MESTI KLIK

Pemilik Blog

My photo
cinta hati Panglima Hitam dari Gunung Jerai

SAYA SUKA MAKAN

AMARAN.. JANGAN BUKA BLOG INI JIKA ANDA SEDANG LAPAR.. HEHEHE.


Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui panggilan, sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidiladha aidilfitri ais krim apa cerita apam apom arab art street asam pedas asyura award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel berkelah bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI boat noodle Boboiyot bola Bono boycott buah bubur bulan burasak burger cake in jar cendawan cendol cerita bersiri chocolate lava churros Cik Lang coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut drama drama bersiri durian embun evaros fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah hotel ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kacang kad kaki kambing kangkung Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga Kemahkotaan kenangan kentang kepala kerang kerutub ketam kisah pelajarku korea kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron madu makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman misi buang lemak mistik monopod muffin Munduk murtabak muzium myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod Ponti popiah premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sandwich sardin sate sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah teater Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel thailand tinggi tmj tomato tomyam tortilla tudung tulang Tunku Jalil twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan ulasan buku untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Tuesday, August 30, 2016

DURIAN SEGAMAT

Assalamualaikum...

KEJADIAN seminggu lepas.. sehari sebelum peristiwa hujan dalam hati. Bak kata kawan Sk, dapat durian runtuh gitu.. dan sehari lepas durian runtuh, jatuh ditimpa tangga pulak. Redho sajalah ujian dari Allah Swt.. malah ujian ini lebih ringan dari ujian yang menimpa orang lain.. syukur bila diuji.

Ceritanya.. pada hari Khamis sebelumnya tu, Sk terlibat dengan program kembara kemahiran bersama seorang kawan dari cawangan yang sama dan seorang lagi dari cawangan Kota Tinggi, Shuhaida namanya. Shuhaida ni orang Segamat. Shuhaida beritahu, selepas program tu, beliau akan terus pulang ke kampungnya di Kg Simpang Loi, Segamat dan dia telah memesan durian terus dari kebun.

Menurut Shuhaida lagi, durian Segamat ni lebih murah dan sedap pula rasanya. Teruja pulak Sk, dengan tak agak-agak kirim dengan bajet RM50 hingga RM100. Lepas tu teringatlah pulak, tak ke menyusahkan beliau nanti.. mana nak letak anak, mana nak letak beg, mana nak letak durian.

"Eh, tak apalah... kete aku kan beso," kata Shuhaida.

Tapi tanpa disedari ada satu lagi masalah. Dari Segamat Shuhaida akan balik ke Kota.. bukan ke Johor... huhuhu.

Errr... Kota tu kat mana?

Haaaa.. siapa orang Johor tahulah kan.. Johor tu merujuk kepada Johor Bahru dan Kota tu merujuk kepada Kota Tinggi... gituuuu.

Jadi, dengan hati sedikit ralat terpaksalah membatalkan niat mengirim durian Segamat dengan Shuhaida. Hari Jumaat esoknya, amboiiii.. ditayangnya pulak Si Shu ni durian Segamat dia dalam fb... huhuhu. Sk tunjuk gambar durian Shu pada Pak Inche.. Pak Inche kata, "Jom pegi Segamat!"

Yek elehhh... ingat Segamat tu dekattttt. Orang kata pergi Segamat tu dah macam pergi KL tauuuu.

Rupa-rupanya.. esoknya selepas menghantar Iman ke kelas tuisyen, betul-betul ER ajak ke Segamat. Jadi.. 'enjoy the trip' laaa kannn... huhuhu. Sk tanya Shuhaida, berapa jam perjalanan dari JB ke Segamat. Shu kata dalam dua setengah jam. Sempatlah kami balik sebelum kelas tuisyen Iman tamat.. insyaAllah.

Dari JB.. sempat jugalah kami bersarapan dan kemudian terus memasuki lebuhraya. Untuk ke Segamat, kita kena keluar di Yong Peng dan terus ikut jalan kampung dan pekan. Alhamdulillah, perjalanan lancar dan tidak banyak kenderaan. Tup tup.. dua jam dah sampai ke Segamat. Nampak jugalah durian di kiri dan kanan jalan Segamat ke Gemas tapi macam tak berapa best aje. Kunun-kunun nak beli durian dari peraihnya terus.. tentu harganya lebih murah. Cari punya cari akhirnya kami dah sampai jambatan menuju ke Gemas.. hahaha. Shu telefon Sk dan tanya kami di mana. Dia suruh kami patah balik. Rupa-rupanya gerai-gerai durian yang kami nampak tulah tempat jual durian segamat.. sabar ajelah. Kami bayangkan orang jual durian pakai payung beso tu.. hahahaha.

Selepas berpatah balik, kami berhenti di depan sebuah warung makan. Depan warung tu ada apek jual durian bersama konco-konconya.. hahaha. Tersenyum lebar apek-apek tu bila nampak kami menuju ke gerai durian mereka.

Sk nampak tanda harga tertulis RM8.

"Ini durian apa?"

" Ini kampongggg punya," jawab apek sambil pakai sarung tangan dan pegang parang kontot.

"Ambil inilah. Kahwin punya sudah habis. Tinggal ini.. ini manyak cantik lo.."

Nampak macam dia bila-bila masa akan menebuk kulit durian tu untuk kami.

"Nanti.. nanti dulu..."  kami menimbang-nimbang akal.

Sebenarnya Shu ada bagitahu Sk, harga durian kampung di Segamat cuma RM5/kg manakala durian kahwin RM8. Tu kalau kita ambil terus dari peraih laaa. Jadi, gerak hati Sk merasakan apek ni jual mahal.

Kami meminta maaf dengan apek tu. Kemudian kami berhenti pula di sebuah gerai buah-buahan. Ada dua tiga kumpulan durian diletakkan di rak-rak berasingan. Penjualnya seorang lelaki melayu. Kami bertanyakan jenis durian dan harganya.

"Ini musang king, RM35 sekilo," Dia menunjuk durian yang diletak di rak depan sekali. Sk mengangkat sebiji dan melihat buntut durian... hehehe. Betullah ni musang king. Di tempat Sk, musang king dijual RM50 sekilo. Tapi ingat tujuan asal nak cari durian segamat bukan musang king.. huhu.

Kami tanya durian kahwin. Ada, katanya. Lepas tu dia pun letak tangan dia dari satu durian ke satu durian yang lain.

Ini D24 sekilo ... ini IOI sekilo... ini bla.. bla.. bla.. ini.. Sk dan ER berpandang-pandangan. Semua durian yang disebut tu pulak diletak di rak yang sama. Aaaa.... keliru.. keliru.

"Errrr... tak apalah, kami nak cari durian kahwin, minta maaf ya.

Akhirnya kami ambil keputusan untuk masuk ke persimpangan Muadzam Shah menuju ke Kuantan. Lega hati apabila nampak ada beberapa gerai durian. Ada yg diletak atas meja.. ada dalam but kereta. Akhirnya kami memilih gerai durian di sebuah kawasan agak lapang. Penjualnya dua orang lelaki melayu anggaran akhir 30-an.

Alhamdulillah.. akhirnya jumpa durian kahwin yang cuma RM10 sekilo. Ada durian kahwin yang RM18 sekilo. Kami minta dia pilihkan yang elok.. Sk pun pilih jugaklah dan minta pendapat. Durian RM18 sekilo tu ambil jugaklah nak rasa. Dapatlah kurang harga bila dah ditimbang-timbang. Menurut penjual tu, durian banyak habis kerana telah ditempah awal. Kalau hari isnin sampai khamis tu insyaAllah banyak dan senang nak dapat. Oh.. gituu.

Kami jalan lagi.. nampak lagi gerai durian. Beli lagi dua biji durian kahwin sekilo RM12. Ambil dua biji kena RM38. Kemudian nak jalan balik tu jumpa pulak durian D24. Bila berhenti apek tu kata, ada IOI sahaja, sekilo RM12. Eh.. belilah dua biji yang comel. Aaaa.. tak sabar nak sampai rumah nak makan durian.. hehehe.

Sebenarnya seminggu dua sebelum tu kami beli durian di Pekan Nanas dan Ulu Choh. RM200 untuk enam biji durian. Dari harga sekilo berapa belas ringgit (lupa) dan sekilo RM25. Tapi cuma sebiji sahaja yang betul-betul sedap dan menepati citarasa. Yang satu tu.. sedap tapi jenis pahit. Yang lain pula isinya bercampur dengan yang mengkal... eeeee.. tak suka.

Aaaaa.. asyik cerita jer.. mana gambar duriannya Sk????

Eh.. lupa... hehehe.



Ini durian kahwin 
sekilo cuma RM10
Kalau di JB ni
durian kampung pun dah RM16 sekilo tau
Durian kahwin ni isinya tebal dan bijinya pun tebal. Tapi puas hati sebab isinya tak ada yang keras langsung atau bercampur keras dan lembik. 


Ini durian kahwin yang RM12 sekilo.
isinya agak kuning berbanding yang RM10 tu.
pejam-pejam mata menikmatinya
isinya yang tebal tu.


Durian kahwin jugak
yang ini RM18 sekilo
gila syok makan
isi tebal biji tak tebal


Durian kahwin yang RM18 sekilo jugak.
Memang berbaloi-baloi-baloi
Tak sia-sia datang jauh-jauh tau
Demi memburu durian segamat.


Durian IOI
Tentunya antara yang terbaik
Pakkal jer Segamat jauh.. hohoho.

Monday, August 22, 2016

HUJAN DALAM HATI

Assalamualaikum...

SEBAIK memasuki pintu pagar kolej dan melalui bangunan makmal dan studio yang menempatkan bilik pejabat Sk, Sk nampak Si Putih sudah setia menanti kedatangan Sk. "Hurmmm.. kesian Si Putih ni mesti lapar," bisik hati Sk. Sk terus memandu sampai ke pejabat pentadbiran untuk 'punch card'. Jam masih awal lagi.. ada lebih kurang 40 minit sebelum pukul 8. Sk menghantar mesej kepada seorang pelanggan yang menempah cheese tart dari Sk memberitahu Sk akan sampai dalam jangka masa sepuluh minit. Bila nampak Si Putih masih menanti kedatangan Sk, Sk berkira-kira sama ada untuk singgah memberinya makan atau meneruskan perjalanan.

"Alah.. sekejap jer pun singgah ni.. kesian dia lama tunggu, " Sk memberhentikan kereta, mematikan enjin dan terus menuju ke arah Si Putih yang bunting entah untuk kali ke berapa.

"Eh, dah beranak ke? " Sk bertanya pada Si Putih. Ah.. sudah tentu tak ada jawapan. Masakan kucing boleh menjawab.. hahaha. Sk meraba perut Si Putih yang seperti sedikit kecil berbanding minggu lepas.

" Beranak kat mana ni? Mana anak?" Bertubi-tubi soalan dilontarkan.. tetiba...

Sk melangkah ke arah pasu bunga besar tidak berpokok depan tingkap bilik.

"Beg siapa ni?"

"Macam beg laptop aku jer," sk memusingkan beg untuk melihat bahagian depannya. Ternampak label Samsung sebiji macam beg laptop Sk.

"Aaaaa... beg aku ke??" Sk tengok isinya sekali imbas.. kertas-kertas milik Sk.

"Isk.. apasal beg aku ada kat sini???"

Gagal untuk mencanai minda. Otak dan perut rasa libang libu.

" Aku tinggal  laptop kat luar ke?" Dengan seribu persoalan Sk buka mangga yang tergantung di lubang jeriji pintu. Soalan tentang laptop bertubi-tubi menghentam kepala. Sk terus tuju ke laci. Berserak. Laptop mana laptop?? Ah.. laptop tak ada???? Mana???

Dalam kegalauan Sk capai mangkuk bertutup yang diisi dengan biskut makanan kucing. Sk tuang ke lantai luar. Laju-laju kunci pintu dan meninggalkan Si Putih yang lahap meratah biskut. Dalam kepala tak henti bertanya.. apa yang terjadi.. mangga kunci.. pintu kunci... tapi laptop hilang.. laci kena selongkar. Ya Allah.. nak nangis tak boleh.. nak menjerit tak boleh.. tekak rasa kering. Ya Allah... Ya Allah.. musibah apa yang menimpaku Ya Allah... huhuhuhu.

Hujan turun rintik-rintik. Kian lama kian lebat selebat hujan dalam hati. Dugaan apa yang menimpa. Segala mak nenek dokumen pentauliahan kursus, nota, kertas ujian, lesson plan, gambar dan macam-macam ada dalam lap top. Mana nak cekau semua tu. Nangis tak berlagu. Nangis tak berairmata. Nangis dalam hati je le.

Sk capai telefon. Kawan sebilik Sk tak angkat panggilan.. mungkin dalam perjalanan. Lepas hantar cheese tart, Sk balik ke pejabat. Kawan Sk telefon, Sk tanya.. dah masuk bilik? Sk beritahu laptop Sk macam tak ada.. tapi bilik kunci. Kawan yang nak beli makanan di kantin terus tak jadi. Sekejap lagi dia telefon Sk kembali. Ya.. ini betul-betul bukan cobaan. Laptop dia juga hilang dan jeriji tingkap dikopak. Parah!!

Kami ke balai buat laporan. Jenayah memang membawa padah. Sarjan bertugas datang tak sampai setengah jam selepas laporan dibuat bersama seorang pegawai forensik. Siasatan dibuat. Yang tinggal pada kami hanyalah harapan.. adalah rezeki kami untuk mendapatkan hak kami. Doakan kami ya.


Mencari bukti..

Friday, August 19, 2016

MAKAN DI BANG'S CAFE

Assalamualaikum...

SENGAJA Sk tak memasak semalam. Malas, penat dan tak ada mood.. aduyai. Sebenarnya bukan malam tadi sahaja tapi sejak malam kelmarin. Mujurlah tengahari tu Pak Inche dah makan nasi jadi tak ada masalah bila Sk ajak makan di warung mamak je. Iman tu katanya dah lama sangat tak makan roti tisu.. urmmm.. layankan je.

Malam tadi pada mulanya kami bercadang untuk makan Mee Besen yang khabarnya telah dibuka di kawasan Kempas. Di mana tu, kami pun tak tahu. Tapi puas pusing keliling tak jumpa sampai tawar hati dibuatnya. Penyudahnya membawa hati yang merajuk sampai menghala ke Kota Tinggi.. huwa huwa huwa.

Bang's Cafe ini telah di Jalan Niaga 6, Kota Tinggi. Ia dicadangkan oleh seorang kawan ER apabila ER meminta cadangan tempat makan western yang sedap di Kota Tinggi. Sk tengok, Bang's Cafe ni menawarkan konsep seperti kebanyakan cafe yang ibarat cendawan muncul selepas hujan. Seperti Der Cabin Cafe, ia juga menggunakan kontena sebagai premis perniagaan dengan konsep 'open air'. Tempatnya boleh tahan tetapi tidak penuh dengan pengunjung seperti Der Cabin. Mungkin kedudukannya yang terletak di Kota Tinggi. Malam tadi kami makan ditemani oleh bulan purnama yang begitu indah bercahaya.


Pandangan pertama terus suka

rasa macam nak datang selalu tapi jauhlah pulak.. hehe.


Urmmm.. datang jauh-jauh
Grilled Chicken Chop pilihan ER
ayam yang dipanggang sempurna
dan disirami sos cendawan 
sungguh lazat 
Sampingannya kentang goreng yang sedap
dan coleslow
sedap juga


Der Chicken with Pineapple
Seakan chicken chop juga rupanya
Peha ayam dipanggang
dicurahkan sos barbeque yang agak manis
Sk rasa ia menggunakan air nenas
kreatif betul chef yang menyediakan sos ini
Sampingannya kentang putar berkeju yang sangat sedap
serta coleslow


Pilihan Iman
Barbeque Roasted Chicken
Hidangan suku bahagian ayam
bersama sos barbeque
mulanya Sk ingatkan sama rasa dengan sos bbq Sk
tapi tak sama langsung
Asasnya mungkin sama
tapi rasanya berbeza
dihidang bersama kentang putar
dan coleslow

Oh ya
untuk hidangan Bbq Roasted
dan Der Chicken
percuma Ice Lemon Tea tau

Tak jangja jugak bila dia bagitahu
sebab tak tulis pun dalam menu ada set air percuma


Appetizer yang sampai
selepas hidangan utama di makan
hehehhe

Nachos
Bersama sos keju
dan Sk rasa ia adalah sos bolognese
yang agak masam


Banana Split
tiga skup besar ais krim vanila
dan sebiji pisang dibelah dua
bersama tiga keping biskut oreo
Ngam-ngam untuk kami tiga beranak
hehehehe


Antara menu yang ada di Bang's Cafe
pada mulanya Sk nak makan pasra
tapi dah takdir makan ayam
nak minta lain rasa dah kenyanglah pulak
Lain kali kita datang lagi okey


Bagi mereka yang ingin datang ke sini senang sahaja
cari jer Mc Donald Kota Tinggi
dari Mc Donald tu.. terus jer
sampai jumpa simpang yang agak besar di kiri
nanti nampaklah kontena Bang's Cabin ni


Bil kami cuma RM61 sahaja
Untuk semua hidangan di atas
berbaloi-baloi


Wednesday, August 17, 2016

RINGANKAN BEBAN

Assalamualaikum...

14 Jun 2016 - SEMINGGU Ramadhan, pagi itu seperti biasa, Nursyafiqah meninggalkan rumah neneknya dan mengayuh basikal untuk ke sekolah. Tahun ini Fiqah akan mengambil peperiksaan penting PT3 di Sekolah Menengah Kebangsaan  Dato Sri Amar DiRaja, Muar, Johor. Fiqah berazam untuk berusaha bersungguh-sungguh agar dapat mengecap kejayaan. Fiqah ingin membalas jasa nenek yang memeliharanya sejak kecil. Jam baru 6.45 pagi, sudah menjadi rutin Fiqah untuk bergerak awal. Di pertengahan jalan, hujan yang turun awal pagi makin lebat. Fiqah yang kebasahan mengambil keputusan untuk berpatah balik dan menumpang teduh ke gerai berhampiran sementara menunggu hujan sedikit teduh. Fiqah langsung tidak menyangka, keputusannya untuk berpatah balik membawa malang kepada dirinya apabila dia dilanggar sebuah kereta. Hentaman yang agak kuat membuat Fiqah melambung ke atas cermin kereta dan melurut jatuh ke atas jalanraya. Dalam masa yang sama, sebuah lagi kereta datang dan menghentam tubuhnya.. lalu.. semuanya menjadi gelap....

Nenek Tini hampir pengsan apabila mendapat perkhabaran tentang kemalangan yang menimpa Fiqah. Cucu yang ditatang bagai minyak yang penuh kini tidak diketahui untung nasibnya. Dia menguatkan semangat cucunya tidak apa-apa.. cuma calar jatuh basikal sahaja. Sepanjang perjalanan ke hospital, dia tak henti mendoakan keselamatan cucu yang dikasihi. Allahu Allah..

Fiqah dihantar ke Hospital Sultanah Fatimah, Muar
Doktor yang merawat Fiqah menyatakan Fiqah mengalami..
Patah kedua-dua tulang pinggul..
Patah lima tulang rusuk..
Satu daripada tulang rusuk yang patah menusuk ke hati Fiqah
Kecederaan tulang belakang
Mengalami gegaran otak
dan cedera pada seluruh tubuh



Allahu Akbar

Sayu hati Nenek Tini melihat Fiqah
Fiqahhh! Jeritnya dalam hati



Keadaan Fiqah setelah lebih sebulan terlantar. Doktor menjangkakan Fiqah akan terlantar selama 6 bulan berdasarkan kecederaan yang dialaminya.



Fiqah dibawa balik ke rumah dan selama itu dia akan dijaga oleh nenek dan ibu saudaranya. Bukan setakat itu sahaja, Fiqah juga memerlukan susu khas dan lampin pakai buang yang pasti bukan sedikit nilainya. Pendapatan Nenek Tini kira-kira RM400 sebulan (kerana bekerja setengah hari bagi menjaga Fiqah) tidak mungkin dapat menampung kos susu dan lampin pakai buang.



Fiqah telah diberikan bantuan oleh Baitulmal
iaitu katil dan tilam angin
serta mesin sedut kahak

Buat masa ini, bantuan yang diperlukan adalah dana susu dan lampin pakai buang
Justeru, Sk ingin mengajak anda untuk meringankan beban yang ditanggung Nenek Tini.
Kembalikan sinar pada wajah yang sedang tersenyum ini.
Berikanlah dia bahagia.. marilah kita berkongsi kesedihannya.

Mereka yang ingin memberikan sumbangan dana susu dan lampin pakai buang untuk Fiqah
bolehlah menghubungi guru beliau

Cikgu Siti Zarina Lahuri
Whatsapp/ Sms/ Telefon : 013-6315909








Monday, August 15, 2016

SELUAR DALAM CURI PETUA MENYERIKAN MUKA???

Assalamualaikum...

CERITA LAMA...

"Kakak, hari tu ada orang curik seluar dalam kakak," beritahu jiran belakang rumah saya ketika saya sedang menurunkan baju-baju di ampaian.

"Hah???!" Biar betul. Patutlah rasa macam ada yang kurang.. kwang kwang kwang. Maksudnya.. masa kutip-kutip tu rasa macam ada yang lopong.

Sebenarnya, ampaian saya terletak di dalam rumah. Biasanya rumah-rumah teres ada bahagian belakang yang disebut 'yard' tukan. Sebab tak ada bajet ribu-ribu masa beli rumah dulu, kami cuma menutup bahagian yard yang terbuka ini dengan jeriji yang dipasang pada tembok batu setinggi lima kaki yang memang sedia ada. Tak tahulah saya masih ada lagi spesies yang gemar mencuri pakaian dalam ini. Aduih... parah ni. Takut jugak saya terkena ubat guna-guna dan tiba-tiba tergila-gila pada orang lain. Atau mungkinkah seluar dalam itu digunakan sebagai pelaris.. dibungkus bersama daun pandan dan dimasukkan ke dalam air didihan untuk menyediakan minuman di kedai-kedai?

"Orang curik tu jalan kaki ke?" Sk tanya ingin tahu. Sangguplah pulak jalan kaki di belakang rumah orang nak mencuri seluar dalam.

"Dia naik motor kakak,"Jiran belakang saya ni India.. dah pindah pun sekarang. Mungkin masa tu dia menyewa di situ.

"Dia dua orang, sorang duduk belakang.. dia berdiri dan masukkan tangan dalam, ambil seluar," dia bercerita sambil menggayakan cara pencuri seluar dalam itu.

"Lepas tu... dia ambil seluar tu sapu dia punya muka macam ini," ceritanya lagi sambil menyapu mukanya dengan tangan.

"Itu seluar dia campak dekat belakang rumah itu," tambahnya lagi sambil menunjuk ke satu arah.. lebih kurang lat dua rumah dari rumah Sk.

Alamak, dia campak kat situ??  Takkan nak pergi pungut?? Detik hati Sk.

"Bila eyh?" tanya Sk.

"Dalam dua minggu lepas, saya ingat masa tu kakak tak ada rumah.. lama tak nampak," urmmm.. tentu dah jadi kain buruk pun seluar dalam tu.

Sk terus teringat cerita orang tua, bahawa seluar dalam boleh digunakan untuk menyerikan muka. Syaratnya seluar dalam itu hendaklah dicuri dan disapu ke muka sebanyak tiga kali.. lebih kurang macam tulah.. dan mungkin ada jampi-jampinya jugak. Tapi.. apa jadi agaknya kalau seluar dalam Sk yang dicurik. Habislah muka orang tu banyak jerawat macam muka Sk ni... muahaha.. padanlah muka kau pencuri.. Aku sumpah! Biar tumbuh jerawat banyak-banyak kat muka kau.

p/s Mula-mula tahu dulu memang susah hati.. urmmm.. apalah punya pencurik.. kan kan kan. Sejak tulah, Sk pasang jaring pada jeriji.. supaya tiada tangan yang menyeluk lagi.. huhu.


gambar hiasan.. gambar seluar dalam tak ada ya.. nanti jadik 18sx.. hahaha



Sunday, August 14, 2016

TAJ BANANA LEAF

  Assalamualaikum...
 
DUA hari libur dah berlalu.. hari ini semuanya kena kembali ke rutin asal.
Awal pagi tadi hujan, kan...
fuhhhhh.. sedap sungguh tidur.. macam dibuai-buai sahaja
macam berayun-ayun sahaja
macam tak nak bangun dibuatnya.. hahaha.
Sk capai telefon.. tengok jam baru pukul 4
perlahan-lahan pejam mata semula.. dan akhirnya hanyut
sedar-sedar dah pukul 4.45.. alarm berbunyi
pejam mata lagi.. alarm berbunyi lagi..
isk isk isk
bangunlah makcikkkkk!
 
Sejak Jumaat Sabtu diumumkan sebagai hari kelepasan am bagi negeri Johor
dah macam tak cukup masa dibuatnya
Kalau dulu.. Iman ke kelas tuisyen hari Sabtu
masih ada masa nak berehat pada hari minggu
dan menyelesaikan kerja-kerja domestik
La ni.. Ahad dah kena pergi sekolah..
maknanya semua kerja rumah kena siapkan pada hari jumaat
sebenarnya hari khamis dah kena mula
Jumaat tinggal sambung jer
Sabtu macam-macam aktiviti ada
Ahad dah mula kerja
Eh, tapi Sk suka memandu pada pagi Ahad
kerana jalanraya tidak sesibuk selalu
walaupun terlewat keluar
masih awal sampai
tapi hari isnin jangan haraplah
lewat 5 minit keluar
sampai sekolah hari dah terang benderang.. huhu.
 
 
Cerita semalam dan kelmarin
Guru sekolah Iman membuat kelas tambahan selama dua hari
Jumaat dan Sabtu
Jumaat tu pagi-pagi Pak Inche hantar Iman ke sekolah
Sk tak ikut kerana cadangnya nak tunggu baju di jemuran
sayangnya hari mendung seharian
ER beli dua bungkus nasi lemak dan dua keping roti canai
makanlah sampai kenyang
tengahari ambil Iman balik sekolah
Iman kata dah makan mee di kantin
jadi Sk tak masak.. sebab rasa kenyang lagi
dah petang tu, baru masak Udang Sambal Bali
goreng papadom
makan dengan nasi putih.. sedap giler!
lepas tu goreng cempedak
burpppp! Alhamdulillah..
 
Esoknya.. giliran Sk pulak hantar Iman ke sekolah
lepas hantar tak singgah mana-mana
sebab malam tu dah beli roti
buat telur separuh masak
roti sapu kaya dan margerin
pun dah kenyang juga.
 
Tengahari tu.. ambil Iman dan terus ke Tiram sebab ada urusan
kemudian hantar pulak Iman ke kelas tuisyen
tapi nak kena isi perut dulu lah
lalu buat pertama kali kami singgah di sini
Taj Banana Leaf
Encik Rizar laaa dalam memandu
boleh pulak rupanya dah lama dia perhatikan restoran ni
yang terselit di antara deretan kedai yang gah-gah
di Taman Mount Austin
 
 
Alhamdulillah..
dari pandangan pertama kami melangkah yakin masuk ke kedai
yang terbahagi kepada dua ruang
berhawa dingin dan terbuka
Restorannya sangat bersih dan kemas
begitu juga lauk yang terhidang
dan oh.. rupanya kami kenal penyelia yang bertugas tu
sebab dulu dia bekerja dengan Ashoka Curry House
tempat kami dating dan makan dari dulu sampai sekarang
 
 
Anda boleh pilih
sama ada hendak mengambil set hidangan
atau memilih lauk pauk yang disediakan
Sk dan Iman pilih set kambing
hantu kambinglah katakan.. hahaha
 
Setiap Mutton Set Meal mengandungi 
nasi putih
daging kambing
sayuran
rasaam
sambar
appalam
harganya cuma RM12.90 sahaja
 
 
Dessert yang sangat sedap.. lemak dan manis
ada kismis dan badam
Sk makan tiga-tiga
sebab ER dan Iman tak berapa suka
Mak Inche nikan
tolak batu dengan kayu jer
muahahahaha
 
 
Sebenarnyakan
suapan pertama tu Sk tak boleh terima juga
Tapi bila kita makan bersama badam dan kismis
dah dapat rasa mana nikmatnya
Mana nak dapat resepinya??? 

Thursday, August 11, 2016

NAIK ANGIN!

Assalamualaikum...

LAMA sebenarnya Sk nak tulis pasal kes Sk naik angin di salah sebuah restoran makanan segera ni. Tapi asyik terlupa. Bila tulis tentang kisah staf kfc yang garang semalam, Sk fikir baik Sk teruskan menulis tentang ni. Kisah ni berlaku dah agak lama jugak. Malaslah nak rahsia-rahsia restoran mana.. biarlah Sk sebut terus-terang.. McD.. okey, kisah di McD pulak ya.

Sebenarnya Sk ni jenis yang jarang membeli makanan segera macam McD, kfc, pizza, dominos dan seumpamanya. Sebab? Selain tak elok untuk kesihatan, Pak Inche lebih suka makan di restoran tomyam. Tapi ada masanya terpaksa jugak beli bila tahap keinginan sudah di peringkat maksimum.. hahaha. Duluuuuuuu.. masa bujang, Sk memang hantu makan kfc sebab dekat dengan pejabat. boleh dikatakan seminggu makan dua tiga kali sampai bila periksa darah, pegawai perubatan tu pelik sebab orang kurus tapi kolestrol tinggi. Rupanya akibat terlalu banyak mengambil makanan segera.. haaa.. sejak tu la Sk mula kurang ambil makanan macam ni.. hihi. Tapi yang pelik, dah kurang makan macam ni badan makin gemuk pulak.. pelik tak??? Hahaha.


Okey, balik cerita pasal naik angin tu.. entah macam mana nak dijadikan rezeki, Sk ternampak promosi sarapan pagi McD cuma RM2.99 sahaja (tak silap la). Kiranya kalau nak dibandingkan dengan harga asal tu jimatnya lebih kurang RM2 - RM3 jugak. Entah kenapa hati ini tertarik dan macam menarik-narik nak membeli. Disebabkan jugak Sk ni kan jaaaaaarang sangat ke McD jadi Sk kurang prihatin dengan waktu promosi tu bermula. Apabila sampai tarikh promosi yang dikatakan terhad kepada beberapa ribu keping sahaja tu, pagi-pagi lagi (sebelum pukul 7) Sk dah terpacak di McD tu. Ini disebabkan nak mengejarkan Iman masuk sekolah pukul 7.15 pagi. Sk terus ke kaunter pandu lalu dan diberitahu bahawa promosi tu cuma akan bermula pada jam 7 pagi. Aaaa.. baiklah. Sk pun bertanya dengan Iman, bolehkah tunggu nanti lambat pulak nak masuk sekolah. Iman kata tak apa, sempat.. gituuuu. Jadi, takutkan anak kempunan, Sk pun letak kereta dan berhajat untuk membeli terus di kaunter dalam.. jeng jeng jeng.

Kami dua beranak pun duduklah di meja yang paling dekat dengan kaunter. Seorang staf melambai kami dan Sk bagitahu Sk nak beli set promosi tu. Staf tu kata, nanti pukul 7 pagi baru mula. Sk kata, Sk dah diberitahu tadi.. tak apalah.. SK tunggu.. ada lebih kurang 10 minit jugaklah nak tunggu pukul 7 tu. Penantian kan satu penyiksaan.. lama sungguh nak tunggu jarum panjang tu tegak. Dalam masa yang sama, ada beberapa pelanggan yang masuk. Seorang staf McD kemudian menghulurkan 'flyers' promosi sarapan tu kepada semua pelanggan yang baru masuk. Ada yang terus beratur.. ialah.. mungkin mereka nak beli set sarapan yang bukan dalam promosi tu.

Apabila jam dah menghampiri ke pukul 7, kami dua beranak pun beratur. Bila sampai giliran kami, Sk pun menyatakan yang Sk nak beli set promosi tu. Rupanya, kalau nak beli set promosi tu, kita kena bagi 'flyers' yang staf-staf tadi edarkan.. barulah dapat beli... huhu. Sk pun cakap, punyalah lama kami duduk kat meja tu.. tak ada siapapun yang bagi kami flyers tu. Staf tu pun beri kami 'flyers' tu. Dia bertanya jika Sk hendak tambah kopi dengan tambahan wang sedikit. Sk setuju dan minta dua set. Eh, tak boleh katanya. Satu pelanggan cuma satu pembelian sahaja dalam satu resit.  Okey, sabarrrr. Sk mintak lagi satu flyers suruh Iman buat pesanan lain. Sekarang dah ada dua pembelian dari dua orang yang berlainan dengan dua flyers dalam lain-lain resit kan. Kemudian staf tu pun pergi ke belakang untuk ambil set Sk tu. Dia datang semula ke depan dan menghulurkan satu bungkusan kepada Sk.

"Eh, dia punya mana?" sambil menunjuk ke arah Iman.

"Oh, ada dalam ni," jawab staf McD tu.

"Eh, tadi awak suruh saya buat lain-lain pesanan. Kenapa bila bungkus, awak bungkus sekali??!"

"Habis tu? Nak bungkus asing-asing ke?"

"Ialah.. dah dia nak pergi sekolah! Tadi awak cakap kena 'order' lain-lain kan???!" Masa ni Sk dah hilang malu sabar. Dengan muka masam dia terus mengeluarkan satu lagi set tu ke dalam bungkusan lain. Sebaik meletakkannya di depan kaunter.. dia terus berlari ke belakang.

Hah! Nak menangis?? Menangislah kau di situ!!

Sk terus meninggalkan McD dengan perasaan sebal. Dahlah dilayan macam orang bodoh dari kita sampai. Sekarang rasakan siapa yang yang lagi bodoh. Geram tau!!!

p/s Staf ni lelaki tau

Wednesday, August 10, 2016

GARANGNYA DIA

Assalamualaikum...

CERITA semalam...

"Nak makan apa malam ni?" tanya Sk pada Iman.

"Urmmm... kfc boleh?"

Amboi kemain lagi, kan. Macam tahu-tahu saja mak dia pun sebenarnya fikir yang sama.. hahaha. Sebabnya semalam ER bertugas malam, Sk pula nak kena siapkan crust tart, jadi yang paling mudah kita tapau jelah kan. Sk bercadang nak ambil 'Dinner Plate' sebab biasanya Sk makan seketul jer ayam kfc tu. Lagi dua ketul, Iman boleh makan.. gituuuu.

Masa memandu tu, tetiba Sk teringat.. bulan puasa lepas, Sk ada tapau kfc di tempat yang Sk tuju ni. Masa tu kfc ada promosi ramadhan, kari-kari rangup. Iman ambil set yang ada dua ketul ayam goreng, kentang dan nasi macam tulah. Iman ni memang sukakan nasi kfc tu. Tapi sedihnya bila tiba waktu nak makan tu, nasi tu tak ada. Tak dimasukkan dalam bungkusan set Iman. Punyalah sedih nasib tak kempunan. Sk ada buat komplen dalam page fb kfc Malaysia (saja jer tulis kat ruangan komen dalam satu posting kfc) dan disuruh membuat aduan melalui email tapi Sk malas nak tak hantar.

Jadi, sepanjang jalan tu Sk fikir, nanti bolehlah Sk komplen dengan staf kfc tu. Bukanlah nak tuntut nasi semangkuk tu cuma nak mengingatkan mereka supaya jangan lalai masa bekerja sehingga tertinggal apa yang sepatutnya dimasukkan dalam kotak makanan pelanggan. Rasanya itu bukan kali pertama Sk kena. Ada jugak sekali dua.. ialah.. Sk pun jarang sebenarnya beli kfc ni. Ops, bukan kfc jer tau. McD pun sama selalu tertinggal pesanan kita. Sebab tu kena periksa beg kita bila nak tinggalkan kaunter pandu lalu tu. Cuma kfc ni dalam kotak, kan.. tu malas nak periksa semula.

Okey, berbalik pasal kfc tadi, Sk bercadang nak pesan di kaunter pandu lalu sahaja. Sebaik sahaja sampai ke laluan tu, Sk pun berhenti dan menurunkan cermin tingkap. Tetiba terdengar suara yang agak kasar menyambut kedatangan kami...

"Order?!"

"Bagi 'dinner plate' satu set..."

"Spicy?!"

"Ya, spicy," dalam hati.. garangnya budak ni. "Tak nak kepak dengan peha ya."

"Okey, spicy tak nak kepak dengan peha. Air?!"

"Urmmmm.. co.... aaa.. coke," yakin ke ada air coke kat kfc???

"Pepsi?!"

"A a.. ya.. pep si," uit.. takut kita wak sebab salah sebut air.. kui kui.

"Tak nak ais?!"

"o ok.. tak... nak ais."

"Ada nak tambah?!"

"Aaa.. chee.. zy wedges satu."

"Ok, cheezy wedges satu.. pergi bayar ke kaunter 2 ya!"

Gulppp!!

"Garangnya staf yang jaga kaunter depan ni.. datang bulan ke apa???" tanya Iman.. huhuhu.

"Entah, suara macam pompuan penkid je," tuduh Sk.. hohoho.

Lama jugak kami menunggu di kaunter 2, padahal bukan banyak sangat yang dipesan. Dahlah cermin gelap.. tak nampak pun ada orang ke tidak. Bila nampak kelibat staf kfc membawa plastik menuju ke tingkap, Sk cepat-cepat menurunkan tingkap. Berdasarkan uniform yang dipakai, Sk percaya beliau adalah penyelia di restoran cawangan tersebut dan bukan staf yang mengambil pesanan tadi.. sebab lelaki. Yang ambil pesanan tadi perempuan.

Beliau menyebut harga sambil menghulurkan bungkusan. Sk hulur RM50 sekeping. Semasa beliau memulangkan baki, Sk menyatakan kekecewaan Sk tentang layanan yang kami terima tadi.

"Garang betul kawan awak yang ambik 'order' tadi."

Beliau menoleh ke dalam sekejap dan memandang Sk semula, "Garang? Tu staf saya.. biasa aje."

"Mana biasa.. garang tu.. takut saya nak datang sini lagi. Okeylah.. terima kasih ya." Jawab Sk sambil melambai tangan dan menaikkan cermin tingkap. Terus terlupa nak cakap pasal nasi.

p/s Sk pun garang jugak tapi bukan garang membabi buta.. huhuhu.





Tuesday, August 9, 2016

SARDIN MASAK LEMAK CILI API DENGAN PUCUK UBI

  Assalamualaikum...
 
 
DI SEKOLAH Iman, ada seorang kawannya yang hampir setiap hari membawa bekalan yang dibungkus dalam kertas pembungkus nasi dan lauknya dibungkus dalam plastik.
Pada mulanya, Iman fikir kawannya membeli dari gerai di sekitar rumah,
rupanya ibunya sendiri yang memasak.
 
"Nur, (bukan nama sebenar) apa kata kau bungkuskan makanan untuk aku jugak kalau mak kau masak, nanti aku bayarlah," pinta Iman yang setiap hari terliur melihat bekalan Nur.. hahahah.
Iman memang selalu terliur melihat bekalan Nur tambah lagi bila dibungkus dalam kertas begitu.
 
Permintaan Iman itu turut disokong oleh beberapa kawannya yang lain.
Ibu Nur akhirnya bersetuju untuk menerima tempahan makanan dari kawan-kawan sekelas Nur.
Alah.. bukan ramai pun, tiga empat orang sahaja.
 
Kadang-kadang mereka dibekalkan ayam masak lemak cili padi.
Kadang-kadang sotong goreng kunyit.
Semuanya cuma RM2 sahaja.. kenyang sampai tengahari kata Iman.
Ada jugaklah ibu Nur masak telur goreng mata kerbau dengan kicap tapi yang itu Nur tak jual sebab ibu Nur kata 'simple' sangat.
 
Satu hari, Ibu Nur membekalkan mereka dengan Sardin Masak Lemak Cili Api dengan Pucuk Ubi.
Fuhhhhhh.. berpeluh-peluh makan, kata Iman.
Sedapppppp bonda.
Tapi sardinnya Iman bagi pada kawan sebab Iman tak makan sardin.
 
Isk.. bonda peminat sardin ni terliur pulak dengar cerita Iman.
Bonda pesan, kalau ibu Nur nak masak macam tu lagi, mintak bungkuskan lebih untuk bonda.
Hari ini balik dari sekolah, Iman menghulurkan bungkusan Sardin Lemak Cili Api pada bonda.
Sukanya bonda.. terus ke kantin beli nasi dengan sambal belacan.
 
Terkejut bila lauk dicurah ke dalam mangkuk.
Terfikir untung ke ibu Nur meniaga dengan lauk sedemikian rupa.
Mungkin untungnya ada, tapi penatnya dia tidak berkira.
Semoga kesihatan ibu Nur baik-baik sahaja
atas jasanya menunaikan permintaan kawan-kawan Nur
yang menggemari masakannya.
 
Memang sedap, cukup lemak masin dan pedas masakan ibu Nur.
Patutlah budak-budak ini suka.

Monday, August 8, 2016

MESIN TART PANAS-PANAS

Assalamualaikum...

ADA ni....

Kalau ikutkan banyak benda nak cerita.. gambar pun ada kalau nak buat cerita, tapi tak tahu nak mula dari mana.. hihihihi. Jap ya... cari ilham.


gambar hiasan
Oh ya... siapa-siapa yang perlukan segera mesin tart untuk mengaktifkan pengeluaran anda, Sk ada stok ya.. tak banyak. Siapa cepat dia dapat.. cepat-cepat! Ni kalau habis, nescaya anda kenalah menunggu lagi sepurnama.

Boleh terus whatsapp Sk di nombor 0127844524
sekali lagi 0127844524






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda Sukakan Ini?