MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Thursday, April 23, 2015

AGORA PLACE TO EAT MORE... KEMPAS

Assalamualaikum...
 
SALAM Khamis. 
Cerita pasal makan lagi! Boleh, kan?
Jemu ke asyik cerita pasal makan? Harap tak ada yang jemu ya.
Kepada yang berpuasa, Sk harapkan post ini tak akan mengganggu mood puasa anda,
kalau ya.. maafkanlah hamba insan yang penuh kealpaan ini.
 
Kali ini Sk ingin mengajak anda untuk menjamu selera
di Agora Place yang terletak di Taman Kempas, Johor Bahru.
 Sk sebenarnya tak tahu nak kategorikannya sebagai apa, sebab nak kata warung..
ia ada kelas macam restoran..
 nak kata restoran atau kedai makan, tak ada dinding.
Konsep cafe-cafe terbuka ('open air') yang amat diminati warga kota untuk bersantai
bersama kawan-kawan atau keluarga tercinta
sambil menikmati makanan kegemaran dan melayani internet..
gitewww..
 
 
Agora Place ini betul-betul terletak di tepi jalan yang menuju ke Taman Setia Tropika
dari arah Larkin. 
Kiranya anda tak perlu masuk ke Taman Kempas.
Lepas simpang Taman Kempas tu dah boleh nampak cahaya dari Agora Place ini
di sebelah kiri jalan.
 Pertama kali sampai mesti kagum tengok warung-warung comel ala-ala rustic gitu.
Lepas tu anda akan kagum pulak dengan meja dan bangku yang disediakan dari bahan-bahan yang dikitar semula.
 
 
Lepas tu kagum lagi sebab Agora Place ini diusahakan oleh sekumpulan anak-anak muda (mungkin). Semuanya begitu bersemangat mengambil 'order' dan menyediakan hidangan
yang diminta pelanggan.
Di sini mereka menyediakan dapur yang berasingan untuk hidangan western dan
 masakan panas  goreng-gorengan serta minuman. 
 
 
Ini dapur untuk hidangan western.
Suka sangat tengok pondok yang comel ni.
Kata ER, ni kalau lalu siang-siang nampak macam reban ayam.. sabar ajelah.. hehehe.
Walaupun tempoh menunggu makanan agak lama tapi tak terasa sebab terleka melihat cara mereka bekerja selain persekitaran yang lain dari yang lain ditambah pula irama lagu 'country' yang diputarkan.
 
 
Sk rasa ini pun salah satu dapur mereka juga cuma ia belum beroperasi lagi. 
Bestnya kalau ada tanah luas Sk pun nak buat satu dapur kat luar macam ni.. hahaha.
Bila makanan siap tekan loceng suruh Iman sediakan meja makan dan ambil makanan yang Sk hulur dari ruang terbuka depan dapur tu.. hihi. 
 
 
Falsafah tukang masak mungkin...
 
Disebabkan Sk duduk agak mengadap dengan dapur ni, jadi setiap kali chef tu tekan loceng,
mesti Sk ingat, eh, dah siap makanan aku...
rupanya orang punya.. hahaha.
Macam Sk cakap tadi, makanan sampai agak lambat juga tapi tak terasa.
Ditambah lagi sikap staf yang berbudi bahasa setiap kali meletakkan makanan atas meja,
dia akan meluahkan maaf kerana lambat menunggu... sejukkkk hati kita.. kikiki. 
Tapi makanannya macam mana pula ya... tungguuuuuu!
 
 
Pergi makan kat mana-manapun asyik ambil makanan yang sama jerkan.
Ini 'Grilled Chicken Chop'. Ada tiga pilihan sos untuk masakan 'grilled' iaitu 'Black Pepper', Mushroom dan satu lagi Sk lupa... maaf ya. 
Sk pilih 'mushroom'... urmmm... Ayam tu sedap dah, ia dimasak sempurna dan agak 'juicy' tapi 'mushroom sauce' agak cair. Ada kecewa di situ.
 
 
Sebenarnya, dalam pinggan tadi ada juga ini iaitu 'Lamb Chop'.
Daging kambingnya juga di'grill' agak sempurna tapi.... nanti Sk komen di bawah.
Sebenarnya ini adalah hidangan kombinasi 'Mix Grill'.
Kononnya makan berkongsi dengan Imanlah, ambil 'mix' tapi tak kenyang pun rupanya.
Dasar betullah kannn... 
 
Sk bagi tiga bintang.
Kenapa tak bagi empat bintang?
 Sebab sos agak cair, sayur kurang segar dan 'fries' agak kurus dan sangat sedikit.
Mintak sos cili untuk dua pinggan hidangan sepatutnya hantarlah dua piring kecil,
tapi dia hantar satu jer.
Malas nak mintak banyak kali, huhuhuhu.
 
 
Masa staf Agora letak pinggan Fettucini ni atas meja, Sk dah keliru. 
"Errr... ni apa?"
 Lepas tu dia pun macam dah tergagap-gagap.
"Saya nak Spaghetti," Sk kata.
"Takpe... takpe... bolehlah..." sampuk Iman. Sebenarnya dia yang mintak Spaghetti Bolognese. Nasib baik Iman ni jenis tak cerewet, tapi Sk ada sedikit 'temper' (cemana eja??)
 
Pastanya sejuk dan berair mungkin tak ditoskan dengan sempurna.
Sos Bolognese tu ala-ala jerlah.. so-so aje.. tapi ada 'chewing gum cheese' situ..
ok, itu lain dari yang lain. Dua setengah bintang.
 
Jangan risau, banyak lagi makanan lain yang masih boleh anda terokai di sini
seperti Laksa Penang dan pelbagai laksa yang lain (tapi bila tanya, tak ada pulak.. huhu)
Masakan goreng Sk belum cuba lagi.. nak juga cuba lain kali nanti, insyaAllah.
 Orang kata sedap itu subjektif... betul tak??? 
 
Jom!
 

Tuesday, April 21, 2015

SITI PATIN HOUSE KANGKAR PULAI

Assalamualaikum...
 
PERTAMA kali sebenarnya Sk menikmati masakan gulai tempoyak asli Temerloh. Duluuuuuu.. ibu Sk biasa masak Patin Gulai Tempoyak, memang tak sama langsung rasa dan teksturnya dengan gulai tempoyak yang dikatakan masakan asli dari Temerloh, Pahang ini. Maklumlah, ikan patin kolam jer mana setanding rasanya dengan ikan sungai, kan. Eh, bukan tak sedap tapi lain rasa ikan yang dibela dalam kolam ni tau. Rasa macam berpasir sikit dan sedikit hanyir tapi bertabah ajelah masa makan tu.. hahaha. 
 
Harga mengikut bahagian.. bahagian isi ni RM14 seketul
 
Sejak Siti Patin House ini dibuka berhampiran taman Sk tinggal memang berkali-kali Iman mengajak singgah. Pelik jugak, sejak bila Iman ni tahu makan ikan patin sebab masa ibu masak dulu rasanya dia kecik-kecik lagi, hehehe. Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak singgah mencuba di sini. Serius, berkali-kali Sk menyudu kuah ke mulut sebelum dicurah ke atas nasi, rasa macam tak puas menyudu, memang sedap cukup dengan rasa tempoyaknya tu. Kuahnya agak pekat berbanding dengan gulai yang biasa ibu buat. Ikannya juga tidak hanyir tentu tukang masak ini lebih arif untuk mengendalikan masakan ikan patin yang dari spesies ikan sungai yang kita biasa maklum agak hanyir jika tidak tahu cara memasaknya.
 
 
Dah dasar hantu masak lemak, Sk cuba juga Pucuk Ubi masak tempoyak ni. Uiiiiii.... sedap! Sedap giler. Menurut staf kedai ni, pucuk ubi ni jarang-jarang disediakan, kira memang rezeki Sk walaupun Sk datang dah habis waktu kerja masa tu.
 
 
Budak nikan... katanya nak 'diet'. Lepas tu bising nasi tak cukup.. hehehehe. Kesian punya pasal, Sk mintakkan jugak nasi tambah. Haiiii.. kalau dah tambah nasi tu takkan maknya nak menengok ajerkan.. kita pun menambah juga.. huhuhu.
 
 Siti Patin House ni dibuka setiap hari dari pukul 11 pagi sampai 12 malam. Selain gulai patin tempoyak yang disediakan panas-panas, terdapat juga pelbagai lauk lain yang dihidangkan waktu tengahari selagi stok masih ada. Selain tu ada juga ayam kampung dan ayam kampung dara yang digoreng panas. Yang pasti, patin tempoyak tu memang ada sepanjang masa.
 
 
Cara ke sini :
 
Siti Patin House terletak di Bandar Baru Kangkar Pulai. Kalau dari Pontian, masuk ke kiri (persimpangan lampu isyarat Bandar Baru Kangkar Pulai). Sebaik masuk simpang tu anda dah boleh nampak papan tanda merah Siti Patin House di sebelah kiri. Maaf Sk tak ambil gambar.
 
Kalau dari arah Johor Bahru, anda masuk kanan persimpangan lampu isyarat Bandar Baru Kangkar Pulai. Malah dah boleh nampak kedainya dari seberang jalan besar.
 
Iman dah sibuk mengajak lagi tu... jom!!!!

Thursday, April 16, 2015

SAMPAN FRUITS TART DAN TERIMA KASIH NUFFNANG MALAYSIA

Assalamualaikum...
 
16 APRIL 2015..
 
DAH 16 hari dalam bulan April tapi Sk cuma ada dua post sahaja di bulan April.
Amboi... banyak sangat kerja ya Sk??? Ke malas?? Sebelum tidur tu boleh jer nak update blog kan... dunia di hujung jarikan.. isk.. isk.. isk. Alaaa.. ada lagi ke yang nak baca blog kita ni. Yang ceritanya entah apa-apa.. cerita orang lamalah katakan. Dah remaja purba pun perasan nak menulis macam orang-orang muda.. huwa huwa huwa.
 
Okey... sebelum nak cerita tentang Sampan Fruits Tart, Sk nak ucapkan terima kasih kepada Nuffnang kerana masuk kali ini sudah tiga kali Sk dapat 'cash'kan rezeki pemberian Allah melalui Nuffnang ni walaupun sebenarnya yang ketiga tu baru sahaja Sk 'cash out' semalam tapi hari ini bila buka akaun Nuffnang nampaknya dah ada rezeki baru yang hinggap.. Alhamdulillah. Walaupun jumlah tu taklah sampai mampu nak beli tiket 'Star Cruise' pun, bolehlah buat-buat bayar GST... huhuhu.
 
Dan semuanya tak akan mungkin tanpa sokongan dari anda. Ada yang singgah hari-hari, ada yang singgah seminggu sekali dan klik berkali-kali, terima kasih daun keladi lain kali singgahlah lagi ya. Sk akan cuba menulis yang termampu.
 
 
SIAPA suka makan tart buah sila angkat kening sekarang.
Amboiiii... ramainya yang suka ya. Mari kita membam-bamkan diri beramai-ramai.
Bak kata pepatah zaman gst ni, 'Orang bahagia susah nak kurus'... tak gituuuuu. 
Cer tengok gambar kat atas tu. Amacam? Comel tak saya? Sampan Fruits Tart, satu kelainan apabila tart shell yang biasa kita jumpa bentuk bulat, kini dibuat pula dalam bentuk sampan. Orang-orang lama mesti tahu biskut sampan kan, bagi Sk biskut sampan ni biskut orang kaya sebab cuma selalu jumpa kat rumah orang kaya jer masa hari raya. Apa tidaknya, cara pembuatannya yang renyah menyebabkan harganya agak mahal daripada biskut-biskut raya yang lain.
 
Sebenarnya bukan Sk yang buat Sampan Fruits Tart tu tapi salah seorang pelanggan tetap mesin Sk dari Kota Singa, Kak Nazleen Adam. Masa mula-mula Kak Naz tunjuk gambar ni, ternganga terus Sk. Sebelum tu memang kami ada ber-whatsapp tentang idea Kak Naz nak buat Fruits Tart menggunakan crust sampan ni. Idea ni timbul dari 'Floating Market' yang popular di Thailand dan bila dah jadi kenyataan, terlopong Sk dibuatnya. Bila dah dipaipkan kastard dan disusun buah begitu, memang kita dapat bayangkan seperti di bawah... betul tak??
 
 
Memang kreatif!
 
 
Haaa... inilah biskut sampan Kak Naz.
Kata Kak Naz, tak sia-sia melabur menempah biskut sampan ni. Kak Naz orang yang pertama tempah mesin sampan 4 lubang ni tau. Asalnya kami cuma buat mesin sampan dua lubang jer tapi Kak Naz ni pujuk jugak suruh buat 4 lubang, akhirnya cair jugaklah tukang mesin ni untuk buatkan mesin sampan 4 lubang. Dan Sk memang tabik spring toing-toing dengan tahap kesabaran Kak Naz sepanjang menunggu mesin ini disiapkan. Rasanya hampir sebulan jugaklah.. ke cecah sebulan.. lupa pulak, hihihi. Eh, ingat senang ke nak kisar mesin ni.. peluh jantan betina semua keluar tau... huhuhu.
Kami juga menggunakan contoh acuan sebenar yang diberikan Kak Naz bagi memastikan ianya benar-benar ngam. Proses menggunakan mesin ni sama sahaja dengan mesin tart shell tu ya. Mesin ini tidak menggunakan elektrik, masih ramai yang tak faham kekdah menggunakannya sampai pening Sk nak terangkan. Ini mesin manual ya. Kena tekan guna tangan.. adunan tu kita kena letak dalam acuan dulu baru letak dalam lubang pada mesin. Kalau dah siap tekan keluarkan semuanya dan susun dalam dulang pembakar. Jangan pulak masuk dengan mesin-mesin tu dalam oven cik puan pulak. Nangis dia nanti :))))
 
 
Adunan yang dah siap tekan ni juga perlu diratakan tepinya dahulu. Barulah cun macam dalam gambar tu. Macamman, ada yang berminat ke? Kalau berkenan tu janganlah tunggu lama-lama sebab tak lama lagipun dah nak masuk bulan puasa. Idea ini sesuai dengan majlis rumah terbuka dan majlis-majlis perkahwinan serta kenduri kendara.
Jom... boleh 'call', sms atau whatsapp Sk terus di talian 0127844524 (Seri). Perlu sekali lagi Sk ingatkan supaya anda tidak lagi menghantar pertanyaan melalui email ya. Rasanya lebih mudah kita berurusan di whatsapp sahaja.
 
Warga Singapura yang ingin membuat tempahan Sampan Fruits Tart dari Kak Naz bolehlah berhubung terus dengan beliau melalui talian
+65 9871 0075
 
Gerek sehhhhhh!!
 
Wassalam.
 
 

Tuesday, April 14, 2015

CENDOL HOUSE KAMPUNG MELAYU MAJIDEE

Assalamualaikum...
 
Semenjak dua menjak ni rasa macam malas jer nak 'update' blog. Bukan Sk sorang lak tu.. rasanya ramai lagi blogger yang sama berperasaan macam Sk ni. Itu penyakit M makin lama makin melarat. Adakah mungkin kerana faktor umur? Sebab rasanya kebanyakan yang malas update ni pun sebaya-sebaya Sk jugakkan. Haaaa.. baik mengaku cepat! Atau mungkin sudah terlalu lama berblog.. sudah bosan dan kadang merasakan orang pun sudah bosan nak buka blog kita.. huhuhu. Betul ke????
 
Disebabkan hari ini Sk agak rajin, Sk nak cerita tentang 'Cendol House' yang terletak di Jalan Utama, Kampung Melayu Majidee. Sk rasa ramai warga Johor Bahru yang tahu lokasinya tapi bagi orang luar cuba cari jalan dari Masjid Kampung Melayu Majidee.. ada 'traffic light' di situ.. ambil jalan menuju ke Larkin (Jalan Utama) nanti anda akan nampak Cendol House yang berhiaskan atap rumbia ini di sebelah kanan.
 
 
Macammana? Tengok jer kedai ni hati dah tertarikkan. Macam cakap kat kita.. singgahlah... singgahlahhh.. gitu. Masalah yang paling utama di sini adalah tapak letak kereta. Kalau ada tempat letak kereta yang selesa dan selamat rasanya Cendol House ni pasti dapat sambutan yang lebih hebat. 
 
 
Berkonsepkan warna hitam dengan hiasan ala-ala kampung hati rasa tenang dan santai jer makan di sini. Sesuai dengan namanya, cendol adalah pilihan utama mereka yang berkunjung ke sini. Selain cendol terdapat juga pelbagai jenis minuman panas dan sejuk disediakan. 
 
 
Haaa.. cuba tengok tu. Cendol pun ada macam-macam jenis. Sk pulak sukakan cendol yang asli. Sk kurang gemar cendol yang dah ada campuran benda-benda lain macam kacang ke.. pulut atau jagung. Suka yang pior gitu. Selain tu ada juga Nasi Ambeng, Nasi Lemak, Mee, Soto dan Rojak Petis. Jadi kalau nak 'skip' makan nasi berlauk waktu tengahari tu boleh jer makan di sini terus.
 
 
Kalau dah makan tengahari apa salahnya datang untuk me'ngeteh' (kata orang Johor) sebab ada pelbagai jenis gorengan seperti pisang, keledek, cendawan, tempe dan kuih-kuih lain. Sk pun datang dah pukul 2 lebih rasanya masa ni semata-mata untuk menyendol.. hahaha. Cendolnya yang hijau jernih meluncur laju jer ke tekak bila ditelan. Santannya lemak dan asli.. gula melakanya juga manis secukup rasa. Memang antara cendol terbaik yang pernah Sk cuba. Jom menyendol!
 
Cendol House
Waktu Perniagaan : 11.00 am - 7.00 pm
Di buka setiap hari kecuali hari Isnin
Address: 44, Jalan Utama, Kg. Melayu Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor.
Telefon: 016-767 2477

Wednesday, April 8, 2015

PORT MAKAN SANTAI DI TAMAN MOLEK

Assalamualaikum...
 

Warga JB yang tak kisah makan di warung tepi jalan, jom singgah makan-makan santai di hadapan Public Bank, Taman Molek ni. Lokasi yang sangat happening dengan pelbagai pilihan makanan yang pastinya sedap dan berpatutan pula harganya.


Ni gara-gara ER yang rajin meng'explore' fb page Johor Sedap.. sampailah kami ke mari. Nak cuba mee udang utara yang katanya sedap sangat tu. Tak tahulah sedap macam mana tapi semua orang kata sedap wooo. Jom kita cuba 'try test'


Sementara tunggu mee udang siap ter'order' laksa penang. Biasalah orang utara pantang jumpa makanan tradisi negeri sendiri kan. Marbeles sungguhlaaa. Sk ni memang malas nak buat laksa sendiri jadi kalau teringin tu dah tahu dah kat mana boleh dapat makan laksa penang yang sedap... nyums!

.

Haaaa.. tak lama menunggu.. siappun mee udang utara. Sekali hirup jer dah terasa keenakan kuah mee udang utara yang asli. Jadi bagi peminat-peminat mee udang bolehlah menikmati sendiri keenakannya di sini. Pengusaha mee udang ini pun anak jati Kedah katanya.

Ni dah berangan nak cuba Nasi Kukus kat sini pulak. Kan Sk dah cakap.. macam-macam ada. Tungguuuuuu!!

MEE KUAH TULANG

Assalamualaikum... TAMAT sudah sesi percutian sempena perayaan Deepavali minggu lepas.  Minggu ni ramai yang dah kembali bekerja,  anak-ana...