MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Thursday, November 20, 2014

'ZERO POINT'

ASSALAMUALAIKUM...

ERRRRR... lama tak sembang, kan...

SAMBIL duduk-duduk menonton tv malam kelmarin, Iman menunjukkan sesuatu kepada Sk. Loom... Urmmmm.. benda inilah yang dibeleknya setiap hari. Masa nak periksa hari tu ditinggalkannya sekejap.. habis periksa sambung lagi menge'loom'. Sebelum ni siap ambil tempahan lagi dengan kawan-kawan. Modalnya Sk yang keluar.. untungnya tak nampak pun.. dapat penat sahaja. Cabaran Sk supaya Iman menyiapkan sarung telefon Sk menggunakan getah loom, sampai sekarang masih tidak tersahut.

Sambung cerita.. Sk menyambut getah loom yang siap diikat Iman. Ikatan paling mudah, Sk belek sekejap.... "Ooooo... ini ikat macam kitorang dulu-dulu.. main zero point.." kata Sk. Iman kata, ini yang paling senang bonda. Lepas tu dia diam agak lama. Rupa-rupanya dia berfikir sesuatu...

"Zero point tu apa bonda?"

"Alaaa... zero point.. Zero point tak tahu ke?" kesiannyaaaa... huhu.

"Tak tahu.. apa tu?"

"Zero point tu... alaaa.. main getahlah... contohnya... " Sk suruh Iman pegang hujung loom yang diikat tu dan meletakkannya ke lantai. Sk letak sebelah lagi di lantai.

"Haaa.. main ni ramai-ramai, tapi sorang kena pegang hujung sana.. (sambil muncung bibir ke tangan loom yang dipegang Iman) dan sorang lagi kena pegang sini (sambil tunjuk bahagian loom yang Sk pegang)."

"Lepas tu, sorang kena lompat macam ni sambil sebut.. 'Zero Point'" Sk menggayakan orang melompat dengan menggunakan jari telunjuk dan hantu Sk. Semua yang main tu kena lompat sampai habis giliran"

"Lepas tu? Tu aje?? Main apa macam tu"

"Lepas tu, naikkan getah tu paras buku lali... lompat lagi.. 'one point'.. semua kena lompat.. siapa jatuh atau langgar getah dia mati... tak boleh main lagi. Naik lagi getah paras betis (ke lutut???) pulak... 'two point'... pas tu paras paha... pinggang .. masa ni dah boleh sentuh getah tu masa lompat.. siapa jatuh atau tak boleh lompat dia matilah. Sebutlah turutan dia.. 'three point'... paras ketiak... paras bahu... paras telinga... paras kepala.. sebutlah 4 5 6 point... sampai habis...  kepala, kalau masih ada yang tak mati.. sambung lagi sejengkal... dua jengkal... tiga jengkal..."Hahahaha..." gelak guling-guling besar Sk sambil cerita mengenang zaman sekolah rendah dulu.

"Hahahahaha.." Iman pun turut ketawa.

"Iman tahu tak, duluuuuuu kawan bonda yang paling 'terror' main zero point ni nama dia Halinda. Fuyohhhh! Terror dia lompat.... sampai tiga jengkal pun boleh!"

Serta merta terus jer terbayang kelincahan Halinda melompat. Sampai akhir pun masih tak mati lagi tau. Siap boleh lompat huruf Z lagi... huhuhu.

"Bonda???" tanya Iman.

"Bonda??? Bonda yang paling tak pandai main... hahahahahahaha... hahahahahaha"

"Hahahaha.. kenapa bonda tak pandai lompat ke?" tanya Iman hairan.

"Haaaa.. macam nak terpulas kaki bonda melompat.. nanti macam tersimpul.. berlaga kaki dua-dua... hahahahahaha"

Adohaiiii... jangankan paras kepala.. paras pinggang pun kalau boleh lompat.. Sk sikit punya bangga tau... hahahahahaha.

gambar hiasan

Thursday, November 13, 2014

PERWIRAKU

ASSALAMUALAIKUM...

DULUUUUU.. SK minat sungguh dengan abang-abang askar. Dulu-dululah, masa zaman anak dara. Abang askar ni nampak ganteng.. gagah dan perkasa di mata, keh keh keh. Tapi.. tak ada jodoh. Tak ada abang askar yang meminang. Dan sebenarnya tak kenal dengan mana-mana abang askar pun. Bila berkawan dengan ER, SK tanya dia.. "kenapa u tak mo jadi askar?" Jawab ER, matanya rabun sebelah.. sebab tu tak dapat jadi askar. "Ooooo.. kalau u jadi askar, entah jumpa ke tidak kita ya," seloroh Sk pula... hihihi. Rupa-rupanya, bukan mudahlah menjadi isteri seorang askar. Sedang ER balik lambat sikit pun dah rasa tegang-tegang urat tengkuk ni, apatah lagi tak balik berhari-hari atau berbulan-bulan. Lebih parah kalau kena hantar ke luar negara.. mati berdiri SK ni agaknya.. agagaga..

Post ini SK share dari status seorang anak saudara yang merupakan isteri seorang perwira negara..

Mengapa tentera diberi skim gaji paling tinggi dalam perkhidmatan kerajaan selaras dengan Perlembagaan Malaysia dan seluruh dunia?

 Mesti ada sebabnya.

Orang ramai mengatakan sebab untuk menarik minat.

Mengapa kena perlu macam tu?

Sebabnya tiada siapa mahu bekerja siang dan malam untuk...
24 jam sehari.
7 hari seminggu.
365 hari setahun.
Dan bila-bila masa boleh dikerahkan.

Pepatah dalam tentera, "Setiap nafas dibayar sehingga tamat perkhidmatan!

Ada yang mengatakan tentera ni hanya duduk makan minum sambil kilat kasut dalam kem membazir beras dan biskut kerajaan.

Tapi mereka tidak pula berkata tentera melakukan operasi di perbatasan negara lebih kurang 2/3 bulan sekali pergi tinggalkan anak isteri, pelbagai eksesais dan aktiviti siang malam demi memastikan tentera sentiasa bersiap siaga apabila keadaan memerlukan, bertugas di kem 24/7/365, standby apabila ada rusuhan dan bencana alam dan lain-lain serta banyak lagi.

 Ibu bapa asyik bertanya kenapa tak balik kampung selalu

Isteri asyik bertanya kenapa selalu balik lambat

Isteri mengeluh Sabtu Ahad pun bekerja sampaikan anak-anak terbiar

Kenapa selalu kursus sana sini paling kurang sebulan

Kenapa eksesais sana sini

Banyak lagi tak larat nak cerita semua. Semua ini menambahkan tekanan.

Bila mengutamakan keluarga apabila ada penugasan penting dikatakan mengada-ngada tak pentingkan kerja.

Bila mengutamakan kerja, dibenci keluarga.

Nampak mudah untuk berkata "Utamakan mana yang penting dulu, realitinya tak semudah itu... Percayalah".

IKRAR KESATRIA:

BERIMAN kepada Tuhan dan BERTAQWA kepadanya.
SETIA kepada negara dan BERKORBAN demi kepentingannya tanpa mengenal menyerah.
MEMEGANG TEGUH disiplin tentera dan sentiasa menjunjung tinggi sikap keperwiraan dan kehormatan tentera.
MENGUTAMAKAN perlaksanaan tugas dengan jujur dan ikhlas.
MENYIMPAN rahsia negara dengan seketat-ketatnya.          


Sudah terang lagi bersuluh tentera sedia dikorbankan demi memastikan rakyat dapat tidur lena dan bahagia.

Bukan mengeluh, tetapi mengingatkan tentera juga manusia biasa punyai hati dan perasaan dan pada masa sama terpaksa mengutamakan tugas.

☑ Tetap Gagah Tetap Setia - TDM
☑ Sedia Berkorban - TLDM
☑ Sentiasa Di Angkasaraya - TUDM
 

Sama-sama kita doakan kesejahteraan rakyat ...  

 # KAMI SEMUA SATRIA NEGARA...


Gambar Hiasan

Wednesday, November 12, 2014

CERITA INI PANJANG... ER

ASSALAMUALAIKUM...

BEBERAPA hari lalu jarang ada post baru di Alam Sari, kan. Sebenarnya bukannya Sk tidak menulis. Banyak entry yang ditendang ke dalam draft atau dibuang terus ke dalam tong sampah. Semua rasa macam tak kena.. macam tak betul jer. Urmmm.. kenapa yek???

Dalam dua tiga menjak ni banyak peristiwa yang tercatat dalam lembaran sejarah Tanah Jauhar. Peristiwa paling penting adalah Majlis Pernikahan DiRaja antara Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dengan Che' Puan Khaleeda Bustaman yang pastinya dinantikan oleh seluruh rakyat Johor pada akhir Oktober lepas. Ibarat hadiah perkahwinan kepada baginda apabila pasukan Johor Darul Takzim berjaya melayakkkan diri ke peringkat akhir Piala Malaysia Oppo 2014 kerana Pasukan JDT melambangkan usaha keras baginda yang amat meminati dunia bola sepak.

Sk sendiri amat terasa dan tersentuh dengan kegemilangan bola sepak yang melanda Johor sejak setahun dua ini. Sebagai seorang isteri kepada penulis sukan, yang melalui dari zaman JDT bergelar Jengking sehinggalah kini mengaum sebagai Harimau Selatan.. daripada zaman stadium kosong sehinggalah zaman tiket pun susah nak dapat amat merasa bangga dengan perubahan ini. Teringat Sk bagaimana suatu masa dahulu ER dikutuk dan dicerca apabila menulis berita tentang penjenamaan semula pasukan bola sepak negeri. Alhamdulillah, TMJ telah membuktikan bahawa penjenamaan semulanya tidak sia-sia.


ER yang Sk kenali memperuntukkan seluruh jiwa dan raganya dengan pembangunan sukan bola sepak di peringkat negeri. Walaupun hanya menulis.. walaupun ER bukannya kaki tangan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) tetapi beliau mencurahkan seluruh komitmennya untuk pasukan negeri sama ada JDT atau JDTII. Boleh dikatakan seluruh fikirannya berkisar tentang bola.. menulis dan menulis tentang bola.. tentang jurulatih.. tentang pemain tapi awas.. bukan gossip murahan pemain.

Seorang yang 'workholic' (cemana eja??), ER yang merupakan seorang eksekutif pengiklanan (kot.... Sk tak tahu jawatan sebenar.. hahaha) bukan sahaja komited menulis tetapi apabila bekerja dia tidak pernah menghiraukan kesihatannya. Bila sibuk, seharian tidak menjamah makanan.. macam tak tahu lapar sahaja. Tapi, bila sampai rumah, ER komplen lapar... tak sempat jamah sarapan pagi.. tak ada masa nak makan tengahari.. jadi.. pada pendapat dialah.. malam tulah dia kena rangkumkan 'brunch' dan 'dinner'nya sekali... huhu.

Sk tak tahu.. selain dari tidak makan.. adakah juga ER tidak minum. Selalu Sk ingatkan ER.. ingatkan Iman.. suruh minum air masak banyak.. minum banyak... kenC banyak pun tak apa.. walaupun Sk sendiri selalu culas minum air masak.. sebab malas asyik nak ke tandas.. hihi.

Terlanjur sudah menulis tentang JDT.. awal bulan lepas kami ke Kuala Lumpur apabila JDT berjaya ke peringkat akhir Piala Malaysia Oppo 2014. ER akan bertugas di meja sukan Kuala Lumpur. Macam biasa Sk kena jadi CO-Pilot lah bila dah sampai ke KL walaupun cuma berpandukan GPS dan waze sahaja. Ialah, di KL nikan banyak simpang bertingkat-tingkat.. salah naik alamatnya kita sesat.. haha.. jadi seorang kena tumpu pada pemanduan.. yang seorang lagi kena tentukan mana simpang keluar masuk, sehingga selamat sampai tempat yang dituju.

Memandangkan waktu perlawanan berlangsung di sebelah malam, jadi pagi Sabtu tu selepas bersarapan, Sk dan Iman bercadang nak ke KLCC melalui jejantas berhawa dingin yang menghubungkan antara Pavillion dan KLCC. Sk tinggal di hotel di Jalan Conlay, wahhhh!! Memang bestlah duduk situ sebab dekat sangat dengan Pavi dan KLCC, kan. Walaupun kena naik jejantas tapi ada escalator dan sejuk pulak. Yang ER sibuk nak ikut jugak (kitorang tak bagi ikut sebab ER tu kalau berjalan suka nak cepat balik). Tapi ER kata dia nak bayar bil celcom, haaa.. ialah, marilah jalan kaki sekali.

Belumpun suku perjalanan Sk nampak ER dok cekak-cekak pinggang di sebelah kanan, Sk tanya kenapa, ER kata macam sakit. Holaaaaaa.. baru jalan sikit, Sk kata. Agaknya pasal lama tak jalan kot sakit pinggang. Tapi betul.. baru jalan berapa meter, pavi pun belum lepas lagi, escalator jejantas pun belum naik lagi masa ni. ER jalan lambat dan kemudian berhenti sambil membongkok (macam ruku'). macam tercungap-cungap pun ada, dia kata macam susah nak bernafas... errrr...

Sk suruh ER balik rehat di hotel, ER tak mahu, dia kata takut nanti tak ada line pulak kalau tak bayar. ER ni memang suka 'last minute' kalau nak bayar apa-apa bil. Orang sibuk ngalahkan PM lah katakan. Iman dah berkedut-kedut muka, maklumlah orang nak jalan-jalan kat KLCC ada jer halangan, kan.. padahal bulan lepas bukan main lagi dia berejam-rejam jalan kat KLCC tu dengan Cikwa nya masa Sk menghadiri majlis pernikahan anak saudara tukan. Lepas tu kami teruskan perjalanan naik escalator ke jejantas berhawa dingin... fuhhhh.. dingin sungguh, berapa juta habis buat jejantas nikan, tak apalah untuk kemudahan pejalan kaki. Banyak jugak CCTV dipasang di sepanjang laluan jejantas ni untuk keselamatan. Sk percaya ramai orang KL yang naik kereta tak pernah naik jejantas ni, hahaha.. sebab adik Sk sendiri tak pernah naik padahal dah bertahun-tahun duduk di KL dan selalu 'window shopping' di KLCC dan Pavi.


Walaupun dah lama tak berjalan kaki sejauh tu tapi rasa seronok jugaklah tapi bila tengok gaya ER berjalan memang kesian pun ada geram pun ada. Sk tak tahu mana yang sakit, macam mana sakit. Berjalan dua puluh langkah.. berhenti.. berjalan dua puluh langkah berhenti.. okey Sk tipu Sk tak kirapun berapa langkah berjalan, hahaha.. tapi memang asyik berhenti. Kemudian Sk tanya mana yang sakit, Sk cuba tekan-tekan kat situ, ER kata bila tekan baru rasa kurang sakit, jadi sepanjang nak sampai ke KLCC tu Sk terpaksalah jalan sambil ibu jari menekan bahagian yang sakit tu dan memaut lengan ER supaya 'balance' pergerakan kami.. amboiiii.. mesti orang tengok.. manja sangat nihhhh!

Sampai di KLCC, Sk terus cari air mineral nak suruh ER minum.. mak aihhh.. mahalnya air mineral.. takyah cakaplah berapa harga tapi boleh buat dua kali sarapan dekat kantin kolej Sk tau... huwa huwa. Kami duduk sekejap rehat.. bila ER kata dah okey, kami sambung balik berjalan mencari celcom dulu untuk bayar bil. Uiiii... rupanya kami baru sampai di Aquaria.. kena jalan lagi nak sampaikan ke KLCC. Tengok ER macam semakin parah jer, Sk nampak ada kedai serbaneka, terus belikan panadol untuk sakit belakang dan sendi.. harap-harap ER okey, tapi fuyohhhh.. sebab tulah orang lelaki ni tak boleh beranak agaknyakan.. sampai Sk pun jadik macam nak demam tengokkan dia. Macam mana ni?? Malam nak kerja lagi pulak tukannnn...

Muka Iman dah berlipat-lipat.. sebab dia nak beli 'slingbag' takut tak dapat. Alkisahnya, masa dia pergi KLCC dengan Cikwa tu dia dah berkenan dengan satu 'slingbag' tapi dia malu nak pinjam duit Cikwa-nya. Jadi harapannya 'slingbag' tu masih ada lagi. Jadi, lepas bayar bil celcom ER, kami terus cari 'slingbag' Iman nasib baik di aras yang sama. Apalagi.. senyum sampai ke belakang kepala bila jumpa beg idaman hatinya. Sk senyum sumbing jerlah nampaknya.

Lepas beli beg Iman, ER kata nak cari 'Oakley' pulak sebab nak betulkan 'spek' dia. Lepas tu kita ambil teksi balik hotel, memang tak boleh jalan dah. Naiklah kami ke aras tiga. Masa lalu di 'food court' ER terus capai kerusi dan duduk termengah-mengah nasib tak rebah. Sk dah cuak jer, ni kalau pengsan nak buat apa??? Nak angkat dia ke?? Atau nak pekik.. tolong! tolong! ke??? Aduhaiiii.. pening kepala hamba. Tapi sempat jugaklah mulut ni berleter. Sebab ER kata perut pun sakit. Maknanya bahagian belakang yang sakit tu tembus sampai bahagian depan (perut). ER kata mungkin pasal dia tak makan seharian semalam. Haaaaaa.. tuuuuu... siapa suruh tak makan... orang dah kata makan.. makannn... pot pet pot pettttt...




Bersambung...

Monday, November 10, 2014

BUBUR ASYURA VERSI TANAH JAUHAR

ASSALAMUALAIKUM...


TERLEWAT hendak post tentang Bubur Asyura Versi Tanah Jauhar yang disediakan ibu sK ni. Dah menjadi satu kewajiban setiap kali tibanya 10 Muharam setiap tahun ibu sK akan menyediakan bubur Asyura. Duluuuu... masa baru kahwin, sk pelik kenapalah ER tak mahu makan bubur Asyura ni. Oh, dah lamaaaaaa.. dah selalu terjun ke dunia maya baru tahu yang bubur asyura ni ada pelbagai versi. Lain negeri lain cara penyediaannya dan lain pula rasanya. Bubur Asyura Versi Johor disediakan seperti bubur lambuk yang selalu dimasak ketika bulan Ramadhan tetapi kalau ibu sK akan tambah kerisek. Sk rasa ramai juga yang memasak bubur asyura macam ibu Sk tapi kata orang yang paling enak tentulah masakan ibu sendiri, ya tak? Selain daging, ibu turut meletakkan udang basah dalam bubur, semakin syoklah makan. Resepi tak sempat tanya sebab bubur ni pun Sk ambil depan pasaraya Maslee, hehehe. Bertuah punya anak, kan!

Mengapa agaknya bubur asyura ini disediakan setiap kali menjelang 10 Muharam? 10 Muharam dipanggil Hari Asyura kerana Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Di Malaysia selain berpuasa, ramai yang akan bergotong-royong memasak bubur Asyura. Kaitan antara makanan ini dengan Asyura adalah ketika peristiwa Nabi Nuh dahulu yang suruh mengumpul bahan untuk dimasak. Arahan itu diperoleh setelah umat manusia di landa banjir besar pada ketika itu, itu adalah makanan pertama setelah kejadian tersebut. Dan dijadikan amalan sunat oleh kita. dan ibu Sk sendiri tidak pernah culas untuk memasak bubur Asyura ni setiap tahun dan dibahagi-bahagikan sesama saudara dan jiran. Sekali masak tu memang seperiuk besar. Anak dia ni sahaja yang selalu mengelat.. huhuhu.

Resepi???
Nanti Sk update ya...




Sunday, November 9, 2014

SELAMAT PENGANTIN BARU TMJ & CHE' PUAN KHALEEDA

ASSALAMUALAIKUM...


IBARAT cincin dengan permata... bagaikan pinang dibelah dua.
Begitulah perumpamaan buat pasangan pengantin sama cantik sama padan,
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim Tunku Mahkota Johor 
bersama pasangannya Che' Puan Khaleeda Bustaman.
Sk sebagai rakyat Johor merasa amat bangga kerana putera sulung
kepada baginda Sultan Johor telahpun selamat mengakhiri zaman bujang baginda
sekaligus menjawab pertanyaan siapakah permaisuri yang bertahta di hati baginda.





Alhamdulillah.. Semoga perkahwinan baginda akan kekal sehingga ke hujung nyawa dan dianugerahkan putera puteri yang bijak sebagaimana kedua orang tuanya. Baginda tunku telah selamat dinikahkan pada Jumaat, 24 Oktober 2014 yang lalu dan majlis perkahwinan yang gilang gemilang telah dilangsungkan malam tadi. Sudah tentunya kami sebagai rakyat Johor amat menanti-nantikan majlis persandingan diraja ini sebab rasanya sudah terlalu lama Tanah Jauhar ini tidak bermandikan cahaya sempena majlis perkahwinan kerabat diraja Johor.
 

Gambar Sumber

MAJLIS KAHWIN DI CYBERJAYA

Assalamualaikum... MASIH TERASA manisnya majlis perkahwinan antara Nasreen & Amin di Cyberjaya ini kerana di waktu beginilah semua ...