MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Monday, January 23, 2017

KEK TEMA ZIRAFAH AKA KWANG SOO

Assalamualaikum...

ALHAMDULILLAH.. akhirnya dapat jugak merealisasikan hajat Iman nak menyambut hari jadi di rumah dengan juadah yang disediakan oleh Sk sendiri. Kalau tahun lepas, dia bersedih kerana katanya hari jadi yang paling tak meriah, tahun ini bukan main happy lagi tambahan pula tarikhnya jatuh pada hari cuti kelepasan am. Sk sediakan masakan yang mudah sahaja. Disebabkan ER kena bertugas malam tu, jadi jamuan Sk anjurkan selepas waktu solat Jumaat.  Sk sediakan makanan tengahari iaitu Nasi Putih, Kari Ayam, Sambal Tumis Sotong, Sayur Campur, Sambal Belacan, Ulam Timun dan Spaghetti Carbonara. Macam biasa jemput adik beradik aje, tak berani lagi nak mengundang tetamu yang ramai, hahaha.

Image may contain: 1 person

Kek hari lahir Iman kali ini bertemakan zirafah. Kenapa Zirafah?
Sebab Iman ni peminat Kwang Soo (Running Man) yang dikaitkan dengan zirafah.
Sekarang ni kalau nampak apa-apa barang yang berbentuk zirafah atau ada gambar zirafah mesti nak dibawa balik. Kek ini Sk tempah dari Seri Bakery dan sebenarnya Iman tak tahu pun yang Sk minta Seri buatkan kek bertema zirafah. Bila nampak jer kek ni, terus dia menjerit-jerit dan melompat-lompat. Nasib baiklah rumah bawah, kalau rumah bertiang silap-silap boleh roboh dibuatnya, hahaha.

Image may contain: 1 person

Runner bercorak kulit zirafah tu Sk tempah khas dari Wan yang mengampil tempahan edible image. Disebabkan ukurannya cuma bersaiz 7" x 11" iaitu sebesar kertas A4 sahaja, jadi Sk mintak Seri Bakery potong dua memanjang dan dibentang di atas kek seperti runner meja bulat. Riben biru tu kalau ikutkan Sk dah terlupa nasib baik Seri ingat perbincangan kami sebelum ini, riben biru besar di keliling kek dengan angka 16 yang besar jugak didirikan di atas kek. 

Image may contain: 1 person

Seri juga menawarkan untuk membuat replika zirafah untuk diletakkan di atas kek dan hasilnya.. wowwwwwwww.. terbeliak mata Sk dibuatnya. Tu yang Iman meloncat-loncat tu, hehehe.

Image may contain: 1 person

Tengok tu, Cik Lang pun sibuk nak bergambar dengan Iman.

Image may contain: 3 people, people standing

Bonda, Iman dan Babah.
Jadi anak yang sentiasa membanggakan keluarga ya Iman.

Image may contain: 3 people, people sitting

Indah (sepupu), Iman dan Nenek.

Image may contain: 4 people, people sitting

Sepupus!
Indah, Iman, Ilham dan Izzat

Image may contain: 1 person

Eh, dapat hantaran???
Terima kasih Cik Ani!

Image may contain: 5 people, people sitting and indoor

Masa untuk potong kek, Iman tak nak tiup lilin.

Image may contain: 2 people, people smiling, people sitting and food

Cik Ani

Image may contain: 3 people, people smiling, food

Eh, ibu!

Image may contain: 1 person, sitting

Tak sabar nak makan kek!

No automatic alt text available.

Kek sedapppp.. Alhamdulillah!

No automatic alt text available.

Aminnnn Ya Robbal Alamiiinnnn.

Siapa nak tempah bolehlah menghubungi Seri Bakery yang beralamat di Kempas, Johor Bahru.
01125801951



Sunday, January 22, 2017

MISI BUANG LEMAK

Assalamualaikum...


MANA tahan, baju saiz XXXL pun dah mula sendat. Malah baju kurung yang baru beberapa bulan dipakai pun dah mula menyakitkan otot. Susah nak bergerak sebab kemuatannya dah terlebih dari kapasiti yang sepatutnya, muahahaha. Misi buang lemak wajib dimulakan segera, jangan tidak-tidak!

Image result for gambar makanan kalori tinggi

Sejak hampir tiga bulan lepas, Sk dah mulakan misi diet walaupun tidak sepenuhnya.
Kalau dulu setiap pagi di pejabat, SK bersarapan mee goreng, bihun goreng, nasi goreng, nasi lemak dan sebagainya, kini no no no. Semua itu Sk dah hentikan. Sk juga banyak minum air kosong yang dicampur chia seed dan mengurangkan pengambilan nasi. Alhamdulillah.. Sk berjaya buang hampir 8 kilo jugak. Perut walaupun belum rata sepenuhnya tapi dah tak rupa spare tyre. Harap tak ada lagi orang tanya, mengandung ke??? Nangis Sk tau, huwahuwahuwa.
Berat sebenar masih rahsia.. tunggu kejayaan dulu. Kalau tak berjaya jugak, selamanyalah rahsia, hehehe.

Sekarang ni hari-hari kena elakkan makanan yang berkalori tinggi. Kalau teringin sangat tu kita makanlah secebis, jangan makan satu hidangan pulak, hihihi.

Kalori Oh Kalori!
Murtabak/mutton – 1 piece – 722 kalori 
Cheese Cake – 1 slice – 400 kalori
Roti Telur & Dhal – 1 piece & 1/2 cup – 414 kalori
Laksa Kari – 1 bowl – 589 kalori
Nasi Lemak – 1 complete – 644 kalori
Mee Goreng Mamak – 1 plate – 660 kalori
Lor Mee – 1 bowl – 383 kalori
Mee Rebus – 1 plate – 556 kalori
Mee/Bihun Goreng – 1 plate – 510 kalori
Kuey Goreng Kerang – 1 plate – 743 kalori
Mee Wantan – 1 plate – 409 kalori
Laksa Penang – 1 bowl – 436 kalori
Mee sup – 1 bowl – 381 kalori
Lor Mai Fun – 1 plate – 422 kalori
Nasi Briyani Kambing – 1 plate – 587 kalori
Nasi Minyak + Rendang Daging – 1 plate – 664 kalori
Nasi Campur + 3 dish – 1 plate – 620 kalori
Century Egg Porridge – 1 bowl – 423 kalori
Nasi Ayam – 1 plate – 600 kalori
Nasi Goreng Biasa – 1 plate – 637 kalori
Nasi Claypot – 1 bowl – 898 kalori
Bah Kut Teh – 1 bowl – 348 kalori
Sotong goreng tepung – 1 small plate – 630 kalori
Sup Krim – 1 rice bowl – 375 kalori
Cheese burger with extra beef – 1 whole – 438 kalori
Fried fish cake with bun – 1 whole – 433 kalori
sundae chocolate – 1 cup – 380 kalori
Apple Pie – 1 piece – 260 kalori
Cheese & meat sauce – 1 small plate – 444 kalori
Sandwich chicken salad – 1 whole – 481 kalori
Pasembur – 1 plate – 752 kalori
Rojak Buah – 1 plate – 443 kalori
Tteh tarik – 1 glass – 83 calori (if you take 4 cups a day, it will equal to 1 1/2 bowl rice)
Air kacang soya segelas = 60 kalori
Air tebu segelas = 184 kalori
Ais krim sehidangan = 335 kalori
Apam balik sepotong = 300 kalori
Ayam goreng kepak = 102 kalori
Ayam goreng peha = 120 kalori
Ayam kari seketul = 250 kalori
Ayam tandoori sepotong = 220 kalori
Bakso semangkuk = 320 kalori
Bihun sup semangkuk = 350 kalori
Bijirin sarapan coklat 2 cawan = 266 kalori
Biskut cip coklat sekeping = 30 kalori
Biskut sayur 6 keping = 264 kalori
Biskut susu 2 keping = 34 kalori
Black coffee = 3.5 kalori
Bubur ayam semangkuk = 275 kalori
Bubur caca semangkuk = 300 kalori
Bubur kacang semangkuk = 100 kalori
Nasi ayam kosong sepinggan = 300 kalori
Nasi ayam sepinggan = 600 kalori
Nasi Briyani = 448 kalori
Nasi briyani berayam sepinggan = 880 kalori
Nasi briyani kambing sepinggan = 587 kalori
Nasi campur + 3 jenis lauk sepinggan = 620 kalori
Nasi claypot semangkuk = 898 kalori
Nasi goreng bertelur sepinggan = 635 kalori
Nasi goreng biasa sepinggan = 637 kalori
Nasi lemak ayam goreng = 644 kalori
Nasi lemak bersambal sepinggan = 400 kalori
Nasi minyak + rendang daging sepinggan = 664 kalori
Nasi minyak kosong sepinggan = 445 kalori
Nasi putih satu setengah cawan = 260 kalori
Pasembor sepinggan = 752 kalori
Pie epal sepotong = 260 kalori
Popia basah seketul = 94 kalori
Popia goreng = 130 kalori
Puding coklat & sos vanilla 2 potong = 300 kalori
Pulut panggang 2 keping = 250 kalori
Rojak buah sepiring = 443 kalori
Roti bakar coklat sekeping = 275 kalori
Roti Naan sekeping = 308 kalori
Roti pita sekeping = 124 kalori
Roti telur sekeping & kuah dal 1/2 mangkuk = 414 kalori
Roti telur sekeping = 356 kalori
Sambal sotong setengah cawan = 55 kalori
Sambal udang setengah cawan = 70 kalori
Sandwich isi daging bakar & mayonis sepotong= 270 kalori
Sandwich sardin sepotong = 70 kalori
Sate ayam 10 cucuk = 365 kalori
Sayur campur goreng = 43 kalori
Seri muka sepotong = 144 kalori
Sotong goreng tepung seketul kecil = 630 kalori
Sundae chocolate secawan = 380 kalori
Sup berkrim semangkuk kecil = 375 kalori
Susu coklat rendah lemak 2 kotak = 200 kalori
Susu pekat 1 sudu besar = 71 kalori
Taukua goreng sekeping = 110 kalori
Teh tarik segelas = 83 kalori
Telur goreng sebiji = 110 kalori
Wafer coklat sekeping= 100 kalori
Yogurt 125ml 2 cawan = 228 kalori

Kategori Buah-Buahan
Tembikai (sepotong) = 20 kalori
Betik (sepotong) = 45 kalori
Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
Durian (5 ulas) = 64 kalori
Limau (sebiji) = 42 kalori 
Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
Nenas (sepotong) = 59 kalori
Epal (sebiji) = 63 kalori
Ciku (sebiji) = 44 kalori
Mangga (sebiji) = 103 kalori



Wednesday, January 11, 2017

PERTEMUAN DI SEOUL



Assalamualaikum...

Image result for poster legend of the blue sea

Sambungan... LOTBS

Sebelum Sk sambung kisah LOTBS ni, 
biar Sk ringkaskan watak-watak penting dan kelahiran semula di Seoul.

Image result for mae dae young legend of the blue sea

Heo Joon Jae 
Kelahiran semula Kim Dam Ryung 
(waktu silamnya seorang majistret yang bercinta dengan ikan duyung) 
manakala Joon Jae pula seorang yang licik dan suka mengambil kesempatan 
menggunakan kebolehan memukau untuk memperdayakan mangsa bagi mendapatkan wang.

Image result for roo ran legend of the blue sea

Mangsanya terdiri dari kalangan mereka yang melakukan jenayah kolar putih jugaklah, 
kalau orang baik dia tak kacau.. hehehe. Dia mempunyai dua pembantu merangkap rakan serumah iaitu Nam Do dan Tae O.

Related image

Duyung
 waktu silamnya seekor duyung juga. 
Waktu silam namanya Sae Hwa, nama kelahiran semula Shim Cheong.

Image result for joon jae's mom legend of the blue sea

Ibu Joon Jae 
Waktu silamnya seorang bangsawan (ibu Kim Dam Ryung) yang agak angkuh. 
Gemar membuli orang suruhannya. 
Apabila dilahirkan semula, dia menjadi orang gaji kepada orang suruhannya tu 
(lahir semula jugak).
Ibu Joon Jae berpindah keluar dari rumah dan meninggalkan Joon Jae 
kepada kawan sekuliahnya yang dah berkahwin dengan suaminya (ibu tiri Joon Jae)

Image result for roo ran legend of the blue sea

Ibu Tiri Joon Jae (Kang Ji Yeon) waktu silamnya merupakan isteri kepada pegawai daerah yang berhati busuk. Bila lahir semula dia menjadi semakin jahat dan kejam. Dia dikatakan telah berkahwin sebanyak dua kali sebelum berkahwin dengan bapa Joon Jae.

Image result for roo ran legend of the blue sea

Mempunyai seorang anak lelaki bernama Chi Hyun. 


Image result for roo ran legend of the blue sea

Bapa Joon Jae (tak ada cerita zaman silam). 
Dia merupakan seorang ahli perniagan yang berjaya dan terkenal namun dia tidak sedar musuh utamanya adalah isterinya sendiri (ibu tiri Joon Jae)

Image result for joon jae's mom legend of the blue sea

Majikan ibu Joon Jae waktu silamnya merupakan orang suruhan kepada ibu Joon Jae. 
Dilahirkan semula dia menjadi majikan pulak kepada ibu Joon Jae. Mempunyai seorang anak perempuan dan adik iparnya Cha Si A menaruh hati kepada Joon Jae.

Image result for cha si a  legend of the blue sea

Cha Si A - seorang ahli pengkaji barang purba yang sukakan Joon Jae. Dia berusaha keras untuk memikat hati Joon Jae.

Image result for roo ran legend of the blue sea

Mae Da Young - waktu silamnya seorang pegawai daerah yang korup. 
Berniat jahat kepada ikan duyung untuk mengaut kekayaan. Dilahirkan semula sebagai penjahat dan mempunyai niat untuk membunuh Joon Jae.

Image result for joon jae legend of the blue sea

SEBAIK tersedar dari pengsan, Joon Jae mula cuba mengingati apa yang berlaku kepada dirinya. Segala adegan kejar mengejar terlintas di kepala tapi yang pasti, gadis yang ditemuinya (duyung) langsung tak wujud dalam memori. Dia juga terkejut apabila melihat gelang jade tersarung di lengannya (Duyung sarungkan sebelum tinggalkan Joon Jae). Joon Jae kembali ke tempat tinggalnya di Seoul manakala duyung berusaha berenang ke arah Seoul untuk bertemu dengan Joon Jae.

Image result for shim chung legend of the blue sea

Setelah berenang beratus-ratus kilometer, akhirnya duyung tiba di Seoul. Ada beberapa adegan lucu dan sedih yang ditempuhi duyung sehinggalah dia telah pergi ke sebuah Aquaria di mana Joon Jae pun turut berada di sana pada masa yang sama. Duyung cuba memanggil Joon Jae namun tidak dipedulikan sehinggalah Joon Jae menerima satu whatsapp bergambar yang memaparkan dirinya bersama duyung (dalam bentuk manusia). Joon Jae menyelamatkan duyung yang hampir-hampir ditangkap kerana menceroboh ke dalam akuarium (masa ni mereka ingatkan duyung pakai costum). Joon Jae cuba bertanya bagaimana duyung boleh berada dalam gambar bersamanya namun duyung tidak mahu menjawab. Joon Jae terkejut apabila duyung mengetahui namanya (tak ramai yang tahu identiti Joon Jae kerana dia suka menyamar).

Image result for shim chung nam do tae o

Setelah berlaku beberapa insiden, akhirnya Joon Jae membawa duyung pulang ke rumah kerana ingin menyiasat tentang hubungannya dengan duyung itu. Disebabkan sikap duyung yang bodoh-bodoh dan poyo tu, Joon Jae memberikannya nama Shim Cheung. Pelbagai cara dilakukan Joon Jae untuk mengorek rahsia Shim Cheung namun tidak berjaya.

Related image

Dalam waktu yang sama berlaku juga konflik keluarga antara Joon Jae dan bapanya disebabkan perbuatan ibu tirinya yang jahat. Joon Jae merasakan bapanya tidak sayang kepadanya sehingga dia terpisah dengan ibu kandungnya. Cha Si A pula cuba memikat Joon Jae tanpa menyedari bahawa pembantu rumah yang selalu disakiti hatinya itu adalah ibu Joon Jae.

Related image

Sk rasa, anda kena tengok sendiri cerita ni.. percayalah cerita ni memang best sangat sebab banyak sangat kejadian dan konflik yang berlaku di setiap episod. Bagaimana Joon Jae mengetahui rahsia Cheung, pertemuan semula Joon Jae dan ibunya dan dapatkah dia menyelamatkan bapanya dari cengkaman ibu tiri durjana serta siapakah Mae Dae Young yang sebenarnya. Jom tonton!

Semua gambar adalah dari sumber google

LAUK MALAM TADI

Assalamualaikum...


Image may contain: food

SEMALAM petang bersemangat Sk memasak. Kunun nak bagi kejutan pada Pak Inche masak lauk kegemarannya. Tup tup dia hantar whatsapp bagitahu yang dia balik lambat sebab ada sesi food testing sempena Chinese New Year di Pulai Spring. Hurmmm, disebabkan dah masak nasi, dah rendam udang maka kita teruskan sajalah agenda masak Sambal Udang Petai. 

Cili kering yang Sk beli siap bungkus di Giant ni amat pedas. Pijor bibir dibuatnya. Lepas makan rasa macam Angelina Jolie, kah kah kah. Kalau tengok pada cili tu bukanlah jenis yang pedas. Dahlah SK beli dua bungkus. Tapi bagusnya bila cili kita pedas ni, kita dapat kawal pengambilan sambal tu sebab cili yang pedas ni tak menipu. Yang menipu yang tak pedas tu. Kita bubuhlah banyak-banyak dalam pinggan sebab tak pedas, kan. Sudahnya menderita sakit perut, gituuu.

Image may contain: food and outdoor

Sayur brokoli pun dah hampir layu, kita goreng gitu-gitu dengan cendawan pun sedap.
Brokoli ni kesukaan Sk dan Iman. Ratah macam tu saja pun suka. Iman pun sekarang makan tak memilih sangat. Tomato ke, lobak ke, bawang ke, cili semua dia makan. Dah tak ada lagi nampak potongan bawang kat tepi pinggan macam dulu-dulu.

Eh! Cerita Legend Of The Blue Sea tu, nanti Sk sambung ya apa yang berlaku apabila Si Duyung berenang ke Seoul. Sk suka cerita ni bukan sahaja sebab ada kisah duyung tapi juga kerana kaitan antara zaman silam dengan zaman kini. Begitu juga konflik yang berlaku dalam keluarga Joon Jae. Kalau cerita cintan cintun sangat tu Sk pun tak minat. Tapi.. cerita Korea memang selalunya sweet kan... huwa huwa huwa.









Tuesday, January 10, 2017

LEGEND OF THE BLUE SEA

Assalamualaikum...

HAIH! Ada ke yang sekepala dengan Sk layan drama bersiri Korea ni? Kalau nak tahu, Sk ni sejak sekolah sangat suka layan drama Cina, Jepun dan Korea. Kadang sampai kena marah dengan ibu sebab malam-malam buta sanggup layan cerita Cina. Lagilah kalau drama bersiri, memang hanyut dan tertunggu-tunggu sambungannya, hahaha. 

Minat dengan drama Korea makin menjadi-jadi bila Sk berkawan dengan budak gonjeng yang Sk panggil Ban. Hah, gonjenglah sebab Ban ni perangai dia agak kasar sikit tapi dalam hati ada taman wooo. Dengan Ban lah Sk semakin menjadik-jadik melayan drama korea terutama drama bersiri. Kawan serumah Ban, Cak pula sanggup membeli dvd korea yang kurang seringgit RM100. Kawan-kawan pun tumpang sekaki lah, huwa huwa huwa.

Bila Ban berhenti kerja, perlahan-lahan Sk mula meninggalkan drama Korea. Maklumlah, dah tak ada kawan nak bertukar pendapat. Ada masanya layan, tapi tak sekerap dan seketagih macam dulu, hehehe. Namun akhir-akhir ini, Sk mula berjinak-jinak kembali dengan manusia-manusia dari negara ginseng ni. Bermula apabila filem Train To Busan meletops tahun lepas, Sk mula menerokai kembali filem-filem Korea yang lain. Layan jugaklah drama bersiri Jealousy Incarnate dan On The Way To The Airport yang amat meruntun perasaan, aduyaiii. Seksa tau sebenarnya layan drama Korea ni.

Image result for poster legend of the blue sea
Hah, ni yang paling seksa sekali sekarang, Legend Of The Blue Sea.. waaaa.. cerita yang amat membuai perasaan dan penuh saspens. Terasa-rasa macam kita ada sekali dalam cerita ni tau. Ramai jugak yang ketinggalan mengikuti drama ni mula menontonnya secara online apabila LOTBS mula trending di laman-laman sosial. Sk pulak memang dah tertunggu-tunggu sejak iklannya mula disiarkan, siap rakam lagi tau. Lepas tu ulang-ulang tengok tiap-tiap hari sampai Iman mengeluh sebab dia tak dapat nak tengok Running Man, muahahaha.

Image result for legend of the blue sea

Heroinnya Ji Hyun memang dah lama Sk suka benau nau. Lee Min Ho ni pulak dulu top dengan drama Boys Over Flowers, macam ala-ala jambu kan tapi dalam drama ni Sk tengok lakonannya lebih berkarektor dan lebih macho la gitu. Paling sweet bila dia mula jatuh cinta, awwwwww.

Image result for legend of the blue sea

Bagi yang belum mengikuti cerita ini, meh kita berkenalan dengan watak-watak utama.
Sebelum tu kena maklumlah bahawa ini adalah drama Korea dan mereka ni ada kepercayaan bahawa ada kelahiran semula selepas kematian. Kalau masa kehidupan dulu mereka baik, maka akan lahir semula sebagai orang baik. Begitu juga kalau dulu jahat, jahatlah nanti bila dilahirkan semula. 
Okey, gambar di atas ni adalah dua insan dari zaman kecil sehingga dewasa.

Image result for  legend of the blue sea

Kim Dam Ryung merupakan anak kelahiran bangsawan manakala Ji Hyun adalah seekor ikan duyung. Dekat sini kita kena faham kehidupan ikan macam mana. Mereka tak ada nama, kan.. haha. Jadi, suatu hari si Dam Ryung (masa kecil) terjatuh dalam laut dan diselamatkan oleh ikan duyung ni. Mereka pun berkawan baik. Dulu, Dam Ryung ni ada kakak tapi dah meninggal jadi dia namakan duyung ni sempena  nama kakak dia, Sae Hwa, gitu. Sampailah mereka remaja, Dam Ryung ni dikahwinkan dengan anak menteri. Pada malam perkahwinan, dia lari dan terjun ke laut mencari Sae Hwa. Duyung ni pulak ada kuasa memadam memori, jadi dipadam memori Dam Ryung ni dan selamatkan Dam Ryung yang lemas. Akhirnya mereka berpisah dan Dam Ryung ni bergelar duda kerana isterinya meninggal dunia setahun selepas berkahwin.

Image result for  legend of the blue sea

Beberapa tahun kemudian, Dam Ryung dilantik sebagai majistret (zaman dinasti) dan dihantar ke sebuah daerah yang mana pegawai daerahnya adalah seorang yang korup dan ini diketahui oleh Dam Ryung. 

Related image

Pada hari yang sama pula, Sae Hwa telah terperangkap ke darat apabila berlaku kejadian tsunami di laut. Sae Hwa ditemukan orang kampung dan ditangkap serta diserahkan kepada pegawai daerah yang berhajat untuk menghasilkan minyak ikan duyung dari Sae Hwa. Pegawai daerah yang jahat tu (entah apa lupa namanya) menunjukkan ikan duyung yang ditangkapnya kepada Dam Ryung dan rupanya Dam Ryung mengingati Sae Hwa walaupun ingatannya dipadamkan. Dia kemudian mengugut pegawai daerah untuk melepaskan kembali duyung ke laut bagi mengelakkan dirinya dihukum mati kerana korup.

Image result for legend of the blue sea pearls

Namun pegawai daerah dan isterinya tidak berpuas hati. Mereka pun membuat fitnah untuk menangkap ikan duyung tu.

Image result for  legend of the blue sea pearls

Dam Ryung pula mula menjalin kembali hubungan dengan Sae Hwa dan selalu bertemuanya di laut. Suatu hari Sae Hwa naik ke darat dan ditangkap oleh isteri pegawai daerah. 
(Cerita dongeng percaya bahawa duyung dewasa apabila naik ke darat akan menjadi manusia dan air matanya akan menjadi mutiara)
Jadi, isteri pegawai daerah tu menyeksa Sae Hwa supaya menangis untuk menghasilkan mutiara.

Image result for legend of the blue sea pearls

Dam Ryung kemudian berjaya menyelamatkan Sae Hwa. Dalam masa yang sama, Dam Ryung mendapat alamat (mimpi) seseorang yang rupa sama dengannya telah membaca satu naskhah yang mana beliau akan meninggal dunia pada usia 27 tahun (tahun yang sama). Beliau juga mendapat gambaran tentang seorang lelaki zaman akan datang bersama seekor duyung sedang bercium di laut. Oleh itu, dia meminta gambaran tersebut dilukis di pasu dan seorang pelukis untuk melukis dirinya. 

Image result for legend of the blue sea 

Beratus-ratus tahun kemudian, seekor duyung lain yang mirip wajah Sae Hwa kemudiannya bertemu dengan gelang jade yang dimiliki Dam Ryung dan dihadiahkan kepada Sae Hwa. Walaupun dilahirkan dengan paras wajah yang sama (kelahiran semula) duyung baru yang berpakaian perak (Sae Hwa emas) lebih kasar perwatakannya berbanding dengan Sae Hwa yang lembut. Akibat kejadian ombak besar di laut, duyung ini telah hanyut ke sebuah pantai di Sepanyol dan terdampar di kawasan hotel yang disewa oleh seorang lelaki mirip Dam Ryung iaitu Joon Jae. Joon Jae ni pulak seorang penipu yang baik hati. Oh, ya.. dia bukan tipu sebarang orang tapi orang-orang jahat jer yang ditipunya. Setiap kali selepas sukses menipu dia akan bercuti di luar negara sebelum keadaan kembali reda kemudian barulah dia akan pulang ke Seoul.

Image result for legend of the blue sea

Akibat perbuatan duyung memecah masuk hotel yang diduduki Joon Jae, Joon Jae telah menangkapnya dan mengadu dengan pihak hotel. Pihak hotel kemudiannya memanggil polis dan duyung dibawa ke balai. Joon Jae yang sempat mengambil gambar duyung itu kemudiannya menyedari yang duyung itu memakai gelang yang mungkin berharga. Dia kemudian meminta bantuan rakannya untuk menyiasat tentang ketulenan gelang tersebut dan rakannya mengesahkan gelang itu adalah jade asli yang bernilai 6 Billion. Joon Jae yang berkeupayaan memukau, telah memukau pegawai polis dan melepaskan duyung dengan tujuan untuk mendapatkan gelang tersebut.

Image result for legend of the blue sea

Rasanya dengan kebolehan memukau tu tak perlulah Joon Jae nak bersusah payah, kan. Pukau jer dan ambillah gelang tu. Tapi Joon Jae telah membawa duyung mebeli pakaian dan kasut baru serta membelanja duyung makan. Itulah namanya penipu yang baik hati, hahaha.

Related image

 Joon Jae kemudiannya meninggalkan duyung di sebuah mall setelah berjaya mendapatkan gelang jade yang dihajatinya sebelum membuat keputusan untuk meninggalkan Sepanyol namun berubah fikiran dengan menjemput duyung dan membawanya balik ke hotel. Namun berlaku kekecohan apabila individu yang pernah ditipu Joon Jae datang bersama konconya untuk membalas dendam. Walaupun terselamat dalam pertempuran yang pertama dengan kuasa duyung yang luar biasa membelasah orang namun percubaan untuk menyelamatkan diri kali kedua gagal.

Image result for  legend of the blue sea

Duyung kemudiannya menarik tangan Joon Jae untuk terjun ke laut. Joon Jae yang tidak pandai berenang telah diselamatkan oleh duyung yang berupa ikan. Joon Jae yang terperanjat melihat keadaan itu akhirnya telah terdampar di pantai dan terlupa tentang kehadiran duyung kerana memorinya dipadam oleh kuasa duyung itu. Duyung yang mula jatuh cinta dengan Joon Jae meninggalkannya di pantai dan berazam berenang ke Seoul untuk menjejak semula Joon Jae. (Apalah ngeng sangat??!) hahaha. Itulah.. nak dijadikan cerita...

Image result for legend of the blue sea pearls

Dah dah dah.. cerita sampai sini jerlah ya. Nanti tak suspens pulak. Sk pun berdebar-debar nunggu lagi 5 episod ni, hahaha.

Lee min ho

Sehingga jumpa lagi.. daaaa.








Monday, January 9, 2017

PANTANG LARANG MEMBUAT CEKODOK DAN RESIPI YANG BETUL

Assalamualaikum...

DALAM banyak-banyak kuih, inilah kuih yang paling menjadi kesukaan Encik Rizar (ER). Kalau bulan puasa, dia sanggup beli cekodok pisang yang Sk pandang sebelah mata jer. Cekodok pisang pun nak beli ke? Buat sendiri jer, kata SK. Tapi.. sampai ke sudah tak jugak dibuat. Terpaksalah ER beli lagi kalau nak makan.. huhu.

Setiap kali nampak pisang di kedai, ER akan cakap, sedapnya buat cekodok. Sk?? Buat-buat tak dengar atau akan cakap, cekodok?? Aaaa.. lecehlah buat cekodok. Sebab, Sk rasa cekodok ni adalah antara kuih yang paling sukar nak menjadik. Buat lempeng jadik, jemput-jemput ikan bilis jadik, tapi cekodok pisang Sk selalu ke laut.. hahahaha. Dalam sepuluh kali buat, mungkin dua kali aje yang jadik, kui kui.

Satu hari tu, Sk beli pisang sebab teringin sangat nak makan pengat pisang bersama sagu (maaf tak ada gambar). ER dah merengek-rengek mintak cekodok. Okeylah, tinggalkan lima biji untuk buat cekodok. Lepas tu teringat ada seseorang beritahu, kalau nak cekodok yang perfect, nisbah pisang dan tepung mesti sama. Sk pun main agak-agak jer, tak sukat pun.. sudahnya cekodok rasa tepung, maka misi cekodok gagal.. rasanya itulah cekodok yang paling tak sedap pernah Sk buat.. hahaha.

Di hari yang lain, ER balik dengan sesisir pisang masak. Nak buat cekodok katanya. Aishhh, dia ni tak habis-habis dengan cekodok. Kali ni Sk belasah resipi macam biasa. Sk letak baking soda (biasa Er tak bagi letak) dan tuang gula, tepung taruk sikit kunun untuk lebih rasa pisang. Sudahnya, cekodok hitam legam sebab banyak gula, kah kah kah. Dalam kuali memang cantik kembung tapi bila keluar, penyek dan menyerap minyak. Nasib Sk cuma buat setengah sisir jer pisang tu.

Aish, tak boleh jadik ni, rasanya cekodok ni bukan calang-calang kuih. Macam dah terkena sumpahan cekodok pulak dibuatnya, hahaha. Nak buat cekodok ni kena ada ilmu jugak, baru menjadi agaknya. Lalu Sk google.. hahaha.. google sukatan untuk membuat cekodok.. dan terjumpa dengan blog Ibushima (Natiqua). Ternyata selama ini teknik membuat cekodok Sk memang salah.. sangat salah. kesilapan yang Sk selalu buat ialah meletak terlalu banyak gula dalam adunan. Lepas ni kalau buat cekodok, wajib wajib wajib sukat! Gituuuu...


Kepada IbuShima, Sk ucapkan berbanyak terima kasih kerana telah mengajar Sk membuat cekodok yang sangat sedap ini. Rasanya inilah cekodok yang paling sedap pernah Sk buat. Sk minta izin untuk menulis semula pantang larang dan resipi cekodok yang Ibushima kongsikan tu ya.

6 PANTANG LARANG MEMBUAT CEKODOK.

1.  Jangan banyak tepung, akibatnya: cekodok keras dan tidak berasa pisangnya.

2. Jangan banyak pisang, akibatnya cekodok menjadi lembik dan menyerap minyak.

3. Jangan banyak gula, akibatnya cekodok menjadi gelap dan kehitaman.

4. Jangan guna api besar semasa menggoreng, akibatnya cekodok mentah di dalam.

5. Jangan guna pisang sejuk keluar dari peti ais, akibatnya nanti susah nak bancuh adunan.

6. Jangan campur air, akibatnya nanti cekodok cair dan leper.

RESIPI CEKODOK SEDAP

5 - 6 biji pisang emas/ berangan (panjang ><3 span="">
(Sk guna 12 biji pisang yang panjangnya 2")
2 sudu besar gula
1 cawan tepung (Sk guna mug yang rendah)

Cara : 

1. Lenyekkan pisang hingga hancur.
2. Masukkan gula, lenyek lagi sampai halus dan gula hancur.
3. Masukkan tepung, gaul rata-rata guna sudu atau senduk.
4. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali.
5. Bila minyak panas, kecilkan api.. jemput cekodok guna jari dan masukkan dalam minyak.

Nota : jangan masukkan banyak-banyak.
Terbalikkan cekodok apabila bahagian bawahnya mula berubah warna.
Sentiasa duduk depan kuali dan balikkan cekodok supaya masak rata dan cantik warnanya seperti gambar di atas, kah kah kah.

p/s Kalau pisang tak berapa manis, boleh tambah gula.




RETREAT DI MERSING - HARI PERTAMA

Assalamualaikum... APABILA diberitahu bahawa Sk akan dihantar mengikuti satu kursus di Mersing terus rasa senak perut  hati jadi li...