MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Tuesday, February 7, 2017

MAKAN-MAKAN CUTI TAHUN BARU CINA

Assalamualaikum...

CUTI sempena Tahun Baru Cina sudahpun berakhir. Kebanyakan sekolah bercuti antara 9 hingga 11 hari. Amboiiii, sampai Sk terlupa ni cuti raya atau cuti penggal. Bila cuti sekolah, maka panjanglah langkah. Maklumlah, Pak Inche kita tu bosan katanya duduk rumah terlentang depan tv. Isk, siapa suruh terlentang jer.. bawa-bawalah berkebun, tanam sayur, tanam buah kan.. kan.. kan. Dan dia ni pulak suka memaksa. Kita cakaplah tak payah, tak mahu, malas, diam-diam dia pergi tempah rumah tumpangan, hurmmmm. 

Nasi Ganja Ipoh

Image may contain: house and outdoor

Kali ini destinasi kami hanya di Ipoh, Perak. 
Selalu singgah Ipoh semalam sahaja itupun sebab balik dari utara tapi kali ni datang ke Ipoh semata-mata untuk bercuti dan agenda utamanya ialah makan Nasi Ganja. Tapi.. tapi... nasi ganja tutupppppppppppppp!! Ya, hajat hati nak makan di Kedai Rahamath yang terletak di belakang (tapi nampak macam kat tepi) Masjid Negeri. Tak ada rezeki, dua kali datang, dua kali tutup (nangis tepi pintu kereta). Lepas tu, pergilah pula ke Yong Suan yang terletak di Jalan Yang kalthom, hurmmm.. tutup jugak. Aaaaaaaaaa.. diorang beraya ke apa ni???

Image may contain: food

Tak dapat makan Nasi Ganja kita makan Nasi Vanggey jadiklah.
Nasib baik cawangan Yong Suan (Green Town) dibuka 24 jam. 
Sebenarnya Sk pun kurang jelas nasi ganja dan nasi vanggey ni sama ke lain tapi yang pasti memang tak boleh lawan Nasi Kandar Penang, wa cakap lu!

Lokasi : Bersebelahan Masjid Negeri, Ipoh.

Nasi Gunting Melaka

Image may contain: food
\
Oh ya, dalam perjalanan ke Ipoh tu, kami singgah di Melaka. Sk mengajak ER ke Pasar Besar Melaka untuk mencari Nasi Gunting. Dah beberapa kali ternampak dan baca post Novelis (Kak) Maria Kajiwa tentang nasi gunting ni dan tekak ni dah tertahan sangat, hahaha. Dulu-dulu masa remaja pernah abang ipar Sk belanja makan ni, tulah yang dok teringat, hahaha. 

Dan tak sangkalah pulak ER nak melayan nasi putih pagi-pagi. Nasi putih panas-panas dihidangkan bersama gulai kari daging ala-ala gulai kawah versi Pantai Timur. Dagingnya akan digunting ke dalam pinggan ketika menghidang dan dicurahkan sedikit sambal tumis. Sampingannya Timun Pencuk, Telur Asin dan hirisan cili hijau, memang terangkatttt!!!

Lokasi : Pasar Besar Melaka

Nasi Bamboo Sg Klah, Sungkai

Selepas ER memberitahu Sk yang dia dah tempah Rumah Tumpangan di Ipoh, Sk terus memberi syarat. Mesti singgah juga makan di Warung Nasi Bamboo yang terletak di Sungkai, Perak ni.
Beberapa kali percubaan kami untuk makan di sini gagal kerana tak cukup bertabah dengan orang yang terlalu ramai. Jadi, kali ni ramai macam mana pun orang, kita mesti makan jugak di sini.

 Kami sampai di sini pada waktu puncak. Kenderaan pengunjung memenuhi sepanjang kiri dan kanan jalan. Ok, bertabah.. bertabah.. hahaha. ER terus memarkir di satu ruang kosong di tepi jalan, kiranya kena menapak jugaklah. kuatkan semangat, jom kita.

Image may contain: one or more people

Sampai ke dalam ruang kedai, mak aihhh.. ramainya umat Muhammad SAW. Sehingga tiada satu ruang kosong. Yang tengah makan, yang tunggu makanan, yang berdiri tunggu meja dan hingar bingarnya kalah kat Pasar Melaka tadi. Kami berpecah tiga untuk mencari meja kosong. Kena bertabah lagilah, hahaha. Tiba-tiba nampak ER terkocoh-kocoh. Rupanya dia berjaya mendapatkan meja di dalam ruangan berhawa dingin. Aik, dia ni selalunya tak suka nak makan dalam bilik bertutup, sebolehnya nak makan di ruangan terbuka. Dan rupanya, meja di ruangan tertutup di kena tambahan (sewa) sebanyak RM10. Tak apa asalkan dapat meja, Alhamdulillah. Tak banyak meja yang disediakan di ruangan ni dan cuma ada satu kekosongan jer. Tapi dapat bilik ni kiranya agak selesalah sebab ia dilengkapi dengan sinki dan tandas yang berasingan dengan ruang luar.

Image may contain: food

Konsep di sini adalah secara layan diri dan kaunter-kaunter nasi, lauk-pauk, bakar-bakar dan minumannya semua berasingan (konsep yang menyusahkan pelanggan).
 Bayangkan kalau anda datang berdua, siapa yang nak beratur beli nasi, beli lauk, beli air dan siapa pula yang nak tunggu meja. Rasanya lebih baik kalau pemiliknya dapat menyediakan dua kaunter sahaja, iaitu kaunter lauk-pauk dan bakar-bakar. Nasi dan minuman terus ambil pesanan dari meja untuk memudahkan pengunjung. Ramai yang datang kali pertama dan semuanya terpinga-pinga dan terpaksa berkejar-kejar. Yang ada anak kecil lagilah kesian. Nasiblah anak Sk dan besar panjang.

Image may contain: food

Nasi Bamboo atau Nasi Buluh ni bukannya dimasak di dalam buluh. Rasanya ia dimasak seperti biasa sebelum dibungkus ke dalam daun. Entahlah, Sk pun tak kenal daun apa, rupa macam daun kunyit, hehehehe. Buta daunlah Sk ni. Kemudian ia disumbatkan ke dalam buluh dan dikukus semula agar sentiasa panas. Kotlah.. sebab Sk nampak bertimbun-timbun dalam periuk. 

Image may contain: food

Dalam keadaan kelang kelibut, ini sahajalah yang dapat, hahaha.
Ikan Talapia Bakar Bersambal tu memang marvelous.
Kambing Bakar secukup rasa dan Ayam Bunian yang khabarnya agak popular di sini. 
Ayam Bunian rasa apa??? Rasa ayam madu jer.... sedaplah.. tak rugi pun mencuba. Di sini mereka guna semua ayam kampung jadi nak makan tu kena berjuang sikitlah, hahaha.

Lokasi : Sungkai, Perak

Putu Perak

Image may contain: food

Dah sampai Perak berapa kali tapi tak pernah dapat. Ada pulak di jual di kaunter nasi di Nasi Bamboo ni maka kita cuba satu. Rasa nak loncat-loncat sebab dapat makan semua benda yang kita nak, hehehe. 

Image may contain: food

Pertama kali makan, selalu tengok Kak Azita Zain yang post tentang Putu Perak ni. 
Rasanya seakan-akan putu kacang dan di dalamnya ada inti kelapa muda yang diparut. 
Sedap, tentu lebih sedap jika di makan ketika suam. Masa Sk makan ni dah sejuk kejung gitu, huhuhu.

Cendol dan Laksa

Image may contain: food

Cendol dan Laksa boleh tambah sampai kenyang, hehehe. 
Femes jugak nama gerai cendol ni dan ada banyak cawangan siap boleh pandu lalu tapi maaflah Sk lupa apa nama kedai ni. Singgah pun sekejap aje macam menarik beno cendol tu, Alhamdulillah, sedap jugak, sampai bocor mangkuk, hehehe.

Hotel Syeun, Ipoh

Image may contain: food

Di Ipoh, kami menginap di Syeun Hotel yang terletak di Pusat Bandar.
Hotel empat bintang tapi kualiti buffet sarapannya macam tiga bintang jer.. huhu. Disebabkan entah apa-apa Sk cuma ambil tiga gambar ni buat kenangan.

Image may contain: 1 person, food

Bubur nasi ni kontang pada hari pertama. Hari kedua pun sama, tapi mujurlah ada seorang pakcik tu mendesak supaya ia ditambah. Sk rasa mungkin kekurangan staf sebab cuti raya, kan. Nak buat macammana, Sk cakap dengan ER patutlah harga penginapannya murah RM180 berbanding dengan Weil Hotel, huwa huwa huwa. ER pulak asyik cakap Sk lah yang tak nak duduk kat Weil siapa suruh? Ialah, kunun nak duduk di Weil tapi harganya berganda-ganda sempena cuti ni. ER pun macam dah tak ada hotel lain nak jugak duduk kat Hotel Syeun ni, aduyaiii. Eh, nantilah Sk cerita kenapa dia nak sangat duduk kat sini, kah kah kah.

Image may contain: food

American Breakfast yang tak berapa nak American.
Semuanya bercampur aduk tapi syukurlah masih mampu menikmati rasa masin, manis dan pahit.

Mee Udang Galah Tanjung Tualang, Ipoh

Image may contain: food

Mendapat jolokan sebagai Pekan Udang Galah,
ER tak melepaskan peluang untuk makan Mee Udang Galah di Tanjung Tualang. Kami memilih untuk makan di Warung Ctmal sebab ia warung yang mula-mula kami jumpa. Ternyata agak berbaloi jugaklah sebab rupanya kebanyakan restoran udang galah di sini tidak pasti status halalnya. Ada juga beberapa kedai lain tapi nampaknya belum dibuka cuti panjang ni. Harga sepinggan mee di sini, RM15. Bagi Sk boleh tahan jugaklah mahalnya berbanding dengan harga Mee Udang Galah di Kuala Selangor sebab di sini ada dua ekor udang sahaja. Sk yang dah mula muak makan mee memilih makan nasi putih dengan lauk udang galah bersambal.

Image may contain: food

Mula nak makan nasi goreng tapi teringat tingginya kalori makan nasi goreng, kah kah kah. Lepas orderkan nasi goreng untuk Cikwa, Sk tukar minta nasi putih. Pun ada dua ekor udang sahaja, nasi goreng berharga RM16. Agak mahal, kan.. tapi korang tahu tak harga udang galah di Leban Condong, Rompin lagilah mahal sampai RM25 seekor.. huwa huwa huwa. Sk musykil lah, tempat yang melahirkan signature sesuatu masakan tu sepatutnya harganya lebih murah sebab bahan mentahnya memang berasal dari sana, kan tapi sebaliknya.. pelik ya ampunnnn. Eh, nak bagi tahu.. sambal belacan kat sini sedap tau..

Asam Pedas Hajah Mona, Melaka

Image may contain: food

Balik dari Ipoh,
hajat nak singgah makan di Warung Kita, Sungai Buloh pekena Nasi Kak Wok
tapi Ya Robbi.. ramainyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa yang beratur.
Tu huruf 'a' banyak sebab nak bagitahu dia punya rapat lebih dahsyat dari Nasi Bamboo Sg Klah. tak sanggup lagilah makcik nak beratur dua jam, lalu kami terus menghala ke selatan. ER ajak makan asam pedas, Iman tak sudah-sudah pulak sebut nak makan asam pedas tetel.. layannnnnn.

Image may contain: food

Macam biasa, setiap set nasi dihidang bersama sebelah telur asin dan sayur. Tak silap kalau di Asam Pedas Pokok Besar ada sambal belacan sekali (dululah). Sebenarnya nak tukar selera makan di Asam Pedas Claypot tapi kami kecil hati sebab disuruh bertukar ke meja lebih kecil dengan cara yang agak sombong. Lepas tu pergi Asam Pedas Pokok Besar, katanya tetel pukul 8 malam baru ada. Sudahnya pergi jugak ke Asam Pedas Hajah Mona, nasib baik ada Asam Pedas Tetel, Iman punya senyum sampai ke telinga. Sebelum tu dah berlinang air mata kat Asam Pedas Pokok Besar sebab tak ada tetel. Errrr.. faham ke cerita ni??? hahahaha.

Sate Muar, Bandar Maharani

Image may contain: food

Last but not least katanya, ER nak makan sate, aduyaiiii. Baru sejam yang lepas makan asam pedas.
Semua dah surrender tak mahu makan, jadi inilah pesanan sate yang paling sikit dalam sejarah, 25 cucuk jer, 10 babat dan 15 daging. Nak jugak sate babat, tak sedar babat sendiri dah semacam aje tebalnya.. hahahaha.

Image may contain: 2 people, people standing and outdoor

Sehingga jumpa lagi..
Wassalam.



2 comments:

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

26 SYAWAL

Assalamualaikum... ALHAMDULILLAH.. dah hari ke 26 kita meraikan Syawal. Ramai yang mengambil kesempatan mengadakan rumah terbuka da...