MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Wednesday, February 18, 2015

RAYAN CORNER KEMPAS

Assalamualaikum...
 
ADA yang dah mula bercuti hari ini dan memulakan perjalanan jauh. Mungkin pulang ke kampung halaman. Mungkin bercuti ke pantai. Ada yang terbang ke luar negara. Ada yang naik feri merentas lautan. Amboiiiii.. syoknya. Bagi yang meraikan sambutan Tahun Baru Cina esok, Sk ucapkan Gong Xi Fa Chai.. semoga rezeki anda melimpah ruah sempena kedatangan tahun baru yang merupakan tahun kambing.
 
Bagi Sk sekeluarga, buat pertama kalinya tahun ini kami tidak balik kampung di Kedah sempena cuti tahun baru cina. Nanti ada yang meroyan.. balik selalu tapi tak ada pengisian. Sk rasa setiap orang ada caranya untuk menzahirkan kasih sayang. Tak perlulah kita memaksa orang lain untuk ikut cara kita. Kalau anda rasa selesa dengan cara anda teruskan.. jangan perasan bagus.. itu saja Sk nak pesan. Eh, tu cerita lainlah ya.. hihi. Tak ada kena mengena dengan tajuk pun, jangan maraaa..
 
Sk rasa cuti panjang kali ni nak kemas rumah yang macam tongkang karam tu jer. Kalau mengemas tahannya seminggu sahaja. Yang selalu jadi masalah kain baju yang tak berlipat. Bukan malas tapi tak sempat. Keluar lepas subuh, balik bila matahari hampir terbenam. Nak sediakan makan malam lagi. Nak tengok drama Akasia lagi. Nak kemas dapur lagi. Tahunya dah lelah. Kain baju pun dipandang sepi.. hihi.
 
Lama tak blog, kan... kali ini Sk nak 'post' tentang 'port makan yang kerap Sk kunjungi sekarang. Restoran Rayan Corner yang berkonsepkan terbuka, terletak di Kawasan Permatang Kempas. Berhampiran dengan Stesen Keretapi Kempas, Sekolah Agama Kempas dan Dewan Orang Ramai Kempas. Kalau dari Taman Setia Tropika ke aras Kempas.. jumpa persimpangan empat lampu isyarat, Rayan Corner ni terletak di sebelah kanan. Sk suka makan di sini kerana suasananya tenang, luas dan selesa. Tempat meletak kereta pun luas dan selamat.
 
 
Siakap Kukus Limau yang sangat mengancam jiwa. Bila diletak sahaja hidangan ke meja ER cepat-cepat menyudu kuah. Urmmmm... ER angguk laju-laju maknanya sedaplah. Boleh dikatakan antara masakan Siakap Kukus Limau yang paling sedap kami pernah makan. Hiasan hidangan yang sederhana juga memudahkan untuk kami menikmatinya ditambah cara potongan ikan tersebut. Sampai licin tinggal tulang jer tau.
 
 
Setiap kali ke kedai masakan Thai, kerabu mangga wajiblah diminta. Sebaik sahaja ia diletak ke meja, mulut terus ternganga. Air liur dikesip. Laluan ke juri harus diberi siapa lagi kalau bukna ER. Amboiiii.. sampai angkat ibu jari.. memang sedap 'giler' ni. Sagatan mangga muda ditaburi hirisan bawang merah, cili api dan kekacang yang digoreng tanpa minyak. Digaul mesra pula bersama perahan limau nipis dan sedikit gula. Udang kering yang tidak terlalu masin.. sememangnya mantap!!
 
 
 Aik! Kenapa meja biru pula ya. Sebenarnya ini kunjungan seterusnya. Dalam kunjungan sebelum ni Sk cuma ambil gambar dua masakan, kan.. kali ni rajin pula nak ambil gambar hidangan yang lain.
Ini bukan jemput-jemput ya tapi udang segar yang digoreng tepung dicicah dengan sos Thai. Sampai telan-telan ailio menaip ni.. tapi udang tu sikit sangatlah. Ialah, nak raya cina ni, mahal kot udang.. huhu.
 
 
Sup Ekor. Ekornya direbus cukup empuk. Kalau sebelum ni kami makan 'Seafood Tom Yam' kali ni ubah selera pula dengan Sup Ekor. Sedap tapi tak cukup mencapai tahap piawaian sup ekor. Kuah agak masin dan kurang masam. Kena belajar lagi cara masakan kuah tu supaya lebih rasa Thai.
 
 
Sotong Sambal yang cukup enak. Rasa macam nak tambah lagi sepinggan.. hahaha. Perut kenyang tapi tekak ni rasa bocor jer. Sk suka sangat cara masakan Sotong Sambal Siam ni.. nak buat sendiri tak pandai jadi kalau teringin tu, minta jer di kedai. Buat sendiri belum tentu menjadi.. hihi.
 
 
Telur Dadar pun nak ambil gambar ke?
 Eh, gebu tau telur ni.. kena tunjuklah.. haha. Kalau nak tahu telur ni mesti kena minta dua biji asing-asing. Bapak satu.. anak satu. Bonda? Ambil separuh bapak punya, separuh anak punya.. hahahaha.
 
 
Walaupun cuma sayur, susah nak jumpa yang betul-betul ikut piawaian tekak kami. Yang ini antara yang terbaik. Baby Kailan goreng Sos Tiram.
 
 
Puas hati makan Daging Masak Merah di sini. Dagingnya tebal tetapi empuk. Kuah pekat dan sedap, hirisan bawang holland yang manis. Sedap dan terbaikkkk!
 
 
Sambal belacan penyeri hidangan dan pelengkap rasa. Banyak kali Sk belajar buat sambal belacan macam ni tapi selalu tak jadi. Mesti ada kekurangan rasa di sana-sini. Tapi ada jugak yang terlebih.. rasa belacan lebih. Adeh.. siapa ada resepi sambal belacan thai.. meh kongsi dengan Sk mehhh!!! 

4 comments:

  1. TERLIURRRRRRRRRRRRRRRRRRR LA KAK OI
    HARUS MENCARI KEDAI TMYAM MLM NI

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan kak, ok macam sedap je tengok gambar ni.. nanti saya nk try makan la.

    ReplyDelete
  3. Tengoklah semua org boleh nampak gambarnya kakak boleh tak nampak sedihnya SK
    Itu yg mood nak BW pun jadi malas..

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

BOAT NOODLE @ TEH O AIS 50 SEN

Assalamualaikum... RAJIN pulak nak cepat-cepat update kisah malam tadi padahal bukan main banyak kisah yang belum dikisahkan lagi.  Hurmmm....