MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui panggilan, sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidiladha aidilfitri ais krim apa cerita apam apom arab art street asam pedas asyura award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel berkelah bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI boat noodle Boboiyot bola Bono boycott buah bubur bulan burasak burger cake in jar cendawan cendol cerita bersiri chocolate lava churros Cik Lang coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut drama drama bersiri durian embun evaros fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah hotel ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kacang kad kaki kambing kangkung Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga Kemahkotaan kenangan kentang kepala kerang kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron madu makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk murtabak muzium myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod Ponti popiah premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sandwich sardin sate sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah teater Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel thailand tinggi tmj tomato tomyam tortilla tudung tulang Tunku Jalil twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan ulasan buku untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Sunday, January 3, 2016

SIAPA DALANG DALAM FILEM I

Assalamualaikum...

ATAS permintaan yang minta Sk cerita sampai habis apa kesudahan filem I dalam entry sebelum ini, jadi hari ni Sk akan tulis sampai tamat. Tapi siapa yang nak tengok sendiri Sk tak galakkan baca nanti tak suspens pulak. Macam Sk ni memang suka suspens.. dan memang suspens betul bila tahu siapa dalangnya yang menyuntik virus Influenza H2N2 ke dalam tubuh Lingasen sehingga dari tampan macam Hitrik Roshan terus jadi tua dan bongkok. Kalau tua sahaja tak apa.. ni bongkok dan berbenjol-benjol kulitnya macam kena sengat tebuan.. ngeri kalau tengok tau. Rambut pulak tinggal beberapa helai sahaja atas kepala.. nasib baik gigi yang tanggal cuma satu jer.. hihi.


Okey.. hari tu Sk cerita masa tengah mengamuk-ngamuk dengan musuh-musuhnya tu keluarlah satu insan yang paling dipercayai Lee dari dalam satu bilik dalam rumah tu (bilik air kot).. kan. Rupa-rupanya kawan baik Lee yang doktor tulah. Perghhhh! Tanjat Sk tau sebab selama ni doktor tu tak tunjukkan langsung yang dia cemburu dengan Lee ni apabila dapat memiliki Diya. Haaa.. baru teringat nama doktor ni Vasu. Patutlah bila Diya panggil dia, pak cik.. pak cik.. dia suruh panggil Vasu. Doktor ni sukakan Diya sejak Diya sekolah lagi rupa-rupanya.


Ni la Dr Vasu. Dr Vasu ni rapat dengan keluarga Diya. Amboiii.. masa mula-mula mak Diya nak jodohkan dengan Diya pura-pura menolak konon. Apa yang berlaku selepas diculik tu, sebenarnya Lee dapat mempertahankan dirinya. Kira Lee dah menanglah.. dua lawan satu tau. Herolah katakan.. tetiba jer Lee tu pengsan. Rupa-rupanya apabila diimbas semula, Osam telah menghentam dari belakang dengan satu objek. Tu yang pengsan tu.


Lepas tu Osam telah mengheret Lee masuk ke dalam satu gelung besar di mana Dr Vasu dah menunggu dengan segala perkakas untuk menyuntik Lee. Sebaik sahaja virus tu memasuki urat darah Lee.. terus merebak bonjol-bonjolan di saluran darahnya.. meremang bulu roma menengoknya.

Jadi, bila tahu sahaja perkara ni, Lee dan kawan baiknya telah merancang untuk membalas dendam kepada semua musuh-musuhnya. Apa-apa hal pun yang penting kena selamatkan Diya dulu.. haaa.


Mula-mula Lee pergi ke rumah Diya yang sedang meriah dengan persiapan majlis perkahwinan yang akan berlangsung. Tengoklah.. Diya pun macam sedih je kan bila terpaksa berkahwin dengan Dr Vasu. Diya pun tak tahu Dr Vasu tu jahat sebenarnya kan. 


Sebenarnya sebelum ini Lee ada berjumpa dengan Diya untuk memberitahu siapa dirinya tapi Diya ni takut. Lepas tu Diya ingatkan Lee ni peminta sedekah. Jadi agaknya.. daripada Diya tu menjerit-jerit.. baik diculiknya terus. Selepas menculik Diya, Lee menjalankan misi membalas dendam dibantu kawan baiknya yang berpura-pura menjadi penjual ais krim. Lee duduklah dalam tong ais krim tu sementara kawannya mengayuh basikal membawa Lee berjumpa musuh-musuhnya.

Mangsa pertamanya, ialah musuh bina badan tu. Mamat tu tengah mabuk dan ketiduran disimbahnya dengan petrol dan dibakar dalam masa 30 saat. Lepas tu Lee ambil kain basah dan tekup.. jadi orang tu tak mati tapi melecur satu badan.. serammmm.

Lepas tu dia menceroboh masuk rumah Osam dan masukkan entah apa-apa bahan pelebat bulu dalam bahan dandanan diri Osam. Pelembab muka, lotion badan.. haaa.. terus berbulu satu badan Osam dah macam serigala jadian.

'Datuk' tu pula dilumurnya dengan manisan dan dilepaskan berpuluh ribu lebah. Lee kata, "jangan risau.. kalau kau diri diam-diam, dalam lima minit manisan di badan kau ni habis dihisap lebah kau akan selamat." 

Lepas tu, Lee lepaskan seekor lebah liar yang terbang terus masuk ke lubang hidung datuk tu.. apalagi.. terbersin orang tua tu. Bayangkanlah apa jadi.. huwa huwa huwa.. ngeri giler.


Puas google imej John tak jumpa. John ni liat jugak nak dikerjakan Lee.. kena berlawan dari gerabak ke gerabak keretapi. Standardlah filem tamil kan.. hihi. Akhirnya, John terkena renjatan elektrik apabila tubuhnya tersentuh kabel bervoltan tinggi.. tak mati pulak tu.
 Padan muka! 

Balasan pada doktor tu??

Lee telah datang ke rumah Dr Vasu dan Dr Vasu telah menangkapnya. Dalam pada nak melepaskan diri tu, anjing Lee telah datang menggigit betis Dr Vasu dan menyelamatkan Lee. Lalu Dr Vasu pun telefon farmasi minta 5 unit dos ubat (?) takut terkena virus anjing gila kot. Di pertengahan jalan, Lee dan kawan baiknya menculik sekejap pembantu farmasi tu dan menggantikan ubat tu dengan 5 dos influenza h2n2 seperti yang pernah disuntik dalam tubuh Lee tu. Bila dah sedar pembantu farmasi tu teruslah hantar 'ubat' tu pada Dr Vasu dan Dr Vasu pun terus suntik kelima-lima dos itu ke lengannya. Bayangkanlah.. apa jadi.. hihi.


Diya pula berpura-pura membunuh diri dan akhirnya semasa cuba melepaskan diri dari Lingasen (yang disangkanya penculik) telah terjumpa semakfon Lee yang menyimpan banyak gambar mereka berdua. Mula dia ingat itulah penyangak yang bunuh Lee. Akhirnya selepas dia tahu itu Lee.. kasihnya tak berubah pun melihat Lee yang tak seperti orang tu.. filemmmm kan. 

Mereka tetap berkahwin dan doktor veteran tu akhirnya dapat mengubati Lee. Walaupun taklah sempurna macam asalnya tapi mereka hidup bahagia.

sekiannnn.. tamat :))))


1 comment:

  1. rajennye sarikusss mengarang... kak suka ceta hantuu pernah sekali kslah x bole tgok sbb tgh mlm sgt.., tutup tv p tidooo

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda Sukakan Ini?