MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Saturday, May 2, 2015

HARI JADI LAGI!

Assalamualaikum...

PEJAM celik pejam celik sekejap sahaja masa berlalu. Anak yang dulu dikelek sudah semakin besar. Orang yang dulu mengelek anak sudah semakin tua.. gitu lumrahnya. Di kalangan sepupu Sk sendiri pun ramai yang dah bergelar datuk dan nenek malah ada yang sudah bercicit. Kiranya kalau diikutkan pangkat, Sk sendiri sudah bergelar moyang.. hahahaha.

Syukur... Alhamdulillah, Khamis lepas kami tiga beranak dapat meraikan hari lahir Encik Rizar yang ke 45. Macam biasalah, kalau sambut hari jadi mesti ada acara makan kan. Sk ni memang tak berapa nak berkuasa nak memasak-masak atau menjemput orang sekeliling. Maklumlah, yang sambut hari jadi pun dah taraf remaja purba.. kah kah kah. Jadi, meh kita belanja dia makan di restoran kegemarannya, Seafood Market.


Haaa.. birthday boy yang tak habis-habis  membelek handphone. Scroll up down up down. ER kata dia nak ikan yang paling besar.. tungguuuuuu!


Muka orang yang sedang lapar ke apa ni. Sedih beno nampaknya.


Tidak sah kalau tak minta Sotong Telur Masin. Feberet sepanjang zaman katanya. Sk pernah ceritakan tentang keenakan masakan di restoran ini dalam entrt yang lepas. Memang terbaik!


Mushroom dan Brokoli goreng Sos Tiram. Di sini tak ada baby kailan yang ada mak kailan. Jadi kita minta sayur ni saja.


Feberet Iman tentunya Chicken Lemon.
Makan di manapun chicken lemon di sini adalah yang terbaik.


Haaaa...  tu dia Hero Of the Day.. orang besday dapat kek tapi ER dapat ikan. Terkejut ER bila Sk pacak 'Happy Birthday' tu pada Siakap Stim Nyonya. Iman siap nyanyi 'happy birthday to you' diikuti aksi ER seolah-olah meniup lilin. Semuanya berjalan spontan tanpa dirancang. Rasanya ini pertama kali kami minta masakan cara ini.. memang sedap.. kira tak menyesallah.. hahaha.

Selamat hari jadi Babah!!
Semoga terus cemerlang dalam kerjaya.. diberi kesihatan yang baik.. panjang umur.. berjaya di dunia dan berbahagia di akhirat.
Aminnnn Ya Rabbal Alamiiiinnn.

3 comments:

  1. trimakasih infonya gan....
    ...
    sangat menarik dan bermanfaat...
    mantap..

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  3. selamat ya semoga menjadi keluarga sakinah mawahdah warohmah amin,,,










    Obat Penyakit Ginjal Kronis

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

RETREAT DI MERSING - HARI PERTAMA

Assalamualaikum... APABILA diberitahu bahawa Sk akan dihantar mengikuti satu kursus di Mersing terus rasa senak perut  hati jadi li...