MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Thursday, December 15, 2016

WONDERFOOD MUSEUM PENANG

Assalamualaikum...

SAMBUNGAN SEMALAM...

SEJAK bertolak kelmarin, rasanya asyik makannnn jer.
Bermula dengan makan lewat malam roti canai dan teh tarik di Simpang Renggam.
Esoknya sarapan teh tarik, roti canai dan telur mata.
Tengahari kak ipar jamu nasi putih, kari ikan, sambal udang, sawi goreng, ikan goreng, sambal belacan dan ulam pucuk janggus.
Malam makan nasi kandar Kampung Melayu.
Esoknya sarapan buffet ala American Breakfast
Makan roti canai lagi berlauk kari ayam
Pas tu makan bihun sup
Belasah lagi mee sotong dan coconut shake
Malam makan lagi nan cheese, tandoori ayam dan nasi kandar.. haishhhhh.. 


Jadi, waktu sarapan tu selepas mengambilkan nasi lemak untuk ibu, Sk terus ke kaunter mee. 
Macam selalu, Sk pilih kueyteow.
Pembuka selera gitu, tak larat nak makan berat katanya. Tapi tak jugak, sebab nampak ada Kari Ayam Kapitan. Macam mana ya rasa Kari Kapitan tu.. lalu Sk cuba gandingkan dengan roti canai. Errr... roti canai lagikkkk???!



Sedaplah kari ayam kapitan tu. Bagi Sk semua makanan di The Eatery, Four Points ni memang sedap-sedap belakalah. kalau seminggu duduk kat sini, mahu boroi bila balik JB, hihihi.
 Lepas makan, balik bilik  sambil tengok drama online korea.. huwa huwa huwa.


Kemudian, ada budak tuntut bawa dia pergi Wonderfood Museum sebab katanya babah dah janji berapa kali dah.. pergi Penang nanti gi muzium makanan.. haha.
Keterujaan Iman tak kesampaian, bila tak ada tempat nak letak kereta.. ya, kemudahan meletak kenderaan memang tak cukup sebab muzium ni terletak di lot bangunan kedai bukan bangunan khas. Kesian pulak tengok Iman merajuk, dah sampai tapi tak boleh pergi. ER kata, pergilah.. dia tunggu dalam kereta sebab ada ruang kosong tapi bukan lot parkir. Sudahnya, Sk turun jugaklah melintas dengan Iman dan ibu. Tu pun awalnya ibu kata nak tunggu dengan ER tapi Sk paksa.. Ish.. mana boleh dah sampai tak pergi. Entah bila lagi ibu nak ikut pergi Penang, kan.

Lepas tu berkira-kira lagi nak masuk ke tak.. ialah, tak cukup korum mana nak seronok kan. 
Masuk tak.. masuk tak.. akhirnya Sk memilih untuk masuk.
Harga tiket dewasa : RM15
Pelajar Sekolah : RM10
Warga Emas : RM10


Itu harga untuk pemegang MyKad sahaja. 
Bagusnya, harga untuk pelajar sekolah tu Iman dapat jugak walaupun tak bawa kad pelajar atau pakai uniform sekolah. Jom.. jom kita masuk.


Iman bersama telur goreng gergasi.. hehehe.
Masa ni Iman dah nampak ceria sikit sebelumnya muncung sedepa sebab babah tunggu dalam kereta jer.


Terdapat ratusan atau mungkin ribuan replika makanan dipamerkan di sini daripada yang bersaiz asal, sekecil-kecilnya dan sebesar-besarnya... huhuhu. Pastikan jangan masuk dalam keadaan perut yang lapar ya.. hehehe.


Kuih-muih tradisional yang dibuat begitu teliti menggunakan silikon dan plastik.
Menurut pekerja di sini, pemilik muzium mengambil masa lima tahun untuk meralisasikan impiannya membina Wonderfood Muzeum ini tau.


Makanan Tradisi Masyarakat Melayu, kecurrrrr wooo tengok..



Makanan Tradisi India.. suka suka suka!


Kenapa semua nak bergambar gaya ni??? Hahahaha


Makanan Tradisi Cina.. suka jugak!!!





Semua replika manusia dan ini kecil dan comel giler!





Stress tengok lauk pauk.. haha


Selamat hari raya.. hehehe


Kedai mamak mesti ada!


Gambar Mak Inche satu!!


Tengok.. dah semakin melupakan babahnya yang tunggu di luar


Aiyoooo.. tak tahuuuu.. nak jatuhhh!!


Hehehehe.. pandai pun ibu ambil gambar


Pencinta makanan.. pasemburrrrr


Laksaaaa


Ais Kacang


Sate!


Mee Kari


Iman sedang menggoreng mee


Kipas jangan tak kipas


Sukalah tuuuu!

\
Inilah purata apa yang kita makan dalam setahun.. huhuhuhu.. banyaknyaaaa!


Durian Balik Pulau.. hehehehe.
Lepas tu memori kamera penuh.. hahaha. 

Sebut Balik Pulau, sebaik masuk kereta ER ajak ke Balik Pulau cari jeruk.
Ya.. tentunya Jeruk Madu Balik Pulau sebab kami tak minat Jeruk Madu Pak Ali yang femes tu.
 Jeruk Balik Pulau jugak yang terbaik cuma tak komersial.. gitu.



Destinasi Terakhir.. Nasi Kandar Deen Maju.. tunaikan hajat semalam yang tak kesampaian.
Urmmm.. makan lagi!!!


1 comment:

  1. bestnya penang kak.. kami dah gi 2 kali masih tak abis pusing lagi.. muzium ni pun belum berpeluang jejak lagi..

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

BOAT NOODLE @ TEH O AIS 50 SEN

Assalamualaikum... RAJIN pulak nak cepat-cepat update kisah malam tadi padahal bukan main banyak kisah yang belum dikisahkan lagi.  Hurmmm....