MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Wednesday, April 12, 2017

MAKAN WESTERN DI EJOHNG.. BARULAH CARA

Assalamualaikum...

'MALAM ni malas masak'

Tak ada kias-kias, straight to the point bunyi whatsapp Sk pada Pak Inche petang semalam.

'Ok'
'Nanti makan luar'
Jawab ER. Yeyyyyy... Rasa nak lompat bintang nasib baik ada dalam kereta, hahaha.

Lepas tu fikir pulak, nak makan di mana?

Chao Praya?
Tak nak.
Hot Pot?
Tak nak.

Ok, sila bagi cadangan.
Tak tahu.
Hahahaha.

Lepas tu teringat pulak Ejohng Concept yang pernah Sk ceritakan di sini.
Teringat Lamb Chop Iman yang sedap tu. ER pun macam setuju terus. Jomlah kita.

Kali ini memang kami tak mahu lagilah nak makan masakan tempatan sebab macam Sk pernah cerita sebelum ini, kepakaran chef di sini adalah western. 
Sebab semua tekak mat saleh malam tu, jadi kami ambil steak dan pasta sahaja.

Image may contain: food

Pilihan ER, Sirloin Steak.
 dihidang bersama kentang putar dan sayuran
disirami pula dengan sos lada hitam.
Sepatutnya dihidangkan bersama Sos Teriyaki
tapi kami minta tukar kepada Sos Lada Hitam
Dagingnya sangat juicy
Sos lada hitam yang menyengat dan sedikit sedikit masin
namun tak membantutkan selera penggemarnya.

Image may contain: food


Pilihan Sk pastinya pasta
Kali ini Sk nak cuba Seafood Spaghetti Aglio Olio
Masakannya sedap
Udang dan kupang yang segar
dan sotong yang lembut
tanda dimasak dengan sempurna
Cuma spaghettinya sedikit kering.

Image may contain: dessert and food

Iman.. masih setia dengan makanan kegemarannya
Lamb Chop Bersama Sos Lada Hitam
dihidang bersama jagung berkrim dan sayuran.
Ah.. nyesal tak ambil lamb chop atau sirloin.. huh!

No automatic alt text available.

Dah jarang mintak air manis masa makan di luar
tapi malam tadi rasa nak makan ala-ala orang ada-ada
kah kah kah
Jadi minta Chamomile Tea yang dihidang dalam pot
Datangnya bersama sekeping biskut mentega.. memang caralah!
Iman dengan Caramel Latte dan Pak Inche yang setia dengan Lemonade Ice.
Urmmmm.. jom ke Ejohng Concept.



4 comments:

  1. masa anniversary last year kalo tak nak try makan kat sini..sekali tukar tmpt..meleleh puak air liur tengok..

    - Hernee Nazir -

    ReplyDelete
  2. amboih dia..tengok gambar je dah nampak sedap
    JanjiKita

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum seri...yer la ...masa baru buka ari tu mama pun terkena juga ada cerita juga kat blog..tapi kali ni kalau seri pergi dah okay lepas ni bolehlah mama cuba dtgg semula...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

JAP LAGI BUBUH TAJUK

Assalamualaikum... Salam Nuzul Quran buat semua pembaca yang beragama Islam  dan selamat meneruskan menjalani ibadah puasa.  Hurmm....