MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Tuesday, June 7, 2016

TAUGEH GORENG DAGING PEKASAM

Assalamualaikum..
 
SAYUR yang sesuai digandingkan dengan apa juga hidangan sama ada asam pedas, kari, masakan siam, korea, jepun atau apa sahaja. Juga penambah rasa dalam hidangan mee goreng, soto, laksa dan pelbagai lagi. Satu lagi keistimewaannya, ia adalah sayur yang tersangat murah dan amat mudah pula jika hendak ditanam sendiri.
 

Hari ini saja nak kongsi cara masakan taugeh yang paling Sk gemari
 iaitu menggorengnya bersama daging pekasam.
Sk juga selalu menggoreng taugeh bersama ikan pekasam,
ikan masin atau ikan kering.
Jom kita memasak...
 
 
Bahannya.. taugeh.. dibersihkan.. tos
 
 
Bawang besar sebiji dimayang
bawang putih 3 ulas diketuk
Cili merah setangkai dihiris
 
 
Daging Pekasam hiris nipis
 
 
Panaskan minyak di kuali
 
 
Masukkan daging pekasam
 
 
Goreng hampir garing
 
 
Ketepikan daging
masukkan bawang besar dan bawang putih
 
 
 Cili merah
 
 
Goreng bersama hingga bawang layu
 
 
Goreng lagi
 
 
Masukkan taugeh
 
 
Gaul rata-rata
 
 
Siap!
Perahkan limau kasturi sebelum menghidang.
 
Wassalam. 

2 comments:

  1. SK kakak ni ketinggalan sebab tak pernah jumpa daging pekasam hihi... (malu ni)
    Mana SK beli? Atau buat sendiri ke? eh.. banyak tanya dah kan:)

    ReplyDelete
  2. TQ share resepi....
    Selamat berpuasa..

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

MAJLIS PERKAHWINAN ANAK SEPUPU

Assalamualaikum... AMBOIIIII..  dua kali dalam tempoh dua bulan Sk menghadiri majlis perkahwinan di Putrajaya & Cyberjaya. 16 Julai lep...