BOBOIBOY CAFE & BOB REPUBLIC

Seri Kandi Tanah Jauhar
3
Assalamualaikum...
 
 
KALI ini Sk nak bawa anda makan-makan di Boboiboy Cafe yang terletak berhadapan dengan Hotel New York, Johor Bahru. Boleh dikatakan ini adalah antara tempat kegemaran Sk untuk menjamu selera. Tempat yang selesa dan pilihan makanan yang pelbagai menjadikannya salah satu lokasi makan-makan yang paling sesuai sekiranya setiap ahli rombongan mempunyai selera yang berlainan. Paling best sekali makan di sini macam makan di tepi laut walaupun longkang pun tak ada.. hahaha. Angin kuat menderu-deru.. siapa pakai skirt kembang tu silalah pegang kuat-kuat ya.
 
 
Selain dari selesa, Boboiboy Cafe juga amat bersih dan cantik. Tengok tu meja bukan main berkilat lagi.. hahahaha. Stafnya juga ringan tulang dan sabar menunggu kami membuat pesanan. Boleh dikatakan layanan bertaraf hotel yang anda terima bila ke sini. Harga makanan juga berpatutan membuatkan Sk rasa agak berbaloi makan di sini.
 
 
Tengok tu.. ada pelbagai pilihan. Stafnya pun macam sentiasa siap sedia menunggu dipanggil pelanggan.. gitewww.
 
 
Dekorasi kedai yang tidak jemu mata memandang. Bola dan logo JDT sememangnya kini agak sinonim dengan hiasan dan deko kebanyakan kedai makan dan restoran yang ada di Johor sekarang.
 
 
Haaaa... tu masing-masing air gelas besar gajah. Puas hati dengan rasa jus di sini. Cukup pekat bukan penuh dengan ais sahaja.
 
 
 
Kuay Teow Cantonese. Sedap... mahu bagi berapa bintang ya???
 
 
Fettucini Chicken Carbonara sememangnya feberet Sk. Muka banjar tekak Itali okeh.. hihihi. Ini pun sedap... mahu bagi berapa bintang ya???
 
 
Spaghetti Bolognese.. yang ini kesukaan Iman. Sk tak minat sangat.. lebih suka yang berlemak macam carbonara... tu yang tebal daging Sk ni.. hahaha. Sedap... mahu bagi berapa bintang ya??? Ya.. berapa bintangggg???
 
Siapa tekak Siam.. boleh minta Nasi Padprik.. sedap... Alhamdulillah!
 
 
Eh! Ada lagi??? Ini namanya Quesadillas. Kan Sk dah kata, Sk ni tekak orang puteh.. cuma kulit jer tak berapa nak putih.. hihi. Ini Sk order dari gerai Bob Republic yang dibuka di hadapan Boboiboy Cafe. Apalagi orang-orang kampung... jom serbu!!! 
Tags

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!