MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Thursday, October 20, 2016

KERTAS DINDING

Assalamualaikum...

WOWWWW! Makin ramaikan sekarang yang minat memasang kertas dinding sendiri di rumah atau orang putih selalu sebut tu 'wallpaper'. Ialah, kalau dulu-dulu agak terhad jugak pemilihan kertas dinding ni dan tak banyak kedai yang menawarkannya, namun kini kertas dinding boleh didapati di rangkaian kedai hiasan rumah Kaison, Mr DIY malah kedai eco RM2 pun ada jugak jual kertas dinding ni. Tinggal rajin tak rajin jer la nak pasang sendiri.. kalau berlambak duit bolehlah terus beli di kedai perhiasan rumah yang menawarkan khidmat memasang terus kertas dinding. Yang tak berapa berlambak duit macam Sk ni, pilihlah pasang sendiri.. hihi.

Disebabkan Sk sangat minat dengan kertas dinding ni, maka bergulung-gulunglah beli. Sebenarnya, kalau ikutkan mengecat dinding lagi jimat tapi disebabkan merasa kerja mengecat tu agak renyah, Sk memilih memasang kertas dinding sebab nampak lebih elegan laaa kononnya.. huhu.


Ini bilik Iman. Bertahun jugaklah berjanji nak mentransform bilik dia ni.. 
sekejap kata nak cat, sekejap kata nak pasang wallpaper. 
Akhirnya pilih untuk pasang pada satu bahagian dinding jer sebagai titik tumpu. 
Tapi yang sebenarnya nak menutup dinding tu yang dah terlalu teruk dengan hasil tenyehan Iman masa kecik-kecik dulu.. 
dengan conteng dinding, tumpah susu coklat dan macam-macam lagi.. huhu.


Disebabkan Sk tak ada tangga dan rasa macam susah nak beli tangga 
(ko dah kedekut sangat dah kenapa) Sk pinjam tangga kakak. 
Rupa-rupanya tangga tu agak rendah dibandingkan dengan tinggi dinding rumah Sk. 
Sudahnya Sk mintak tolong dengan anak saudara Sk, Izzat. 
Pehhhh! Dalam hati tak putus doa supaya kerja memasang kertas dinding berjalan lancar. 
Bayangkan Izzat terpaksa berdiri di atas sekali anak tangga.. huhu.
 Tu kalau suruh Sk mahu telentang. Suruh Pak Inche???? 
Aaaaa.. tak payah. Ada senget benget wallpaper kita karang.


Wallpaper ni Sk beli secara online.
Rm100/3 gulung tak silap harganya.
1 gulung 10 meter panjangnya.
Kertas tak terlalu tebal.
Agaknya disebabkan kerja yang dilakukan agak mencabar.. 
sebab tangga rendah.. hampir suku bahagian atas wallpaper tercabut 
selepas satu minggu dipasang.
Nangis!

Tapi yang bagusnya bila pilih corak berjalur ni pulak, 
senang kerja kita nak mencantumkan dengan wallpaper bersebelahan.
 Memang tak perasanlah ada corak dan jalur yang lari kecuali belek dekat-dekat.. hahaha.


Ini pulak wallpaper yang Sk beli di Kaison Melaka. 
Ada siapa yang masih ingat kisah Sk tak nak keluar dapur tu?? 
Hahaha.

Harga wallpaper ni RM19.90 satu gulung sepanjang 10 meter.
Sk pilih corak batu-bata atau bricks ni sebab Sk suka design ala-ala rustic ni. 
Orang kalau jiwa seni nikan memang suka dinding bodoh-bodoh tak berlepa simen tukan.. 
huwa huwa huwa.
Sk beli tiga gulung sahaja nak tampal pada tembok luar bilik air 
tapi atas cadangan Iman dah tertampal di ruangan makan sekali 
dan tidak sengaja tak cukuplah.. hahaha. 
Nangis lagi!

Oh ya.. nak tahu.. nak pasang wallpaper ni punya pasal, 
Sk dan ER berkongsi membeli tangga yang berharga RM200. 
Hahahaha.. hidup berkongsi macam tulah. 
Wallpaper ni pun ER yang beli dan tugas Sk pula hanya memasang. 
ER ni tak ada tangan seni.. ko jangan pandai-pandai nak suruh dia pasang 
karang wallpaper ke mana, dia ke mana.. gituuu.


Disebabkan tak cukup gulung tadi, Sk beli pula secara online dari personal shopper. 
Rasanya empat atau lima gulung jugak Sk tambah.. huhhu.. giler!
Sk suka kertas dinding kaison ni sebab ia bertekstur kasar dan licin.
aaaa.. kasar tapi licin.. tak faham tak apa.. huhu.


Bagi Sk, wallpaper kaison ni lebih berkualiti dari wallpaper corak belang biru tadi la. 
Tapikan, lama-lama pandang nampak beno menipunya dinding batu-bata Sk ni.. hahahaha.
Nangis lagi!

Tengok sekali imbas memang nampak rustic
cam rumah batu kata Iman
cam rumah orang putih kata adik Sk
tapi sekali imbas laaaa
Jadi jangan pandang lama-lama tau.. huhu.



Berpeluh-peluh nak mencantumkan corak bricks ini tau bagi memastikan ia nampak real.
Nasiblah tangga tinggi. 
Daripada gayat sampai jadi berani.. sampai hati jadi kering.. haaaa.

La ni, corak bata ni makin banyak di Kaison, lebih cantik dan lebih 'real'. 
Tapi kalau nak yang lagi cantik, belilah wallpaper 3D, 
Memang terkeliru nanti batu-bata betul atau kertas.. gituuuu. 
Tapi tulah.. tak jumpa lagi wallpaper 3D di Kaison.. ke Sk yang tak cari???


Tak sengaja membeli wallpaper warna hitam dengan corak bunga emas ni.
RM3.50 dan panjangnya cuma 2 meter sahaja.
Adalah Sk beli beberapa gulung.. kononnya nak pasang di dinding kepala katil.
Tapi, bila balik rumah, rupanya warna keemasan tu ada yang pudar.
Tu pun bila dah tampal pada dinding baru perasan.


Cuba tengok, beza kan.
Nak cantumkan coraknya pun punyalah susah
akhirnya.. berserah ajalah dengan kata-kata.. bukan ada orang nak tengok pun dalam bilik tidur.. hahaha.

Dan... dua gulung lagi tu jenis yang berkilat macam plastik.
Memang tak perasan sebab masa beli tukan, ia bungkus dengan plastik.
ish.. ish.. ish.
Wallpaper jenis ni agak nipis ya
disebabkan tu memang nampaklah agak menggerutu sikit bila kita tampal di dinding.


Ini juga wallpaper dari Mr DIY.
Ni bukan tak sengaja beli tapi memang beli lima gulung untuk bilik Iman.
Dalam banyak-banyak wallpaper yang Sk beli,
Sk paling suka jenis ini.
Harganya agak mahal sikit
RM33 lebih kurang, dengan panjang 10 meter dan lebar 2"
kertas tebal dan gamnya juga kuat.
Memang terbaik.


Satu bilik Iman berterbangan rama-rama ungu ni.
Nampaklah rupa bilik remaja.. hahaha.
Gambar penuh bilik malu nak tunjuk, bersepah.. hahaha.


Tengok pandangan dekat.
cantikkan tekstur kertasnya.
Sayangnya pilihan corak wallpaper jenis ini sangat terhad.
Kalau ada yang cantik pun tak cukup untuk keluasan dinding yang kita perlukan.


Wallpaper jenis macam ni tahan lasak semasa dipasang
Cepat siap sebab ia lebih lebar.
Memang bercadang nak cari corak lain pulak untuk ruang tamu jika jumpa corak yang sesuai dan cukup untuk dinding.
Kena ukur betul-betul berapa gulung yang diperlukan sebelum membeli.
Agak-agak, raya tahun depan dah siap belum Sk pasang wallpaper kat ruang tamu ni.. hahaha.


Meh Sk kongsi tips berdasarkan pengalaman membeli kertas dinding ni.
Harap dapat menjadi panduan kepada mereka yang baru berjinak-jinak 
nak memasang kertas dinding sendiri.

Kertas dinding pun ada gred tau.
Ada yang 2D, ada yang 3D.
Ada juga 3D mural wallpaper, yang ini biasanya dijual dengan khidmat memasang terus pada dinding rumah anda.

Okey, kalau beli sticker wallpaper, anda tengok belakang atau stickernya warna apa
dengan melihat seperti dalam gambar.
Dari pengalaman Sk, yang paling baik adalah putih (sebenarnya kelabu muda).
Nombor dua merah, nombor tiga warna biru.
Mungkin ada warna lain jugak, tapi setakat ni Sk cuma jumpa tiga warna tu sahaja.
Oh, ya.. kalau anda membeli wallpaper dan tidak cukup.. 
kemudian nak pergi beli lagi, pastikan warna sticker tu sama sebab ada juga wallpaper corak sama tapi warna stickernya lain. Nanti bila buka baru perasan coraknya lain sikit.. kan haru.


Ni wallpaper rama-rama ungu tu.. nampak putih jerkan.
Sebenarnya warna kelabu muda.
Jenis ni lebih tebal dan gamnya pun kuat.

Nota : Tips Sk ni untuk kertas dinding yang menggunakan sticker sahaja tau.

Sunday, October 9, 2016

BERBENGKEL DI KUALA SELANGOR

Assalamualaikum...

ALHAMDULILLAH... untuk pertama kalinya Sk berpeluang ke Kuala Selangor apabila terpilih menghadiri satu bengkel soalan anjuran satu majlis latihan kemahiran. Sebelum ni memang selalu jugak ada hati nak ke Kuala Selangor tapi tak pernah berkesempatan, paling-paling pun tumpang lalu di Tanjung Karang.. kali ini, bukan setakat berbengkel malah dapat meneroka pekan Kuala Selangor dan tarikannya.. seronok juga rupanya sesekali keluar daerah dan melihat tempat orang bersama kawan-kawan yang selama ini kita cuma ber hai-hai bye-bye sahaja.. hahaha.


Inilah adik-adik junior yang sama-sama pergi ke bengkel ini.
Kami ni dari berlainan latar dan kursus tapi berbumbungkan satu syarikat cuma bertemu sekali sekala
tetiba sahaja ditakdirkan kena pergi bertiga.
Semuanya masih di umur 20-an.. dan Sk 40-an.. aduyaiii.. pentadbiran ni salah pilih orangkah.. 
hahaha.


Disebabkan perjalanan ke Kuala Selangor dari Johor Bahru agak jauh
maka bos menambah seorang peserta lelaki dari kursus lain jugak untuk menyertai kami.
Alhamdulillah.. kalau ada lelaki ni semangatnya lain sikit.. 
taklah bimbang sangat bos nak melepaskan.. gitu.

Hari pertama kursus.. kita makan dan minum dulu.
Memang lemak badan..
pagi-pagi sampai dah diberi sarapan
pukul 10 minum pagi
pukul 1 makan tengahari
pukul 5 minum petang
lemau.. lemau.. hahaha

Hari pertama sarapan bihun goreng dan teh O
minum pagi donut, puteri ayu dan milo
tengahari makan nasi putih, sayur kampung (tak kenal sayur apa) masak lemak
ayam goreng berempah
sambal belacan
kacang botol
ikan gelama kering goreng
minum petang.. kami tak minum sebaliknya balik cepat-cepat sebab nak pi makan mee udang banjir yang terkenal di Kuala Selangor.. huhuhu.


Di sini, anda boleh pilih nak makan udang apa
ada udang minyak, udang galah... udang laut dan udang harimau.
Yang ni mee udang harimau, sepinggan RM16.. agak berbaloilah bagi Sk sebab meenya banyak, udang pun besar-besar.
Rasa kuahnya berbeza dengan Mee Udang Kuala Sepetang
di sini kuahnya lebih pekat dan lebih sedap juga


Mee udang galah.. ni kawan Sk punya
RM13.50 sepinggan
memang berbaloi.. lebih murah dari harga udang galah di Rompin, huhuhu.


Makan malam di Restoran Makanan Laut Coral.
Bagi Sk masakannya agak berlainan dari Seafood Restaurant yang Sk pernah singgah
semuanya sedap-sedap.
Terima kasih kepada jawatankuasa bengkel yang membelanja kami makan malam di sini.


Bukan sahaja belanja makan malam ya
malah kami dibelanja tengok kelip-kelip
aaaa... macam tahu-tahu saja Sk nak tengok kelip-kelip
terus rasa teruja

Nak tengok kelip-kelip ni kita kena naik sampan yang gunakan pendayung
walaupun ada sedikit gayat tapi disebabkan Sk memang teringin sangat nak tengok sendiri keindahan serangga yang sering diceritakan itu, makan Sk gagahkan jualah.. hehehe.


Sungguh benar, kelip-kelip adalah khazanah alam yang tidak ternilai.
Terpaku melihat kerlipan berpuluh-puluh cahaya atau mungkin beribu
 di celah rimbunan pohon berembang.

Masa ni juga barulah Sk tahu bahawa kelip-kelip dan kunang-kunang merupakan serangga yang berlainan.
Kunang-kunang terbang dan menyala
sebaliknya kelip-kelip cuma duduk di celah daun atau ranting dan berkelip-kelip.
haaa.. kalau nak tahu.. kelip-kelip jantan mengeluarkan cahaya yang lebih terang dari kelip-kelip betina.. gituuu.


Kelip-kelip montel ni cuma mampu kelip-kelipkan mata jer.
Kalau nak suruh dia berkelip kena pasang lampu di baju macam penyanyi Ramlah Ram dalam 
muzik-muzik.. hehehehe.


Bergambar sebelum naik sampan.. hehehe.
Risau juga, kalau jatuh dalam sungai, agak-agak mampu tak jaket ni mengapungkan tubuh yang gendut ini.. huhuhu.


Kenangan sebelum pulang ke destinasi masing-masing
bersama fasililator kami.

Yang pastinya, Kuala Selangor meninggalkan kenangan yang membahagiakan.


RETREAT DI MERSING - HARI PERTAMA

Assalamualaikum... APABILA diberitahu bahawa Sk akan dihantar mengikuti satu kursus di Mersing terus rasa senak perut  hati jadi li...