MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Friday, December 18, 2015

CABARAN MESIN TART 7.5 CM LAIN BENTUK

Assalamualaikum...

ALHAMDULILLAH.. setelah bertungkus lumus akhirnya siap juga mesin 7.5 cm berlainan bentuk ni. Cuma tinggal menunggu dijemput oleh tuannya. Ini pertama kali Sk mendapat permintaan untuk membuat mesin yang feksibel bagi dua bentuk acuan berbeza walaupun sama ukurannya. Kedua-duanya berdiameter 7.5 cm tetapi yang satu tu kelilingnya berkelopak manakala satu lagi kelilingnya licin dan lebih tinggi dari acuan kelopak tadi.


Ini acuan yang pertama iaitu jenis berkelopak di kelilingnya. Mr B yang menempah mesin ini telah memberi Sk dua bentuk acuan yang sama diameter dan dia minta supaya buatkan supaya dua-dua acuan tu boleh guna dalam mesin yang sama. Jadi tak perlulah dia nak buat satu lagi mesin lain.


Ini satu lagi acuan yang Mr B beri. Kelilingnya licin dan bentuknya lebih tinggi dari acuan kelopak tadi. 


Jadi.. supaya ia boleh digunakan dalam mesin yang sama, kita buat gelung besi supaya acuan licin tu dapat digunakan juga.


Tadaaaaaa! Kalau pelanggan gembira kita pun suka. Perlu Sk jelaskan kami menggunakan material dari stainless steel solid. Sesiapa yang hendak menempah bolehlah whatsapp atau sms Sk di 0127844524. Kalau nak bercakap dengan Sk boleh juga telefon cuma bila di whatsapp tu lebih jelas butirannya.

No comments:

Post a Comment

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

FIESTA NANAS 60

Assalamualaikum... DIAM tak diam sudah hampir empat minggu cuti sekolah berlalu, kan. Tengok di laman sosial,  ramai kawan-kawan yang menga...