MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Tuesday, March 24, 2015

HIDUP JOHOR DEMI JOHOR

Assalamualaikum...
 
Kredit Gambar : Johor Southern Tigers FB Page.
 
ALHAMDULILLAH... Syukur ke hadrat Allah SWT kerana telah mempermudahkan Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Johor semalam. Sebagai rakyat yang dilahirkan dan membesar di Tanah Jauhar ini, Sk tentunya tumpang bangga dengan sejarah yang tercatat dalam lembaran Sejarah Johor. 
 

Hidup Johor Demi Johor.
Tahniah patik ucapkan buat Tuanku DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim dan juga kepada DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor sempena hari kemahkotaan tuanku berdua yang berlangsung dengan gilang gemilang.

Sultan Ibrahim adalah merupakan sultan ke 5 bagi negeri Johor dalam era moden. Baginda dilahirkan pada 22 November 1958 di Johor Bahru dan merupakan anak sulung daripada sepuluh beradik. Baginda dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada 4 Julai 1981 dan dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Januari 2010 sehari selepas kemangkatan ayanhda baginda, Almarhum Sultan Iskandar.


Sultan Ibrahim mendirikan rumahtangga dengan anaknda Sultan Perak yang jelita dan rupawan, Raja Zarith Sofiah pada tahun 1982 dan dikurniakan enam cahayamata.
Putera sulung baginda, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar (kini Tunku Mahkota Johor) (berdiri dua dari kanan) yang telah berkahwin dengan Che' Puan Khaleeda Binti Bustamam pada 2014.
Satu-satunya puteri yang mewarisi kecantikan bondanya ialah Tunku Aminah Maimunah Iskandariah.
Ini diikuti oleh Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman (berdiri kanan sekali),
Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim (berdiri dua dari kiri),
Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri (berdiri kiri sekali) dan putera bongsu baginda adalah Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar.


Sebenarnya ini adalah Kemahkotaan kali yang ke 4 yang mana ianya diperkenalkan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1886 yang mendapat ilham ketika baginda membuat lawatan ke Empayar British dan Uthmaniah.

 
Istiadat kemahkotaan ini kali terakhir diadakan pada tahun 1960 di mana Mufti Negeri Johor pada ketika itu menyarungkan mahkota yang berusia lebih 100 tahun itu kepada Sultan Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang merupakan nenda kepada Sultan Ibrahim. 


Sepanjang penantian istiadat kemahkotaan ini, Johor Bahru meriah dengan kibaran bendera di siang hari dan bermandi cahaya di malam hari. Setiap kali memandu menyusuri Pantai Lido tersemat rasa bangga menjadi anak Johor.


Sehari sebelum istiadat kemahkotaan dilangsungkan, baginda berdua menjalani istiadat bersiram. Pada pagi hari kemahkotaan baginda berdua dibawa dari Istana Besar Bukit Serene ke Istana Besar Johor untuk menjalani istiadat kemahkotaan yang diadakan di Bilik Singgahsana.


Suasana di Bilik Singgahsana di mana istiadat kemahkotaan akan berlangsung.


Terkenang-kenang pulak Sk kemeriahan majlis perkahwinan diraja baginda berdua walaupun masa tu Sk baru darjah dua.


Semua tetamu kehormat menunggu istiadat kemahkotaan dijalankan.


Lagu Bangsa Johor dimainkan. Meremang bulu roma Sk walaupun cuma melalui siaran langsung di kaca TV.


Tetap segak walaupun telah berusia 57 tahun.


Permaisuri Johor yang jelita.


Mahkota disarungkan oleh Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin bersama lafaz Bismillah dan selawat.


Mahkota Permaisuri disarungkan kepada Raja Zarith, Permaisuri Johor.


Doa dibaca, semoga majlis diberkati Ilahi.


Baginda berdua diiring keluar dari Bilik Singgahsana.


Tabik hormat


Baginda berdua menuruni tangga untuk menaiki kenderaan diraja.

Wahhhh! Ini betul-betul mengembalikan kenangan masa Sk darjah dua dulu tau. Tunggu pengantin diraja lalu di tepi jalan besar Skudai.


Bergerak meninggalkan Istana Besar Johor Bahru.


Kepada Allah kami berserah
Allah Selamatkan Sultan.

5 comments:

  1. Wah, gilang gemilang sungguh ye kak. Saya x sempat tengok.

    ReplyDelete
  2. SK pergi ke? Kakak tak sanggup nak jalan kaki panas lagi
    Itu yg tengok lintas langsung tv3 aje.
    Sayu hati kan bila lagu Bangsa Johor berkumandang.
    Menusuk hati sampai boleh mengalir airmata.

    ReplyDelete
  3. Tahniah rakyat Johor... Sultan dan sultanah yg berjiwa rakyat..

    ReplyDelete
  4. Daulat Tuanku.

    Cuma saya tertanya tanya, masa zaman Almarhum Sultan Iskandar naik takhta, kenapa tiada istiadat ini?

    ReplyDelete
  5. Warung yg kakak singgah tu di jalan JB-Pontian. Tak perasan kampung apa tapi tepi jalan sebelah kiri kalau drive hala dari JB ke Pontian. Banyak driver lori singgah di situ.

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

INAYAH - AKU MAHU PULANG

Assalamualaikum... Alhamdulillah. Akhirnya, Telemovie INAYAH akan ditayangkan di Astro Citra pada hari Ahad,  22 Oktober 2017 jam 10 ma...