MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Monday, March 28, 2016

AMPUNNNN

Assalamualaikum...

AMPUN.. beribu ampun.. Sk pohonkan kepada pelanggan Sk yang telah membuat bayaran mesin tart kerana keterlewatan kali ini. Sekurang-kurangnya rasa Sk ada enam orang yang dah 'date line'. Ya Allah.. maaf sangat. Tolong jangan salahkan Sk sebab Sk pun tak jangka yang kali ini tempahan mengambil masa lebih dari tiga minggu. Tapi.. kalau nak salahkan Sk, Sk redhalahhh... huhhhu.

(Gambar Hiasan)

Kepada yang 'follow up' tentang status mesin yang ditempah, Sk tidak salahkan anda. Sk sendiri kalau berada di tempat anda pun.. keluar angin pus-pus rasanya bila mesin yang ditempah masih tak dapat. Dan yang sebetulnya walaupun Sk boleh memberi apa jua alasan...

Tukang sakit
Material tak sampai
Pekerja berhenti...

Tapi.. Sk tak mahu.
Seboleh mungkin Sk tak akan bagi alasan sebab rasanya sebagai pelanggan tentu anda tidak mahu mendengar alasan. Yang anda hendak, mesin siap kan.. aduyaiii...

Tapi kan.. Sk 'respect' kerana Sk sentiasa didatangkan pembeli-pembeli yang bersabar. Ya Allah.. terharu sangat rasanya.. sedangkan Sk sendiri resah gelisah apabila mesin tidak siap tepat pada masanya.

Kepada pelanggan Sk yang paling lama menunggu Pn Norsulawati dari Segamat.. terima kasih banyak kerana sabar menanti.

Begitu juga Pn Fadzilah (Kuala Kangsar),
En Razak (Kuala Terengganu),
Pn Yani (Cheras),
Pn Marina (Balik Pulau),
Cik Aton ( Langkawi),
Pn Mimi (Kota Bharu)

InsyaAllah.. doakan kami ya. Sk pun tak boleh nak paksa tukang untuk buat laju-laju.. sebab sekarang dah tiada pembantu. Buat seorang-seorang. Doakan segalanya dipermudahkan. AMINNNN YA RABBAL ALAMIIINNN.

Wednesday, March 16, 2016

MAKAN-MAKAN DI BIG FOOD SEMPENA HARI JADI

ASSALAMUALAIKUM...

SKEMA betul boh tajuk.. hehehehe. Dua tiga menjak ni, idea tak berapa nak mencurah untuk menaip di blog. Sebab tu macam sendu jer. Hari ni paksa jugak diri untuk memateri kenangan meraikan sambutan hari lahir ibunda yang ke 75 di Restoran Big Food yang terletak di Nong Chik, Johor Bahru. Sk rasa, Nong Chik ni memang tak asing lagi bagi warga Johor. Kalau yang tak tahu di mana letaknya Nong Chik, ia terletak berhampiran dengan Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Macam biasa, sebulan dua sebelum tiba tarikh 14 Mac, kami dah mula merancang sesuatu yang istimewa. Sekejap kata, nak bakar-bakar tepi pantai, sekejap kata nak bakar-bakar di rumah, sekejap kata nak makan buffet.. dan di saat akhir kami pilih untuk meraikan di Restoran Big Food ni. Sebenarnya Sk pun tak pernah makan di Big Food, jadi dua tiga hari sebelum tu Sk ajak Pak Inche singgah makan di sini. Kata adik Sk, 'test drive' nampak.. hahaha. Sebenarnya boleh je nak tempah melalui telefon.. tapi nak tahu jugak kesesuaian tempat ni.. kan.. kan.. kan.. :))))

Sk dah sedia maklum, saiz makanan di Big Food ni besar.. boleh kongsi berdua atau bertiga katanya. Tapi.. Iman dan ER awal-awal lagi dah cakap tak nak kongsi. Penamak betul kan? Urmmm... terpaksalah jugak Sk pilih makanan sendiri. Orang yang tak nak kongsi tadi.. nahh... hambikkk!!


Terkejut sampai gelak tak menahan bila tengok melambak Spaghetti Meatball Bolognese dalam pinggan. Sila habiskan ya. Ni harganya RM20 sepinggan.


Kapten's Lamb Honey Grill.. RM28 sepinggan.. ni sambil sibuk tolong Iman makan Spaghetti.. tu yang mata ke lain. Kentang goreng dia sedap sangat macam kentang goreng Fat Burger. Lamb tu ada tiga keping.. rasa boleh tahan cuma sosnya macam terlalu banyak rasa kayu manis. Sekeping tak habis, bungkus..  sampai sekarang masih terdampar dalam peti sejuk.. hahahha.


Termenung tengok pinggan sendiri.. muahahah. Yang kat depan ni Premium Ayam.. Sk punya. RM18 sepinggan.. Sk cuma habis makan sosej, mashed potato dan dua keping turkey ham tu sahajo yang lain bungkus untuk Zonan. Selepas berpuashati dengan sajian, persembahan, layanan dan suasana restoran.. maka Sk pun membuat tempahan. Kami memilih untuk meraikan hari jadi ibunda pada malam 14 Mac.. sejuklah sikit, kan. Kebetulan 14 Mac tu kan hari isnin, hari bekerja.. jadi kita buat malamlah senang supaya semua orang ada. Hari minggu pulak cucu-cucu ada kelas tuisyen.. gituuu.


Big Food ni terbahagi kepada tiga ruang. Ruang bawah.. masuk dari pintu depan. Ruang atas, boleh naik tangga jika masuk dari pintu depan atau masuk dari pintu belakang (tak perlu naik tangga) dan cafe di sebelah Big Food (menurut cerita turut dimiliki oleh Big Food F&B. Staf mereka sangat peramah dan membantu.. keseluruhannya Sk sangat berpuas hati.


Kami tiga beranak.. rasanya pengikut blog Alam Sari dah kenal dah.. Pernah Sk ditegur seorang pembaca di Petronas Ayer Hitam (tak silap).. pembaca blog Alam Sari. Malu giler.. hahahah.


Selain dari menggembirakan 'birthday girl' harap juga dapat menggembirakan anak-anak.. betul tak?


Masing-masing dah lapar. Iman kata dia simpan perut dari siang.. hahaha.


Mama (Kakak Sk) awal-awal dah rancang nak makan macam apa yang Iman makan hari tu. Spaghetti Meatball Bolognese. Tak terhabis mama.. haha.


Kali ni Sk pilih pasta, Spaghetti Carbonara bersama Turkey Ham. Masha Allah.. sedap lemak berkrim... muahaha. Bertambahlah lemak. Eh, tapi Sk makan 1/3 jer tau.. yang lain Sk cedok pas dekat yang lain.. mih mih mih.


Pak Inche ER punya.. awal-awal dah kata nak makan Beef Ribs.. pandai betul dia pilih yang paling mahal ya. RM40 sepinggan lepas tu tersandar.. sekeping setengah jer yang dia betul-betul habis. Sekeping bagi ibu.. yang lain-lain dalam tu kami tolong perabes.. bayar tuuuu... hahahaha.


Lamb Chop RM25.. Cik Ani punya rasanya. Yang lain-lain tu tak terlayan dah nak ambil gambar. Ada yang makan Nasi Goreng Lamb Chop, Nasi Goreng Ketam, Nasi Goreng Sotong dan Tomyam Seafood. Air dah macam-macam warna.. setahun sekali katanya. Bersyukur ada rezeki lebih tahun ini kita kongsi sama-sama.. Alhamdulillah.


Selepas doa makan dibacakan anaknda Ilham, maka masa untuk menjamu selera. Nyum.. nyum..


Ni kalau mak mertua lalu pun tak perasan.. heheheh


Nenek dan cucus


Mak.. Ibu... Umi... dan anak-anak. Alhamdulillah, tahun ni semua dapat balik.


Esoknya boleh pulak pergi layan Murtabak Cheese Kampung Kurnia. Lemak oh lemakkkk.. pergi main jauh-jauh.

Wednesday, March 9, 2016

NI YANG RASA NAK DUDUK DAPUR JER

Assalamualaikum...

MALAIH sungguh nak menulis di blog sejak akhir-akhir ini. Padahal, masuk sahaja 2016 hari tu bukan main ligat update entry.. lama-lama makin 'slow' pulak.. huhu. Mungkin ada yang tahu bahawa berlaku perubahan besar dalam kerjaya Sk apabila semua kursus diploma telah berpindah ke kampus induk. Operasi mengemas dan mengangkut serta memisahkan hak milik setiap kursus telah bermula sebelum cuti hari raya cina. Bagi Sk sendiri yang merupakan staf dari unit kemahiran yang pada awalnya dirancang berpindah ke kampus induk namun berlaku perubahan pada saat akhir di mana semua kursus kemahiran di tempatkan di bawah satu bumbung yang lain. Jadi kita cuma mampu megucapkan selamat jalan kepada rakan-rakan yang ke kampus induk. Kemudian, Sk terlibat pula dengan satu lawatan verifikasi. Biasanya, kalau ada lawatan-lawatan ni, Sk agak stress sikit. Stress dengan pelajar yang menyiapkan portfolio di saat akhir. Habis lawatan stress pulak dengan proses perpindahan yang belum selesai.. sudahnya blog terbiar.. gambar ada cerita tak ada.. huhuhu.

Ingat tak kisah Sk jalan-jalan ke Melaka hari tu? Yek elehhhh.. jalan-jalan Melaka jer pun nak kecoh.. huhu. Kenalah kecoh, kannn, melawat Melaka bererti melawat Malaysia tau.. Balik pada kisah ke Melaka tu, kan Sk cerita yang Sk merayap ke Mahkota Parade semata-mata untuk ke Kaison.. sampai rambang-rambang mata dibuatnya dan sudahnya tak beli. Tapi pagi tu Sk ayat baik punya dengan Pak Inche.. maka selepas 'check-out' Pak Inche ajak ke Kaison, nak tengok apa yang Mak Inche dok berkenan sangat.. hahahah. Tak banyak pun yang Mak Inche inginkan cuma sebuah dinding baru untuk cuci-cuci mata sambil menyediakan juadah dan menjamu selera. Hasilnya...


'Feeling-feeling' 'rustic' gitu. Tapiiiiiiiiiiii... wallpaper tak cukupppppppppppppp. Sebenarnya, rancangan asal Sk nak tampal kertas dinding corak bata merah ni, di dinding luar bilik air yang berdepan dengan dapur sahaja tapi Iman suruh Sk tampal seluruh dapur. Sk dah tahu memang tak cukup sebab Sk cuma beli tiga gulung sahaja (satu gulung 10 meter) tapi.. atas alasan nanti boleh beli lagi kalau tak cukup.. hahahha. Banyaklah... bilanya nak ke Kaison tu lagi? Kalau ada kat JB ni lainlah.. huwa huwa huwa. Dah rupa macam rumah tak siap. Untuk bahagian ini sahaja Sk habis satu setengah gulung.


Dan di bahagian ini Sk habis satu setengah gulung lagi.. sebenarnya sebelah kanan tu tak siap lagi dan pada hemat Sk memerlukan lagi sekurang-kurangnya dua setengah gulung. Nantilah Sk ambil gambar penuh dinding yang tak siap ya. Dinding asal Sk memang warna putih susu.. iaitu warna asal masa ambil kunci rumah dan bahagian dalam rumah Sk dari ruang tamu, bilik dan dapur memang langsung tidak pernah bertukar cat. Bila pasang wall paper corak bata merah ni, Iman kata, "Bonda.. macam duduk rumah batu laaa..". Laaaa.. dia tak perasan ke rumah ni memang rumah batu.. hihi.


Tengok.. Ponti pun dah feeling-feeling orang kaya nampaknya... huwa huwa huwa. Suka hati kamulah kucing diva. Elok pulak sehari dua budak-budak ni tak tarik alas table top ni. Agaknya dia pun seronok dengan suasana baru dalam rumah, hihi.


Amboiiii... bukan main lagi korang ya. Dah ada port masing-masing nampak!! Huhuhu.


Haaa... inilah tempat Sk berperang dari pagi sampai malam untuk mengisi perut rakyat dalam rumah. Plan nak tampal juga wall paper di bahagian atas kabinet gantung dan di atas tingkap tu cuma tak tahu lagi larat ke tidak. Maklumlah.. kita gayat wakkkkk. Kalau suruh ER karang takut jadi lain pulak.. jadi kita tengok dinding lama jerlah ya.. hihi. Jom pi Kaison!

SAMBAL TEMPOYAK

Assalamualaikum... Nahhhh.. Sambal Tempoyak. Lepas ni tak perlu susah2 lagi nak menumbuk sambal. Sukacita dimaklumkan, tempah...