MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui panggilan, sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidiladha aidilfitri ais krim apa cerita apam apom arab art street asam pedas asyura award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel berkelah bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI boat noodle Boboiyot bola Bono boycott buah bubur bulan burasak burger cake in jar cendawan cendol cerita bersiri chocolate lava churros Cik Lang coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut drama drama bersiri durian embun evaros fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah hotel ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kacang kad kaki kambing kangkung Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga Kemahkotaan kenangan kentang kepala kerang kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron madu makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk murtabak muzium myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod Ponti popiah premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sandwich sardin sate sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah teater Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel thailand tinggi tmj tomato tomyam tortilla tudung tulang Tunku Jalil twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan ulasan buku untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Monday, June 22, 2015

BELASUNGKAWA HAFEZ MOHD TAUFEK

Assalamualaikum...

ALHAMDULILLAH... diam tak diam kita telah menjalani ibadah puasa di 5 Ramadan. Belum pun seminggu dalam bulan yang penuh berkah ini Sk telah mendapat khabar pilu apabila kehilangan seorang ahli keluarga iaitu anak saudara lelaki di sebelah Encik Rizar. Hafez Mohd Taufek yang merupakan anak sulung kepada abang ipar Sk yang tinggal di Pulau Pinang, juga merupakan cucu sulung di sebelah ER telah pergi menemui pencipta-Nya setelah hampir 6 bulan disahkan mengidap kanser usus. Arwah yang dilahirkan pada 1 Ramadan 30 tahun lalu dijemput pulang pada petang 2 Ramadan 1436H bersamaan Jumaat, 19 Jun 2015.
 
 
Siapa sangka di sebalik senyuman ini, terselit seribu satu kesakitan yang disembunyikannya. Bila mendapat tahu bahawa Hafez disahkan kanser, banyak kali juga hati ini memohon agar keputusan doktor tu sebenarnya satu kesilapan. Macam dalam drama-drama tukan.. rupa-rupanya salah fail.. terambil fail pesakit lain.. gitu. Tapi akhirnya kami terpaksa menerima kenyataan apabila keadaan Hafez dilaporkan semakin kritikal di mana buah pinggang dan hatinya tidak lagi berfungsi... hanya lebih kurang 6 bulan selepas arwah dimasukkan ke wad kerana mengadu sakit perut dan demam.
 
 
 
Di hari bahagia adiknya.. Sk pernah tuliskan dalam entri sebelum ini.
 
 
Masa ni sebenarnya arwah baru sahaja sehari (tak silap) keluar dari hospital dan doktor belum lagi mengesahkan tentang penyakit yang dihadapinya.
 
 
Bersama keluarga yang dikasihi dan sentiasa dilindungi. Anak yang sangat lembut dan hormat terhadap kedua ibu bapanya, tok, pakcik makcik, sepupu sepapat malah terkenal dengan kebaikannya di kalangan sahabat. 
 
 
Di kalangan sepupu arwah senang dipanggil Nana (Abang)
  
 
Kali pertama dimasukkan ke wad. Gambar yang di'tag' kawannya di fb, masa ni memang agak terkejut juga tetiba masuk wad tambahan beberapa hari lagi akan berlangsung majlis perkahwinan adiknya, Nabil.
 
 
 Lawatan dari kazen-kazen mengharapkan Nana Hafez segera sembuh dan dapat jadi pengapit Nabil nanti.
 
 
Lihatlah betapa kuat semangatanya..
 
 Kenangan terakhir bersama keluarga. Maaf ya Azreen, bonda cilok gambar Azreen di ig.
 
 
 
 

10 comments:

  1. Al-Fatihah utk Arwah....seorang yg suka trsenyum
    Semoga Arwah ditempatkn dlm golongan org2 yg beriman

    ReplyDelete
  2. Dari Allah kita datang kepada Nya kita kembali.. Sedih namun itulah hakikatnya ... dah sampai masanya.. terkenang pula situasi yg sama apabila arwah suami dipanggil Ilahi hampir setahun yg lalu.. setelah azan asar berkemundang.. suasana rasa sayu wp dlm keramaian... dalam pukul 5.30 arwah disahkan telah pergi.. hujan juga turun dengan lebatnya..

    ReplyDelete
  3. Allah...takde kata mampu ditulis kak...

    ReplyDelete
  4. takziah...semoga tenang di sana

    ReplyDelete
  5. Al Fatihah dan salam takziah dari akak sekeluarga. Semoga rohnya tenang dan di tempatkan di kalangan hambanya yang beriman

    ReplyDelete
  6. Al Fatihah. Org yang baik selalu pergi dulu kan kak. Saya.dah berjurai2 air mata dah ni....

    ReplyDelete
  7. Al-fatihah dan salam takziah....tiba2 rasa sebak...moga Allah swt melimpahkan rahmat buat arwah dan ditempatkan dikalangan hamba2nya yang terpilih.....aminn...

    ReplyDelete
  8. Al Fatihah.. meninggal dlam bulan ramadhan.

    ReplyDelete
  9. Al-Fatihah...dalam sakit masih ada senyuman. Tabah betul hati dia...

    ReplyDelete
  10. al fatihah.. semoga keluarganya tabah dgn dugaan.. walaupon tak mengenali arwah tp sy sedih baca cerita ni

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda Sukakan Ini?