya, nak makan... maggi... spaghetti... mee... eh, orang lapar nasilahhhh.. hihi.

ER pulak jenis yang tak makan tengahari. Cuma ambil makanan berat waktu sarapan pagi. Nampak jer lubang hidung Sk terus mengaduh lapar. Sebagai isteri mithali, yang hendak merembeskan peluh menjadi parit yang menjadi sempadan antara diri dan pintu syurga, kita taat setia. Memasaklah kita apa yang ada.

Ini kisah minggu lepas. Udang setipuware yang dah hampir sebulan membeku dalam peti ais. Kawan-kawannya dah habis dibedal. Ada yang masak sambal, ada yang goreng kunyit. Yang ini nak diapakan??? ER suruh masak sambal (sambal lagik?) Kebetulan lada giling dah habis (malas nak giling cakap jer habis) fuhhh lega tak yah masak sambal. Tiba-tiba mentol atas kepala Iman menyala baik punya sambil angkat tangan,"Yaya tahu... masak lemak cili padi!"

"Haaaaaa.." Sk setuju. ER menurut sambil menjungkitkan bibir. Dengan semangat berkobar Sk terus ke dapur. Air batu yang menyalut udang hampir lebur. Sk siapkan bumbu...

Bawang merah*kisar
Cili Padi*kisar
Halia**ketuk
Serai**ketuk
Serbuk kunyit

Campak dalam kuali... bersihkan udang, tos.. masukkan dalam kuali. lepas tu nak ambil santan...

Errrr.. kenapa tak ada???

Santan??

Santan???

Tiga empat pintu kabinet dibuka.. termasuk kabinet sabun. Agagaga.. kenapa tak ada. Bukan hari tu ada ke??? Baru teringat.. dah pakai masak nasi lemak... rasa nak nangis... sebab malas nak pergi kedai. Bongkar lagi kabinet dengan doa yang tak putus, jumpalah sekotak. Huwaaaa.. memang tak ada.

Teringatlah Kak Zana PB pernah guna susu pengganti santan. Sk tak biasa buat untuk masak lemak cili padi. Masak kari pernah jugak. Tak pelik ke rasanya. Ahhh.. belasah ajelah. Dan akhirnya.. Alhamdulillah.. rasa tak pelik pun. Sk guna susu cair carnation. Fuhhhhh! Nasib baik. Ketul-ketul tu pasal masa masak tu, sibuk dengan benda lain.. haishhhh...

KETAM BLACK PEPPER DI MAKANAN LAUT SERI BAHAGIA

Assalamualaikum... KALAU ditanya warga JB, di mana tempat yang paling best untuk makan ketam dan makanan laut yang murah tentun...