MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Tuesday, June 28, 2016

ROSELLE

Assalamualaikum...
 
JUS Roselle.. jus yang menjadi kegemaran Sk. Sebenarnya bukanlah gemar sangat.. hahaha. Sk tak berapa minat minuman kordial yang masam-masam macam ribena, anggur atau apapun jenis minuman yang hujungnya ada perkataan berry, kih kih kih. Tapi, roselle ni terpaksa minat sebab ibu selalu buat dan paksa Sk ambil. Di rumah tak ada siapapun yang suka. Tapi sesudah tahu khasiat roselle terus Sk bantai minum tiap-tiap hari. Nak tahu apa khasiatnya? Baca ni...
 
 
Roselle, merupakan satu tumbuhan herba semulajadi. Ia mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi, dianggar pada 280mg pada setiap 100gm kaliks Roselle yang telah dikeringkan. Ini menunjukkan kelebihan vitamin C yang ada pada Roselle berbanding dengan buah kismis hitam. Ia juga mengandungi vitamin-vitamin lain seperti Vitamin D, B1 dan B2. Selain vitamin, ia juga mengandungi hampir 486mg kalsium, jumlah yang cukup banyak serta mengandungi magnesium, Beta-Carotene dan OMEGA-3. Ia juga mengandungi anthocyanine (antioksidan).
 
KEGUNAAN ROSELLE DALAM DUNIA PERUBATAN

Ramai saintis percaya pengambilan Roselle akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik kerana ia menghadkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas (Roselle kaya dengan anti oksidan). Banyak penyakit zaman moden dikaitkan dengan masalah tekanan oksidatif akibat daripada aktiviti radikal bebas yang berleluasa pada hari ini. Aktiviti radikal bebas menyebabkan berlakunya proses penuaan pantas terhadap manusia.Ia juga membantu meningkatkan daya tahan tubuh, mengatasi hipertensi, anti infeksi bakteria, membantu proses pencernaan dan mencegah kekurangan vitamin C, mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu ginjal, mengandungi Flavonoid yang berfungsi sebagai antibiotik pembunuh kuman-kuman penyebab penyakit serta penyaring racun dalam tubuh.

KEGUNAAN TRADISIONAL ROSELLE

Roselle digunakan secara tradisional untuk melegakan batuk dan demam dalam masyarakat. Di Sudan, roselle diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh dan merupakan minuman kebangsaan orang Sudan. Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman roselle.

Rozel (Roselle) atau dikenal dengan nama latin Hibiscus Sabdariffa, merupakan tumbuhan yang memiliki banyak khasiat untuk kecantikan dan kesihatan. Jangan terkejut, ia mempunyai 3 kali lebih banyak vitamin C daripada anggur. Dr. Abdul Aziz Sharaf dari Sudan Research Unit, Institute of African and Asian Studies telah mengadakan penelitian mengenai khasiat bunga rozel dan mendapati rozel mengandungi khasiat-khasiat berikut:
  • Membantu proses pencernaan, meningkatkan kelenjar usus dan berfungsi sbg tonik
  • Memperlancar peredaran darah.
  • Mengubati luka luar dan dalam.
  • Mengubati penyakit kulit, menghaluskan kulit dan memperlambat penuaan, menyebabkan wajah nampak muda dan berseri.
  • Sbg diuretic, penurun suhu dan pereda rasa nyeri (penenang alami.)
  • Bersifat detoksifikasi, membuang racun.
  • Mempunyai efek anti kejang otot.
  • Memiliki zat anti bakteria dan anti virus.
  • Membunuh bakteria penyebab TBC.
  • Memiliki zat anti kejang saluran pernafasan
  • Mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu karang.
  • Mencegah penyakit jantung.
  • Mengatasi masalah selsema, batuk, dan demam.
  • Mengubati asma dan alergi.
  • Mengubati insomnia.
  • Menormalkan kadar gula darah, tekanan darah, kolestrol, dan asam urat.
  • Mengatasi penyakit kardiovaskular/darah tinggi.
  • Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam rozel mampu bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.
  • Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh
  • Menyihatkan mata
  • Menyeimbangkan berat badan.
  • Mengurangi panas dalam .
  • Menurunkan tingkat penggumpalan lemak di hati.
  • Mengubati pening kepala/migraine.
  • Membantu memulihkan dari ketergantungan ubat dan alkohol.
  • Menghilangkan sakit sakit di badan.
  • Membantu mencerdaskan otak pada anak-anak kerana mengandungi Omega 3 dan DHA
  • Dapat mengurangi risiko osteoporosis.
  • Mengubati sakit tenggorokan dan sawan.
  • Mengatasi masalah stress/tekanan.
Kandungan Rozel:

Mengandung vit.C kadar tinggi (tiap 100 gram Roselle mengandung 280 mg Vit. C);Vit.B1, B2; D, dan Niasin; Protein 1,145 gr;Lemak 2,61 gr;Serat 12gr; Kalsium 1,263 gr;Fosfor 273.2 mg;Zat besi 8,98 mg; Malic Acid 3,31%;Fruktosa 0,82%;Sukrosa 0,24%; Karoten 0,029%;Tiamin 0,117 mg;Niasin 3,765 mg; juga mengandung 18 asam amino yang diperlukan tubuh; Gossypetin Anthocyanin; Potassium, dan Flavonoid.

Sumber  
 
Jus Roselle diproses dari kelopak bunganya sahaja ya.
Kopek kelopak bunga tu dan rebuslah bersama gula dan air.
buahnya tu kita boleh keringkan dan ambil bijinya untuk disemai semula.
 
Jus yang dah siap tu bolehlah kita tapis untuk mengasingkan kelopak bunga dan kordial.
kelopak bunga itu boleh dikisar dan dijadikan jem.
Tapi Sk lebih suka masukkan dalam jus.. atau ratah begitu saja macam halwa rasanya.
 
 
Inilah pokok roselle yang ditanam ibu
tanam dalam pasu jer ni
gambar ni diambil selepas buah-buah roselle dipetik
sebelumnya meneritip buah pada pokok roselle ni tau.
 
 
Buahnya berwarna merah maroon.
Bila ia direbus ia akan menghasilkan warna semulajadi.
Tak perlu tambah pewarna atau perisa lagi.
 
 
Cantikkan...
dah lama jugak ibu Sk menanam pokok roselle dan membuat jus ni
cuma Sk tak cerita jer.. huhu.
 

 
Pokok roselle ini akan mati selepas keseluruhan buah dituai.
Maknanya kenalah rajin menanam semula kalau nak selalu minum jusnya.
Tempoh penanaman dan menuai hasil cuma sekejap sahaja asalkan ia mendapat air dan cahaya matahari yang cukup.
 
 
 
Ibu Sk ada juga memberikan biji-biji benih untuk disemai.
Sampai sekarang masih tak bersemai.. aduyai.
 
 
Urmmm.. dah tahu ni, apalagi.
Jom tanam roselle.

Monday, June 27, 2016

BILA PAK INCHE KE PASAR RAMADHAN

Assalamualaikum...
 
SEMALAM petang tetiba tekak Sk teringin beno nak makan Sotong Masak Hitam. Selain tu teringin jugak nak makan Asam Pedas Ikan. Rasa tekak ni dah tak boleh terima nak makan daging dan ayam setelah ditala benda yang sama hampir seminggu lamanya. Jadi, bila petang semalam Pak Inche tanya, nak beli apa di pasar ramadhan terus Sk jawab, Sk nak masak Sotong Masak Hitam. Sk tak beritahulah yang Sk nak masak asam pedas. Saja nak 'test' Pak Inche. Nak tengok berapa banyak lauk dia tapau kalau Sk masak satu lauk jer.. hahaha. Siapa yang dah lama baca blog ni tentu tahu keobsesian Pak Inche terhadap pasar ramadhan. Sehari tak jejak, macam nak demam dibuatnya.. huhu
 
Jadi, sampai rumah, Sk terus ambil tipuware sotong dan bungkusan plastik ikan kembung dalam peti ais dan rendam air. Bulan puasa ni kami dapat kebenaran balik awal sejam dari biasa. Memang kalau nak memasak dua tiga lauk tu sempat sangat cuma letihnya yang lebih bila memandu dalam kesesakan jalanraya. Lagipun Pak Inche tak lokek membeli lauk di pasar ramadhan tu yang Mak Inche pun bukan main naik lemak.. huwa huwa huwa.
 

 
nah.. Asam Pedas Ikan Kembung.. tayang dari dalam kuali jer.. jangan marah ha.. sebab.. sebab... tak muat meja nak letak lauk.. aduyaiiii...
 

 
 
Tu diaaaaaaaa... kadang-kadang nak marah rasa macam tak bersyukur dan berterima kasih pulak. Jadi.. kita pakat-pakat geleng kepala sajalah.. huhu.
 
 
Pak Inche ingat kari daging masa nak beli tu..
rupanya asam pedas tetel.. yang ini wassalam masa berbuka tu juga.. hihi.
 
 
Siput Sedut Masak Lemak RM5 sesenduk
pun dah selamat masa berbuka tu jugak.
ER tanya, okey tak harga tu?
Pada Sk okeylah.. penat wo potong buntut siput.. hahaha
 
 
beli sambal kerang jugak
yang ni habis masa bersahur tadi
 
 
Ayam Percik yang langsung tak berusik
malam ni boleh panaskan
 
 
Peha Ayam Madu  
satu bapak satu anak
Mak tak payah..
malas masuk pinggan..
lepas senduk nasi terus masukkan dalam pinggan bapak dengan pinggan anak.. huhu
 
 
Haaa... kisah Sotong masak hitam 
masa nak bersihkan sotong, baru perasan yang sotong dah bersiang dan dah tak ada dakwat hitam.
maka terjadilah Sotong Masak Kunyit.
Pun sodappppppppppppp.. dan sengaja masak lebih untuk bersahur.
 
Alhamdulillah. 

Sunday, June 26, 2016

'SHOPPING' RAYA

 
Assalamualaikum...
 
RAMADHAN hanya berbaki 10 hari lagi bermakna kita semakin menghampiri
hari kemenangan. Di sana di sini ramai yang sudah siap membuat persiapan Syawal.
Sk??? Alhamdulillah.. adalah sikit-sikit mana yang terlarat dan termampu.
Tiada persiapan besar-besaran pun.
Tiada perabot yang ditukar
Tiada langsir baru yang digantung.
Kemas rumah macam biasa jer.
 
Pakaian baru untuk dipakai di hari pertama Syawal pun dah ada semuanya..
baik Pak Inche, Sk dan juga Iman.
Walaupun pada mulanya Sk rasa macam tak mahu beli pakaian baru
tapi ER sibuk suruh Sk pilih juga baju untuk raya.
Sampai naik lenguh kepala lutut..
sampai melecet tumit cari baju raya
yang cantik
yang murah
dan ada saiz.. kahhhhhh.
 
 
Sudahnya.. semenjak dua menjak ni
Sk memang tak memasak lauk baru untuk berbuka dan bersahur
kecuali masak nasi dan air.. untuk buat air panas
ER cuma beli lauk-lauk untuk menambah selera
seminggu kami balun makan gulai kawah
diselang seli dengan sambal daging yang Sk masak sendiri
Alhamdulillah, dah wassalam semuanya masa sahur kelmarin.
 
Dan untuk pertama kalinya
kami berbuka puasa di luar pada Jumaat lepas
tak mahu bersesak-sesak di restoran tomyam
atau berbuka dengan makanan yang sudah sejuk
kami sebulat suara setuju berbuka puasa di Kopitiam Danga City Mall
sebenarnya yang paling penting lampu hijau dari ER
yang cerewet.. hahaha.
 
Macam biasa pilihan Sk.. Beef Cantonese Kuey Teow
ER pula ambil Cantonese Kuey Teow Biasa
sedap sangat masakan cantonese di sini tau
 
 
Dah dua kali Iman makan Bihun Tomyam di sini
memang antara yang terbaik
 
 
Minta juga Chee Cheong Fun
memang menu wajib setiap kali di sini
tapi kali ni macam ada kureng sikit
Chee Cheong Funnya.. huhu
 
 
Dan kunun-kunun esoknya nak menjengah Festival Raya Mood Republik
ialah.. sebab ada orang yang baik hati nak bawa
sekaliiiiii... mak aihhhhh
dia punya beratur sampai ke jalan besar depan Persada tu
sanggup tak sanggup???
tak sanggup.. huhu
 
 
Tuuuu dia
10000 pengunjung terawal akan dapat goodies bag katanya
wallahu 'alam apa ada dalam
 
 
Memang tabik spring toing toing pada mereka yang sanggup beratur tengah panas macam ni
 
 
 Terus Sk ajak ER ke Sutera Mall
mencari kasut blink blink
pilih punya pilih punya pilih
 
 
urmmmm.. yang mana satu idaman kalbu..
 
  cantikkan...
siapa yang kenal Sk tentu tahu Sk peminat kasut blink blink
bukan sahaja untuk dipakai beraya
tapi juga dipakai basahan
 
urmmmm.. Sk belum pilih lagi
tolong pilihkan boleh????

Wednesday, June 22, 2016

BAJU RAYA PAK INCHE

 
 
Assalamualaikum...
 
DAH berulang kali Pak Inche Sk pakai baju melayu warna pink belacan di pagi raya.
Rasanya dah tiga kali raya.
dah berbulu baju tu dibuatnya.
Bukan tak ada kain untuk dibuat baju melayu.
Sekurang-kurangnya ada dua pasang kain yang diterima sebagai cenderahati menghadiri majlis berbuka setiap tahun.
Belum termasuk kain sampinnya lagi
Tapi memanjangnya tak sempat nak tempah baju.
Sebab setiap kali keluar rumah lupa nak bawa kain.
Urmmmm.
 
Nak beli baju melayu siap masalahlah pulak
Badan muat tapi leher tak boleh kancing
kata Iman, ni macam Rahim Sepahtu la..
 lahir tak ada leher terus letak kepala
huwa huwa huwa
 
banyak kali Sk cadangkan Pak Inche untuk tukar fesyen
baju melayu cekak musang ke baju melayu teluk belanga
kebanggaan bangsa Johor
tapi dia tak berkenan
susah nak cakap.. huhu
suka hatilah.. pakailah baju pink belacan tu sampai lusuh
malas Mak Inche nak layan.. hahaha.
 
 
Entah macammana, masa jalan-jalan ke Danga City Mall minggu lepas
terberkenan dengan baju melayu teluk belanga
yang dipakaikan di patung ni
 
"cantiklah bah.." pujuk Sk.
Kesian pulak tengok tiap tahun pakai baju lama kan.. hahaha
Iman pun cakap cantik.
 
 
 Inilah booth Teluk Belanga Design
yang pakar dalam menjahit baju melayu teluk belanga
dengan jahitan tikaman tulang belut di leher baju
serta tindih kasih di pesaknya
 
 
 
teringat masa kecil-kecil dulu
ibu Sk menikam tulang belut di depan pintu
Sk sanggup pulak tu mengadap berejam-rejam tanpa jemu
 
 
 
Pujuk-pujuk..
akhirnya ER mengalah
untuk berbaju melayu teluk belanga
di hari raya pertama
giliran di Johor Bahru :)))))
En Jamil.. pemilik Butik Teluk Belanga Design
memilihkan kancing bermata biru
 
 
Ramai anak muda yang tak tahu
menggunakan kancing ini
lebih senang memakai kerongsang berpin
ER tengok pelik
sebab main pusing-pusing
hehehehe
  
 
Inilah Butik Teluk Belanga Design
yang terletak di Danga City Mall
aras satu tak silap
kedainya di sebelah hujung kanan Danga City Mall 
 
 
Selain menjual pakaian siap
mereka juga mengambil tempahan
haaaaaa... bolehlah hantar lagi baju Pak Inche
dah ada tiga pasang kain
sebab dapat lagi masa majlis berbuka puasa dengan badan korporat tempohari 
 
 
Ada juga sampin kain tenun
dan capal
 
  
Klasik.. Sk suka
 
 
Untuk sebarang pertanyaan.. bolehlah telefon ya. 

Sunday, June 19, 2016

JUADAH BERBUKA

  Assalamualaikum...
 
DUA minggu sudah kita menjalani ibadah puasa Ramadhan
masih kentalkah semangat memasak
atau hanya hangat-hangat ayam
tak mahu jejak bazaar/pasar ramadhan.. hehehehe
 
Bagi Sk, dua-dua pun layan
masak pun ala kadar
tak mahu nak beriya sangat
sebab di waktu-waktu macam ni
tak banyak pun yang dapat diterima perut
 
 
Gulai Kawah
boleh dikatakan antara lauk yang sering dibeli
di pasar ramadhan
sebungkus RM5 sahaja
makan sekali duduk
habis terus basuh mangkuk
biasanya Pak Inche akan beli di gerai-gerai berlainan
antara gulai kawah utara
dan gulai kawah Pantai Timur
Gulai Kawah Pantai Timur lebih mencuri rasa
di tekak kami
kadang beli lebih sebungkus
untuk dipanaskan waktu sahur
 
 
Cendol Durian RM5
agak berbaloi sebab ada durian seulas yang tebal isinya
walaupun bukan Musang King
atau D24
ni beli sekali jer.. teringin pulak tengok orang selalu beratur panjang
 
 
Paru Goreng Berlado RM3
sedap sungguh merata paru dengan...
 
 
Tempe Goreng
yang ini ibu Sk bagi
masa Sk singgah ke rumah Senai hantar rebung madu
yang dibeli dengan Kak Ilah JY
 
 
Ayam Panggang RM5
inipun selalu ER beli
dari gerai lain-lain
kadang dia beli ayam madu
kadang ayam percik 
 
 
Cekodok pisang
secucuk RM1 ada 5 biji
dah dua kali beli
cukup puas hati 
 
 
Ikan Masak Lemak Cili Api
Ibu bagi.. bertuah punya anak! 
  
 
Sago Gula Melaka
aaaaa.. ini Sk buat sendiri
 
 
Murtabak daging
pun antara yang selalu dibeli
kadang hampir setiap hari 

 
Satu lagi kuih yang menjadi feberet ER
Lopes
hampir setiap hari jugak dibelinya
dan semuanya sedap-sedap belaka
Alhamdulillah
 
sekian.. itu jer yang ada mood nak ambil gambar 
hahaha
 
Wassalam.

Thursday, June 16, 2016

MEE KOLOK

  Assalamualaikum...
 
TETIBA sahaja dilanda virus writer's block
Ecececeh.. tu penyakit penulis novel
Penulis blog pun ada writer's block ke Sk??
Huhuhu. 
 
Dah sepertiga Ramadhan berlalu..
bagaimana dengan anda?
Sk biasa-biasa sahaja
Hajat nak makan telur rebus di waktu pagi dan sahur tak kesampaian
tapi Alhamdulillah
berjaya juga kurangkan pengambilan nasi
tapi tak berjayapun mengurangkan inchi
hehehehe
 
Bulan puasa Sk masak macam biasa
Macam hari-hari biasa
cukup satu dua lauk
tapi tahu-tahulah Pak Inche
yang rajin beno ke bazaar ramadhan
lauk pilihannya selalunya
gulai kawah
ayam percik, ayam madu, ayam bakar
limpa, hati dan paru
serta kuih lopes
 
Sabtu lepas disuruhnya Sk masak Mee Kolok
pehhhh.. lambat nau nak cerita ek.. dah Khamis  dah ni.. hehehe
 
Walaupun tak sesedap Mee Kolok Eleven Kitchen
tapi bolehlah.. sedap jugaklah.. hahahah
Sebelum ni Sk pernah buat sekali
tak ingat resepi dari mana
kali ni Sk rujuk resepi Mee Kolok Basah
dari Dapur Dayang Jack yang lama menyepi
di bawah adalah cara Sk.. memang tak ikut resepi 100%
cuma teknik sahaja
 
 
 
 
Mee Kolok
 
Resepi :
 
*400 gm daging batang pinang
*1" halia
*1 sup bunjut
*Sedikit garam
 

Bahan bertanda * Direbus dalam setengah periuk air sehingga daging empuk.. tutup api. Bila dah sejuk, keluarkan daging dan hiris nipis.

Bahan Mee :

Mee kolok (jika ada) Sk guna mee kering singlong vegetarian
1 sb cuka
2 sb kicap cair
1 sb kicap pekat
7 ulas bawang putih cincang
Sedikit minyak utk menumis

Cara :
1. Panaskan air.. masuk minyak dan garam.
2. Masukkan mee kering. Celur sehingga lembut (lebih kurg 1 1/2 minit). Tutup api.. toskan.
3. Kemudian panaskan minyak dlm kuali. Tumis bawang putih cincang. Keluarkan bawang putih.
4. Masukkan pula mee ke dalam kuali yang ada minyak bawang putih tadi, masukkan cuka, kicap cair & kicap pekat. Gaul dan ratakan semua bahan pada mee... guna penyepit supaya mee tidak patah.

Untuk sup :
1. Panaskan air rebusan daging tadi. Masukkan tiga ulas bawang putih diketuk dan batang (bhgian bwh) daun bawang yg dipotong seinci2.
2. Masukkan 1 sudu sos ikan dan sedikit lada hitam ditumbuk lumat. Biar mendidih. Perasakan garamnya.. tambah jika perlu.
3. Daging tadi, gaulkan dengan kicap manis secukupnya dan sedikit cuka serta lada hitam tumbuk.
4. Kemudian panaskan grill. Percikkan sedikit minyak. Bakar sekejap sahaja daging tadi anggaran 3 - 4 minit.

Cara hidang.. sila rujuk gambar .

Untuk sambal.. boleh buat macam sambal nasi ayam tu jer.. kalau nak pedas gunakan cili padi thailand. Sambal kena sedap baru mee kolok jadi sedap.. heheheh.

Sunday, June 12, 2016

CREME BRULEE

 
DAH beberapa kali Iman minta Sk buatkan Creme Brulee ni.
Ya Allah.. kenapalah sekarang ni punyalah malas nak hidupkan oven.
Nak pecah telur pun malas.
Setakat nak goreng telur mata kobau
atau buat telur dadar tu memang tak kisah
tapi bab nak buat kuih muih ni haaa...
lemau!
 
Entah macammana
masa baring-baring tengok tv dengan Iman dia tanya lagi,
"Bonda.. bila bonda nak buat creme brulee tu?"
"Errr.. nanti laaaaaaaaa.."
"Alaaaaa... bonda ni asyik nanti jer," dengan muncung sedepa
"Apa kata Yaya jer buat?"
"Bonda ajarlah, Yaya mana tahu."
"Aaaa.. jomlah.. jomlah.. "
 
Sampai dapur terus suruh Iman sukat susu dan whipping cream
sementara Sk siapkan bahan-bahan lain dan pecahkan telur
Alah.. bukan banyak pun bahannya
tak payah nak ayak tepung pun
cuma M tu jer yang besar sangat.. huhu.
 
 
 
Creme Brulee :
 
200 ml whipping cream
200 ml susu segar
2 biji telur
2 biji kuning telur
1/4 cawan gula pasir halus
1 st esen vanilla
 
Caranya :
 
Panaskan oven 170 darjah selsius.
 
Bahan A:
1. Campurkan whipping cream, susu segar dalam periuk.
2. Kacau perlahan sehingga mendidih.
3. Tutup api.. masukkan esen vanilla.
4. Ketepikan.. biar suam.
 
Bahan B:
1. Campurkan semua telur dalam mangkuk.
2. Masukkan gula pasir halus.
3. Kacau perlahan guna handwhisk sehingga gula larut.
 
KEMUDIAN
Campurkan bahan A dan B.
Kacau guna whisk perlahan-lahan dan tapiskan.
Tuangkan adunan ke dalam remekin yang di letakkan dalam loyang mengandungi air panas.
Sukatan ini cukup untuk 6 biji remekin saiz M.
 
Masukkan loyang dalam oven yang telah dipanaskan.
Letak di rak tengah.
Bakar guna api atas bawah selama 20 -25 minit.
 
Sejukkan selama sejam sebelum disimpan dalam peti sejuk.
Bila nak makan.. taburkan sedikit gula pasir halus pada permukaan creme brulee.
kemudian bakar gula menggunakan blow torch.
 
Sebab Sk tak ada blow torch,
Sk bakar dalam oven sahaja.
Letak loyang remekin pada tray atas sekali
dan guna api atas sahaja
bakar selama 5 minit
atau sehingga gula sedikit perang hangus sedikit.
 
 
 
Kalau ada blow torch mesti lagi best kan
 
 
tekstur creme brulee yang dikacau penuh kasih sayang
oleh Iman Fatiha
hehehehehe 

BORA OMBAK

Assalamualaikum... MAJLIS perkahwinan antara Ellyz dan Auzaie ini berlangsung di Bora Ombak,  Putrajaya pada 16 Julai lalu. Awal-awal lagi ...