MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Wednesday, January 7, 2015

SEKALI AIR BAH

ASSALAMUALAIKUM...

AIR MATA deras mengalir tanpa dapat ditahan. Aku yang duduk bersendirian di belakang meja kerja makmal tak mampu menahan air mata yang berjuraian. Pipi terasa panas dengan air yang mengalir hangat. Lidah rasa masin bila sedikit air mata meresap di tepi bibir. Aku perhatikan seorang demi seorang pelajarku yang tekun mengadap tugasan masing-masing. Aku berharap tiada siapa yang akan datang kepadaku di saat ini kerana aku sedang tenggelam dalam duka. Ya.. tidak wajar sebenarnya membelek telefon pintar ketika kelas sedang berlangsung. Tapi, memandangkan setiap pelajar tahu kerjanya masing-masing dan menghilangkan kantuk yang bertandang, aku melayari laman sosial. Tidak jemu menenyeh skrin telefon. Tarik ke atas dan ke bawah. Mulut asyik beristighfar.. Astaghfirullah... Astaghfirullah... ampunkan dosa kami Ya Allah..

Banjir.. setiap tahun pasti tiba. Apabila angin monsun bertiup luar biasa.. apabila air laut pasangnya luar biasa... apabila awan merembes hujan yang luar biasa... maka banjir yang biasa berlaku di penghujung tahun bukan lagi banjir biasa. Sekali air bah, sekali pantai berubah. Tapi bahnya kali ini semua jadi tidak tentu arah. Semuanya jadi kacau bilau. Keluh kesah mencari salah orang tak sudah.. sedangkan kita lupa, apabila satu jari kita menuding ke salah orang lain.. empat lagi jari menunjukkan kesalahan kita sendiri.

Insaflah saudaraku sekalian. Negara kita memang tidak ada gunung berapi. Memang tidak ada gempa bumi (setakat ini). Tapi ianya tidak mustahil terjadi. Dosa dengan Allah kita boleh minta ampun. Tapi jangan biarkan dosa dengan manusia bertimbun. Sentiasa bermuhasabah diri. Sentiasa cermin diri. Kopiah dan tudung yang melekap di kepala.. belum menjamin kita ke syurga.

Salam takziah kepada saudara-saudaraku yang kehilangan tempat tinggal dan harta benda dan Al-Fatihah buat mereka yang telah kehilangan nyawa. Semoga tempat kalian di syurga.. Aamiiinn Ya Rabbal Alamiiinnn.


3 comments:

  1. :'( masih tersisa sendu SK.. semoga mereka tabah dengan ujian ini..

    ReplyDelete
  2. MASIH ADA YG TIDAK MENGAMBIL PENGAJARAN ATAS UJIAN YG ALLAH TURUNKAN SEKARANG
    MOHON PETUNJUK UTK SEMUA

    ReplyDelete
  3. Betul SK... siapa kita yg kerdil sekerdil-kerdilnya ini?
    Baru kena uji bah melanda tak terkata dah.
    Kena renung disebaliknya pasti ada sebab dan hikmahnya

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

KEK OH KEK!

Assalamualaikum... DAH sarapan ke tu? Sk ni dah dua hari berturut-turut sarapan dengan kek yang superrr duperrrr jelita. Meh tayang sikit...