MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Thursday, June 2, 2016

LONTONG KERING

Assalamualaikum...

DALAM perjalanan ke pejabat pagi tadi, tetiba jer tekak Sk ni teringin sangat nak makan lontong. Hai laaaa.. sedapnya kalau dapat lontong pagi ni, kata hati Sk. Tapi mengingatkan pagi ini ada program budaya Al-Quran, rasanya macam keinginan Sk tu cuma akan terlaksana menjelang pagi Syawal.. aaa.. sedih.

Ya.. memang lontong boleh dibeli di pasar-pasar ramadhan tapi kan, Sk dah bertekad dengan Iman, bulan puasa ni 'no pasar ramadhan'. Hari-hari nak makan telur rebus.. sahur telur rebus.. buka telur rebus.. tak mahu makan nasi, tapi kalau ada ayam percik, okey.. hahahaha. Nak kurus di pagi raya katanya.. huwa huwa huwa.

Tup.. tup.. tunggu pintu pejabat buka lambatlah pulak. Dah pukul 8 tak buka lagi. Perut pun dah berbunyi-bunyi.. urmm.. mehlah kita tengok apa ada kat kafe Kak Sabariah. Oh, ya. Masih ingat Kak Sabariah? Dia pun ikut Sk pindah kolej tau. Sampai cafe nampak lontong.. yeyyyy!!


Mula nak makan ngan sayur lodeh
Tapi tengok sambal gorengnya tu mengancam betullah.
Yang paling best ada sambal kacang
Dan ayam goreng berempah.
Terus jadi lontong kering.. nyummmmms

Burppp!
Alhamdulillah.

2 comments:

  1. Salam..
    Itulah rezeki namanya...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

26 SYAWAL

Assalamualaikum... ALHAMDULILLAH.. dah hari ke 26 kita meraikan Syawal. Ramai yang mengambil kesempatan mengadakan rumah terbuka da...