MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Tuesday, January 20, 2015

MAKAN DI BURGER BYTE

Assalamualaikum...

SETAHUN sudah berlalu.. hari ini bertambah lagi usia Iman yang ke 14. Baru tingkatan dua sebenarnya anak Sk ni. Ramai yang ingat Iman dah di Tingkatan Lima. Setiap kali keputusan peperiksaan SPM keluar.. mesti ada yang bertanya... "dapat berapa?" "Mohon u mana?" hehehehe.


Sejak awal tahun Iman dah sibuk merancang di mana nak makan-makan sempena hari jadi. Dari tahun lepas pun dia dah plan sebenarnya. Asal hari jadi jer nak makan besar. Asal hari jadi jer nak makan besar... errrr... patutlahhhh.. kan kan kan. Jadi, disebabkan ER bertugas malam ni marilah babah belanja awal sehari. Sibuk sangat minta belanja di Burger Byte... nampak macam best ajer... jom kita terjah!


Sebenarnya dah beberapa kali lalu di hadapan Restoran Burger Byte yang terletak di Jalan Ibrahim Sultan berhampiran dengan Pejabat Pos Besar Johor Bahru ni. Masa Sk sekolah-sekolah dulu di sini adalah Restoran Harum Manis tak silap yang berkonsepkan cafe. Sk tak pasti sama ada Burger Byte ini adalah francais kerana banyak jugak jumpa restoran macam ni di negeri lain.
(Dalam gambar : Carbonara Beef)


Pilihan ER : Nachos Beef Burger 

Masuk sahaja ke dalam restoran dah rasa macam... aaa.. penuh. Betul-betul tinggal satu meja kosong ngam-ngam untuk tiga orang. Kalau nak tahu, ER ni tak minat sangat tempat makan macam ni yang berkonsepkan santai gitukan. Dia kan suka seafood. Tapi disebabkan Sk paksa terpaksalah dia menurut. Kau memaksa aku terpaksa gitew. Anak kita remaja bapaknya.. mehlah kita layankan tekak remaja.. awww.


Jadi Sk berharap dan berdoa agar restoran ini memberikan persepsi yang baik-baik sahaja di sisi ER. Kalau dapat respon negatif nanti 'ahkakkk jugak yang salah dikkkk'
Tapikan... tapikannnn... belum apa-apa Sk yang dah rasa sesal separuh nyawa.. kuang kuang kuang
(Gambar : Bolognese Beef)


Deko restoran dah cantik dan agak selesa tapi bising nak meletups dalam tu. Dengan suara tv yang macam nak bagi pecah speaker dan suara pelanggan berbual.. berlawan-lawan cakap antara satu dengan lain. Ialah, dah bising jadi nak berbual kena kuat-kuatlah. Pasar pun tak macam ni punya hingar.
(Gambar : Jus Epal.. Jumbo Glass tu bonda kongsi ngan Iman)


Tengok harga ok. Gambar melampau sedap. Tapi bila dapat makanan..errrrr. Kurang garam.. kurang rempah.. tawaq habiaq. 


Imanlah paling bengang kot sebab hari jadi diakan. Tak apalah Iman. Sekurang-kurangnya lepas ni air liur Iman tak adalah meleleh lagi kalau lalu depan Burger Byte.. hah hah hah hah.


Patty yang dibakar agak garing sampai kering.. hidangan yang tidak berapa berbaloi dengan harganya. 


Grilled with soul katanya... huhuhu.



5 comments:

  1. Betullah dulu Retoran harum Manis ni more kepada tomyam style. Masa kakak anak dara dulu pun selalu juga ke sini
    Bila dah jadi Burger Byte ni kakak tak pernah masuk lagi. Tapi kalau kurang garam baik juga tu SK - tak mahu org kena darah tinggi.

    Apa-apa pun dari auntie - happy birthday Iman sayang...

    ReplyDelete
  2. nani tak pernah try lagi makan sini. pehh. nampak sedap semua makanan dia :D

    ReplyDelete
  3. Kak Sari...saya pernah cuba cawangannya di Senawang. Memang daging2nya keras...perasanya tak berapa ngam dengan kami. Kami yang sangat lapar sebab baru balik dari mis banjir masa tu pun, tak mampu nak makan. Sampai manager dia datang pada kami dan tanya apa masalahnya.

    ReplyDelete
  4. tak penah lgi merasa burger byte ni, wpun ada kat bangi tu je..org cakp sedap..

    ReplyDelete
  5. Salam sari...berger byte ni bkn zizan razak punya ke? Apa pun selamat hari lahir to iman. Semoga jadi anak yg soleha. Wah aquarius gurl kan sari....sama la dgn akak ni...he3...

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

SALAM RAMADHAN & SELAMAT BERPUASA

Assalamualaikum... ALHAMDULILLAH... Dapat lagi bertemu Ramadhan kali ini. Ramadhan yang penuh keberkatan dan kemuliaan. Ramadhan ...