MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Tuesday, January 6, 2015

AIS KRIM GORENG

ASSALAMUALAIKUM...

HATI teringin menikmati Ais Krim Goreng yang diluarnya masih rangup dan panas manakala dalamnya sejuk membeku. Duluuuuuuuuuuu... pernah mencuba sekali tapi tak berapa nak jadi bila kulit ais krim terburai dalam kuali... hihihi. Kali ini mencuba lagi bersama Iman. Tak sabar nak makan punya pasal, ais krim digoreng terus sebaik sahaja selesai ditekap dengan roti. Hasilnya ais krim meleleh bila dipotong dengan sudu.. satu percubaan yang gagal walaupun kulit ais krim tak pecah kali ini. Sk pujuk Iman, kita buat lagi.. kali ini kita kena kuatkan tahap kesabaran. Ya, sabar tunggu satu hari atau dua puluh empat jam untuk ais krim mengeras kembali dalam salutan roti.. hihi.

Ais krim yang siap ditekap Iman, Sk celup dalam telur yang dipukul dan dicampur sedikit garam. Kemudian golekkan dalam nestum. Sepatutnya guna serbuk rotikan.. tapi mahallah serbuk roti tu. Guna jer apa yang ada dalam rumah... huhu.. kedek betullah! Menyalut dengan serbuk roti atau nestum akan menjadikan ais krim goreng lebih rangup kulitnya. Dah golek dalam nestum sekali lagi celup dalam telur dan digolek semula dalam nestum. Kemudian simpan dalam peti beku semalaman atau seharian.

Sk gunakan cara konvensional untuk menggoreng. Maklumlah.. semua peralatan kat dapur tu zaman kuno... haha. Nasib dah guna dapur gas. Petua untuk dapatkan ais krim goreng yang baik adalah dengan memanaskan minyak masak dalam periuk kecil. Masa ni jangan keluarkan dulu ais krim kita. Bila minyak dah cukup panas, barulah keluarkan dan digoreng satu persatu dalam periuk dengan merendam keseluruhannya ke dalam minyak. Tekan dengan hujung sudip jika perlu. Sk gunakan senduk yang macam penapis tu. Biar terendam dalam minyak panas antara 8 - 12 saat sehingga ia bertukar kuning keemasan dan terus angkat keluar dari minyak. Buat satu persatu. Hasilnya... tadaaaaaaaaaaaa....!!!


6 comments:

  1. 'Tersilap' buka catatan ini di pepagi buta...kan dah teringin ni...hehehe

    ReplyDelete
  2. x pnh buat sdiri, beli siap je balik goreng
    anak2 suka

    ReplyDelete
  3. memang menarik..terasa tertarik dgn cara kak sari

    ReplyDelete
  4. Meleleh air liur tgk !

    Ayah saya terror buat ice cream goreng ni....dia belajar kat mana ntah...nanti saya nak belajar dgn dia ;)

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

SALAM RAMADHAN & SELAMAT BERPUASA

Assalamualaikum... ALHAMDULILLAH... Dapat lagi bertemu Ramadhan kali ini. Ramadhan yang penuh keberkatan dan kemuliaan. Ramadhan ...