MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Monday, October 23, 2017

MEE KUAH TULANG

Assalamualaikum...

TAMAT sudah sesi percutian sempena perayaan Deepavali minggu lepas.  Minggu ni ramai yang dah kembali bekerja,  anak-anak pun dah kembali ke sekolah malah ada yang sedang menghadapi peperiksaan akhir.

Sk sekeluarga kali ini memilih untuk pulang ke kampung halaman Encik Rizar sempena cuti panjang.  Sebenarnya walaupun kali terakhir balik kampung pada Jun lepas (raya Aidilfitri)  tapi kami tak tidur di rumah mak.  Jadi,  kali ni kami tidur puas-puas di kampung..  Hahaha.


Disebabkan kami dah kehabisan stok ikan bilis
Maka, Tanjung Dawai merupakan salah satu destinasi wajib kali ini. 
Dalam perjalanan tu,  ternampaklah kedai makan Mee Kuah Tulang ni. 
Jadi,  lepas beli ikan bilis teruslah ke sini. 
Selain tulang,  anda boleh juga memilih daging atau ekor.  
Yang ini pinggan Iman,  Iman pilih Mee Kuah Daging. 

Dan ini pinggan Sk. 
Sk pilih Mee Kuah Ekor. 
Pak Inche pun tiru jugak nak Mee Kuah Ekor. 
Pas tu,  tengah Sk sedap-sedap ratah ekor tu,  dia boleh cakap,  ekor yang besar tu kat buntut lembu.  Kuang asam betul! 

Nak datang sini,  senang aje. 
Nama kedai ni Mee Kuah Tulang Singkir Darat. 
Singkir Darat ni nama kampung atau tempat nilah.  
Ada banyak sebenarnya kedai Mee Kuah di jalan menghala ke Tanjung Dawai ni dan Kedah memang popular dengan mee kuahnya kan. 

Rasa? 
Ada iras-iras Mee Racun yang terkenal di Batu Pahat tu..  Dan bagi Sk tidak mengecewakan.  Alhamdulillah. 

Sunday, October 15, 2017

INAYAH - AKU MAHU PULANG

Assalamualaikum...



Alhamdulillah.

Akhirnya, Telemovie INAYAH akan ditayangkan di Astro Citra pada hari Ahad,  22 Oktober 2017 jam 10 malam,  akan datang.  

INAYAH merupakan idea asal dan skrip ditulis oleh Umie Isa dan telefilem diarahkan oleh Faisal Ishak.
Berkonsepkan BACA dan TONTON, 
maka saya menjemput kawan-kawan semua membaca Novel Inayah dan kemudian menontonnya di saluran ASTRO Citra pada waktu tayangannya nanti.  

Barisan pelakon: Azhan Rani- Sari Yanti-Rosnah Johari- Aliff Satar-Farish Ayden- Arissa Afrinna- Corrie Adam dll.

Kesukaran yang paling utama sewaktu 'menterjemah' skrip dan telefilem ini kepada bentuk novel ialah - bagaimana Novelis Maria Kajiwa mahu 'memariakajiwa'kan kisah ini.

Harapan Maria Kajiwa agar pembaca berpuas hati dengan persembahannya kali ini. Masih mampu 'merasa' air tangan beliau dan 'mendengar' suara beliau melalui setiap baris ayat yang disusun dalam novel yang diadaptasi dari skrip telemovie ini. 

Saya selaku AJK Maria Kajiwa Group atau dikenali sebagai Maria Kajiwa Fan Club (MKFC)  ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang setia menunggu dan memberikan sokongan sepanjang perjalanan ini. Sebuah pengalaman bagi kami sebagai kenangan untuk anda.

Anda boleh mendapatkan novel Inayah dengan menghubungi jk unit jualan kami Pn Zully Azizan di 0123312141.

Sekali lagi,  jangan lupa saksikan Telemovie Inayah di Astro Citra pada hari Ahad,  22 Oktober 2017 jam 10 malam. 

#MKFCGP

Friday, October 13, 2017

TOMBIRUO : PENUNGGU RIMBA

Assalamualaikum...

PUAS! 
Itu yang dapat Sk ucapkan selepas tamat menonton filem yang Sk tunggu sejak membaca novelnya lebih kurang dua puluh tahun lalu.  Walaupun masa tu jarang sekali sebuah novel diadaptasi ke layar perak namun sebagai pembaca yang begitu menghayati watak dan terjun ke dalam cerita,  Sk sering membayangkan watak-watak utamanya jika naskhah ini diangkat sebagai sebuah filem atau drama.  Hurmmm..  Memang kuat berangan sejak dulu rupanya,  huwa huwa huwa. 

Sejak mendapat khabar bahawa penulis novel thriller dan prolifik nombor 1 Malaysia,  
Ramlee Awang Murshid bertemu sendiri dengan Pengarah Nasir Jani bagi menyatakan hasratnya menghidupkan watak utama Tombiruo : Penunggu Rimba ke dalam sebuah filem,  Sk mula teruja. Bila sahaja mendapat tahu Zul Ariffin dipilih memegang peranan sebagai Ejim maka Sk semakin tidak tentu arah..  Kah kah kah. 


Sk memilih tayangan pada jam 8.40 malam kerana Iman terlibat dalam satu pertandingan pementasan drama di Expo Johor Berkemajuan semalam.  Jadi,  kenalah tunggu dia balik sekolah dulu.  Cuma pergi berdua sahaja dengan Iman sebab Encik Rizar bertugas di luar kawasan.  
Terkejut juga masa nak beli tiket tu sebab  sebahagian kerusi dalam panggung telah penuh. Akhirnya Sk memlih tempat duduk tiga baris dari hadapan.  Bagus jugak sebab tak ada orang lalu lalang depan kita.


Tengok,  masih pakai baju kurung yang Sk pakai siang ke pejabat sebab memang tak balik ke rumah langsung. Walaupun dekat je dengan rumah tapi boleh makan masa hampir sejam juga kalau berpatah balik,  buat penat jer nanti.  Lagipun setiap petang khamis memang Sk akan jumpa ibu dulu di Senai. Jadi janganlah terkejut tengok Sk pakai baju kurung tengok wayang,  hahaha. 

Review :
(Dipetik dari fb Sk sendiri) 


Semua orang tahu filem ini merupakan adaptasi dari novel penulis thriller no 1 Malaysia Ramlee Awang Mursyid berjudul Tombiruo : Penunggu Rimba dan sejak membacanya lebih kurang 20 tahun lalu saya sangat suka dengan watak Ejim yang merupakan hero dalam novel.


Tombiruo : Penunggu Rimba mengisahkan tentang seorang bayi yang dihanyutkan ke sungai apabila cuba dibunuh oleh bapanya sendiri. Bayi berwajah bukan manusia itu ditemui oleh seorang bekas perajurit yang memeliharanya dengan kasih sayang seorang ayah yang menamakannya Ejim dan dibekalkan dengan ilmu pertahanan diri. 
Semakin meningkat dewasa Ejim sedar bahawa kampung dan hutan tempatnya berlindung kian terancam dengan rancangan pembinaan empangan. 


Dalam masa yang sama, seorang wartawan, Wan Suraya cuba menyelongkar komplot di sebalik pembinaan empangan tersebut yang akhirnya menjadi titik pertemuan antara Wan Suraya dan Ejim. 
Satu kesilapan apabila sebuah novel diangkat ke layar perak adalah apabila pengarah cuba untuk memuatkan keseluruhan bab dalam novel ke dalam skrip filem yang berdurasi selama dua jam.  Ini menjadikan rentak filem seperti terkejar-kejar dan adakalanya macam kartun.  Namun dalam filem Tombiruo, pengarah bijak memilih plot demi plot sehingga tidak merosakkan cerita dalam novel itu sendiri.  Walaupun sedikit kecewa kerana beberapa babak menarik dalam novel yang juga penting bagi saya tidak diwujudkan dalam filem ini namun ia masih tidak merosakkan cerita yang hendak disampaikan kepada penonton.  
Filem ini sarat dengan aksi sehinggakan saya hampir terlupa untuk menelan air liur setiap kali tiba babak pertarungan.. Hahaha. Ya,  saya peminat filem aksi walaupun korang nampak macam Mak Inche sangat,  kah kah kah. Kesan khas seperti pergerakan akar kayu dan pokok-pokok hutan sebagai lambang 'semangat hutan' yang berkait dengan Tombiruo begitu mengagumkan. Ada sedikit babak yang membuatkan saya dan sebahagian penonton tergelak namun ia tidak menjejaskan mood saya untuk terus menonton. 
Selain aksi,  saya sukakan sinematografi dan keindahan flora dan fauna yang mewarnai filem ini terutama Gunung Kinabalu yang megah menjadi latarbelakang di Hutan Keningau di mana pondok Ejim didirikan.


Selepas digandingkan dalam J Revolusi, nyata Zul Ariffin dan Farid Kamil sememangnya punya chemistry.  Nabila Huda tetap hebat seperti selalu.  Saya juga sukakan penampilan Faizal Hussein,  Datuk M Nasir dan Datin Marlia Musa dalam filem ini. Rasanya inilah pertama kali filem adaptasi novel yang tidak mengecewakan saya sebagai antara ribuan pembaca Tombiruo. Ada yang bertanya saya,  adakah Ejim akan membuat rawatan pembedahan plastik seperti dalam novel,  jawapan saya anda harus menontonnya sendiri. 
(perlu diingatkan filem ini adaptasi dari Tombiruo : Penunggu Rimba dan
 bukan bergabung dengan Tombiruo Terakhir)


Terima kasih kepada Saudara Ramlee Awang Murshid, pengarah Nasir Jani dan Seth Larney serta Layar Sunan kerana menjadikan impian kami melihat Ejim di layar perak menjadi kenyataan.

Sk bagi 5 bintang!

Wednesday, October 11, 2017

NASI BAMBOO RENDANGAN CHERRY

Assalamualaikum...

BURPPP! Alhamdulillah.. Baru lepas menikmati Nasi Bamboo Rendangan Cherry.
Macam nilah Sk kalau ditugaskan mengambil Iman balik dari sekolah.
Biasanya memang Encik Rizar yang ambil tapi disebabkan ER ada hal maka kenalah Sk yang mengambilnya. Ambil pula waktu makan tengahari di kala perut sedang lapar
maka kita tukar seleralah. Asyik makan di kantin kolej pun kadang-kadang jemu jugakkan.

Image may contain: food

Sebenarnya dah lama nak makan di sini lepas dikongsikan oleh Mama Maszull.
Warung ni pun tak jauh dari pejabat Sk tapi nak ke sini jem ya amat
tu yang malas nak keluar.
Masa Sk sampai ni waktu makan dah hampir tamat tapi dapatlah jugak merasa kambing dan ayam bakar yang masing-masing tinggal seketul.
Cicahannya sos black pepper dan sambal belacan yang rasanya tidaklah mengecewakan.
Lepas ni tak payah lagi nak berebut-rebut makan di Sg Klah sana
JB pun dah ada.. yey!!

Monday, October 9, 2017

RESIPI SAMBAL SOTONG REX

Assalamualaikum...


Pertama kali cuba masak sotong dalam tin berjenama rex ni. Sebelum ni pernah beli jenama lain tapi tak sedap,  bila baca kat blog-blog ramai yang ceritakan nostalgia sotong rex ni,  maka Sk pun cuba beli satu tin kecil sahaja. 
Dah nak masak baru perasan di tinnya tulis  sambal sotong. Alamak,  hantam sajalah. 
Sebabnya Sk dah siap sediakan bawang putih cincang,  bawang besar potong bulat dan hirisan cili hijau seperti cara masakan yang disyorkan ramai. 


Rupa-rupanya kuah sambal yang dimaksudkan hampir sama rasanya dengan kuah sos tomato yang biasa digunakan dalam tin sardin. Memang sebijik rasanya dan sedap betul makan dengan nasi panas-panas tanpa lauk lain termasuk sambal belacan. 

Sambal Sotong Rex 

1 tin kecil sotong rex (sambal) 
3 ulas bawang putih cincang
1 labu kecil bawang besar potong bulat
2 cili hijau dipotong kasar
Sedikit hirisan halia
Minyak untuk menumis

Caranya

Panaskan minyak dalam kuali
Tumis bawang putih dan halia hingga wangi
Masukkan sotong (potong kecil)  bersama sosnya, bawang merah dan halia.
Kacau beberapa minit. 
Siappppp!! 

Dah..  Pi senduk nasi cepat! 

Thursday, October 5, 2017

MAKAN DI ONG SHUN SEAFOOD RESTAURANT

Assalamualaikum...

CERITA makan lagi,  kali ini di Ong Shun Seafood Restaurant yang terletak di Jalan Abdul Samad berhampiran dengan Sedap Corner dan Thistle Hotel.  Sk rasa sekurang-kurangnya dah tiga kali jugak kami ke sini dalam tempoh sebulan dua,  hahaha. Kami suka ke sini sebab masakannya sedap dan harganya sedikit murah berbanding dengan restoran makanan laut yang lain. 


Ong Shun ni dah lama dibuka dan ER tahu mengenainya selepas pejabatnya mengadakam jamuan di situ.  Macam biasa,  lepas rasa sedap kenalah bawa family pulakkan. 

Juadah pertama yang sampai ke meja adalah makanan kegemaran Sk,  apalagi kalau bukan Sotong Telur Masin. 
Wallaweiiii..  Sungguh berperisa,  lemak berkrim disukai ramai. 
Sotong digoreng tepung dan dicurahkan pula sos mentega dan telur masin yang melimpah namun tidak menghilangkan rangup gorengan sotong tu. 


Ini pula makanan kegemaran ER,  
Baby Sotong Goreng Madu. 
Sangat sedap dengan rasa baby sotong yang rangup bersama sos madu yang secukup rasa memang sungguh menepati citarasa kami. 


Lemon Chicken makanan kegemaran Iman. 
Ayam goreng tepung bersama sos lemon namun sosnya agak cair..  Pendek kata kurang sedaplah..  Kecewa Iman nampaknya. 


Siakap Stim ala Hong Kong
Sedap juga tapi stim Hong Kong bukan masakan kegemaran Sk. 
Sk lebih suka masak Sam Rock baru rock bro! 


Nampak ada pau goreng dalam menu terus mintak. Memang sedap tapi sayang kuah kena beli lain.  Makan ajelah cicah dengan kuah sotong telur masin,  hahaha. 


Dah lama tak minum minuman manis,  Sk minta Jus Markisa. 
Ya Allah  manis melekat rasa buah markisa,  tak kedekut langsung dia bubuh.
Pilihan Iman macam biasa,  Sirap Bandung la..  Hehehe. 


Kali kedua makan di Ong Shun. Masa ni Iman tak ada, tekak ingin nak makan masakan mee gitu. Kuey Teow Kantonis untuk Sk,  ER makan Kuey Teow Goreng kot,  lupa plak,  haha. 


Shark Fin Soup kegemaran ER
Sk kurang minat,  jamah sikit aje.
Banyak giler,  sudahnya tak habis,  tapau laaa. 
Kalau ada Iman pun dia bukannya makan,  hehehe. 


Sotong Telur Masin memang wajib ambil.. 
Tak tahu kenapa suka sangat makan sotong telur masin ni,  hehehe.  


Kali ketiga datang, 
Sotong Telur Masin kesayangan Sk
Kah kah kah
Rasa hati cam nak mengulang lagi pulak malam ni,  hehehe


Cuba menu baru,  Ayam Mango
Mula tak ambil gambar tapi sedap sangat terus suruh Iman ambil gambar
Ayam tinggal separuh tu,  hehehe. 
Eh,  jomlah pergi lagi,  nak??? 

Monday, October 2, 2017

MAKAN DI STOP ZONE CAFE

Assalamualaikum...

WAAAA..  macam pandai sangat masak banyak komplen itu tak kena ini tak kena Sk ni ek? Hahahaha.

Eh,  memanglahkan,  kalau sedap kita cakap sedap,  tak sedap takkan nak cakap sedap,  kan.  Tak sedap di tekak kita, mungkin juga sedap di tekak orang,  sedap di tekak kita belum tentu sedap di tekak orang,  sedap tu kan subjektif,  gituuu.


Baiklah,  kali ini Sk nak bawa anda ke sebuah cafe yang baru dibuka terletak di Taman Damansara Alif. Nak kata baru sangat tu,  taklah jugak,  mungkin beberapa bulan yang lepas.  Cafe ini terletak berhampiran dengan pejabat Sk,  setiap hari Sk akan lalu di hadapan bangunan cafe ni dan ia dibuka di kawasan baru juga.  


Sebenarnya ini merupakan kali kedua Sk ke sini.  Yang kali pertama tu Sk tak blog di sini lagi tapi mujurlah Sk masih rajin nak ambil gambar,  hehehe. 
Persepsi Sk pertama kali ke sini ialah rasa kagum dengan tema yang diketengahkan. 
Berkonsepkan warna hitam yang gelap di dinding dengan coretan menu menggunakan kapur,  namun pemilik cafe bijak memadankannya dengan set meja dan bangku dari papan palet (betul ke eja ni?) 
Rasa hipster gitu. 
Sk juga agak terkejut kerana cafe ini menyajikan pelbagai jenis menu local dan western yang mana ia boleh didapati sepanjang hari bukan hanya pada masa tertentu sahaja tau. 


Disebabkan masa ni Sk sedang diet nasi (kununnnn) maka Sk memilih untuk makan Fish & Chips. 
Sebaik dihidang ke meja sekali lagi Sk terkejut dengan potion yang besar dibandingkan dengan harganya.  Sedap juga..  Memang tidak mengecewakanlah. 


Pilihan Iman pula,  Nasi Ayam Penyet. 
Bentuk love terus Iman terpesona. 
Persembahan mantap dengan rasa yang hebat,  Alhamdulillah. 


Teh Tarik Madu untuk Iman. 
Tarik jangan tak tarik,  Ahaks! 


Ini kali kedua ke sini..  Lepas tu cepat-cepat blog sebab nak bagitahu memang Stop Zone Cafe adalah antara cafe terbaik menyajikan hidangan western yang pernah Sk singgah. 


Sizzling Cheesy Grill Beef.
Steak Daging Lembu yang dihidangkan bersama wedges,  bunga kubis, hirisan carrot dan jagung.  Dicurahkan pula sos yang saaaaaaangat sedapppppp!!!! 

Haaaa..  Bukan senang tau Sk nak puji. 
Memang giler sedap sampai licin sos tu Sk selet dengan steak malah kawan Sk yang sama-sama makan pun cakap sedap tau. 


Yang ini pula Spaghetti Aglio Olio. 
Yang ni bagi Sk okey okey sajalah,  agak kering dan rasa macam mee kuning sikit,  hehehe. 


Lain kali datang lagi nak order Big Plate ni pulak.  Macam-macam ada dalam set ni tau. 
Siapa nak ikut? 
Jommm!! 

MAKAN DI RESTORAN RANGKAIAN WAK RADOL

Assalamualaikum...

CERITA pasal makan lagi,  boleh?
Hehehehe.


Wak Radol,  siapa yang tak kenal,  kan? Kalau daerah Kajang di Selangor terkenal dengan Sate Hj Samuri,  Johor Bahru pula terkenal dengan sate Wak Radol.  

Wak Radol memang terkenal di kalangan warga Johor Bahru dengan rasa satenya yang sedap dan cukup rempah serta kuah kacang yang enak.  Pendek kata,  setiap kali gaji mesti nak cari sate Wak Radol.  Nak raikan apa-apa mesti nak sate Wak Radol..  Gituuu. 

Itu dululah,  masa zaman belum ada cafe-cafe hipster. Sekarang ni dah banyak pilihan nak makan di mana namun bagi Sk sate Wak Radol masih relevan lagi di JB ni. 

Dahulu,  Sate Wak Radol ni dibuka di Kempas namun bagi memenuhi permintaan ramai dan melebarkan empayar,  ia telah membuka beberapa cawangan baru.  Oh,  ya..  Wak Radol dah lama tak ada jadi anak-anaknyalah yang kini meneruskan tradisi Wak Radol (Al-Fatihah).

Kali ini Sk pergi ke Restoran Rangkaian Wak Radol yang dibuka di Taman Sri Skudai. Tak silap Sk cawangan ini baru dibuka dalam tahun ini juga. Setiap hari Sk melalui jalan ini dan setiap hari rasa macam dilambai-lambai untuk singgah,  hahahah. 


Walaupun hari-hari lalu tapi tak pernah berpeluang nak singgah. 
Belum rezeki agaknya... 

Disebabkan restoran ini terletak di laluan balik kami,  maka biasanya kami dah makan di tempat lain. 
Kadang tu kami dah plan nak masak di rumah. 
Kadang memang plan nak singgah tapi restoran tutup. 
Macam-macam kan..  Dahlah ada kawan cerita Mee Bandung Wak Radol sedap,  lagilah membuak-buak hati nak makan. 
Sk ni memang tak boleh dengar pasal mee bandung sedap,  mesti nak cari dan rasa sendiri.  Kalau Air Bandung sedap tak lah heran sangat,  kih kih kih. 


Akhirnya semalam dengan satu tekad dan matlamat,  Sk berjaya singgah makan di sini berdua dengan Iman.  Padahal dah janji dengan Encik Rizar nak masak kari ayam dengan ayam goreng,  kah kah kah. 

Haaa..  Kalau nak tahu selain terkenal dengan satenya,  restoran WR juga mempunyai pelbagai menu masakan panas yang lain dan juga Yong Taufu.  Shell Out pun ada.  Tapi semalam Sk memang teringin nak makan mee bandung jadi memang tak pandang dah menu lain. 

Sedap ke Mee Bandung WR?

Sedap..  tetapi kurang asli.
Bagi Sk,  mereka tak memasak menggunakan cara sebenar memasak mee bandung Johor, 
Namun begitu Sk sukakan rasa kuah yang agak pedas dan telur separuh masak tu. 


Dah pergi ke sini,  maka wajiblah ambil sate. 
Ambil sepuluh cucuk aje sate campur.
Secucuk sate di sini 90 sen..  Wowww sangat
Tak padan dengan saiznya yang semakin kurus,  huhuhu. 


Sunday, October 1, 2017

MAKAN DI MAK LAM SEAFOOD

Assalamualaikum...

KALAU rasa nak makan, jauh-jauh pun sanggup pergi.  Kali ini kami ke Mak Lam Seafood yang terletak di Teluk Sengat.  Teluk Sengat ni suatu ketika dulu juga dikenali sebagai Johor Lama.  Ramai yang kata Mak Lam antara gerai yang menyediakan hidangan sedap di Teluk Sengat.

Pernah beberapa kali ke Teluk Sengat tapi tak ingat pernah makan di Mak Lam ke tidak,  hehe.  Okey,  kali ni kita cubalah,  betul ke sedap giler makan di Mak Lam ni.
Sebenarnya sebelum tu kakak Sk,  Angah post gambar makan nasi goreng berlauk di Mak Lam tu yang meronta-ronta hati nak pergi,  huhuhu. Kami pergi makan di gerai Mak Lam depan jeti tu. 


Tak seperti yang dibayangkan langsung ya
Kalau macam ni lah ropenyer baik kami makan di JB aje.
Sebabnya ingatkan udang tu dia buat lauk letak tepi nasi goreng,  gitu. 
Udang tu ada dalam 5 ekor dalam nasi goreng. 


Nasi Goreng Special Teluk Sengat
Ingatkan apalah yang special.. 
Bagi Sk ini langsung tak special.
Sama dengan rasa nasi goreng Iman cuma yang ni ada udang 2 ekor,  ketam separuh dan hirisan sotong,  daging dan ayam. 


Encik Rizar minta nasi putih dengan lauk Sotong Sambal dan Kailan Ikan Masin. 
Okry,  dua lauk ni sedap,  dapatlah kami mengecek lawankan dengan nasi goreng kami tu. 


Minta jugak Siakap Tiga Rasa.
Ikan siakap digoreng sempurna dicurahkan sos tiga rasa
Tapi bagi Sk macam Sweet Sour aje,  rasa pedas tu cuma datang dari cili padi potong dalam sos tomato,  hurmmm. 
Tapi Iman suka pulak. 

Yang kami bayangkan... 


Nasi goreng berlauk macam ni
Dan ini Nasi Goreng Special Teluk Sengat yang Izzat dapat..  Ishhh..  Apasal menu diorang tak standard yek,  sekejap begitu..  Sekejap begini. 


Nasi Goreng Siakap Sambal
Ni Abang Jamal punya masa pergi makan minggu sebelumnya. 
Tu yang kami ingat nasi goreng semua akan dapat jenis berlauk macam ni. 

Bila bayar tak ada resit ya
Macam kat kedai mamak,  kita kena sebut balik menu apa yang kita makan barulah dia kira dengan calculator,  huhu


Thursday, September 28, 2017

FREEZY LAYER CAKE

Assalamualaikum...


PERTAMA kali rasa terus jatuh cinta. 
Bukan tak biasa makan kek lapis gulung tapi Benji Roll Cake keluaran MyTiff Bakers ni memang sedap.  Sk cuba semua perisa memang semuanya sedap kalau boleh nak beli semua,  hehehe.


Benji Roll Cake ini merupakan frozen layer cake atau kek lapis sejuk beku.  Tapi jangan risau walaupun ia frozen tapi boleh terus dimakan tanpa perlu diletakkan di suhu bilik dan ia tidak pula cair. 

Benji Roll Cake terdapat dalam tujuh perisa iaitu blueberry,  strawberry,  coklat,  chocoberry,  durian, benji dan neopolitan. 
Bagi anda yang berada di sekitar Johor Bahru dan Singapura sekarang ini Benji Roll Cake sedang membuat promosi di ruang legar Aeon Jusco Tebrau dengan harga istimewa.
Atau anda juga boleh menghubungi nombor berikut untuk tempahan dan pertanyaan. 

0163759996

Rugi tak rasa tau! 


Wednesday, September 27, 2017

RESIPI SAMBAL HIJAU MELETOPS

Assalamualaikum...

DUA hari berturut-turut inilah lauk Iman untuk makan malam.  Sk sengaja buat banyak sebab kami semua memang hantu sambal,  ekekek.  Sambal ni tak pedas jadi boleh makan banyak.. Hehehe.


Sambal Hijau Meletops

8 tangkai cili hijau
1 tomato sederhana besar
1/2 labu bawang besar (cincang halus) 
3 ulas bawang putih (cincang halus) 
1 sk belacan hancurkan
garam secukup rasa
1 sb rata gula pasir
2 sb jus limau
Minyak masak secukupnya

Cara-cara :
1. Rebus cili hijau dan tomato,  kisar kasar
2. Panaskan minyak masak,  tumis bawang besar dan bawang putih. 
3. Masukkan bahan kisar,  kacau rata. 
4. Masukkan bahan-bahan lain,  perisakan garam.  Masak sehingga pecah minyak. 
5. Siappp! 


MEE KUAH TULANG

Assalamualaikum... TAMAT sudah sesi percutian sempena perayaan Deepavali minggu lepas.  Minggu ni ramai yang dah kembali bekerja,  anak-ana...