MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Friday, June 12, 2015

SAYUR LEMAK PISANG MUDA

Assalamualaikum...

BILA ibu Sk telefon dan beritahu beliau masak Asam Pedas dengan Sayur Pisang, sepuluh kali Sk telan ailio menunggu petang. Sengaja pulak tak beli makan tengahari, masakan ibu punya pasal, haha. Kurang nikmat kalau dimakan ketika perut tidak berapa lapar, jadi kosongkan perut luas-luas. Alhamdulillah, syukur masih dapat menikmati air tangan ibu tercinta.


BAHAN
Sesisir pisang pinang
1 1/2 kotak santan 
segenggam ikan bilis*
1 labu bwang bsar*
 5 ulas bwang mrah*
3 ulas bwng putih (*tumbuk halus)
garam sesedap rasa
air secukupnya untuk merebus pisang

CARA
1. Cuci pisang bersih dan dipotong dua serta disiat kulitnya (jangan pulak buang kulit tu ya)
3. Tumbuk isi pisang pecah-pecah sahaja 
4. Rebus pisang dan kulitnya sehingga empuk
5. Buang air rebusan 
6. Dalam periuk yang sama, masukkan bahan yang ditumbuh, sekotak santan (200 ml) dan sedikit air serta garam secukup rasa.
7. Masak hingga mendidih, kacau sentiasa.
8. Apabila sudah mendidih, tambahkan 1/2 kotak lagi santan. 
9. Kemudian masukkan daun selasih atau daun kunyit.
10. Kacau sekejap dan sedia untuk dihidangkan.

** jika suka boleh tambah sedikit lada hitam tumbuk.


No comments:

Post a Comment

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

FIESTA NANAS 60

Assalamualaikum... DIAM tak diam sudah hampir empat minggu cuti sekolah berlalu, kan. Tengok di laman sosial,  ramai kawan-kawan yang menga...