MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui panggilan, sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidiladha aidilfitri ais krim apa cerita apam apom arab art street asam pedas asyura award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel berkelah bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI boat noodle Boboiyot bola Bono boycott buah bubur bulan burasak burger cake in jar cendawan cendol cerita bersiri chocolate lava churros Cik Lang coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut drama drama bersiri durian embun evaros fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah hotel ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kacang kad kaki kambing kangkung Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga Kemahkotaan kenangan kentang kepala kerang kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron madu makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk murtabak muzium myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod Ponti popiah premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sandwich sardin sate sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah teater Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel thailand tinggi tmj tomato tomyam tortilla tudung tulang Tunku Jalil twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan ulasan buku untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Monday, January 11, 2016

BAJRANGI BHAIJAAN.. TERSEDU-SEDU DIBUATNYA

Assalamualaikum...

SANA-SINI orang dok cerita tentang filem terbaru Kajol dan SRK, Dilwale. Sk tak berkesempatan tengok filem ini. Nak tengok di panggung, rasanya tak payahlah. Nak beli dvd rasanya belum keluar lagi. Nak tengok online nanti data internet mengalir macam air. Jadi, Sk tanyalah pada seorang kawan yang dah menonton, review filem Dilwale ni. Urmmm.. rasa macam tak teruja pulak. Setakat kisah cinta Kajol dengan SRK tu, Sk dah boleh bayang macam mana.. setakat cerita gangster bercinta dengan gangster, macam tak thrill gitu.. haaa.. tu komen orang yang belum tengok. Jangan kecam Sk tau. Sebab Sk baca rata-rata lebih teruja dengan kecantikan Kajol dan lagu-lagu dalam filem ni.

Eh.. eh.. sebenarnya nak cerita pasal Dilwale ke apa ni? Taklah, nak cerita tentang seorang kawan Sk ni masa mencari-cari dvd Dilwale, beliau telah direkomen untuk membeli filem terbaru lakonan Salman Khan iaitu Bajrangi Bhaijaan.Heroinnya Kareena Kapoor Khan. Pekerja kedai dvd tu kata, ceritanya best, jadi kawan Sk pun beli dan Sk pun pinjam.. huwa huwa huwa. Balik rumah, lepas selesai semua tugas terus pasang dvd sambil lepak atas katil.. layan hindustan ni kena relaks, baru boleh masuk dalam kepala otak.. hahha. Yang bestnya, Sk memang tak tahu langsung sinopsis filem ni, sebab dah lama tak mengikuti khabar Salman Khan.. jadi memang suspens habis menontonnya.


Kisahnya bermula dengan satu keluarga besar di sebuah perkampungan indah di daerah Sultanpur di Pakistan yang sedang menyaksikan satu pertandingan kriket melibatkan pasukan Pakistan. Disebabkan terlalu minat dengan pemain kriket yang bernama Shahid, seorang wanita yang sarat mengandung dalam keluarga itu berazam untuk memberikan nama Shahid kepada anak yang bakal dilahirkannya. Disebabkan anak yang lahir itu perempuan, maka dia diberikan nama Shahida lakonan Harshaali Malhotra. Shahida membesar sebagai anak perempuan yang sangat cantik dan rupawan serta istimewa. Shahida tidak boleh bercakap walau satu perkataan pun. Bapanya mencari rezeki sebagai pengembala kambing. Ada satu adegan yang membuatkan jantung Sk rasa nak tercabut dibuatnya semasa Shahida ni dalam perjalanan hendak pulang ke rumah selepas menemani bapanya mengembala. Dan pada mulanya Sk menyangka Shahida bila dewasanya nanti akan menjadi Kareena Kapoor, rupanya tidak. Haaa.. tu sebab tak baca sinopsis la tu.. hahah.


Suatu hari, ketika usianya mencecah 6 tahun, ibu Shahida dicadangkan supaya membawa Shahida ke sebuah kuil di India (Delhi) untuk mengubati penyakitnya (bisu). Walaupun tidak boleh bercakap tetapi Shahida boleh mendengar dan memahami. Bapa Shahida pula merupakan bekas tentera dan tidak boleh memohon visa ke India, bagaimanapun ibunya sanggup untuk pergi demi masa depan Shahida. Setelah mengumpul wang (jual kambing), akhirnya cukuplah duit dan mereka pergi dengan menaiki keretapi dan pergi ke kuil yang dikatakan tu untuk berhajat (apa yang Sk faham tempat itu merupakan tempat ibadah orang Islam) Disebabkan juga hubungan keruh antara India dan Pakistan, maka kawalan kemasukan di pintu sempadan sangatlah ketat. Dalam perjalanan pulang ke Pakistan, keretapi berhenti kerana ada sedikit masalah. Sementara menunggu keadaan pulih, mereka tidur dahulu. Tanpa disedari Shahida terjaga dan telah turun dari keretapi tu (tak logik betul) sebab nak selamatkan seekor anak kambing yang terperangkap di dalam lubang. (nakal tau Shahida ni)


Tak sampai lima minit pun, baru jer selamatkan anak kambing tu, keretapi tu pun jalan dan meninggalkan Shahida. Puaslah Shahida tu kejar sambil melambai-lambai ke arah ibunya yang tidur di tepi tingkap tapi ibunya manalah nak sedar, kan.. huhu. Akhirnya tinggallah Shahida bersendirian di situ dalam kegelapan malam. Ni dah hampir dengan sempadan India - Pakistan.. Kesian betul.
Bila ibu Shahida tersedar, dah pun melepasi sempadan terkejutlah tengok Shahida tak ada, dicarinya gerabak ke gerabak. Dia pun jerit-jerit, semua orang hairan dan ibunya bunyikan loceng. Keretapi tu pun berhenti. Dan ada pegawai berkuda yang tolong carikan Shahida di sebelah sempadan (India) tapi tak jumpa sebab Shahida dah naik ke satu gerabak barang (yang bergerak ke India).. adoiii.. sedihnya. Bila tersedar dan turun dari gerabak tu, Shahida terlihat macam satu kumpulan sedang berpesta atau ada perayaan keagamaan, dia pun ikut. Berdebar sangat masa ni tau. Sedih dalam debar gitu.


Legaaaa sangat tengok Salman Khan dengan harapan dia dapat menyelamatkan Shahida ni, hihi. Siapa lagikan, mestilah hero, betul tak? Salman ni memegang watak sebagai Pawan yang merupakan seorang penganut agama hindu 'vegetarian'. Masa ni ada ramai sangat orang dan Pawan menari dan menyanyi sehingga Shahida menaruh minat dan kepercayaan kepada Pawan untuk menolongnya.


Masa Pawan tengah berehat di sebuah warung dan sedang minum, Shahida ni tengok jer Pawan. Bila tersedar yang Shahida ni merenungnya, Pawan pun panggil dan mempelawa minumannya. Shahida minum sampai habis. Pawan pun minta makanan dan bagi Shahida makan. Bila menyedari yang Shahida ni bisu dan terpisah dari orang tuanya, Pawan mengambil keputusan untuk menghantarnya ke balai polis dan meninggalkannya di sana. Malangnya ia bukan semudah itu. Kalau hantar jer balai, polis terima dan hantar ke rumah kebajikan, cepatlah cerita habiskan.. apa pulak fungsi hero tu.. hahaha. jadi, polis ni tak mahu terima Shahida. Dia ambil report tapi Pawanlah yang kena menjaga Shahida ni sehingga ibu bapanya ditemui. Pening kepala Pawan, hahaha. Akhirnya, Pawan terpaksa membawa Shahida pulang ke rumah. Sepanjang jalan tu, disebutlah semua daerah-daerah di negara India kepada Shahida untuk mengecam asal usul Shahida, tapi semua dibalas dengan gelengan. Makin pening kepala Pawan.. huhu.


Diam tak diam, mereka pun sampailah ke rumah Pawan yang didiami bersama keluarga bakal mertuanya. Pada mulanya mereka menyangka Shahida adalah dari keturunan Brahmin dan mereka memberikan nama Munni. Munni dilayan dengan baik dalam keluarga bakal mertua Pawan ni sehinggalahhhhh...... terbongkar rahsia yang Shahida merupakan seorang muslim dan warganegara Pakistan.


Bakal bapa mertuanya memaksa Pawan untuk menghantar Shahida pulang ke negaranya dengan apa cara sekalipun termasuklah melalui ejen. Apakah yang akan berlaku? Dapatkah Shahida menemui keluarganya kembali? Aaaa... mestilah dapat, kan. Tapi... bagaimana onak liku yang ditempuhi Pawan dan Shahida, Sk nak anda tonton sendiri filem ini. Memang tak rugi.. cuma rugi airmata dengan tisu jer... hahahahha.


Comel sangat Shahida ni.. gerammmmmmm!


Holo holo... manjanyaaaa.


Siapa agaknya lelaki yang bersama Pawan ni... tengok tau peranannya sehingga berjaya menemukan Shahida dengan ibunya. Ayooooo... nangis jurai-jurai airmata keluar.. haha.

4 comments:

  1. Assalam. Nasib baik tak minat filem bollywood.. minat lagi filem tamil.. hehe..

    ReplyDelete
  2. cerita nie memang best...sedih.. lagu dia best gitu.. terutama TU JO MILA...

    ReplyDelete
  3. memang best cerita ni. sedihhh sangat. baru tengok semalam kat MNCTV. boleh tau tak kawan akak beli cd dekat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ANR boleh whatsapp akak nanti akak bgtau
      0127844524

      Delete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda Sukakan Ini?