MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Monday, September 26, 2016

HALLOWEEN BRICK-OR-TREAT PARTY NIGHTS

Assalamualaikum...

"BONDA.. lama kan kita tak pergi Legoland?"

Haaa.. memang lama. Seingat Sk, kali terakhir kami ke Legoland Malaysia yang terletak di Nusajaya, Johor ialah pada sambutan ulangtahun Legoland Malaysia Resort yang pertama. Lepas tu memang dah tak pergi lagi. Macam seronok aje bila orang cerita lebih banyak permainan mencabar dan menikmati keseronokan di Legoland. Aaaa.. nak pergi lagi.. hihi.

Boleh baca kisah Sk ke Legoland di sini...



ada lagi satu tapi tak jumpa di mana entrynya.. akan update jika jumpa.. hehehehe.

Jadi.. dengan tak disangka-sangka, Jumaat lepas, Sk telah berjaya menjejakkan kaki lagi sekali ke Legoland. Kali ini Sk pergi dengan Iman dan bawa anak-anak saudara tiga beradik iaitu Izzat, Ilham dan Indah, Pak Inche tak ikut sebab ada 'game' JDT2 malam tu. 


Acara wajib bila sampai di Tanah Lego ni tentulah 
bergambar di pintu gerbang Legoland Malaysia.. hehehehe.


Melompat kegirangan sebab terlalu seronok..
layannnnn.. empat I.. Iman, Indah, Izzat dan Ilham.


Sebenarnya Sk serta beberapa rakan media cetak dan elektronik telah diundang untuk acara hi-tea sempena Halloween Brick-or-Treat Party Nights yang dianjurkan Legoland Malaysia.
Wowwww!! Brick -or- Treat ini akan berlangsung pada setiap hari Jumaat dan Sabtu sepanjang bulan Oktober tau. Dan sebenarnya ia telah bermula pada 16 September lalu. Jadi, jangan risau.. kepada ibu bapa yang ingin membawa anak-anak ke sini, anda masih sempat lagi untuk berseronok bersama Lord Vampire... aaaaa... tatuttt!!


Halloween Brick -or-Treat Party Nights ini hanya akan bermula pada jam 4 petang setiap Jumaat dan Sabtu dan anda boleh mendapatkan tiket berharga RM85 di kaunter tiket secara 'walk-in' atau boleh beli secara online. 


Namun, sekiranya anda sudah membeli Admission Day Tickets 
( 1-Day Theme Park Ticket, 1-Day Combo Ticket atau 2-Day Combo Ticket) 
anda boleh memasuki Brick -or-Treat Party Nights secara percuma.. 
tak perlu beli lagi tiket berharga RM85 tu.. best, kan.

Image result for halloween legoland malaysia 2016


Jika anda merupakan pemegang pas masuk tahunan, anda bukan sahaja boleh datang ke Brick -or- Treat Party Nights ini malah anda juga boleh membawa empat orang rakan dengan bayaran masuk hanya RM70 seorang.. wowww! Bukan itu sahaja, anda boleh menaiki semua permainan yang ada     di Legoland Theme Park.. memang berbaloi-baloi!!

(Gambar : Sumber)

Nak lagi meriah, bolehlah pakai pakaian bertemakan halloween... hahahaha. Macam kakak ni! Hahahaha.



Tetap jelita.. ni pakaian ahli sihir kot.. hahaha.


                                               Amboi... bini batman ke ni??? hehehehe 


Memang ada gaya spiderman lah!


Kenapa mata pejam?
Tengah jampi ka??


Bini batman nombor dua kot.. hehe


Comel kan!


Bff ni.. hehehe


Anda nak sembunyikan wajah anda?
Pakai topeng je.. hehehe


Lepas tu dapat hadiah lego.. yeyyyy!!


Okey.. ini hantu paling serammmmm.
Tak sia-sia adik ni melompat sepanjang party berlangsung apabila 
berjaya memenangi pakaian terbaik.
Memang sporting adik nilah.. hehehe.

Okey, sepanjang Aktiviti Brick-or-Treat ni kita kenalah melengkapkan aktiviti halloween di setiap pondok ('check-point') yang ada di Lego Kingdoms. Di setiap 'check-point' ni bolehlah kita jumpa dengan karaektor halloween dan bagi mereka yang berjaya melengkapkan tugasan nanti bolehlah dapatkan pengesahan dari karektor halloween yang jaga pondok-pondok tersebut. Jangan takut.. kalau diorang kacau, gigit aje sampai menjerit,. hahaha.

Terdapat sepuluh 'check-point' yang perlu adik-adik singgah. Nanti dah selesai semua bolehlah adik-adik tebus edisi terhad Halloween Commemorative Brick.. haaa.. barulah best dan berbaloi-baloi.. kan.

Selain tu, ada jugak persembahan halloween di Castle Stage, Lego Kingdom.
Meriahhhh!!

IMG_6409
gambar sumber
Selain itu, 
Legoland Hotel juga turut tidak ketinggalan memberi promosi harga istimewa Halloween Day & Night dengan syarat tempahan hendaklah dibuat bermula dari 25 Ogos 2016 hingga 30 Oktober 2016 dan tempoh menginap adalah dari 18 September 2016 hingga 31 Oktober 2016.

Apa yang anda dapat dengan harga promosi ini memang berbaloi tau..

Sarapan pagi
Makan malam untuk dua dewasa dan tiga kanak-kanak
Halloween Brick-or-Treat Commerative Brick (setiap anak/selagi stok masih ada)
dan dapat ikuti aktiviti Halloween (day & night)

Dah.. dah.. jom.. apa tunggu lagi!
Jom kita ke 
Brick-Or-Treat Halloween Party Nights
di Legoland Malaysia Resort.

untuk keterangan lanjut boleh klik 

































Sunday, September 25, 2016

CIPTA HATRIK.. JDT DIHATIKU

Assalamualaikum...


MENDUDUKI tahta Liga Super Malaysia tiga musim berturut-turut, hatrik yang pastinya menjadi kenangan manis buat seluruh warga Tanah Jauhar apabila pasukan bola kesayangan kita menerima trofi kemenangan malam tadi dan diraikan seluruh peminat bolasepak Negeri Johor.


TMJ yang sangat dekat di hati Bangsa Johor.


Tahniah JDT!!

(kredit gambar: Johor Southern Tigers)

Tuesday, September 20, 2016

LAMA BERCUTI


Assalamualaikum..

PERCUTIAN paling lama kot kali ini sampai rindu setengah mati dengan rumah.. muahahhaa.. dan rindu dengan blog Alam Sari Di Tanah Jauhar ni. Kononnya malam-malam bolehlah ambillah mood sejuk kat bilik hotel untuk update blog tapi dok sibuk layan filem online dan muka buku.. memang harapan laaa nak tulis di blog.. hehehe.

Urmmm.. apa khabar semua?
Tak sempat Sk nak ucapkan Salam Aidil Adha dan Salam Qurban buat semua pembaca muslim dan muslimah. Banyak sebenarnya yang Sk nak cerita dalam blog ini.. terutamanya cerita pasal makan dan jalan-jalan. InsyaAllah, akan kucuri masa itu sikit-sikit nanti Sk update.

Gambar di atas, siapa lagi kalau bukan Iman. Bulat pipi pun dah tahu.. hahaha.
Masa ni kami kununnya nak tunggu matahari terbenam. Lokasinya di Batu Feringgi di mana kali ini kami memilih untuk tinggal di Bayview Hotel. Urmmm.. best ke tak best?
Bolehlah.. tapi rasanya best lagi duduk di Four Points, Tanjung Bungah. 
Kali ni sempatlah makan nasi kandar sekali
popiah basah sekali
pasembur sekali
mee mamak sekali
ais kacang sekali
semua main sekali buat syarat katanya
cuma kali ni tak ada sesi ke Balik Pulau

Mana gambar makanan???
Aaaaa... nanti Sk gali kat Ig balik.. hehehehe.

sehingga jumpa lagi.
wassalam.

Wednesday, September 7, 2016

RESIPI KANGKUNG GORENG BELACAN

Assalamualaikum...

SK tuliskan resepi ini untuk Iman yang sangat suka makan kangkung goreng belacan.. hehehehe. Bagi Sk, kangkung ni antara sayur yang kita kena hati-hati bila beli. Pernah sekali dulu, Pak Inche nak sangat suruh Sk masak kangkung, Sk ni pulak jenis yang tak suka siang sayur pokok-pokok macam ni. Tapi disebabkan dia nak sangat makan, Sk cakap belilah dan dia beli di pasar basah. Masa nak siang tu, Sk pun bentanglah suratkhabar atas meja dan letaklah kangkung tu kan.. sekaliiiii.. menguit-nguit beberapa ekor cacing halus di celah-celah batang kangkung tu. Ya Rabbi.. menjerit-jerit Sk di dapur sampai nak menangis masa nak siang kangkung tu. Lepas tu ER 'stress' tengok mak inche ni melalak agaknya, dia terus suruh bungkus dan buang. Sk pun terus balut suratkhabar yang ada kangkung tu dan humban dalam tong sampah... huhuhu.

Sejak tu, ER tak pernah lagi beli sayur kangkung sampailah satu hari, kawan sekerja Sk yang ada kebun sayur sedekahkan kangkung sebemban pada Sk. Kembang sekejap tengkuk sebelum buka bungkusan tu tapi bila buka tak nampak cacing terus rasa lega. Kangkungnya pun segar tak basah-basah macam kangkung yang jual di pasar tu. Sejak tulah Sk dah mula membeli semula kangkung. Biasanya Sk akan pilih kangkung yang tak terlalu basah dan bertanah. Sejak tu memang dah tak jumpa lagi cacing kuit-kuit celah batang kangkung.. kekeke.



Kangkung Goreng Belacan

Bahan-bahan :
2 ikat sayur kangkung (disiang, batangnya hendaklah dibelah dua sebelum dipotong-potong)
Batang kangkung yang terlalu besar tak perlu dimasak, sebab rasa kayu nanti)

Rencah :

2 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
2 tangkai cili hidup
1" belacan 

Semua bahan di atas dikisar halus

Sedikit garam
Sedikit minyak untuk menumis.

Cara-cara :

Panaskan minyak dalam kuali.
Masukkan bahan yang dikisar.
Tumis sehingga naik bau dan masak.
Kemudian masukkan kangkung sedikit-sedikit dan gaul rata-rata.
tabur garam.. kacau lagi.
Masukkan sedikit sahaja air.
kacau sekejap supaya rata rencahnya.
bila kuah mendidih boleh tutup api.
jangan masak sampai lecur.



Sunday, September 4, 2016

KARANGAN AUTOBIOGRAFI

Assalamualaikum...

ANDA tentu masih ingat, semasa sekolah dahulu kita selalu ditugaskan untuk menulis sebuah karangan autobiografi dalam subjek Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia. Ingat tak.. apakebenda karangan autobiografi tu? Alaaa.. yang nanti tajuknya, 'Aku Sebatang Pensil' la.. 'Aku Sebuah Basikal' la... 'Aku Sebuah Televisyen' la.. haaa.. tulah karangan autobiografi. Biasanya mengisahkan tentang riwayat hidup sesuatu benda. Ada juga yang mengisahkan tentang benda hidup seperti haiwan dan tumbuhan.

Perasan tak, setiap kali kita menulis karangan macam ni, kebanyakannya akan berakhir dengan kesedihan... apa omputeh kata tu.. 'sad ending' kan. Sebahagiannya akan berakhir di tong sampah atau akan menjadi sesuatu yang tidak berharga lagi. Nak tahu tak, disebabkan karangan autobiografi nilah, Sk menjadi seorang yang sangat penyayang terhadap kebanyakan benda walaupun benda tu dah buruk. Tak kisahlah pensil ke.. pen ke.. berus lukisan ke.. bateri terpakai ke.. Ya Allah.. kalau nampak bersepah tukan, boleh bergenang air mata.. huwa huwa huwa.


Nah.. ni sebahagian dari berpuluh-puluh alat tulis yang Sk jumpa, dapat atau beli sepanjang Sk bertugas di kolej. Baaaaaanyak sangat. Tu belum lagi termasuk pemadam dan pembaris, dibuang-buang begitu sahaja. Kalau pun tak tahu betapa susahnya cari duit nak beli sesuatu tu, tapi kenanglah jasa dan riwayatnya.. ya tak? 

Haaa.. macam tu sekali pengaruh karangan autobiografi pada Sk tau.
Sk tak boleh tengok benda yang suatu masa dulu berguna tetiba jer dicampak merata-rata terutamanya pensil. Aduhhhh.. tersayat-sayat hati dibuatnya.. hahaha.

'Aku Sebatang Pensil'

Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Taman Perindustrian Tampoi, Johor Bahru. Pada hari aku dilahirkan, ada banyak lagi pensil yang dilahirkan bersamaku. Aku kemudiannya dipilih bersama lima batang pensil lain dan dibungkus dalam sebuah bungkusan yang sama. Kami diletakkan rapat-rapat dalam bungkusan itu. Kami kemudiannya diletakkan dalam sebuah kotak yang besar untuk diagihkan di pasaraya.

Suatu hari, datang seorang lelaki dan memegang kotak bungkusanku. Dia kemudian memasukkan kami ke dalam sebuah bakul. Tidak lama kemudian kami berenam telah dibawa ke rumahnya. Kami diberikan kepada seorang budak lelaki. Budak lelaki itu kemudiannya memasukkan kami ke dalam sebuah beg.

Esoknya kami mengikut budak lelaki itu ke sekolah. Budak lelaki itu mengoyakkan bungkusan yang membalut kami. Hatiku berdebar-debar. Aku terasa jari-jemari halusnya memegang tubuhku. Dia kemudian menconteng-contengku di permukaan sehelai kertas putih. Aku merasa seronok.

Budak lelaki itu terus menggunakan aku untuk menulis dan melukis. Aku merasa gembira membentuk lakaran demi lakaran. Lama kelamaan mataku menjadi tumpul. Budak lelaki itu merungut-rungut. Dia memasukkan aku ke dalam satu lubang yang di atasnya terdapat sekeping besi berkilat yang nipis dan tajam. Dia memusing-musing tubuhku di dalam lubang itu. Aku menjerit kesakitan namun dia seperti tidak mendengar jeritanku.

Aku merasa lega bila dapat keluar dari lubang itu. Aku kembali dilakarkan di atas kertas. Aku melakukan segalanya dengan rela. Selepas itu aku ditinggalkan di atas meja. 

Bila tiba waktu pulang, budak lelaki itu terlupa untuk mengambil aku dan memasukkannya ke dalam beg. Aku ditinggalkan begitu sahaja di atas meja. Kawan-kawannya berlari keluar kelas dan melanggar meja budak itu dengan begnya yang besar. Aku terjatuh ke lantai. Seorang lagi kawannya pula tanpa sengaja telah memijak tubuhku yang kurus. Aku meraung kesakitan. Dapat aku rasakan mata pensil dalam badanku mulai retak. Aku pastinya tidak berguna lagi kepada budak lelaki itu. Dia terus berlalu tanpa menghiraukanku yang terdampar di lantai.

urmmm.. sedihkan riwayat hidup pensil?
Sk rasa semua benda dalam dunia ni tak kisahlah ada nyawa ke.. tak ada nyawa ke.. semuanya akan berakhir dengan kesedihan.
Setiap yang hidup dan bernyawa pasti akan mati apatah lagi riwayat sebuah pensil.. lama-lama akan patah. Riwayat sebuah basikal.. lama-lama akan berkarat.

Hanya kehidupan di syurga yang akan berbahagia selama-lamanya.


Thursday, September 1, 2016

JALAN-JALAN MERDEKA

Assalamualaikum...

ALHAMDULILLAH.. Semalam kita seluruh rakyat Malaysia telah sehati sejiwa menyambut ulangtahun kemerdekaan negara kita yang ke 59. Ramai yang mengambil kesempatan membawa keluarga bersiar-siar sempena cuti umum, kan. Ada yang mengambil kesempatan keluar membeli barangan keperluan. Ada juga yang memasak sesuatu yang istimewa untuk keluarga.

Sk awal-awal lagi dah mengumumkan kepada Pak Inche, Sk tak mahu memasak dan membuat apa-apa kerja pada hari tersebut. Permintaan Sk tu dengan mudahnya mendapat kelulusan tapi bersyaratlah pulak. Syaratnya nak jjcm dari JB menuju ke Kluang, dari Kluang ke Batu Pahat dan dari Batu Pahat ke Pontian. Hemmm.. layannnn.

Pagi-pagi tu Sk cuma masak air jer.. tapi tak buat air pun. Sk cakap, kita sarapan di kedai jer sebab nanti leceh nak cuci cawan ngan pinggan.. kah kah kah.. dasar betul!


Sebenarnya dah dua tiga minggu ER berzikir kat telinga Sk ni nak makan Nasi Daun Pisang NSM yang terkenal di Bandar Kluang. Disebabkan perjalanan ke Kluang mengambil masa hampir dua jam, Sk cadangkan kami mengalas perut dengan makanan yang agak ringan. Pilihan kami tiga beranak, roti canai seorang sekeping dengan teh tarik secawan di kedai mamak yang dekat dengan rumah. Cukup kenyang sebelum kami meneruskan perjalanan ke Kluang. Sarapan ni pun dah pukul 11 pagi.. hahaha.


Kami meneruskan perjalanan mengikut jalan lama iaitu melalui bandar Kulai dan masuk ke simpang Felda Inas dan terus tembus ke Bandar Tenggara. Tak sampai dua jam, kami dah sampai ke Bandar Kluang.
Inilah dia Restoran NSM Nasi Daun Pisang yang terletak berhampiran dengan Stesyen Keretapi Kluang. Restoran yang diusahakan oleh India Muslim dan dikunjungi oleh pelbagai bangsa dan agama. Restoran NSM ni ada cawangan di Ayer Hitam, Johor yang lebih moden dari restoran asal.


Makan Nasi Daun Pisang ni
dia akan letak nasi kita banyak-banyak.
Jadi, kena bagitahu dia kalau tak nak nasi banyak. 
Ini daun pisang Sk,
Tiga-tiga beranak makan lauk yang sama, hehehe.
Ada kari kambing dan ayam goreng.
kari kambing tu ambil untuk seorang makan aje..
air limau ais, limau suam dan teh tarik
4 vadei
semua sekali kena RM40
Mahal kan.. huhu.
tak mo datang lagi dah
lagipun bukan sedap sangat pun
Huhuhu


Dari Kluang kami ke Batu Pahat.
Disebabkan perut masih kenyang kami batalkan hajat nak makan Mee Racun.
oh ya, sebelum tu sempat singgah Ayer Hitam beli buah markisa.

Sampai Tanjung Labuh
nampak ada orang jual durian
durian kampung RM6 sekilo
durian kahwin RM10 sekilo
Belilah sikit terlanjur dah sampai,kan..

Lepas tu singgah Tambak Pontian
pekena cendol dan otak-otak serta sata.


Cendol mamak ni memang sedap
tak pernah miss setiap kali ke Pontian.


Ingatkan tak payah masak dah
Sampai JB nak makan warung je
Rupanya orang tu kata nak makan nasi dengan durian
Fuhhhhh.. terpaksalah masak nasi dan perah santan.
Yang geram tu dekat sejam mengopek durian kahwin dua biji
Sebab empulurnya bercantum lagi
Walaupun pangsanya dah terbelah.. huhu
Sudahnya.. Sk belah dengan golok
dah macam belah kelapa pulak
hancur isi durian
huwa huwa huwa.

Yang kat dalam pinggan tu
Durian kampung
Alhamdulillah, elok isinya dan senang nak buka.
malam ni nak cuba makan dengan gula merah pulak.
burppp... Alhamdulillah.

RETREAT DI MERSING - HARI PERTAMA

Assalamualaikum... APABILA diberitahu bahawa Sk akan dihantar mengikuti satu kursus di Mersing terus rasa senak perut  hati jadi li...