MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Monday, June 6, 2016

SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum...

RAMADHAN.. bulan yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba lagi. Bulan di mana umat islam di seluruh dunia diwajibkan berpuasa. Alhamdulillah.. ahli keluarga Sk tiga beranak ni dapat bersahur bersama pagi ini. Seawal jam 4 pagi Sk dah bangun. Sebenarnya mata ni dah terjaga awal, tengok jam semakfon baru pukul 3.38 pagi. Aaaa.. pejam mata sekejap tunggu alarm bunyi. Bertuah sungguh.. huhu.


Juadah bersahur pagi ini.
Disamping beribadah puasa, Sk dan Iman ada azam untuk mengurangkan sedikit berat badan. Rasanya inilah masa yang sesuai. 

Dua atau tiga tahun lalu Sk pernah amalkan diet di bulan puasa. Walaupun Sk tak ingat berapa banyak berat yang turun tapi yang pasti susutnya ketara. Jadi kali ni nak cuba lagi praktikkan.

jadi pagi ini, Sk cuma sediakan sahur yang ringkas. Scramble Egg With Sausage untuk Sk dan Iman.


Ini pula Sup Tulang yang kami tapau dari 
gerai Sup Tulang Power Pak Habib
di Taman Johor Jaya.
Supnya memang sedap tapi pekat memantul..
hahaha.


Sk lembutkan sedikit bihun untuk dikawankan dengan sup Pak Habib tu sebab tak teringat nak beli roti perancis semalam.

Akhir kata.. selamat berpuasa
Buat semua pembaca 
Alam Sari Di Tanah Jauhar
Yang beragama Islam.
Semoga ibadah kita diterima dan semoga sentiasa di dalam rahmat dan kasih-Nya.

Wassalam.

2 comments:

  1. SELAMAT BERPUASA
    tengok siang2 semua nmpak sedappp ja

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa dari kaknoor Seri
    sahur yg ringkas mmg sedap
    apa lagi kalau ada telur scramble macam tu mudah menolan

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

SALAM RAMADHAN & SELAMAT BERPUASA

Assalamualaikum... ALHAMDULILLAH... Dapat lagi bertemu Ramadhan kali ini. Ramadhan yang penuh keberkatan dan kemuliaan. Ramadhan ...