TIPS MASAK BIHUN GORENG SEDAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
6
Assalamualaikum...

NI PERASAN ke apa?
Bukan perasan tapi kenyataan.
ER terangguk-angguk bila Sk tanya sedap tak bihun yang Sk goreng. 
Iman pulak makan sampai tak mampu nak bercakap.. cuma main angkat ibu jari aje.. hahahaha. 


Bihun Goreng ini Sk sediakan pada hari yang sama Sk menyediakan Popiah Vietnam tetapi pada waktu yang berlainan. Pada mulanya ingatkan nak hidangkan serentak dengan popiah tapi fikir-fikir, baiklah bihun ini dihidangkan untuk makan malam. Bukan apa, karang bagi makan awal-awal, asyik mengeluh lapar pulak sebelum waktu tidur. Jadi, Sk rendam jer bihun ini awal-awal. Sk gunakan bihun jenama Jasmin.

Duluuuu.. Sk suka rendam sekejap bihun dalam air separuh panas untuk mendapatkan bihun yang lembut. Alah.. bukan selalu masak bihun goreng ni punnn. Cara cerita macam selalu beno yek. Lepas tu tengok Siti Zaidah atau dikenali sebagai blogger Zalieda Zaliedana, kerap sangat sediakan bihun goreng. Boleh dikatakan kadang seminggu mesti ada tayangan bihun goreng dari Siti. Siti kata, dia tak suka bihun yang patah-patah. Terfikir pulak nak cuba teknik Siti iaitu cuma rendam bihun dalam air suhu bilik jer dan hasilnya memang terbaik. Sejak tu memang tak guna air separuh panas lagi untuk rendam bihun. Tapi sebab kurang yakin, Sk biasanya rendam selama satu hingga dua jam sebelum menggoreng. Tak mahulah nanti dapat bihun goreng macam dawai, hehehe.

Apa tips nak bagi bihun goreng kita rasa sedap? 
Senang jer.. masak campak-campak.. ya betulllll.
Contohnya kalau nak masukkan sos, kicap atau sebagainya tak payah sukat sebaliknya chap chap terus dari botolnya. Tapi janganlah curah sebanyak tidak. Tapi curahlah secukup rasa. Pendek kata, memasaklah dari hati.. gituuuu.

Sekiannnnnn.. sehingga jumpa lagi.




Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Laaaa.... kakak pun masak gitu
    Ingatkan ada special apalah tadi
    SK ni betullah...:)

    ReplyDelete
  2. Gigih baca sampai habis... chap chap dari botol tu yang specialnya!
    betul tu, bila masak dari hati dengan penuh kasih sayang, Insya Allah sedap la tu.
    betul kan SK?

    ReplyDelete
  3. K.ina selalu guna mihun cap bintang. Rendam air biasa sekejap jer dlm 15-20 minit jer. Lembut elok cantik.

    ReplyDelete
  4. Masak dari hati..
    Masak dgn iman..
    tu yg buat sedap tu SK hihihi

    ReplyDelete
  5. hehe.. dah lama kak guna air paip biasa je.. cuma masa masak je tambah air lebih sikit supaya lembut bihunnya..

    ReplyDelete
  6. Tips terbaik ni. Kalau main sukat2, tak sedap jadinya :D

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!