MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Friday, November 25, 2016

NASI BUTTER DAGING BAKAR

Assalamualaikum...

FUHHHHH.. Pecah rekod apabila seminggu Sk sekeluarga tak makan di luar. Hari-hari memasak tak kiralah sama ada masakan baru atau hanya panaskan lauk. Bila hari cuti, dari sarapan, makan tengahari, makan petang sampai makan malam semuanya dimasak sendiri tanpa gagal.. caiyukkk! Dalam pada tu ada jugaklah makan lauk yang dihantar ibu Sk dan makan appom yang dibeli di gerai tapi yang pasti memang tak makan di luar.. selamat poket walaupun penatnya Ya Robbi.. tapi kepuasan menyediakan hidangan untuk keluarga memang tidak dapat dinilaikan.. betul tak? Betulllllll.

Ini kali kedua Sk masak Nasi Butter dan rasanya kali ketiga Sk buat daging bakar ni. Tapi tak pernah lagi kongsi resepinya di sini. Kalau nak tahu, Imanlah orang yang paling gembira setiap kali Sk menyediakan hidangan ni. Errrr.. Pak Inche??? Krik krik krikkkk jer laaa.. asalkan perut dia kenyang dan kita tak masak benda yang dia tak makan.. burpppp.. Alhamdulillah..


Nasi Butter

Bahan-bahan :
3 Pot Beras (cuci bersih dan toskan.. masuk dalam inner periuk nasi elektrik
5 ulas bawang merah dimayang halus
1/2" halia dihiris
1 kulit kayu manis
2 bunga lawang
3 biji pelaga
5 bunga cengkih
1 senduk butter
1 sk minyak masak
1/3 cawan susu sejat
1/2 cawan kismis
1 1/2 cwn air (atau secukupnya)
1 sk garam (atau secukup rasa)
2 tangkai pokok ketumbar

Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak dalam kuali.
2. Masukkan butter, biarkan cair sebentar.
3. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, biji pelaga dan bunga cengkih hingga naik bau.
4. Masukkan bawang dan halia tumis hingga hampir garing.
5. Masukkan susu cair dan garam. Kacau sentiasa.
6. Masukkan kismis.. biar sekejap tutup api.
7. Masukkan air ke dalam periuk yang ada beras tadi.
8. Masukkan bahan tumis.. taburkan pokok ketumbar.. kacau rata.
9. Hidupkan periuk nasi dan masak seperti biasa.

Daging Bakar 

Bahan-bahan :
300 gm daging batang pinang
1 biji bawang besar belah 4
2 ulas bawang putih diketuk

Bahan perapan secukupnya :
Serbuk lada hitam*
Oregano*
Rosemarry*
Rempah steak*
Serbuk paprika*
Sos Worcestershire**

1. Perap semalaman daging dengan bahan bertanda *. Simpan dalam peti sejuk.
2. Keluarkan daging dari peti sejuk dan tuangkan sos **. Perap setengah jam dalam suhu bilik.
3. Bentang aluminium foil, bungkus daging bersama bawang yang dibelah dan diketuk.
4. Panggang selama sejam dalam ketuhar atau magik pan.
5. Keluarkan dari bungkusan dan hiriskan daging nipis untuk dihidangkan bersama nasi butter.


Sos Pencicah :

5 tangkai cili hidup
1 tomato
2 bawang putih
1/2 sk garam
2 sb cuka
3 sb jus limau nipis
3 sb gula

Kisar halus dan masak sekejap atas api kecil.


Lepas tu panaskan pulak lebihan sup vietnam kelmarin.. memang umph laaa..

Jumpa lagi nanti dengan resipi yang lain pula.
Wassalam.

7 comments:

  1. Sah.. baca bahan yg digunakan pun kakak dpt rasa memang sedap
    Nantilah kalau kakak nak buat intai resepi kat sini.
    Kakak ikut cara SK buat daging bakar tu. Nasi dah biasa.

    ReplyDelete
  2. Saya nak cuba buat daging bakar. Nasik butter tu tak nak lah. Dah tentu tak menjadi. Nasik lemak pun saya gagal masak.

    ReplyDelete
  3. Nak tanya.
    Foto nostalgia tu, awak yg mana satu?

    ReplyDelete
  4. Nak tanya.
    Foto nostalgia tu, awak yg mana satu?

    ReplyDelete
  5. Wkmsalam.
    Enaknya daging bakar.
    Lagi2 kalau daging kambing segar/tempatan.
    Xcukup sekor.

    ReplyDelete
  6. Tabik spring tengok kerajinan SK ni..
    Asyik lap air liur jer tengok daging panggang tu :)

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

MAJLIS PERKAHWINAN ANAK SEPUPU

Assalamualaikum... AMBOIIIII..  dua kali dalam tempoh dua bulan Sk menghadiri majlis perkahwinan di Putrajaya & Cyberjaya. 16 Julai lep...