MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Sunday, May 17, 2015

KEK AIS KRIM UNTUK PAK INCHE

Assalamualaikum...
 
ENTRY yang dah lama dijanji namun tertunda entah berapa minggu sampai melepasi dua tarikh hari jadi iaitu hari jadi Sk sendiri dan hari jadi adik Sk, Aini aka Cik Embun. Baguslah Sk, pas tu yang tu pun tunda jugaklah nampaknya, hihihi. Kek Ais Krim ni Sk buat sebab rasa macam tak lengkap pulak menyambut hari lahir tanpa sebiji kek untuk Encik Rizar. Tapi masalahnya ER bukan suka kek pun. Tiap tahun Sk jugak yang terpaksa perabih.. adoi.. manalah tak makin bam bam. Jadi tahun ini Sk gandingkan tiga manisan yang menjadi feberet ER sehingga terhasilnya sebiji kek hari jadi. Tiada originality pun untuk kek aiskrim. Sk tiru dari posting di mukabumi. Bila hati tertarik dengan sesuatu idea yang kebabom, tak salah kalau kita mencuba ya tak? 
 
 
Kesilapan terbesar Sk bila membuat kek aiskrim ini adalah salah membeli perisa ais krim. Sepatutnya Sk kena beli ais krim tiga perisa.. Neopolitan kot namanya tu. Tapi disebabkan ada budak kecik yang beriya-iya nakkan ais krim perisa butterscotch, dengan alasan aiskrim tu pun kalerpul dan lebih sedap, jadi.. menjadilah macam gambar di atas. Nampak tak lelehan aiskrim berwarna ungu yang keluar dari celah-celah Kit Kat tu.. tu akibat pandai sangatlah tu.. adoi!
 
 
Walaupun ais krim berperisa butterscotch tu berwarna-warni tapi bila kita lenyekkan ke dalam loyang, warna yang berlapis-lapis tu bersatu ya. Teruslah Sk membebel-bebel dekat Iman yang paksa Sk ambil perisa tu. Sepatutnya ambil tiga perisa ais krim berlainan warna atau nak lebih jimat ambil Neopolitan tu. Nanti kita boleh lapis ikut warna barulah cantik bila dipotong.. haaa.. gitew bonda membebel. Sambil tu otak berputar teruslah dapat satu akal, Sk asingkan semangkuk aiskrim dan letak pewarna ungu dan kacau rata, lapiskan atas ais krim tu. Jadi.... ais krim dikacau tentulah cair, meleleh rupanya kat celah-celah kit kat tu. Dah keluarkan dari loyang baru nampak... isk!
 
 
Mula-mula tu, lepas tiup lilin ER kata dia nak makan sikit jer, suruh Sk potong tapi bila dia tahu itu sebenarnya ais krim, barulah beriya nak potong sendiri, hahaha. Umur 45 macam budak 5 tahun dapat kek rupa ER masa tu. Seronok sangat agaknya dapat coklat, ais krim dan stroberi di hari jadi.
 
 
Yang di bahagian atas tu sebenarnya krim untuk kek snow.. sebab tulah meleleh macam tu. Cheese meleleh katanyakan.. menjadikan kek ais krim ni bertambah sedap dan lemak.. awwww!!
 
 
Kek Ais Krim
 
Loyang saiz 6"
(Alas dasar loyang dengan plastik yang dipotong memanjang.
Lebar plastik adalah lebar loyang dan biarkan ia terjuntai melebihi tinggi loyang)
Lebih baik guna loose pan (jika ada)
 
11 bungkus kit kat atau secukupnya, susun di sekeliling dalam loyang
Biskut Oreo dikisar halus gaul bersama
Butter yang dicairkan
Tekankan ke dasar loyang yang dah dialas plastik
 
Aiskrim berperisa Strawberry, Coklat dan Vanila atau sebarang dua atau tiga berisa berlainan.
cedok aiskrim dan lapiskan di dalam loyang tadi.
Buat tiga lapisan... strawberry, coklat, vanilla atau suka hatilah nak yang mana dulu.
Simpan dalam peti ais semalaman.
Bila hendak dihidang, barulah dihiaskan mengikut citarasa sama ada menggunakan fresh cream, strawberry, ferrero rocher atau taburkan coklat M&M.
Sesuai untuk kanak-kanak dan orang tua yang suka ais krim.. hehehe.

1 comment:

  1. Happy birthday En Rizar
    Meleleh sama kakak tengok kek aiskrim tu SK:)

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

SALAM RAMADHAN & SELAMAT BERPUASA

Assalamualaikum... ALHAMDULILLAH... Dapat lagi bertemu Ramadhan kali ini. Ramadhan yang penuh keberkatan dan kemuliaan. Ramadhan ...