POPIAH BASAH FEMES BATU FERINGGI

Assalamualaikum...

SETIAP kali ke Pulau Mutiara, agenda kami hanyalah makan.. makan dan makan. Dalam kepala Pak Inche tu cuma ingat makan jer. Mak Inche cuma menurut perintah aje.. muahahaha. Dah beberapa kali juga kami mencari-cari popiah basah buatan orang Melayu namun tidak ketemu kali ini Sk cuba mencari di carian facebook yang telah membawa kami ke Gama Supermarket di pusat bandar George Town.

Sebenarnya, popiah ini asalnya bertapak di Batu Feringgi dan baru sahaja beroperasi di Medan Selera Tingkat 6, Gama Supermarket. Kiranya memang rezeki kamilah.. Alhamdulillah. Menurut penjual popiah tersebut, ia adalah resepi asal arwah ibunya. Suapan yang pertama jer pujian ER melambung-lambung begitu juga Iman. Sk masih sibuk posing pinggan lagi.. hihi. Dan ternyata tidak ada yang tidak benar selain benar belaka.


Kalau popiah basah S S Ali agak kering
Popiah ini memang betul-betul basah.
Mungkin kerana semua bahan inti dicelur dengan air panas. 
Menurut pembuat popiah tersebut, resepi ori ibunya tidak menggunakan taugeh.
Beliau banyak belajar dari ibunya selama membantu ibunya berniaga sehinggakan ramai yang pernah merasai popiah ibunya sendiri tidak menafikan rasanya tidak berubah.

Nampaknya popiah basah gama akan masuk dalam agenda setiap kali lawatan ke Penang selepas ini.. insyaAllah.

Wassalam.

No comments

Tak nak komen ? .
Urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :) ..