MESTI KLIK

Pemilik Blog

My photo
cinta hati Panglima Hitam dari Gunung Jerai

SAYA SUKA MAKAN

AMARAN.. JANGAN BUKA BLOG INI JIKA ANDA SEDANG LAPAR.. HEHEHE.


Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui panggilan, sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidiladha aidilfitri ais krim apa cerita apam apom arab art street asam pedas asyura award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel berkelah bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI boat noodle Boboiyot bola Bono boycott buah bubur bulan burasak burger cake in jar cendawan cendol cerita bersiri chocolate lava churros Cik Lang coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut drama drama bersiri durian embun evaros fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah hotel ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kacang kad kaki kambing kangkung Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga Kemahkotaan kenangan kentang kepala kerang kerutub ketam kisah pelajarku korea kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron madu makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman misi buang lemak mistik monopod muffin Munduk murtabak muzium myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod Ponti popiah premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sandwich sardin sate sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah teater Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel thailand tinggi tmj tomato tomyam tortilla tudung tulang Tunku Jalil twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan ulasan buku untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Friday, April 29, 2016

MAKAN DI EJOHNG CONCEPT

Assalamualaikum...
 
MEHLA kita cerita pasal makan lagi. Memandangkan Jumaat adalah hari yang super busy buat Sk, jadi cerita Sk ringkas~ringkas jer la na..  Asalkan ada santapan mata buat pembaca Sk yang rehat panjang pada hari Jumaat ni. Ececeh..  Macam ramai beno pembacanya yek..  Hihi.
 
Ini kisah malam tadi. ER balik bawa taugeh katanya nak goreng. Lepas tu dia terus ambil mangkuk kerang yang tak habis semalam. Sambil dia kopek kerang,  Sk suaplah dia goreng pisang yang ditapaunya. Manja bebeno..  Itulah Pak Inche kita. Sambil tu Sk cakaplah..  baru berangan tak nak masak.
 
"Cam tu..  Jom kita makan kat Ejohng, " kata Pak Inche.
 
Memang dah berapa hari dia dok tayang page Ejohng Concept tu kat fb ngan Sk. Tapi, Sk ni kan kadang~kadang malas nak layan sebab kebanyakan cafe-cafe ni indah khabar dari rupa.
Jadi..  Teruslah simpan semua dalam esbok. Jomlah kita ke Ejohng Concept yang taglinenya.. 'Kualiti Hotel..  Harga Restoran' gituuu. 

Ejohng Concepts ni terletak 
di Taman Sri Pulai Perdana,  Kangkar Pulai.  Tak sangka,  ada restoran berkonsep macam ni di sini sebab selalu bawa kereta tak tengok kiri kanan..  hahahha. 
Tempat ni selalu full house jadi kena datang awal la.  Tapi rasanya kapasitinya agak besar jugaklah sebab ia merupakan bangunan corner lot. 


Menunya terdiri daripada pelbagai jenis masakan western dan local.  
Kami tak lama memilih sebab memang dah plan awal apa yang nak dimakan setelah membelek signature dish restoran di fb page. 


Minuman yang menjadi pilihan jarang sekali beralih arah. 
Vanilla Shake untuk Iman
Ice Lemonade untuk ER
dan Honey Ginger Tea untuk Sk. 
Honey Ginger Tea tu bagi Sk rasa macam Teh O biasa jer dan terlalu manisssss..  aduyai..  sampai tak habis minum.  Kalau tambah air pun mungkin terus hilang rasa halia sebab dalam keadaan tu pun tak ada rasa halia. 
oh ya,  Sk memang jarang mintak tukar minuman kalau tak puas hati kecuali kalau minuman tu memang betul-betul basi. 


Pilihan Sk
Daging Salai Masak Lemak Cili Api
Masakan yang dah lama Sk mimpi-mimpi. 
DSMLCA ni dihidangkan bersama nasi putih,  salad dan keropok moni. 
Dagingnya adalah dalam lima helai kot selebar dua jari.  Harganya RM10.90.  
Nak tahu sedap tak sedap teruslah baca sampai bawah ya. 


Pak Inche kita minta
Nasi Ayam Hainan.  
NAH ni ada dua versi katanya,  satu versi panggang yang ini versi kukus. 
Harga berpatutan RM6.00. 
Supnya tu..  tak boleh telan..  rasa herba dan manis.  Tapi nasi dan ayamnya sedap.  Walaubagaimanapun,  ER kata sedap lagi nasi ayam Sk masak..  ececeh..  ngampulah tu. 
Tapi dia kata sungguhlahh..  mana ada ngampu..  hihi. 


Inilah makanan yang membuatkan ER beriya-iya nak ke Ejohng..  Mee Kolok. 
Mee Koloknya dikatakan terbaik..  urmmm..  betul ke??? 


Mangkuk Mee Kolok. 
Perhatikan kedudukan sudu tu dan faham-faham sahaja.  Kami kongsi habiskan bertiga sebab tak mahu membazir.  
Tak habis jugak benonya..  


Pinggan nasi Sk..
memang licin.. walaupun sebenarnya tak sedap.
Jangan membazir katanya.
Sk rindu DSLCA di Rebung dan Cawan.
 
 
Pilihan Iman.. Lamb Chop.
Daging kambing yang dipanggang sempurna dan dicurahkan sos lada hitam yang sedap.
Rasa lada hitamnya seimbang.. tak terlalu keras.
Dihidangkan bersama jagung. salad, tomato dan kentang putar yang halus berkrim.
Rasanya ini adalah kepakaran mereka yang sebenar iaitu hidangan western.
 
 
Ini Iman bagi 5 bintang.. hehehehe.
 
Oh ya, di sini 'soft drinks' percuma ya. Nak minum berapa banyak pun boleh tapi kena layan diri la. Bubur nasinya cuma RM1 sahaja, jadi siapa yang ada anak-anak yang belum tumbuh gigi tu atau demam nak makan bubur tu bolehlah kan.. hihi.
 
 
 
Jumpa lagi.
Wassalam. 

Thursday, April 28, 2016

MASAK MACAM RESTORAN

Assalamualaikum...
 
MINGGU ini minggu masak memasak dan makan apa sahaja lauk yang ada di rumah. Mujur Sabtu lepas Sk dah siap kisar cili kering dan bawang jadi kerja memasak menjadi mudah. Tapi..  tidak juga rupanya.....
 
Aaaa... Ni cerita kelmarin, tapi tak sempat nak post.. hehehe..
 
sambung eyh...
 
Kelmarin,  Pak Inche kata nak makan ikan siakap dan baby kailan goreng sos tiram. Siap beli kerang lagi untuk direbus..  tapi tu ER rebus sendiri.  Mula ingatkan dia nak siakap kukus macam selalu rupanya dia berhajat nak makan siakap sweet sour. Tu yang masak macam kat restoran tu..  Hahahaha.
 

haaa.. ni dia Siakap Masam Manis
macam kat restoran kan. 
Abaikan saprah kertas surat khabar lama tu.. senang kemas.. hahaha.
 
Sk belajar masak sweet sour ni dari satu rancangan memasak tv..  
lama dah.. rasanya dari zaman belum kahwin lagi. 
Sampai kini Sk praktikkan apa yang Sk tengok di kaca tv tu
yang ditunjukkan oleh Chef sebuah restoran cina.

Perap ikan dengan serbuk lada putih
panaskan minyak
kemudian bedakkan ikan dengan tepung jagung cantik~cantik
lepas tu terus masukkan dalam minyak panas
gunakan api sederhana 
goreng jangan sampai kecut
nanti tinggal tulang jer pulak bila nak makan..  hihi. 
 
Sk ni kalau masak guna timer
goreng dalam sepuluh minit di sebelah bahagian
sambil gunakan senduk untuk menyiram bahagian hujung kepala dan ekor
yang tidak tenggelam
dengan minyak panas.
Terbalikkan ikan dan goreng lagi 5 minit.
Angkat dan letakkan dalam pinggan bujur.
 
Kurangkan minyak dalam kuali
dan masak sosnya
Tumis beberapa ulas bawang putih cincang
masukkan cili dan bawang kisar 2 sudu besar
dan sebiji bawang besar merah hiris
Tumis sampai pecah minyak
kemudian masukkan satu senduk sos cili
dan dua senduk air
cuka 1 sudu besar
gula 2 sudu besar
kacau rata-rata sampai mendidih
 
Bila nak makan baru tuang atas ikan
hasilnya ikan tetap rangup dan empuk
bukannya lemau sebab dicurah sos terlalu awal
 
 
 
Pelengkapnya
Baby Kailan Sos Tiram
bersama sotong
 
 
Kerang
ER sorang yang makan
tu haaa.. ada lagi dalam peti sejuk
buat Char Kuey Teow Kerang pun sodapkan...
 
Wassalam. 

Wednesday, April 27, 2016

JALAN MELENGGANG

Assalamualaikum...

KELANG kabut (Eh! Kelang kabut ke kelam kabut???)

KELAM kabut Sk pagi ni gara-gara terlambat bangun. Ni penangan minum Nescafe 3 in 1 pagi semalam la ni. Atau penangan masak macam restoran malam semalam agaknya. Sudahnya, alarm tu dah menjerit-jerit.. lepas tu off dan sambung pejam mata. Kununnya sekejap jer (macam biasa buat) sekali terbabas.. huwa huwa huwa.

Keluar rumah, hari dah terang-terang tanah. Cekalkan hati bawa kereta macam biasa dengan tagline, biar lambat asal selamat. Tapi, kalau lambat, nanti Iman kena ambil nama.. terpaksalah pecut juga. Tapi, kan.. manalah boleh pecut pagi-pagi ni kereta banyak dan ada pula yang memandu slow motion macam makan angin tepi pantai dalam kereta tak berbumbung sahaja gayanya. Geram.. geram.. geram! Eh, sendiri yang lambat nak salahkan orang pulak.. huhuhu.

Sampai simpang ke sekolah Iman, jam di dashboard menunjukkan jam 7.10. Nampak seorang budak perempuan memakai pakaian sekolah..

Sk : Amboiiii... jalan melenggang, rilek jer dia ek
Iman : Memanglah bonda, bonda tahu tak.. nak turun bukit tu semua jalan slowwww aje
Sk : Ni mesti dari zaman mak bapak dia sekolah pun jalan slow. (ekekeke)
Sk : Lagi kalau nak pergi makmal sains tu, jalan melenggang jer.. rasa nak sepak (ops!)

Terlebih sudaaaa...

p/s orang gemuk pun jalan laju tau!




Tuesday, April 26, 2016

TAUHU SAMBAL

Assalamualaikum...

ADA yang terkejut bila Sk post di facebook siap mengisar dua tipuware penuh cili kering dan bawang iaitu kira~kira 3 liter. Macam nak buat kenduri gitu katanya.. hahahha. Nilah jawapannya..  asyik masak sambal jer kita wak.


Sambal tauhu ni  Sk masak malam tadi dan ia merupakan lauk 
kegemaran ipar duai Sk termasuklah Pak Inche ER ni haaa. 
Boleh dikatakan lauk yang selalu ada setiap kali balik kampung di Kuala Ketil. 
Tauhu digoreng dahulu dan masak sambal macam biasa. 

Nak resepi ke? 
Takyahlah eyh..  hehehehe

jumpa esok
InsyaAllah

Wassalam. 


Monday, April 25, 2016

AYAM SAMBAL BALI

  Assalamualaikum...
 
ORANG lain semua dah sendawa panjang 
menikmati Ayam Sambal Bali ni 
tapi Sk baru sahaja diberi rezeki dan kesempatan
untuk memasaknya malam tadi.
Sebenarnya bukan tak teringin
tapi stok serai selalu tak cukup
begitu juga daun kari
maklumlah
orang yang ada M besar macam Sk ni
jangankan pokok serai..
atau pokok kari..
pokok bunga ke'embung yang main campak-campak tu pun
tak ada di halaman rumah
mih mih mih
 
Sk pasti ramai yang tahu tentang Ayam Sambal Bali
yang viral di fb
hasil perkongsian FB Puan Aisha Shukor
yang dikatakan resepi turun temurun keluarga di sebelah mamanya
menurut Puan Aisha, ini adalah hidangan wajib setiap kali raya
15 ekor ayam.. licin..
wallaaaaaaaaa...
 
Sebelum Sk teruskan,
marilah kita sama-sama menghadiahkan surah Al-Fatihah
buat Arwah Mama Puan Aisha Shukor
Allahyarham Hamidah Adam
Al-Fatihah...
 
Aminnnn Ya Rabbal Alamiinnn.
 
Sk perhatikan
resepi ayam sambal bali ini
tidak jauh bezanya dengan ayam sambal yang biasa Sk masak
cuma uniknya
penggunaan banyak serai
dan paling unik yang tak pernah Sk letak bila masak sambal
adalah daun kari
sebab tu Sk pastikan juga
semua bahan lengkap
sebab tak mahu rasanya lari
atau sama sahaja dengan ayam sambal yang biasa Sk masak
 
untuk rujukan di masa akan datang
Sk catatkan resepinya di bawah...
 
 
Ayam Sambal Bali
 
Seekor ayam (Sk potong 12)
perapkan seketika bersama
1 sk serbuk kunyit
1 sk garam
 
Segenggam cili kering*
6 biji bawang besar (merah)*
1 labu bawang putih*
sedikit sahaja halia*
belacan sebesar setengah ibu jari*
Kisar halus bahan bertanda *
8 batang serai dititik
6 tangkai daun kari
Kicap Tamin beberapa renjis (Sk guna kicap manis)
2 camca kecil garam (Sk tak berani letak 2.. letak 1 camca sahaja)
3 sb gula
 
Caranya :
 
Goreng ayam sekejap sahaja (Sk goreng 5 minit di setiap bahagian dengan api sederhana kecil dan angkat sebab nak dapatkan ayam ber'juicy' gitu)
 
Kurangkan minyak goreng ayam,
masukkan serai.. goreng sampai bertukar warna keperangan dan wangi
masukkan daun kari.. goreng lagi hingga bertukar warna dan naik bau.
Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar
goreng (tumis hingga naik minyak)
renjiskan kicap sehingga bertukar warna maroon
masukkan garam dan gula
gaul rata dan masukkan ayam
masak lagi 10 minit
(Sk tambahkan masa 20 minit)
 
Macam biasa, Sk derhaka sikit bab bahan kisar tu
Sk gunakan stok cili dan bawang kisar yang dah siap dalam peti sejuk
Sk letak dalam satu setengah cawan jer..
lain kali rasanya kena lebihkan dalam dua cawan
sebab Pak Inche komplen tak berkuah
laaa.. dah namanya sambal
memanglah tak berkuah.. kan.. kan..
tapi sedapppp.. ayamnya lembut dan berjus tau
 
disebabkan cili kisar Sk tak ada bawang putih
dan belacan
jadi Sk cuma ketuk-ketuk bawang putih
masukkan selepas daun kari wangi
hancurkan pula belacan
 dan tumis bersama bahan kisar tadi
 
rata-rata komen di fb
menyatakan masakan ini sangat sedap
Sk akui
10 bintang okehhhhh!
 
Jumpa esok.. insyaAllah
Wassalam
 
 
 
 

Sunday, April 24, 2016

MAKAN DI THE SUBSTITUTES 2

 
Assalamualaikum...
 
MASIH ingat lagi Sk blog tentang makan di The Substitutes Kitchen dulu?
Kali ini The Substitutes telah berpindah lokasi
iaitu di Dataran Larkin, JB.
Kali ini TSK beroperasi dalam restoran,
bukan lagi konsep terbuka macam dulu.
 
 
Suka tengok dekorasi dalaman TSK ni.
Santai, lapang, bersih dan selesa.. ada kelas gitu. 
Sebenarnya, beberapa kali kami cuba singgah
tapi asyiklah full house
mujur kali ni tak ramai sangat
itupun kian malam kian ramai yang datang
pelanggan tak putus tau
Alhamdulillah
 
 
Seperti yang Sk katakan dulu
kalau datang lagi ke TSK
Sk nak makan pasta
dan pilihan Sk ini adalah
Mushroom Creamy Pasta
Memanggggg sedap dan sangat puas hati
pastanya masih panas dan dimasak dengan begitu sempurna
sosnya berkrim dan berherba
serta taburan daging lembu yang dibakar
 
 
Pilihan Iman dan Pak Inche ER
Grilled Chicken Chop
ER dan Iman kata sedap
tapi Sk tak suka rasa lada hitam yang terlalu kuat
Sk lebih suka sos cendawan yang lebih berkrim
dan tidak berangin macam lada hitam
citarasa tak sama kan..
 
 
Pembuka selera
Nachos
Banyak sangat sampai tak habis
tapi kenalah jugak kasi perabih
hehehehe
 
 
Yang nak datang
 
The Substitutes Kitchen
Alamat : 53, Jalan Dataran 1,
Dataran Larkin Johor Bahru.
 
Waktu Perniagaan :
Rabu hingga Isnin 5.00 pm - 10.30 pm
Tutup setiap Selasa.
 
Wassalam. 

Saturday, April 23, 2016

MARI BELI MESIN TART

ASSALAMUALAIKUM...

Update lagi : 23 MEI 2016

LAI LAI LAI....


BANYAK sekali panggilan yang Sk terima bertanyakan tentang tempahan tart. Biasanya kalau jawab panggilan atau mesej dari nombor yang tak dikenali, Sk kena pastikan betul-betul soalannya. Nak tanya tentang cheese tart, kulit tart atau MESIN TART... hehehe. Kadang-kadang bila dah terlalu banyak, memang boleh keliru kita dibuatnya. Jadi, minta maaflah kepada mereka yang pernah Sk tersalah bagi jawapan tu ya.


Untuk pengetahuan anda, cheese tart dan kulit tart, Sk tak boleh pos. MESIN TART pula memang dihantar melalui pos sahaja. Segala tempahan MESIN TART hendaklah disertakan dengan bayaran penuh dan mesin 'ready stock' bergantung kepada rezeki anda. Dan ingat ya, kalau nak tempah mesin tart, bolehlah tempah sekarang (dan buat bayaran). Jangan tunggu lama-lama sebab menjelang Ramadhan nanti memang tak menang tangan kami menerima tempahan mesin. Jangan ada yang marah kalau mesin sampai lepas raya tau. Tempoh menunggu adalah selama tiga hingga empat minggu.. hanya untuk mereka yang benar-benar bersabar dan sporting sahaja tetapi hasilnya manis ya tuan puan.

Untuk tempahan Mesin Tart, hubungi :

0127844524 - Boleh telefon, SMS atau Whatsapp sahaja.
Segala pertanyaan melalui email tidak dapat dijawab lagi ya.

Kadang-kadang, beriya jugaklah bagi sebut harga jika ada yang bertanya tentang Cheese Tart atau Kulit Tart. Lepas tu barulah tahu, orang yang menempah tu berada nun jauh di Pantai Timur sana. Yang dari Sarawak pun ada. Maaf sangat, Sk memang tak boleh pos sebab Sk dah tahu dah kalau kulit tu, separuh akan punah, kalau cheese tart, kena makan dengan sudu, huhuhu.

Tapi, sebab ramai antara kita yang memang sukakan masakan atau kuih muih home made, yang tidak diletak di kedai berhari-hari.. marilah kita pakat-pakat beli dari kawan-kawan Sk yang ber-bisnes dari rumah. Senang sahaja, anda boleh hubungi mereka terus (senarai di bawah) dan tanya bagaimana hendak mendapatkan produk dari mereka. Ada yang jual cheese tart, ada yang jual kulit tart, ada yang jual egg tart... quiches.. urmmm...  Kek-kek pun ada tau..

Ramai ke yang masih ragu-ragu nak berurusan secara online dengan Sk? Mungkin ada yang pernah berpengalaman ditipu apabila membuat belian secara online dan ada jugak yang dengar dari pengalaman kawan atas kawan. Jangan risau, dengan Sk, lambat atau cepat anda pasti akan menerima barang yang anda pesan. Sk sendiri berurusan dengan supplier yang amat boleh dipercayai yang mana sudah hampir tiga tahun Sk berurusan dengannya. Berikut adalah senarai mereka yang pernah berurusan dengan Sk.. bukan setakat sepuluh orang sahaja ya.. Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang pernah berurusan dengan Sk.

Bagi mereka yang ingin membuat tempahan kuih muih dan tart, bolehlah semak senarai di bawah yang paling hampir dengan lokasi anda. Yang nak membeli mesin tart.. boleh telefon, whatsapp atau sms Sk di 0127844524.

JOHOR

Johor Bahru/ Tebrau
Pn Shahilah  0186670874
Pn Zana 0177734152

Johor Bahru/ Skudai
Pn Afidah 0197713841
Pn Nuree 0127267509
En Samjan 0197316955
Pn Faiza  0127135073
Pn Rohaida 0137706000
Pn Sharifah 0197979199

Kota Tinggi
Pn Siti Khadijah 01128951656

Pasir Gudang
Pn Azita 0127191781
Pn Azlina 0197988651)
Pn Suhaili  0197483549

Masai
Pn Aminah 0197921497
Pn Noraishah 0197688898

Kluang
Pn Devi  0197513438

Segamat
Pn Devi  0197513438
Pn Norsulawati 0166399336

Ayer Hitam
Pn Siti  Faridah 0197559277

Pontian
En Samjan 0197316955
Pn Salha 0137888284
Pn Hafizoh  0192795191

Muar
Pn Kartini 0136385702
Pn Normala 0176055884
Pn Asilah 0145007141
Pn Juwiah 0177164541
Pn Laili 0196676193

Batu Pahat
Pn Ibah 0193913881

Yong Peng
Pn Maryam 0196797730



MELAKA

Merlimau
Pn Wan Norizah 0123192960
Pn Zairah 0173280996

Ayer Keroh
Pn Fina 0126297981
Shaza Bakers 0123750034

Jasin
Pn Samsiah 0176026224
Pn Azzura 0197319899

Bukit Beruang
Pn Hidayu  0176110784

Masjid Tanah
Pn Yunanis 0142352153

Bukit Rambai
Pn Zaiton 0132886265

Sg Udang
En Nur 0196677078

Tengkera
Pn Aznirawati 0196125350

Alor Gajah
Pn Faiza 01118960311


N SEMBILAN

Pedas
Pn Zai 0122676972

Senawang
Pn Shida 0168263719

Gemencheh
Pn Mai 0137901279

Rantau
Pn Azian 0109549170

Nilai
Pn Norifah 0133302848

KUALA LUMPUR

Pn Hanizah 0176709891
Pn Zue 0193078836
Pn Mastura 0172490977
Pn Mazmin 0122391046
Pn Azreen 0193446875
Pn Fadzillah 0196690456
Pn Rohayati 0126810706
Pn Siti 0129733140
Pn Sh Halidah 0192627505

SELANGOR

Petaling Jaya
Pn Ros 0102203480

Subang
Pn Nony 0126170174

Subang Jaya
Pn Badariah  0162030792
Pn Aisyah 0162195104

P. Klang
Pn Azian 0162652298

Sepang
Pn Norizam  0123784197
Pn Zailawati 0126897039

Sekinchan
Pn Yati 0135298259

Kajang
Pn Majidah 0192678009
Pn Rokiah 0126601136
En Rushdan 0199505653
Pn Linda 0192844069

Tg Karang
Pn Aziza  0126197356

Sabak Bernam
Pn Aziza 0126197356

K Selangor
Pn Aziza 0126197356

Batu Caves
Pn Adda  0196339005

Selayang
Pn Adda  0196339005

Ampang
Pn Adda 0196339005

Shah Alam
Pn Fiza 0133927216
Pn Zarina  0192205044
Pn Noraini 0173692182
Pn Shafrina 0102546460
Pn Rusmayati 0193713072
Pn Niza 0125248244
Pn Zuraini 0132234590
Pn Nik Aslinda 0192215277

Kapar
Pn Mas 0192536483

Sg Buloh
Pn Ana  0123401364
Pn Razidah 0125605437

Seri Kembangan
Pn Zetty  0192800778
Pn Iken 0162695729
Pn Rahayu 0192869037

K Langat
Pn Dyla  0102578142

Hulu Langat
Pn Zanijah 0166877036

Teluk Panglima Garang
Pn Mazida 0136713611
Pn Sairah  0193489256
Pn Siti Zainon 0192263800

Cheras
Pn Aziah 0122696727
Pn Yani 0192199597

Serendah
Pn Nabilah 01119800288

Bangi
Pn Siti Mastura 0127043589


PERAK

Ipoh
Pn Zauraina 0192579227

Teluk Intan
Pn Mahani  0196100996

Kamunting
En Yusainy 0129603180

Chemor
Pn Farahazliza 0135186981

Kuala Kangsar
Pn Fadzilah 0135199053


PENANG

Balik Pulau
Pn Marina 0126446092


KEDAH

Sg Petani
Pn Azlin 0129729231
Pn Sofie 0139280708

Kepala Batas
Pn Madihah 0124255017

Alor Setar
Pn Lela 01132126053
Pn Ana 0175744821

Langkawi
Pn Aton 0195284532


SABAH

Kota Kinabalu
Pn Ayuza  0109556659
Pn Lee 0198334588

Sandakan
Pn Sue  0128180778
Pn Misra  0198048896

Tawau
Pn Rossilawati 0196508119

Lahad Datu
Pn Kaswia 0198092728
Pn Octarina 0198929224

WP LABUAN

En Suwito 0128239268

SARAWAK

Kuching
Pn Christine Lim 0168897288
Pn Noor Asmara 0128813470

PAHANG

Temerloh
Pn Norzaini 0148447871

Cameron Highlands
En Dzul 0139956557

TERENGGANU

Marang
Pn Nor 0139371200

Paka
Pn Zie 0199627178

Dungun
Pn Shalini 0194422136 
Pn Khuzaimah 0134235234

K Terengganu
Pn Uji  0199343081
Che Noor 0169203369
En Razak 0136307602
Pn Kartini 0139837586


KELANTAN

Kota Bharu
Pn Rosnani  0139286374
Pn Faridah  0123269092
Pn Mimi 0148299487

Gua Musang
Pn Nurmizon 0195742315

BRUNEI

Pn Hartini +6738619596
Pn Nooriah +6738739160
Pn Maimunah +6738880548
Pg Hjh Salmah +6738775515
Pn Nur +6737147999
Pn Siti +6738639009

SINGAPURA

Pn Nazleen +6598710075

Nota : Mereka yang berada di Singapura boleh berhubung terus dengan Pn Nazleen jika berminat untuk membeli mesin tart.

Di sini Sk ingin membuka peluang kepada anda untuk meluaskan pasaran dengan meletakkan nombor telefon anda di dalam post ini. Syaratnya mudah sahaja iaitu anda kenalah membeli mesin tart dengan Sk. Oh, ya! Sekiranya anda merupakan pembeli mesin tart dari Sk dan nombor anda tiada dalam list di atas, anda bolehlah menghubungi Sk di talian yang sama ya. Sebab, Sk telah kehilangan sebahagian dari nombor telefon anda. jadi, Sk berharap sangat agar anda dapat menghubungi Sk semula ya.

Bagi mereka yang masih ragu-ragu berurusan secara talian dengan Sk, haaa.. yang tersenarai di atas tu adalah antara pelanggan Sk yang kebanyakannya untuk tahun 2014 sehingga sekarang (April 2016) yang telah dikemas kini.

Terima kasih semua!!!

Friday, April 22, 2016

PERTEMUAN GENG BAKERS ALOR SETAR & CREAM PUFF GEBUS GEDEBAS

Assalamualaikum...

KADANG-KADANG walaupun kita biasa menyediakan kuih muih sendiri, ada masanya kita hendak juga merasa dan menikmati air tangan orang lain. Sambal belacan pun ada macam-macam rasa sekarang. Tajuk sama.. sambal belacan, tapi cuba panggil sepuluh orang buat sambal belacan, tentu rasanya tak ada yang sama. Semua pun guna cili dan belacan tapi variasinya mungkin berbeza.


Terpegun tak tengok cream puff ni?
Setiap kali nampak cream puff ni lalu di wall fb Sk, setiap kali tulah Sk.. gulp!
Satu kejadian cream puff yang benar-benar memggiurkan di mata Sk. Teringin nak tengok secara live dan menikmati keenakannya. Tapi tuan kedainya jauh di utara.

Memandangkan Sk memang selalu pulang ke Kedah, kadang setahun tu tiga empat kali jugak, memang teringin nak merasa (order). Tapi, kadang bila kita pergi ke sesuatu tempat tu, apa yang kita rancang belum tahu menjadi. Kadang masa tu tak kena, atau kita takut 'partner' kita tak selesa. Mungkjn dia pun ada rancangan dia.. gitu.

Jadi, Sk memang tak berani nak berjanji awal. Selalunya Sk berserah pada takdir dan rezeki. Kata orang, jodoh pertemuan rezeki dan ajal di tangan Allah. Bila nampak geng baker utara, Sukeriah Saari post gambar ni di fb, Sk mencuba nasib. Alkisah, dah habis. Padan muka sendiri yang tak pesan awal-awal. Esoknya pula Su ada kelas cheese tart (Su mengajar), dan akan terus balik ke rumah mak Su.

Bila Sk kata, Sk akan balik pada hari Ahad tengahari, Alhamdulillah. Su sedia buatkan untuk Sk dan hantar pada pagi Ahad tu. Gembira tak terkata. Rasa macam mimpi nampak cream puff bulat-bulat depan mata.. hihi.


Haaa.. inilah tauke cream puff paling gebu di Loq Setaq. Bukan sahaja cream puff, cheese tart Su pun gebu dan montok lain dari yang lain tau. Orang Aloq Setaq silalah order jangan tidak-tidak nanti menyesal. Su boleh dihubungi di talian 0164907667.

Bagi sesiapa yang nak belajar buat cream puff secara PJJ pun boleh.
Terima kasih ya Su sudi buatkan akak cream puff yang sedap sangat. Bayangkan dah petang pun masih bulat dan kental.. langsung tak masuk angin.. best giler!


Dalam masa yang sama memang plan lama dah nak jumpa dengan Zuhaiza.. haaaa.. ni geng bakers lama dah tau. Kami rapat sebab sama-sama bisnes tart dan kami memang selalu berhubung dan berchit chat. Terima kasih Zu sanggup korbankan sedikit masa kerja Zu untuk jumpa akak. Terharu sungguh bila dapat jumpa mereka berdua ni tau. Zu pun dah macam Sk.. dah mula memperlahankan aktiviti baking. M besarrr.. huhu.


Amboiiii.. bukan main rancak depa dua ni berbual tau. Sk pun tak pasti sebenarnya sama ada mereka memang dah lama kenal atau kawan fb macam Sk juga asalnya. Haaaa.. ada sorang lagi tak dapat join.. Murni. Maaf na Murni sebab kami pun memang tak plan boleh bersaing macam ni. Zu pun kebetulan pagi-pagi whatsapp dan Su pulak memang akan hantar cream puff tu sebelum masuk kerja.. tulah ceritanya.. hihi.

Jumpa lagi.
Wassalam.

Thursday, April 21, 2016

SAMBAL TOTOK

Assalamualaikum...
 
HARI yang paling Sk tunggu-tunggu setiap minggu adalah hari khamis.
Sejak kerajaan Johor mengumumkan
dan mengembalikan Jumaat dan Sabtu
sebagai hari kelepasan am Negeri Johor,
hari Khamis menjadi hari yang paling membahagiakan
kerana waktu pulang ditetapkan pada jam 3.30 petang..
 awal satu jam setengah dari biasa.. syok gilerrr!
 
Tapi, tulah sahaja yang syok
sebab hari Jumaat akan menjadi hari yang paling sibuk.
 Dari celik biji mata ada sahaja kerja rumah yang perlu dibereskan.
Kena buat semua laju-laju
kerana di sebelah malamnya,
akan menghantar Iman ke kelas tuisyen pula
bersambung sampai hari Sabtu.
Bertabah sahajalah.. huhuhu.
 
Haaa... ni cerita malam tadi.
Atas permintaan Iman yang nak sangat makan nasi panas-panas
dengan sambal ikan bilis ni.
Dia belajar makan sambal ni dari kawan sekolahnya..
"sedap sangat bonda," kata Iman.
Sk pun suruhlah minta resepi.
Rupanya kata kawan fb, Sue.. ianya mirip kepada sambal totok.
Oooo.. patutlah sedap..
makan nasi sah-sah dua pinggan baru puas katanya.. huhu.
 
 
Amboiii.. bukan main kasar lagi Iman menumbuk cilinya tu.
Bak komen kawan-kawan fb,
macam kain percalah,
macam nak buat selimutlah.. gitu.
Tapi rata-rata komen kata, yang kasar-kasar nilah yang sedap..
sungguhlahhhh!!
 
Kawan Iman cuma beri senarai bahan
dan cara.. sukatannya kita agak-agaklah ya.
di bawah ni sukatan cara Sk
Sk percaya ramai yang tahu dan biasa buat sambal ni
tapi mesti ada jugak segelintir yang baru nak mencuba
macam Sk ni jugaklah..
dah 41 tahun
baru pandai buat sambal totok
atchummmm!!
 
Sambal Totok
 
1 mangkuk ikan bilis dibersihkan dan digoreng (ketepikan)
3 labu bawang besar *
4 ulas bawang putih*
1 mangkuk kecil cili padi*
Bahan bertanda * ditumbuk dahulu tapi  jangan terlalu lumat
minyak gorengan ikan bilis tadi untuk menumis
2 sb air asam jawa
secubit ajinomoto
 
Caranya :
Panaskan minyak bekas gorengan ikan bilis tadi.
Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk hingga naik bau dan wangi serta pecah minyak.
Masukkan ikan bilis dan air asam jawa
kacau rata-rata
masukkan ajinomoto.. kacau lagi
sedia untuk dihidang.
 
Tak perlu tambah gula dan garam
sebab rasa ikan bilis yang sudah cukup masin
dan manis dari air bawang yang kita tumbuk tu.
 
Jumpa esok...
Wassalam.
 

Wednesday, April 20, 2016

PROJEK DEKO.. IDEA.. IDEA

  Assalamualaikum...
 
SIAPA ada masalah macam Sk
yang Encik Suaminya tidak kreatif..
dan tak pandai bertukang?
Nasib baik tahu tukar mentol, lampu kalimantang dan starter.
Tapi.. kalau transformer terbakar
salur air tersumbat
paip bocor
pam tandas rosak
memang dia tak pandai buat
terpaksa panggil yang pakar.
Kalau tengok cara dia lap meja pun sakit hati
baik kita lap sendiri
hihihihi.
 
Haaa.. itulah Pak Inche kita.
Mungkin kedudukannya sebagai anak busuk bongsu
dari lapan beradik
membuatkan ER tidak begitu pandai serba serbi
Tapi.. Allah SWT memang Maha Adil
dianugerahkan isteri serba tahu
macam Sk ni.. muahahaha.
 
 
Disebabkan ER ni tak pandai bertukang
Kau janganlah pandai-pandai
nak menyuruh dia ketuk paku atau buat lubang
alamat jahanamlah dinding
bersepai tembok dikerjakan.
 
Akur dengan kekurangan
beli para berbulan-bulan tak dipasang
sebab tak ada siapa yang pandai
Sk buat projek DIY
gunakan kotak decoder astro
dan aksesori comel dari goodies pengantin
dari majlis perkahwinan anak saudara Sk
yang memang Sk simpan
sebab santek.. sayang kalau dibuang
 
 
Idea gantung gambar ni
Sk tiru dari hasil lawatan sambil belajar
ke Kaison Aeon Klebang
di Ipoh
semasa dalam perjalanan pulang dari Alor Setar hari tu
yang dah termaktub dalam perjanjian
antara Sk dan ER.
 
Itu sebabnya Sk suka pergi ke Kaison
dan juga Ikea
sebab ada banyak idea yang boleh kita tiru
mengikut cara dan kemampuan kita
 
 
 Anda cuma perlukan kotak bersaiz lebar macam ni
Tali tu boleh guna apa-apa jenis tali
atau riben
jangan guna tali kapal
atau rantai basikal sudah.
 
Sepit kecik tu.. ada dijual di Mr DIY
Rumput tiruan Sk beli di kedai bunga tingkat bawah Danga City Mall
dah lama.. dah tiga kali bertukar pasu
kali ni masuk dalam beg kertas pulak
comel jugak
ini pun idea dari Kaison
yang letak pokok dalam seramik bentuk beg kertas
Sk suka.. comel giler!
 
Disebabkan kotak tu ringan sahaja
Jadi tak perlulah nak tebuk serta skru di dinding
Cuma pakukan sahaja
pandai-pandailah nak buat macam mana
supaya ia kukuh dan tidak senget benget
gitu...
 
Iman cadangkan Sk sembur cat hitam
tapi Sk lebih suka natural
nampai damai gitu
 
 
Alhamdulillah
Wallpaper yang tak cukup hari tu
Sk dapat beli secara dalam talian
dengan Personal Shopper Kaison dan Ikea
tambah RM5 upah setiap satu barang
dan RM15 caj penghantaran
beres.. tak yah fikir panjang-panjang
cuma memanjat tu satu hal
sebab dinding rumah Sk tingginya lebih 12 kaki
kalau suruh ER
habislah wallpaper Sk terbarai
Iman... lagi tak pandai
 
nangis!
 
Sk tampal sedikit-sedikit
kudrat dah tak macam dulu
menyala-nyala seperti zaman remaja
la ni dah purba
huhu
 
 
Boleh tukar-tukar gambar
suka tak?
suka tak?
kui kui
 
 
Frame di kiri kanan tu
ER beli
terpaksa turutlah sahaja kemahuan isteri
sebab tak pandai nak buat sendiri
kikikiki 
 
alaaa... baru beli frame punnnn...
 
yang sebenarnya
idea projek diy ni
datang secara spontan
 
lepas gantung kedua-dua frame tu
rasa macam kosong dan hambar
urmmm...
 
masa Sk melintas ruang ni
untuk ke dapur
nak buat brownies cadangnya
terus terfikir untuk menutupi kekosongannya
maka terjadilah deko suka-suka
yang langsung tak keluarkan belanja
menggunakan semua benda yang dah ada.
 
 
Iman.. ketika usia setahun
comel dak???
sekarang lagi comel kan.. kan..
 
 
Wassalam. 

Tuesday, April 19, 2016

CHENTA MAMA DAGING BAKAR

Assalamualaikum...
 
APA khabar sahabat maya Sk?
Semoga semuanya sihat-sihat belaka.
Yang kurang sihat jangan lupa makan ubat..
dan jangan lupa minum air yang banyak.
Sk pandai cakap jer.. padahal sendiri pun selalu lupa nak minum air
kadang tu malas.. hihi.
Jangan tiru macam Sk tau.. huhu.
 
Sebenarnya Sk baru pulang dari utara semalam.
Perjalanan dan percutian yang singkat.
Sk dan ER ambil cuti dua hari.. Ahad dan Isnin.
Iman... ponteng cuti dua hari jugaklah nampaknya.
Tapi pelik.. walaupun bukan musim cuti
lebuhraya agak sibuk sepanjang perjalanan balik kelmarin
terutama dari arah Ipoh ke Kuala Lumpur
dah macam cuti perayaan.
Banyak kali kami berhenti
kerana ER agak letih dan mengantuk
kita nak memandu dia tak bagi
huhuhu.
 
Banyak kenangan yang Sk titipkan kali ini
apabila diberi kesempatan bertemu
dengan teman-teman yang selama ini
cuma kenal di laman sosial
Itu nanti Sk cerita ya.
 
 
KEINGINAN hendak makan daging bakar
sejak kami bercuti ke Kota Bharu hari itu.
Dua kedai yang kami cuba hendak pergi di Kota Bharu, ditutup.
Mungkin waktu perniagaan di sebelah siang
sedangkan kami datang pada waktu malam.
Kadang Sk fikir
memang tak cukup percutian selama tiga hari
di setiap tempat tu
untuk kita meneroka keenakan masakannya
lebih-lebih lagi apabila kita tak rela
mengorbankan buffet sarapan di hotel.
 
 
Chenta Mama Daging Bakar ini
terletak di Kg Tok Kesop, Sungai Korok, Jitra.
Ada yang pelik.. bila Sk post gambar di fb
Tahu jer Sk tempat makan menarik
sedangkan orang yang duduk sana pun tak tahu.. hihi.
yang sebenaq
ER yang rajin google tempat makan menarik
Sk lebih suka follow
sebab kalau kita yang bagi cadangan
akan hanya kedengaran
hilaian cengkerik
krik krik krik 
 
 
Pilihan ER jarang mengecewakan tekak Sk
yang tak cerewet
dan tekak Iman 
maklumlah
bapak borek anak rintik
tak gitu..
kui kui
 
Tengoklah lemak pada daging bakar tu
tagline-nya
Sedap. Lembut. Gebu. Ber'juicy'.
Memang diakui
Menangis harimau tak dapat makan bahagian ini tau
muahahaha.
 
 
Orang tak putus-putus
datang dan pergi.
Satu set nasi berserta daging bakar, sedikit ulaman dan sup
hanya RM10.
Enam jenis sos pencicah disediakan
termasuk sambal belacan yang agak power
Tambah nasi dan air percuma tau.
Siapa yang ke utara.. bolehlah singgah ya.
 
Wassalam. 

Thursday, April 14, 2016

BEKANG TOK MINOH

Assalamualaikum..
 
PERTAMA kali dengar
Pertama kali nampak
hati tertarik untuk membeli
Bekang Tok Minoh
dari gerai yang mengambil bahagian
dalam promosi
Beautiful Terengganu
di Plaza Angsana baru-baru ini.
 
 
Kata adik yang menjual bekang ini
Bekang ini dimakan bersama dua jenis kuah
sama ada kuah manis
atau kuah lemak
seakan-akan kuah laksa
lalu.. Sk bertanya..
makan kuah mana yang sedap? 
  
 
"Kalau saya, saya cuka campur," kata beliau.
"Bolehlah.. nak campur kuah," pinta Sk pula.
Sebab masa tu baru lepas pekena Mee Rebus Hj Wahid
perut masih kenyang.
Tapi sementara tunggu Pak Inche di klinik
tekak tak menyabar nak merasa
bekang yang masih suam-suam
nanti sejuk tentu tak sedap, kan.
Ambil sebiji suap dalam mulut..
wallaweiiiii.. sedapppp!!
 
 
Kalau pergi Ganu kena cari
Gerai Tok Minoh ni!!

Wednesday, April 13, 2016

SANGKAYA

Assalamualaikum...


BUNYI Sang.. sang.. dah macam bunyi haiwan purbakala.
 Ingatkan apalah yang Iman beriya-iya cerita.. rupa-rupanya.. Cafe Sangkaya yang menghidangkan pelbagai jenis dessert berasaskan kelapa.
Signature-nya tentulah aiskrim kelapa yang dihidangkan dalam tempurung kelapa
bersama isi kelapa muda yang tak seberapa
 dan dihias dengan topping pilihan kita.
Kalau ikutkan ais krim kelapa ni berasal dari Thailand..
yang ini tak silap Sk, brand dari Malaysia, maafkan kalau salah ya.
 
Iman ni, kalau nakkan sesuatu.. dia akan nyanyi kat telinga kita hari-hari.
Dia akan bagi macam-macam kiasan.. dia tak minta beli (secara terus-terang)
 tapi dengan cara memancing-mancing.. gitu.
Macam sangkaya ni.. Sk perhatikan,
dia selalu 'stalk' ig hashtag #sangkaya
nanti dia ceritalah dekat Sk..
 artis tu makan.. artis ni makan.. urmmm.. gitu.
Alhamdulillah.. bila dah dapat dia akan senyap dan tak sebut-sebut lagi. Kita pun lega.. takut jugakkan melelehhhhh ailio anak kita karang.. hahahahah. 


 
Aiskrim ini terdapat dalam tiga perisa iaitu original, teh tarik dan teh hijau.
Rasanya antara ketiga-tiga tu, original yang paling sedap.
 


 Omey angat nihhh
nak makan tu pelan-pelanlah ya biar berbaloi
huwa huwa huwa
 


Pilihan Iman..
semestinya original
 
Wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda Sukakan Ini?