AMPUNNNN - Alam Sari Di Tanah Jauhar

AMPUNNNN

Assalamualaikum...

AMPUN.. beribu ampun.. Sk pohonkan kepada pelanggan Sk yang telah membuat bayaran mesin tart kerana keterlewatan kali ini. Sekurang-kurangnya rasa Sk ada enam orang yang dah 'date line'. Ya Allah.. maaf sangat. Tolong jangan salahkan Sk sebab Sk pun tak jangka yang kali ini tempahan mengambil masa lebih dari tiga minggu. Tapi.. kalau nak salahkan Sk, Sk redhalahhh... huhhhu.

(Gambar Hiasan)

Kepada yang 'follow up' tentang status mesin yang ditempah, Sk tidak salahkan anda. Sk sendiri kalau berada di tempat anda pun.. keluar angin pus-pus rasanya bila mesin yang ditempah masih tak dapat. Dan yang sebetulnya walaupun Sk boleh memberi apa jua alasan...

Tukang sakit
Material tak sampai
Pekerja berhenti...

Tapi.. Sk tak mahu.
Seboleh mungkin Sk tak akan bagi alasan sebab rasanya sebagai pelanggan tentu anda tidak mahu mendengar alasan. Yang anda hendak, mesin siap kan.. aduyaiii...

Tapi kan.. Sk 'respect' kerana Sk sentiasa didatangkan pembeli-pembeli yang bersabar. Ya Allah.. terharu sangat rasanya.. sedangkan Sk sendiri resah gelisah apabila mesin tidak siap tepat pada masanya.

Kepada pelanggan Sk yang paling lama menunggu Pn Norsulawati dari Segamat.. terima kasih banyak kerana sabar menanti.

Begitu juga Pn Fadzilah (Kuala Kangsar),
En Razak (Kuala Terengganu),
Pn Yani (Cheras),
Pn Marina (Balik Pulau),
Cik Aton ( Langkawi),
Pn Mimi (Kota Bharu)

InsyaAllah.. doakan kami ya. Sk pun tak boleh nak paksa tukang untuk buat laju-laju.. sebab sekarang dah tiada pembantu. Buat seorang-seorang. Doakan segalanya dipermudahkan. AMINNNN YA RABBAL ALAMIIINNN.

2 comments:

  1. Tukang yg membuat lagilah rasa bersalah SK
    Kalau boleh dia pun nak cepat
    Tapi itulah dikatakan masalah yg tak dpt dielakkan..

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share foto-foto baju, kain dan accessories, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih