MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Wednesday, January 28, 2015

CHEEZY VICTORIA SANDWICH CAKE

Assalamualaikum...

LAMA dah teringin nak buat Victoria Sandwich Cake yang mengancam ni. Kecur jer bila tengok gambar-gambar yang dikongsikan geng masak-masak tapi apakan daya.. kerajinan tak jugak menjengah. Sejak akhir-akhir ini penat sangat rasanya padahal bukan apa sangat yang dibuat pun. Penyakit M tu susah betul nak baik nampaknya. Asyik nak melingkar depan tv jer kerjanya.. hahaha.


Baru-baru ni Sk dapat tempahan Snow Cheese Cake dari pelanggan setia. Dia ni memang boleh dikatakan setiap bulan menempah kek dengan Sk untuk makan-makan jer. Bos yang rajin belanja anak-anak buah. Jadi, terlanjur tu Sk pun buat setengah adunan lagi sebab memang Sk bercadang nak buat saiz yang comel lote.


Yang penting bagi Sk.. Sk nak buat dan makan kek yang ada rupa Victoria Sandwich Cake. Resepi lain cerita.. nanti besok-besok kalau rajin barulah menggodeh resepi kek yang sebenar. 


Akhirnya tertunailah keinginan dan hasrat. Tak dapat yang betul-betul dapat yang olok-olok jadilah. Walaupun rupanya comot tapi rasanya marbeles tauu!! 


Kek yang tak cukup ketinggian.. hahaha. Nak buat tiga lapis konon tapi rupanya bahagian atas sekali tu pendeklah pulak. Okey.. untuk resepinya Sk guna setengah adunan snow cheese cake. Lebih sedap sebab gunakan tepung Hong Kong dan krimnya pula Sk gunakan cream cheese yang diputar bersama susu pekat. Nak tiru??? Salin....

Cheezy Victoria Sandwich Cake

Griss Loyang 6" alas dengan baking paper

37.5 gm mentega (cairkan)
2 biji telur
1 biji kuning telur
50 gm gula kastor
1/2 st esen vanilla
50 gm tepung Hong Kong
30 gm tepung jagung
1/2 st baking powder
1 sb ovalette
25 ml air sejuk

Panaskan oven 170 darjah selsius.
Putar semua bahan kecuali mentega cair sehingga gebu.
masukkan mentega cair.
putar sebati.
tuang dalam loyang yang digriss dan..
bakar selama 30 minit atau hingga kek masak.

sediakan jem strawberry
sediakan topping

125 gm cream cheese
1/4 tin susu pekat

putar dua bahan ini hingga sebati.

apabila kek masak.. sejukkan sebentar kemudian belah dua atau tiga bahagian.
sapukan jem strawberry di antara setiap lapisan kek.. meleleh pun tak apa
picitkan topping
Buat sehingga lapisan atas dan hias ikut citarasa anda.



Monday, January 26, 2015

SOTONG KANGKUNG


Assalamualaikum...

SIAPA kat sini peminat Sotong Kangkung angkat tangan. Oooo... ramaiiii rupanya. Sk ni bukanlah peminat Sotong Kangkung. Tak masuk dalam 'list order' pun setiap kali makan di luar sejak zaman bujang dulu. Yang Sk suka roti john, mee goreng, mee bandung, kuey teow, sup kambing... haaaa... tu semua yang Sk suka makan. Roti John dengan sup kambing tu boleh dikatakan tiap-tiap minggu dua tiga kali makan di medan selera Sg Segget setiap kali balik kelas malam. Ya.. dulu Sk mengajar di kelas malam.. kursus separuh masa. Masa tu belum berkereta jadi disebabkan pertukaran bas antara kolej dengan laluan rumah Sk di perhentian bas Sg Segget maka memang situlah Sk singgah untuk makan malam kalau lapar.


Masa tu Sk kurang terdedah dengan makanan- makanan yang kebanyakan disediakan di gerai-gerai cina. Sk cuma tahu makan kedai melayu dan mamak saja.  Masa tu 'shopping complex' di JB pun tak banyak. Seingat Sk yang paling femes adalah Holiday Plaza, Plaza Kotaraya dan Komtar. City Square pun belum wujud. Plaza Pelangi tu kira masih baru lagilah. Masa mula berkawan dengan ER di pertengahan tahun 90-an masa nilah banyak didirikan kompleks baru. Apa lagi.. meronda dan makan.. makan.. makan.. barulah belajar makan sotong kangkung, tauhu dan cakue bakar di 'food court' dengan ER.


Boleh dikatakan wajib jugaklah makan sotong kangkung ni. Sampai la ni.. dah nak masuk 15 tahun kahwin asyik beli tak pernah buat sendiri. Minggu lepas beriya-iya ER minta Sk buat sotong kangkung ni. Eiiii.. manalah tahu cemana nak buatnya. Tapi Sk belasah ajelah. ER beli sotong kembang dan kangkung. Sk tanya, cemana sotong ni.. nak rebus ke? ER angkat bahu. Aik.. dia beriya kita lak yang kena fikir. Takpe.. rebus jerlah. Sambil siang dan bersihkan kangkung terfikir betul ke tak ek.. hehe. Lepas tu tengok dalam periuk rebusan tu làaaaa.. kecut. Tentulah kan.. sotong kita rebus mestilah kecut. Sk jerit panggil ER. Sotong kita kecut.. rasa sedih sangat tau. Kat kedai tu kembang jer sotong dia tergantung. ER kata tak apalah.. sambil senyum. Lepas tu celurlah kangkung dan letak kuah rojak. Tabur kacang tanah yang ditumbuk kasar. 


Haaaa...pandai sangatlah ni nak buat sos rojak.. hahaha. Beli yang siap jer jenama Salmah. Berdebar tu tunggu komen juri. Rupa-rupanya betullah macam tu buat sotong kangkung. Yang kat kedai tu kembang pasal belum rebus lagi.. hahaha. Punyalah cuak kan. Berebut-rebut dua beranak tu makan. Sedap sangat katanya. Wahhhh.. lepas ni boleh buat sendiri jer kan.. kan.. kan...

Sotong Kangkung

Bahan-bahan :

1 ekor sotong kembang (rebus lembut)
1 ikat sayur kangkung (sian/bersihkan/celur)

Sos Rojak (kalau pandai buat sendiri.. kalau tak pandai beli siap macam Sk)
Kacang tanah digoreng (buang kulit dan tumbuk kasar)

Cara :

Potong sotong kecil-kecil letak dalam pinggan
letakkan sayur kangkung
curahkan sos rojak
taburkan kacang

makan!!

KARI DAGING BR1M

Assalamualaikum...


MINGGU lepas macam biasa Sk pergi ke rumah Angah. Siapa yang biasa baca blog ini tentu tahu yang ibu Sk tinggal dengan Angah. Ceritanya masa hari jadi Iman tu.. adik Sk plan nak makan asam pedas. Iman pun mengharaplah. Jadi bila tahu yang cucu tu teringin nak asam pedas nenek, ibu suruh Sk singgah lagi di hari lain ambil asam pedas. Lepas tu ibu cakap, ada kari daging semalam.. nak tak? Mula Sk jual mahallah.. bukan apa, segan jugak asyik ambil lauk kan.. tapi ibu paksa jugak ambil. Alang-alang ibu bagi banyak.. jadi Sk pelawa ibu dan Angah datang sarapan esoknya. Sk buat roti jala dan panaskan kari daging. Sementara tunggu diorang datang.. Sk sarapanlah dulu dengan ER. Lepas tu, ER cakap...


"Kenapa kari bonda tak sama dengan kari mak (ibu)?

"Kenapa.. kari bonda tak sedap ke?"

"Tak sedap.. (gaya berseloroh)"

"Ooo.. cenggitu pergilah duduk rumah mak," gurau Sk. 

ER gelak-gelak.. saja jerkan menyakat. Tapi memang betul kot. Walaupun Sk rasa kari Sk sedap jugaklah.. hahahah.. tapi tak setanding dengan kari ibu. Sampai anak mamak ni pun mengakui kari ibu adalah antara kari tersedap yang dia pernah jumpa.


Haaa.. inilah dia roti jala Sk. Bukan susah pun menjala ni. Resepi pun sangat mudah dan gerenti jadi. Piawaiannya sukatan tepung mesti sama banyak dengan sukatan cecair. 


Jadi.. Sk pun ceritalah dengan ibu yang menantu dok puji kqri ibu tu. Amboiii.. ibu cakap dengan Iman, "Nenek dah dapat duit BR1M. Nanti nenek belanja kari daging pasal babah puji karing daging nenek." Hahahahaha.. sekali nenek belanja sekilo kari daging. Boleh makan berapa hari ek???


Apa yang Sk perhatikan bila ibu memasak kari, bawang digunakan dengan banyak. Yang mayang halus lain. Yang potong baji lain. Yang tumbuk halus lain. Ibu juga  memasukkan sedikit cili kering yang dikisar, serai, halia dan rempah tumis. Ibu biasanya akan masukkan santan cair dulu.. nanti dah mendidih barulah masukkan santan pekat. Sk pulak kalau masak haruslah main lebur. Tak cukup kasih sayang kot.. patutlah tak sesedap air tangan ibu.

Terima kasih ibu ♡♡♡

Wednesday, January 21, 2015

IMAN - 14 TAHUN


Assalamualaikum...

ALHAMDULILLAH.. berganda rezeki Iman untuk hari lahirnya tahun ini. Cik Ani bermurah hati sponsor kek dan beli bahan mentah untuk hidangan sempena majlis hari jadi Iman. Ibu pulak tolong masakkan dan sponsor tempat. Baru jer nak mula masak kuey teow cantonis, Nenek Alang (kakak nenek) muncul membawa pulut kuning dan rendang ayam. Juga sepapan telur pindang dan seplastik besar jambu air. Syukurrrrr9999x


Punyalah surprise sampai lupa nak hembus lilin sebelum potong kek.. hahaha.


Macadamia Cake dari Secret Recipe.
Kata Cik Ani dah lama beno tak makan kek SR. Tengok kek kedai lain semua tak menarik dan berbaloi. Ekonomi bonda tengah melecet.. syukur ada yang teringin dapatlah kita menumpang tuah.


Pulut Kuning yang dibawa Nenek Alang. Rasa pulut yang sungguh lunak ditambah Rendang Ayam yang sungguh marbeles. Tambah lagilah dengan telur pindang.. memang betul-betul Johoreanlah!


Inilah Nenek Alang.. ibu saudara Sk. Orang Felda Ulu Tebrau.. orang Tiram mesti kenal.. glemer ni tau!
Dalam kalut lupa ambil gambar kami sekeluarga.. hahaha.


Di usia 14 tahun Sk dan Iman dah macam sebaya jerkan. Best Friend Forever katanya.


Kadang-kadang melawan jugak ni. Masa tu... no no no.. tak jadilah forevernya.. hahaha. Bonda terus jadi garang macam singa.


Tak sangka.. satu sekolah pulak tu.


Haiiiii... rindunya zaman sekolah.

Doa dan harapan



Terima kasih semua kawan-kawan yang mendoakan sama ada secara lisan atau di dalam hati semoga mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah swt.

Salam dari Nur Iman Fatiha.

Tuesday, January 20, 2015

MAKAN DI BURGER BYTE

Assalamualaikum...

SETAHUN sudah berlalu.. hari ini bertambah lagi usia Iman yang ke 14. Baru tingkatan dua sebenarnya anak Sk ni. Ramai yang ingat Iman dah di Tingkatan Lima. Setiap kali keputusan peperiksaan SPM keluar.. mesti ada yang bertanya... "dapat berapa?" "Mohon u mana?" hehehehe.


Sejak awal tahun Iman dah sibuk merancang di mana nak makan-makan sempena hari jadi. Dari tahun lepas pun dia dah plan sebenarnya. Asal hari jadi jer nak makan besar. Asal hari jadi jer nak makan besar... errrr... patutlahhhh.. kan kan kan. Jadi, disebabkan ER bertugas malam ni marilah babah belanja awal sehari. Sibuk sangat minta belanja di Burger Byte... nampak macam best ajer... jom kita terjah!


Sebenarnya dah beberapa kali lalu di hadapan Restoran Burger Byte yang terletak di Jalan Ibrahim Sultan berhampiran dengan Pejabat Pos Besar Johor Bahru ni. Masa Sk sekolah-sekolah dulu di sini adalah Restoran Harum Manis tak silap yang berkonsepkan cafe. Sk tak pasti sama ada Burger Byte ini adalah francais kerana banyak jugak jumpa restoran macam ni di negeri lain.
(Dalam gambar : Carbonara Beef)


Pilihan ER : Nachos Beef Burger 

Masuk sahaja ke dalam restoran dah rasa macam... aaa.. penuh. Betul-betul tinggal satu meja kosong ngam-ngam untuk tiga orang. Kalau nak tahu, ER ni tak minat sangat tempat makan macam ni yang berkonsepkan santai gitukan. Dia kan suka seafood. Tapi disebabkan Sk paksa terpaksalah dia menurut. Kau memaksa aku terpaksa gitew. Anak kita remaja bapaknya.. mehlah kita layankan tekak remaja.. awww.


Jadi Sk berharap dan berdoa agar restoran ini memberikan persepsi yang baik-baik sahaja di sisi ER. Kalau dapat respon negatif nanti 'ahkakkk jugak yang salah dikkkk'
Tapikan... tapikannnn... belum apa-apa Sk yang dah rasa sesal separuh nyawa.. kuang kuang kuang
(Gambar : Bolognese Beef)


Deko restoran dah cantik dan agak selesa tapi bising nak meletups dalam tu. Dengan suara tv yang macam nak bagi pecah speaker dan suara pelanggan berbual.. berlawan-lawan cakap antara satu dengan lain. Ialah, dah bising jadi nak berbual kena kuat-kuatlah. Pasar pun tak macam ni punya hingar.
(Gambar : Jus Epal.. Jumbo Glass tu bonda kongsi ngan Iman)


Tengok harga ok. Gambar melampau sedap. Tapi bila dapat makanan..errrrr. Kurang garam.. kurang rempah.. tawaq habiaq. 


Imanlah paling bengang kot sebab hari jadi diakan. Tak apalah Iman. Sekurang-kurangnya lepas ni air liur Iman tak adalah meleleh lagi kalau lalu depan Burger Byte.. hah hah hah hah.


Patty yang dibakar agak garing sampai kering.. hidangan yang tidak berapa berbaloi dengan harganya. 


Grilled with soul katanya... huhuhu.



Friday, January 16, 2015

RESTORAN KARI KAMBING 40 HARI

Assalamualaikum...

KEUNIKAN nama restoran ini berjaya menggamit kami untuk menempuh perjalanan jauh ke sini semata-mata untuk menikmati keenakan kari kambingnya yang terkenal sehingga menjadi tarikan ramai. Setiap hujung minggu dikhabarkan deretan kereta memenuhi sepanjang pinggir jalan di restoran berkonsep terbuka ini.


Pelbagai persepsi kawan-kawan facebook bila Sk paparkan gambar ini. Ada yang kata kari kambing tu dimasak selama 40 hari. Ada yang kata kambing tu disimpan selama 40 hari selepas disembelih barulah dimasak. Hahaha. Dan seorang kawan Sk yang biasa berulang alik ke sini menerangkan bahawa restoran ini dibuka selama 40 hari dan tutup untuk tiga hari. Tu yang dapat nama macam tu... oooooo.. kata yang lain.


Menu yang paling popular di sini tentulah kari kambing yang dinikmati bersama roti canai (sarapan) dan juga nasi arab yang disediakan oleh seorang chef.  Restoran dibuka seawal 7 pagi dan ditutup bila semua makanan telah habis dijual. Masa Sk datang ni dah lebih pukul 3 petang dan ngam-ngam sahaja nasi yang tinggal untuk 3 orang tau. Ramai yang datang kemudian pulang dengan kehampaan.

Tidak susah untuk datang ke sini. Anda perlu melalui jalan lama arah Yong Peng dan Ayer Hitam. Seperti kebanyakan restoran nasi arab anda boleh memilih hidangan disajikan secara individy atau meminta hidangan yang disediakan di dalam dulang. Harga??? Berpatutan dan berbaloi...
Burpppp!! Alhamdulillah.

Thursday, January 15, 2015

MAKAN-MAKAN DI KONG KONG LAUT MASAI

Assalamualaikum...

JEMU agaknya dengan masakan di rumah, ER mengajak Sk bertukar selera. Pernah makan di sini sekali dulu.. sebuah seafood restaurant yang terletak di atas air. Dengan melalui lebuhraya Senai - Desaru cepat sahaja kami sampai di sini. Sedap ke?
Urmmmm.. sedap tu subjektif... ikut tekak masing-masing. Kalau ikut tekak Sk....

 

Ikan siakap Stim Hong Kong
besar betul ikannya untuk kami tiga beranak
tapi sebab lapar agaknya
ikan tinggal tulang
rasa... tak ada beza dengan kebanyakan seafood restaurant lain


Sotong Telur Masin
digoreng agak basah
Bawang putihnya dicampak sebiji-sebiji gitu
rasa sedap tapi tak boleh lawan seafood restaurant di Danga Bay
dan Sotong Telur Masin yang Sk masak
hehehe


Lala Bercili.. sedap.. ini feberet Iman.. atas permintaan Iman juga


Baby Kailan goreng Sos Tiram
tak tahulah kenapa sayur ni hanyir


Satu lagi feberet Iman
Chicken Lemon
sos lemon tu agak cair dan tak sedap
Nasib ayam gorengnya sedap
rangup di luar empuk di dalam


Anak bapak
berani pegang janggut lobster sahaja
hehehe


Besar gedabak lobster ni
tak silap rm120 sekilo
yang ni pun rasanya dah lebih sekilo seekor


Kerang
Sebesar penumbuk Sk
Kerang besar ni isinya liat
Tak masuk dalam senarai teringin nak makan pun
Hehehe

Balik tu.. Sk cakap dengan ER.. tak mo lagi makan kat sini
Dahlah tak sedap
Jauh
Mahal
Hahaha.. walaupun bayar guna duit dia
Tapi cubit peha kiri
Peha kanan pun terasa...
tak gitewwww

26 SYAWAL

Assalamualaikum... ALHAMDULILLAH.. dah hari ke 26 kita meraikan Syawal. Ramai yang mengambil kesempatan mengadakan rumah terbuka da...