MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Tuesday, November 24, 2015

KALAU SUAMI JAGA ISTERI ELOK-ELOK, ISTERI PUN AKAN JAGA SUAMI ELOK-ELOK

Assalamualaikum...

KELMARIN... hujung minggu lepas tanpa dirancang, ER mengajak Sk ke Pasar Basah, Pontian. Memang, sejak akhir-akhir ini ER lebih suka memenuhkan gerobok air batu kami dengan hasil dari laut Pontian. Sebenarnya, matahari dah tinggi pun masa tu.. dah pukul 10.30 baru nak ajak Sk ke pasar, hahaha. Dalam perjalanan, Sk buka facebook, nampak Mama Maszull dah post gambar lauk untuk makan tengahari, Sk pulak baru nak pergi pasar, walaweiiii.. huhu.

Seperti biasa pasar Pontian meriah dengan ikan yang baru sampai. Timbang besar-besar terhuyung-hayang bergantungan menunggu untuk menjalankan tugas. Apek-apek dan nyonya-nyonya berkasut kuning Pua Chu Kang ke hulu ke hilir menarik besen dan air batu. Seperti biasa bila baru sampai, kami meninjau-ninjau harga ikan.. udang dan sotong. Udang besar-besar RM60 sekilo. Ikan besar-besar RM50 sekilo. Sotong besar-besar RM30 sekilo.

Kami membeli seadanya.. ikan bawal hitam saiz sederhana RM25 sekilo.. ambil dua ekor hangus RM18. Lepas tu ER nak beli sotong besar, Sk kata, nanti masak kita potong-potong juga.. jadi belilah yang RM20 sekilo. Udang memang tak masuk dalam senarai. Lepas tu nampak ikan merah. Kami tanya harga.. dia tunjuk ikan merah yang lebih lawo.. katanya RM32 sekilo. Sk tunjuk balik ikan merah yang mula-mula tadi. Dia kata, itu ikan tak ada mata, RM26 sekilo. Huk alooo.. kami bukan nak makan mata, kami makan isi... kata Sk.. ehhehe. Jadi tangkaplah ikan merah yang tak ada mata.. kui kui. Mata kena jaring kak, kata adik yang tolong siang ikan tu.. hehe.

Masa nak keluar dari pasar, Sk tunjuk ER sotong kecil besar dua jari Che Mat Gebu. Sk cakap, kita belilah sotong ni.. senang nak masak-masak sambal ke.. masuk dalam sayur ke.. gitu. Tanya dengan apek, berapa sekilo? Dengar apek jawab, tiga belas. dari tadi semua harga puluh-puluh bila dengar belakang bunyik belas terus rasa tak percaya. BERAPA APEK??? Laki bini tanya serentak. TIGEEE BELAS.. apek jawab sambil tunjuk gigi ko.. hahahahaha.

Sebenarnya, sebelum pergi pasar tu, ER dah kata, nanti kita tapau jer untuk makan tengahari. Tapikan, bila Sk tengok kesungguhan dia beli lauk-lauk untuk family rasa macam tak sampai hati pulak. Bila singgah dekat satu warung di Pengkalan Raja, konon nak tapau tu, Sk kata tak payahlah. Tak apalah penat masak, biarlah suami kita rasa berbaloi keluarkan duit kat pasar tadi. Jadi, balik tu Sk masaklah sambal sotong sekilo tige belas tu.. haha. Tapi, taklah masak sampai sekilo.. rasanya Sk ada tinggalkan 200 gm untuk rencah sayur. Sengaja masak sambal sotong lebih dengan harapan esok bila dah naik kerja (Johor kan cuti panjang) Sk tinggal perangat jer sambal sotong tu.

Jadik, semalam... Sk plan la.. nak panaskan sambal sotong. Sk dah rendam seekor bawal hitam tu, goreng pun sodappp kan. Tup.. tup.. ER masuk jer rumah, dia kata.. masak kari ke? Huhuhuhuhu. Sk kata, penatlah nak masak kari bagai. Goreng jer ikan tu makan ngan sambal sotong.. derhaka betul jadik bini.. hahahaha.

Tapi kan.. bila tengok ikan bawal tu terus rasa tak sampai hati. Suami jaga elok-elok sampai gemuk.. dari berat 50 sampai jadi 90.. kan kan kan... teruslah kopek bawang, hahahahaha.

bukti isteri jaga suami elok-elok.. tengok perutnya.. hehehe.

eh.. abang kat sebelah tu kenapa ya?? Hihihi..

KOPITIAM DCM

Assalamualaikum...
 
Bla bla bla... jumpa gambar ni dalam draft. Memang tak pernah publish ka?? Lupa Sk. Maaflah ya kalau terjadi tayangan dua kali.. huhu.
 
 
 
Mee Sarang atau Fried Bihun Hailam.
Minyak tak cukup panas membuatkan bihun tak cukup kembang.
 
 
Chicken Sweet Sour pilihan Iman yang suka makan nasi.. hehehe. Patutlah kan.. kan.. kannn..
 
 
Honey Lemon pilihan Sk
 
Eyh.. betul-betul belum publish ke ni... confused pulak Sk. Takkan dejavu kot.. huhuhu 

Thursday, November 19, 2015

MAKAN DI SEAFOOD MARKET AKA LOBSTER BESAR

Assalamualaikum..
 
KADANG-KADANG walaupun kita cuba memasak stail restoran di rumah,
tetap tak sama rasanya dengan makan di restoran kan?
Ialah, di restoran tu, tukang masaknya ramai, dapurnya banyak, kualinya besar dan api pun menjulang-julang. Sesetengah masakan perlu di masak dengan api yang besar dan dalam jangka masa yang singkat. Memasak pun main lambung-lambung kuali jer, tak payah nak bersudip bagai.
Kita yang masak di rumah ni pulak terkial-kial. Nak buat api menjulang takut pulak terbakar siling.. huhu.. mintak dijauhkan.
 
Siap memasak, semua makanan perlu dihidang panas-panas. Ada dua tiga pelayan yang mengangkat hidangan. Ada pelayan yang menghantar minuman. Kalau di rumah pulak, kitalah yang menghidang, mana nak menyenduk nasi panas-panas.. mana nak menuang minumannya lagikan. Sudahnya tiba waktu makan dah termengah-mengah. Hilang nikmat makan walaupun kononnya dah masak sedap-sedap.. eheheh. Tu belum lagi bab membasuh pinggan dan periuk belanga selepas makan. Nak lap meja makan lagi, nak kemas dapur lagi.. reput tulang wooo.
 
Jadi, sesekali bila Pak Inche ajak makan di Seafood Market atau kami panggil Lobster Besar, memang seronok walaupun makanan yang diorder pun sama jer dengan makanan yang lepas-lepas. Tak ada kelainan pun. Balik-balik.....
 
 
Siakap Stim Hong Kong...
Siakap Stim Hong Kong...
hehehehe
Pilihan Pak Inche
Ni yang selalu Iman muncung
sebab dia suka makan Sweet Sour
tapi yang kelakar
separuh juga ikan ni dibelasahnya.. urmmm
 
 
Ini pilihan Mak Inche
tak sah kalau tak pekena 
Sotong Telur Masin
Boleh dikatakan Sk boleh habiskan separuh pinggan
nak habiskan sepinggan pun boleh
cuma tak sampai hati.. hihi
 
Walaupun tak dapat Siakap Sweet Sour
tapi Iman tetap happy
sebab dapat makanan kegemarannya
Chicken Lemon
puas makan kali ni sebab banyak isi
sebab pernah makan yang banyak tulang dari isi
suka chicken lemon di sini
yang rangup di luar dan empuk di dalam
serta sosnya yang manis masam
 
Cukuplah tu sorang satu
pilihan kalbu
 
 
 

Tuesday, November 17, 2015

RESEPI SUP TULANG ALA THAI

Assalamualaikum...
 
RAMAI tak yang baca ni peminat Sup Tulang ke Sup Ekor ke yang ala-ala Thai? Kalau sup mamak tu biasanya kan agak berempah, tapi sup ala Thai ni biasanya lebih ringan macam gaya sup utara tapi tetap tak sama jugak rasanya sebab sup ala Thai ni ada rasa masam-masam gitukan. Kalau di Johor, supnya dikawankan dengan sambal kicap, sup ala Thai ini pula biasanya enak digandingkan dengan sambal belacan yang dikisar dengan banyak tomato. Urmmmm... bertambah masam.. sampai kecur ailio na.. tapi itulah keistimewaan Sup Ala Thai ni.
 
Kejadian lama dah Sup Tulang Ala Thai ni. Kalau sebelum ni rasanya Sk pernah jugak menulis resepi tapi tak silap masa tu Sk gunakan rempah segera, kali ini Sk memasak secara manual. Ya, manual laa.. dari kopek bawang, kupas halis dan sebagainya.. hihihi. Sesekali kenalah rajinkan diri maklumlah nak besarkan jaga perut Pak Inche tu. Karang tak balance pulak dengan perut Sk, kui kui.
 
Kali ini, Sk gunakan Sup Bunjut Tulang Adabi. Kebetulan masa beli barang-barang dapur, Sk ternampaklah bungkusan sup bunjut jadi sajalah beli untuk simpan. Sup bunjut ni ada dua jenis, satu untuk sup biasa, satu untuk sup tulang. Bagus juga simpan sup bunjut ni, senang kalau bila-bila teringin nak buat sup tu, campakkan aje.. heheheh. Oh, ye.. Sk kalau memasak sup, jarang menumis. Sk lebih suka lebur macam tu jer sebab nanti lemak dari tulang tu sendiri akan menghasilkan minyak.
 
 
Sup Tulang Ala Thai
 
Bahan-bahan :
 
1.5 kg tulang lembu dan daging tetel (campur)
1 bungkus sup bunjut tulang adabi
air secukupnya untuk merebus tulang
5 ulas bawang putih dipecah-pecah sahaja
1" halia dihiris kasar
1 batang saleri dipotong menyerong seinci
3 tangkai pokok ketumbar
pokok daun bawang secukupnya 
3 biji tomato dibelah-belah
1 batang carrot dipotong bulat atau memanjang
segenggam cili api diketuk-ketuk
1 labu bawang holland dibelah-belah
1 senduk sos ikan
2 senduk jus limau nipis
 
Cara :
 
1. Rebus tulang dan daging tetel bersama halia dengan air yang banyak (agak-agaklah banyaknya) sehingga dagingnya empuk. Masukkan sup bunjut.
2. Kemudian masukkan bawang putih yang dipecah-pecah, sos ikan dan jus limau nipis. Seimbangkan rasanya.. masak lagi hingga mendidih.
3. Masukkan juga tangkai pokok ketumbar dan pokok bawang. Potong seinci-seinci.. mula dari bahagian tumbuh akar tu.(akar buanglah ya). Ketepikan bahagian daunnya.
4. Kemudian, masukkan carrot dan saleri serta cili api yang diketuk dan bawang holland.
5. Masukkan juga tomato.
Lagi.. apa yang belum masuk tadi semua, masukkan jerlah apa semua sekali, leburlah terus dalam periuk tu.
Sedia untuk dihidang panas-panas bersama nasi putih dan sambal belacan.
Jangan lupa taburkan daun ketumbar dan daun bawang serta bawang goreng semasa menghidang.. barulah umphhhh!

Monday, November 16, 2015

MEE SAMPAN PULAK

Assalamualaikum...
 
KALAU nak bagi budak coklat bam bam ni senyum.. senang aje. Bawa dia pergi makan di tempat kegemarannya. Kalau nak layan permintaannya yang lain-lain tu memang taklah. Kalau setakat nak makan, insyaAllah. Nak ipad, nak tablet, nak iphonesick.. bonda memang tak mampu mahu belikan, tambah lagi tahun depan Iman nak menghadapi PT3. Nanti makin lemak pula dibuatnya. Dahlah asyik nak tengok running man jer. Bonda ngan babah bagi peluang sampai cuti sekolah ni aje ya. Tahun depan sila fokus pada PT3.
 
 
Ada ramai yang tanya, macammana nak makan mee sampan ni? Eh, tak susah pun. Tak payah nak dayung-dayung sampan laaa. Duduk jer di meja tu dah ada menu. Mee sampan ni ada 4 jenis. Sk pun dah lupa jenis-jenisnya.. hehehe. Yang Sk ingat, ada ayam dan ada daging lembu. Kuahnya pula datang dalam dua jenis, pedas dan tak pedas, bersantan dan tidak bersantan. Nak senang, korang order jer 4 4 jenis tu, catat pada kertas order yang disediakan di atas meja. Kalau tak faham, boleh tanya dengan pelayan di situ. Semangkuk tu, RM1.90. Kiranya kalau korang ambil 4 mangkuk, darablah dengan 4. Kalau nak makan semangkuk jerpun boleh.. tak ada masalah problem.. hehehe.
 
 
Suka mee di sini sebab kenyal-kenyal gitu dengan sup yang sedap.
 
 
Makan kenyang-kenyang ya nak...
 
 

Thursday, November 12, 2015

MAKAN-MAKAN DI BATERI

Assalamualaikum...
 
 
WARGA Johor Darul Ta'zim dan warga JB khususnya ramai yang dah tahu betapa femesnya bekas kilang bateri yang kini dijadikan bazar di Tampoi. Duluuuuuuuuuuu.. rasanya tiga orang sepupu Sk pernah bekerja di kilang bateri ini. Sk tak pasti sama ada ianya ditutup ataupun berpindah. Yang pasti ia merupanya satu trend baru bagi kebanyakan anak muda.. untuk membeli barangan yang digemari yang biasanya dijual secara online atau untuk menikmati makanan gaya santai.
 
 
Ini merupakan kunjungan Sk kali kedua ke mari. Kali pertama dulu cuma menengok-nengok sahaja. Kali kedua pun menengok-nengok juga.. hihi. Window shopping laaa gitu. Bagi Sk, banyak benda yang menarik. Ada kedai buku, ada kedai baju, ada kedai tudung, ada kedai gunting rambut.. semuanya ada kerlassss gitu.  Setiap kedai dibina dengan keunikan yang tersendiri. Pamerannya menarik dan segar.. memang sesuai untuk cuci mata.
 
 
Popia S S Ali yang terkenal juga dibuka di sini. Tapi, masa Sk datang ni, tutup pulak. Mungkin ia dibuka lewat sedikit. Nampak tak betapa banyaknya koleksi produk Coke di dalam kedai ni. Sk memang tahu tentang minat bos Popia S S Ali ni terhadap segala jenis barangan yang berlabel Coca Cola. Maklumlah.. kita kan pelanggan setia.. hehehe.
 
 
Agak lengang di siang hari tapi meriah di malam hari. Sk singgah di sini selepas mengambil Iman balik sekolah. Sibuk sangat Iman nak makan di Bateri. Dengan babahnya jangan diharaplaaa.. huwa huwa huwa. Manalah ER tu minat tempat-tempat makan macam ni. Lagilah yang kena layan diri tu, memang dia surrender.. ahahaha.
 
 
Magnum dan Wafer RM10
ada hirisan pisang dan strawberry
serta dihiasi cairan coklat
makan di sini rasanya wallet kena tebal
jiwa kena kental beb
sebab apa?
sebab kerusi dan bangku tu aduyaiiii
sakit punggung dan pinggang dibuatnya
kalau masa ramai pengunjung
memang tak nampak bangku kosong 
bertabahlah mencari tempat
kalau jenis macam ER yang nak dilayan macam raja
tak payahlah bertunggu tangga makan kat sini
makan rungutan dia jerlah kita
huhuhu
 
 
Haaaa.. ni dia budak coklat bam bam
Kembang hati nampak
senyum sampai ke telinga
bila dapat makanan kegemarannya
 
 
Sizzling Chicken Chop RM10
Dihidang bersama sos cendawan yang sedap tetapi sedikit cair
Kacang Panggang, Brokoli, Salad dan Carrot
serta kentang goreng
bagi Sk berpatutanlah harganya
dengan apa yang dipersembahkan
walaupun layan diri
tapi dihantar ke meja
 
 
Air Batu Campur RM5 
Manis sehingga ke titisan terakhir
tapi tak boleh lawan ABC Lan Janggut Bomba
dan ABC Larkin
 
Sk makan apa?
Makan karipap 4 keping dengan Air Mata Kucing
lupa nak ambil gambar
Karipap tu Iman beli di sekolah
Sk yang bedal sampai habis
bagus
Burppppp... Alhamdulillahhhh
penjimatan betul.. hihihi
 
Lain kali datang lagi
nak cuba menu lain pulak
ada macam-macam yang kena dicuba
tapi kali ni datang nak bawa kusyen
buat alas duduk
keh keh keh
 

Wednesday, November 11, 2015

MAKAN-MAKAN DI EL MIGOS

Assalamualaikum...

SEJAK akhir-akhir ini ramai sangat orang yang pandai sangat bercakap mengata rakyat tak tertekan pun dengan kenaikan harga barang. Walaupun harga barang mahal, harga minyak mahal tapi masih lagi mampu pakai kereta dua tiga buah sekeluarga. Masih mampu bercuti ke luar negara. Masih mampu makan di restoran makanan segera. Kadang tu geram juga. Sebab kita tak tahu berapa lama orang kumpul duit untuk pergi bercuti.. menggembirakan hati anak-anak dan isteri. Kereta dua tiga buah tu pun keperluan ya, bukan lagi kehendak. Isteri kerja di timur.. suami kerja di barat. Harapkan pengangkutan awam.. memang tak boleh diharap. Ish, pendek kata.. bercakap memang senang. Kita nampak orang banyak duit.. kita tahu ke macam mana susahnya dia cari duit. Macam Sk ni, kalau nak harapkan gaji semata-mata, memang tak ke manalah. ER pun buat dua kerja.. kadang hari minggu kelang kabut menaip berita. Bila musim bola, memang Sk tak nampak batang hidung dia. Kami berkomuikasi melalui whatsapp sahaja. Biasanya, ER akan balik menjelang tengah malam. Masa tu Sk pun dah belayar. Kadang sedar juga dia buka pagar.. buka pintu. Dalam hati, 'Alhamdulillah.. dah balik laki aku...' huhu. Lepas tu tarik selimut dan sambung mimpi.. hihi. Kwang ajaq sungguh bini. Bukan senang nak senang.. nak pakai kereta sorang satu, nak shopping sampai ke Bandung, nak makan di restoran segera. Syukur.. Allah memberikan kemudahan dan laluan untuk kami mencari rezeki lebih.. hidup harus diteruskan, insyaAllah.

Kalau ikutkan tekak kita, memang cukup makan nasi lauk ayam sahaja. Maklumlah, ikan pun dah mahal sekarang. Baik makan ayam, beli sekor kerat 18, satu hari masak tiga ketul.. boleh makan enam hari. Tapi, kita ada anak yang hidupnya di zaman teknologi. Buka ig, ada orang tunjuk gambar makan sushi. Buka fb, ada orang tunjuk gambar kek secret recipe. Buka blog, ada orang tunjuk gambar makan shell out. Habis tu, nak potong internet? Potong line telefon? Nak duduk dalam gua? Atau nak duduk bawah tempurung? Selagi daya, seorang ibu atau bapa akan cuba memenuhi keinginan anak. Sebagai manusia biasa juga kita ada nafsu dan kehendak. Makan sedap pun bukan hari-hari. Pergi El Migos pun bukan seminggu sekali ya.. ni dah berapa tahun rasanya kami tak makan di El Migos. Iman, walaupun tak memaksa, tapi kadang-kadang kita kesian juga. "Lamanya kita tak makan sini..." (setiap kali lalu depan). "Lamanya kita tak makan kat kedai mexico tu." "Makan makanan mexico sedap jugakkan." Haaa... tu dia.. menjolok tak jatuh-jatuh buahnya.. hahaha.
 
 
Upah sebab kena tinggal babah (pergi Hatyai), kami singgah ke Restoran El Migos di AEON Tebrau City. Lama sungguh tak makan di sini. Berkira beno.. haha. Harga makanan tak banyak berubah rasanya. Bonus untuk diri sendiri sebenarnya, asyik memasak pun bosan juga. Masak pulak, benda yang sama. Jadi, kali ini kononnya nak makan makanan bercitarasa mexican. 
 
 
Nachos With Dips RM9.90
ER kata, kalau tahu tadi beli nachos ni kat jusco. Punyalah sikit.. dulu penuh sepinggan ni rasanya. Pakkal jerlah.. urmmmm.
 
 
 Cajun Chicken RM20.90
Ini feberet kami.. lepas ni nak belajar buat cajun sendirilahhhh!
lepas tu jual.. ada hasil.. urmmm..
Apa yang Sk nampak di dunia maya hari ni, orang suka makan.. makan.. makan.. walaupun hidup semakin menekan. Makan untuk hidup.
 
 
Cowboy Chicken RM18.90
Nama jer Cowboy.. sebenarnya Grilled Chicken Chop.. hehehe. Chicken Chop di sini ada banyak pilihan sos, bak kata ER dah makan kat Restoran Mexican.. kenalah pilih sos ala mexican.
Sos sedap, ayam sedap cuma kentang tu biasa aje.
 
 
Grilled Lamb RM26.90
Sk yang pilihkan untuk Iman. Spaghetti tu cuma disalut mentega dan diperisakan. Boleh juga gantikan dengan nasi. Keseluruhannya sedap dan mengenyangkan.
 
 
Spicy Chicken RM14.90
Macam biasa pilihan Sk ialah pasta. Kita boleh pilih nak spaghetti, penne atau pasta lain. Sk suka sebab rasanya lemak dan pedas.
 
 
Untuk minuman semua ni dapat separuh harga.
 
Yang biru tu Sk punya.. namanya Ocean Blue Lassi RM4.75
Iced Lemon Tea RM2.25 untuk ER
dan untuk budak coklat bam bam Marshmallow RM5.45
 
Keseluruhan yang hangus RM103.95.
Semua harga tu dah termasuk GST dan tiada cukai perkhidmatan.
Sebab Sk dah pernah makan di sini sebelum GST diperkenalkan, jadi rasanya El Migos ni termasuk dalam senarai restoran mewah harga patut.
 
Jom.. jom.. ke El Migos.

Monday, November 9, 2015

MENONTON TEATER BANGSAWAN 'ASIAH PERMAISURI FIRAUN'

Assalamualaikum...
 
BARU-BARU ini, ER mengikuti satu media trip ke Hatyai, Thailand. Perginya hari Rabu dan pulangnya hari Ahad. Walaupun sedikit sedih.. perghhh.. sedikit jer sedihnya.. haha.. tapi inilah peluang untuk Sk berehat seketika. Dulu.. dulu.. dulu... kalau kena tinggal rasa macam down sangat tapi sekarang macam dah lali. Langkah pun dah semakin panjang, maklumlah anak pun dah besar.. dah jadi macam best friend. Jadi di hujung minggu apalagi.. berpelesaranlah kononnya dengan Iman. Masa nilah nak melayan anak tekak dan anak mata maklumlah.. ER ni sebenarnya species manusia yang tak suka nak makan di fast food restaurant atau food court.. asyik makan tomyum.. tomyum... tomyum... huhuhu. Jadi jomlah layankan jiwa anak remaja yang nak window shopping.. nak makan mekdi.. nak makan kefsi.. huhuhu.
 
 
Di samping jalan-jalan kami juga pergi menonton teater.. suatu aktiviti yang langsung tidak diminati ER. Selain dari meminati teater, salah satu sebab Sk datang menonton adalah untuk memberi sokongan kepada kawan Sk, Kak Rahimah Muda yang merupakan penulis skrip teater ini. Oh, ya.. siapa yang pergi menonton teater Wira Samudera masa Sambutan Hari Kemahkotaan Sultan Johor? Sk pun pergi masa tu.. tapi tak dan nak menulis entry.. huhu. Penulis skripnya adalah orang yang sama tau. Boleh dikatakan Sk tidak pernah ketinggalan untuk menonton teater yang ditulis kawan Sk ni. Tu kalau dipentaskan di Johor Bahru laa.. kalau kat tempat lain memang harapanlahhh.. huhu.
 
 
'Asiah Permaisuri Firaun' mengisahkan tentang seorang gadis bernama Asiah yang dipaksa untuk mengahwini Raja Firaun. Disebabkan bimbang akan keselamatan kedua ibubapanya yang telah dipenjara Raja Firaun yang kejam, Asiah akhirnya mengahwini Raja Firaun yang zalim dengan mengenakan syarat-syarat tertentu.
 
 
Raja Firaun ni kan menganggap dirinya sebagai Tuhan.. kononnya dia ada kuasa untuk menghidupkan dan mematikan seseorang. Rupa-rupanya, kalau dia kata nak matikan seseorang tu.. dibunuhnyalah orang tu.. kalau dia kata nak menghidupkan, maka tidak dibunuhnya.. jadi.. hiduplah orang itu.
 
 
Raja Firaun mempunyai seorang puteri yang sangat tidak suka dengan bonda tirinya Asiah. Ada sahaja yang dibuatnya supaya bapanya tidak suka kepada Asiah tetapi Raja Firaun tetap sayangkan Asiah yang telah diangkat menjadi permaisuri.
 
Kerana bimbangkan kedudukan sebagai raja tergugat dan risau jika ada rakyat yang berani menentangnya, Raja Firaun memerintahkan agar semua bayi dan kanak-kanak lelaki dibunuh. Masa inilah ibubapa kepada seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan menghanyutkan anaknya dan ditemui oleh Masyitah.. yang merupakan pengasuh dan penyisir rambut Puteri Firaun dan menyerahkan kepada Permaisuri Asiah. Bayi itu dipelihara secara rahsia dan dinamakan Musa.
 
 
Selain itu, teater ini juga menampilkan lagu-lagu bertemakan ke'Tuhanan yang dibawakan oleh artis-artis residen Yayasan Warisan Johor juga penampilan istimewa penyanyi Al-Jawaher, Habibah. Juga kemunculan dua orang imam muda iaitu Imam Nazrul dan Imam Najdi.
 
 
Akhir kata, tahniah kepada seluruh team teater Seri Mahligai Yayasan Warisan Johor terutama kepada pelakon yang membawakan watak Puteri Firaun dan Masyitah yang paling menyerlah sekali lakonannya. Suka sangat Sk tengok lakonan keduanya ni.
 
 
Siapa yang sudi nak mengajak Sk menonton teater lepas ni agaknya ya.. jom.. jom.. jom!
 

Sunday, November 8, 2015

BELASUNGKAWA AIRANI BINTI SALLEH

Assalamualaikum...
 
RABU lepas kami telah dikejutkan dengan pemergian sepupu Sk ke rahmatullah.. Airani Salleh atau lebih dikenali dengan nama Kak Sepet di usia 49 tahun. Ibu kepada empat orang cahayamata dan dua cucu ini ditimpa ujian sakit tidak sampai pun tiga bulan di mana buah pinggang dan hatinya tidak lagi berfungsi dan menolak semua jenis ubat yang diberikan pihak hospital. Siapa sangka, arwah yang sebelum ini menjaga ibunya yang stroke telah mendahului ibunya. Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa-dosa arwah dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.. Aamiiinnn.
 

Banyak juga kenangan Sk bersama arwah kerana kami pernah dibesarkan bersama di rumah pusaka Jalan Manggis (simpang empat) di Kampung Pasir, Tampoi. Sk juga masih ingat kemeriahan majlis perkahwinan Kak Sepet ketika Sk masih dalam tingkatan dua. Kenangan yang amat manis di mana kami semua berkumpul bersama saudara mara. Namun yang pasti setiap yang hidup pasti akan mati dan tiada satupun yang kekal di dunia ini. Semoga keluarga Kak Sepet tabah menghadapi kehilangan yang tiba-tiba ini.


Al-Fatihah kuhadiahkan mengiringi perjalananmu Kak Sepet.

MAJLIS KAHWIN DI CYBERJAYA

Assalamualaikum... MASIH TERASA manisnya majlis perkahwinan antara Nasreen & Amin di Cyberjaya ini kerana di waktu beginilah semua ...