MESTI KLIK

Pemilik Blog

My photo
cinta hati Panglima Hitam dari Gunung Jerai

SAYA SUKA MAKAN

AMARAN.. JANGAN BUKA BLOG INI JIKA ANDA SEDANG LAPAR.. HEHEHE.


Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui panggilan, sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidiladha aidilfitri ais krim apa cerita apam apom arab art street asam pedas asyura award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel berkelah bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI boat noodle Boboiyot bola Bono boycott buah bubur bulan burasak burger cake in jar cendawan cendol cerita bersiri chocolate lava churros Cik Lang coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut drama drama bersiri durian embun evaros fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah hotel ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kacang kad kaki kambing kangkung Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga Kemahkotaan kenangan kentang kepala kerang kerutub ketam kisah pelajarku korea kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron madu makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman misi buang lemak mistik monopod muffin Munduk murtabak muzium myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod Ponti popiah premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sandwich sardin sate sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah teater Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel thailand tinggi tmj tomato tomyam tortilla tudung tulang Tunku Jalil twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan ulasan buku untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Wednesday, June 24, 2015

SEMINGGU RAMADAN

Assalamualaikum...
 
DAH HAMPIR SEMINGGU ramadan berlalu. Walaupun sebelum bermula Ramadan tu niatnya berkobar-kobar nak update entri setiap hari namun harapan sahaja tinggal. Tapi macam sayang pulak gambar-gambar yang dah di'snap-snap' tukan.. jadi mari layankan jerlah ya. 
 
Ini.. beberapa hari sebelum Ramadan. Kebetulan masa ni cuti sekolah, kan. Jadi, ajak Iman singgah bersarapan di kedai. Alsebenarnya Sk nak bersarapan di Warung Saga, Jalan Mahmoodiah.. tapi bolehlah pulak terpandang tempat ni. Ramai betul orang, jadi hati pun teringin nak tengok apa yang istimewa di sini.
 
 
Memang banyak sungguh pilihan tapi dah namanya orang Johor, lontong jugak yang dipandang. Lontong di sini lengkap dengan kuah kacang dan serunding. Paling best ada tempe.. hehehehe. Ni siapa nak datang kena tunggu lepas rayalah ya. Lokasi Warung Nasi Lemak Raja Alang, berhampiran Warung Saga, di Jalan Mahmoodiah juga. Buka setiap hari bekerja dari 7.30 pagi hingga 12 tengahari sahaja.
 
 
Malam-malam terakhir sebelum Ramadan, makan Chicken Chop di IT Roo Cafe yang terkenal dengan taglinenya.. The Best Chicken Chop In Town. Tapi bagi Sk, biasa jer.. oklah..
 
 
Lagi agenda makan di siang hari sebelum ramadan, Boat Noodle Sutera Mall. Kami 'order' semua jenis mee, maklumlah 'free'... hehehe. ER makan 5 mangkuk tapi asyik membebel kata lapar nasi.. huhu.
 
 
Hadaplah sampai kenyang, hari tu komplen cakap sikit sangat.. aummmm!
 
 
 Suka mee yang kenyal2 tu.. susah nak jumpa kat pasaraya.
 
 
Burppp! Alhamdulillah...
 
 
Ni cerita sahur hari pertama... panaskan Sup Tulang Gaya Siam dan buat Kari Telur dan Daging Negro Feberet Pak Inche.
 
 
Untuk rekod, Sk tak masak di hari pertama sebab menurutkan kerenah ER nak cari baju raya di Muar.. tapi tak jadi beli pun.. tak berkenan langsung. Akhirnya jumpa di Batu Pahat, itupun untuk Iman jer. Sampai di Simpang Renggam dah masuk waktu berbuka. Lama jugak tunggu hidangan sampai, mujur dah beli siap2 kurma dan air botol.
 
 
Sampai rumah tetap masak nasi, sebab ER kata nak makan nasi dengan durian. Layankan jerlah perut suami kan kan kan.. Nasi tu memang dimasak untuk bawa ke sahur sekali.
 
 
Sebab kari telur semalam ada lagi, Sk tambah Sotong Goreng Kunyit. 
 
 
Ni masa balik dari melawat anak saudara Sk di Penang hari tu, singgah berbuka puasa di Saudagaq Sup Junior, Tanjung Malim.
 
 
Tarikan di sini adalah Nasi Ayamnya.
 
  
Ini pula Mee Kari yang ditapau ER dari pasar ramadan. RM6 sebungkus, tahun lepas RM5.. ni naik singgit tapi tak kisahlah sebab mee karinya memang sedap dan harga bahan mentah pun mahalkan.
 
errr... bersambung nanti ya.
Selamat menjalani ibadah puasa dan berterawih ya. 

Tuesday, June 23, 2015

SANDWICH BAR

Assalamualaikum..
 
PENGHUJUNG-PENGHUJUNG Sya'ban sebelum menempuh Ramadan,
tekak ni memang asyik nak makan masakan omputeh aje. Kali ini, Sk mengajak Encik Rizar ke Sandwich Bar yang terletak di Taman Melodi, Kebun Teh. Yang sebetulnya, sebelumnya tu ER yang asyik menyebut-nyebut Sandwich Bar ni tapi masa tu tutup pulak perniagaannya. Bila dah disebut-sebut, Sk pulak yang melebih asyik teringat-ingat ;p 
 
Ini kali pertama kami ke sini dan tak pasti di mana sebenarnya lokasi sebenar Taman Melodi. Kebun Teh tu tahu jugak, jadi kita gunakan GPS berdasarkan alamat yang tertera dalam FB Page Sandwich Bar. Terkejut jugak bila sampai, rupa-rupanya kami memang dah biasa lalu di sini. Dulu, kalau nak tempah piala-piala atau pingat emas untuk kolej memang datang kawasan Jalan Bedara inilah. Tak tahu sejak bila Sandwich Bar ini mula dibuka yang pasti suasananya agak seram jugaklah sebab ni kawasan taman lama dan lagi ada banyak pokok-pokok besar. Nampak agak terpinggir jugaklah dari luar. Suram dan muram gitu.
 
Tapi... tapi... omputeh kata, jangan nilai buku dari kulitnya kan... bila dah masuk, wow.. terpana seketika dengan dekorasi dalaman di Sandwich Bar. Ya, macam pernah Sk ceritakan, cafe-cafe yang muncul macam cendawan lepas hujan ini banyak menggunakan konsep retro dan klasik lagi rustic. Khayal dibuatnya sampai rasa macam nak belek setiap barangan kecil yang menjadi hiasan dalam cafe. Tapi sebab sifat malu tu menebal jadi kita cuma pandang-pandang dan jeling-jeling sajalahkan..
 
 
Walaupun diluarnya agak suram.. kelam dan muram tapi bila masuk ke dalam terang bijik mata. Pelbagai design meja dan kerusi menghiasi dalaman restoran dan juga sudut untuk kanak-kanak.
 
 
Kalau Sk kecik comey lote memang nak duduk meja ni saja.. hahaha.
 
 
Menarik.. memang menarik.. rasa macam nak datang selalu... tapi..... nanti Sk cerita.. Jeng3!
 
 
Kata-kata yang dibingkai dan digantung berhampiran dengan meja Sk tapi cakap macam tak serupa bikin je.. huhu.
 
 
Apa-apapun.. kita minum dulu!!!
Yang kiri sekali tu ER punya, Lemonade.. yang tengah air kegemaran Iman, Bandung Soda dan yang dalam mug oren tu Honey Lemon, Sk punyalah. Aaaa... ada yang telan-telan ailio nampak!!!
 
 
Nachos adalah wajib okey. Nachos di sini sangat 'simple'. Cuma disiram dengan sos keju, harga pun tak mahal cuma RM3 cukuplah untuk 3 orang makan.
 
 
Haaa.. dah sampai pun. Dah namanya Sandwich Bar kan, jadi mari kita 'order' sandwich. Rupanya setiap sandwich memang dihidang siap dengan nachos. Yang ini adalah Beef Pepperoni. Roti Sandwich yang tebal dan gebu lagi sedap dihidangkan bersama kepingan daging dan pepperoni. Turut disertakan sos lada hitam secara asing, jadi ikut kitalah nak letak atau tak. Harga set ini RM13.50. Dagingnya tu boleh tahan tak berapa nak empuk jugaklah sampai nak runtuh meja tengok ER nak memotongnya, hahaha. Nak bagi berapa bintang ER?? Dia kata 2 sudah. Erkkkk!!
 
 
 Pilihan Sk, Cheesy Beef. Amboiiiii... Sk kalau tak bercheese-cheese tu memang tak sahlah ya. Sebenarnyakan, Sk ni peminat En Mbekkk tapi awal-awal lagi staf SB ni dah bagitahu yang 'lamb' tak ada. Nak pilih tuna.. beef.. tuna.. beef.. tuna.. sekali tersebut beef. Bila Sk potong taklah sampai nak runtuh meja. Alaaa.. berlakon lebih ER tukan. Yang ni satu set (juga dihidang bersama nachos) RM14.50. Bagi Sk keseluruhannya sedap.. tak mengecewakan, Sk bagi 4 bintang.
 
  
  Kali ini, Iman jadi wakil Sk makan pasta. Sk pun keliru sebenarnya tadi nak pasta atau sandwich. Bila Iman kata nak makan Spaghetti Bolognese, Sk pun pilih sandwich.. nanti kita boleh ngecek Iman punyakan...
 
Nama set hidangan pilihan Iman ni ialah Double Jumbo Spaghetti Bolognese with Meatball RM15.00. Pasta direbus sempurna bersama kuah bolognese yang sedap, dihidang bersama dua batang ketul  sosej bersaiz jumbo dan juga beberapa biji bebola daging. Sosej tu agak masin sikit, meatball tu sedap macam meatball Ikea (macam pernah makannn..). Hidangan ni sesuai dikongsi oleh dua orang yang mana sorang tu tak berapa kuat makan. Kalau dua-dua kuat makan macam tak cukup, hihi. Iman kata dia bagi 5 bintang. Wowww!!!
       
  
Eh, lupa tunjuk gambar sebelum makan.. Iman sekarang suka pakai flower crown. Sikit-sikit flower crown.. pening kepala bonda.. urmmm.
 
 
Meh.. meh.. sebab Sk rajin, jom Sk tunjuk menu yang terdapat di SB.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Suratan atau kebetulan gambar ini boleh keluar melintang?? Mungkin tempias dengan layanan yang kami terima dari krew agak menyedihkanla jugak. Tak tahu kenapa muka berlipat 14. Senyum jauh sekali. Mula, Sk fikir Sk jer yang rasa macam tu. Bila dah keluar dari kedai ER terus cakap, tak ingin datang sini lagi. Dahlah masa pulangkan duit baki tu memang tak ada etika langsung. Pakkal aje tau... pakkal ajerrrrr laaaa...
 
Tu sebablah malas nak datang lagi.. urmmm.
 

Monday, June 22, 2015

BELASUNGKAWA HAFEZ MOHD TAUFEK

Assalamualaikum...

ALHAMDULILLAH... diam tak diam kita telah menjalani ibadah puasa di 5 Ramadan. Belum pun seminggu dalam bulan yang penuh berkah ini Sk telah mendapat khabar pilu apabila kehilangan seorang ahli keluarga iaitu anak saudara lelaki di sebelah Encik Rizar. Hafez Mohd Taufek yang merupakan anak sulung kepada abang ipar Sk yang tinggal di Pulau Pinang, juga merupakan cucu sulung di sebelah ER telah pergi menemui pencipta-Nya setelah hampir 6 bulan disahkan mengidap kanser usus. Arwah yang dilahirkan pada 1 Ramadan 30 tahun lalu dijemput pulang pada petang 2 Ramadan 1436H bersamaan Jumaat, 19 Jun 2015.
 
 
Siapa sangka di sebalik senyuman ini, terselit seribu satu kesakitan yang disembunyikannya. Bila mendapat tahu bahawa Hafez disahkan kanser, banyak kali juga hati ini memohon agar keputusan doktor tu sebenarnya satu kesilapan. Macam dalam drama-drama tukan.. rupa-rupanya salah fail.. terambil fail pesakit lain.. gitu. Tapi akhirnya kami terpaksa menerima kenyataan apabila keadaan Hafez dilaporkan semakin kritikal di mana buah pinggang dan hatinya tidak lagi berfungsi... hanya lebih kurang 6 bulan selepas arwah dimasukkan ke wad kerana mengadu sakit perut dan demam.
 
 
 
Di hari bahagia adiknya.. Sk pernah tuliskan dalam entri sebelum ini.
 
 
Masa ni sebenarnya arwah baru sahaja sehari (tak silap) keluar dari hospital dan doktor belum lagi mengesahkan tentang penyakit yang dihadapinya.
 
 
Bersama keluarga yang dikasihi dan sentiasa dilindungi. Anak yang sangat lembut dan hormat terhadap kedua ibu bapanya, tok, pakcik makcik, sepupu sepapat malah terkenal dengan kebaikannya di kalangan sahabat. 
 
 
Di kalangan sepupu arwah senang dipanggil Nana (Abang)
  
 
Kali pertama dimasukkan ke wad. Gambar yang di'tag' kawannya di fb, masa ni memang agak terkejut juga tetiba masuk wad tambahan beberapa hari lagi akan berlangsung majlis perkahwinan adiknya, Nabil.
 
 
 Lawatan dari kazen-kazen mengharapkan Nana Hafez segera sembuh dan dapat jadi pengapit Nabil nanti.
 
 
Lihatlah betapa kuat semangatanya..
 
 Kenangan terakhir bersama keluarga. Maaf ya Azreen, bonda cilok gambar Azreen di ig.
 
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda Sukakan Ini?