ROTI CANAI PALING GEBU

Seri Kandi Tanah Jauhar
0
Assalamualaikum...
 
DEMAM apakah yang melanda.. amboiii.. bukan main rajin lagi tulis blog sekarang ya. Hari-hari ada entry.. lepas tu dua tiga hari pulak menyepi. Dah macam orang kerja shift malam.. empat hari kerja.. tiga hari cuti.. hihihihi. Yang sebenarnya, Sk nak pindahkan semua gambar-gambar dari semakfon ni. Makin lama makin semak rasanya. Asyik keluar amaran 'memory full'. Nak buang (gambar) sayang, walaupun cuma gambar makanan.. hahaha. Sungguhlah cinta kolesterolll.
 
Hari ini Sk nak kongsikan tentang lokasi Warung Roti Canai yang paling best Sk pernah jumpa dan makan. Rasanya tak pernah lagi Sk jumpa roti canai yang gebu, empuk, rangup, lembut dan enak seenak roti canai di Kg Tanjung Lumpur, Kuantan ini. Bayangkan.. dua hari berturut-turut kami makan roti canai di sini. Ibu Sk yang cerewet makan tu pun boleh habis sampai dua keping tau. Roti canai bukan kecik macam roti canai sekarang-sekarang ni ya.. besar pinggan.. haaaa.. memang puas hati. Tak percaya? Meh tengok!
 
 
Nampak tak kegebuan roti canai ni. Rotinya ditebar sampai melayang-layang ya dan tak koyak pulak tu. Hasil melayang-layang tulah rupanya yang boleh dapat roti canai segebus ini. Sebenarnya, Sk sekeluarga memang biasa makan di sini setiap kali ke Kuantan cuma beberapa kali jugaklah kami tak bernasib baik sama ada warung tutup atau roti canai habis. Siapa yang nak makan di sini, datanglah awal ya kerana ia mula dibuka pukul 5. Biasanya sebelum pukul 9 malam rotinya dah wassalam. Kadang tu, doh yang belum canai pun dah ada orang yang punya.
 
 
Roti canai akan dihidangkan bersama kari ikan dan kuah dhal. Tak ada kari-kari ayam atau kambing ya. Itu je pilihannya. Bagi Sk kuah tu biasa ajelah.. kalau dapat makan dengan kari kambing lagilah wallaaaaa! kolesterol... kolesterol... hahaha.
 
 
Selain roti canai, warung ini juga terkenal dengan nasi minyaknya. Haaa.. ini kegemaran ER. Dua hari berturut-turut dia hentam makan nasi minyak. Yang kelakar, hari pertama tu betul-betul dapat sepinggan jer nasi minyak tu. Dia paksa pakcik tu korek dari periuk apa yang ada.. hahaha. Ayam pun tinggal seketul masa tu. Lepas tu roti canai pun dia sebat sekali. Adohaiii.. pakcik makan baca Bismillah tak ni???
 
Selain tu.. ada juga nasi ayam, ikan bakar dan masakan panas yang lain. Cuma nasib Sk sekeluarga hari tu tak ada rezeki nak makan ikan bakar sebab taukenya cuti dua hari. Tak apalah.. janji dapat makan roti canai gebus tu.. hilang sudah rindu di hati. Punyalah kenyang sampai tak keluar makan malam dah tau.. hahaha.
 
Cara ke sini, anda cari lokasi Ana Ikan Bakar Petai tu jer. Dari Ana Ikan Bakar tu.. anda terus jer sampaiiiiiilah jumpa warung ikan bakar dan roti canai di sebelah kanan anda. Maaf tau.. Sk lupa nama warung tu. Selamat mencari!

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!