MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Monday, May 29, 2017

RETREAT DI MERSING - HARI KEDUA

Assalamualaikum...

WALAUPUN Sk jangkakan yang SK mungkin tidak tidur semalaman
seperti yang Sk alami semasa mengikuti Kursus Induksi Staf Baru tahun 2004 dulu
namun ternyata itu tidak berlaku.
Maklumlah,  masa kursus induksi dulu kami ditempatkan di dorm macam berek Bukit Kepong.
Bayangkan malam pertama Sk sukar sungguh melelapkan mata dan hanya dapat tidur dua tiga jam sebelum subuh menjelang.
Malam kedua pulak, Sk rapatkan katil dengan katil kawan.. barulah dapat tidur, penakut sungguh,  hahaha. 

Tapi, masa retreat ni, letak kepala atas bantal,  baca Al-Fatihah,  ayatul Qursi dan tiga kul terus wassalam..  Hihi.

Image may contain: 18 people, people smiling

Sk terjaga sebelum alarm yang Sk set pada jam 5.30 pagi berbunyi.
Walaupun ada 15 minit lagi masa untuk bangun, tapi sebab tak mahu berlengah, Sk terus mengambil giliran menggunakan bilik air. Kami berempat siap sebelum jam 7 dan terus melangkah menuju ke pantai. Aktiviti pagi itu adalah riadah dan kami berjalan menyusuri pantai sehingga ke arah muara sebelum berpatah balik dengan berlari.

Image may contain: food

Pagi itu kami dihidangkan dengan Mee Hoon Goreng dan Sosej.
Kami bersarapan sambil menunggu bas yang akan membawa kami ke Jeti Mersing kerana kami akan mengikuti aktiviti Island Hopping.
Semua muka teruja tak sabar nak mengapungkan diri sambil tengok ikan katanya.
Tunggu-tunggu bas tetiba benda lain yang datang, kah kah kah!

Image may contain: 7 people, tree and outdoor

Rupa-rupanya kena naik lori daaaaaaaaaaaaa.
Bayangkan seumur hidup tak pernah duduk naik di belakang lori, 
yang perempuan memang terkial-kial nak naik tambahan lagi tangga tu tinggi dan cuma ada satu anak tangga aje. Haishhhh!

Image may contain: 11 people, people smiling

Rasa macam Prebet Lapok sangat, hahahha.
Rasa macam pendatang asing pun ada.. sabar ajelah.. hahaha.

Image may contain: 16 people, shoes and outdoor


Muka-muka bersemangat untuk Island Hopping.
Macam-macam bekalan di bawa sebab takut kelaparan katanya sementara menunggu waktu makan tengahari.

Image may contain: one or more people, crowd, tree and outdoor

Lepas tu semua keletihan menunggu bot tak sampai-sampai.. hahahah.

Image may contain: 5 people, people smiling

Yey! Kami dah naik bot.
Sebanyak tiga buah bot disewa untuk tujuan Island Hopping ini
dan setiap bot menampung 12 orang peserta kursus.

Image may contain: 5 people, people sitting and outdoor

Wajah-wajah ceria dan tak sabar nak tengok batu karang dan ikan nemo, hehehe.

Image may contain: ocean, sky, outdoor, water and nature

Perjalanan mengambil masa 20 minit ke pulau yang pertama dengan bot laju.
Destinasi pertama kami ialah Pulau Tengah.
Di sini kami akan diturunkan di tepi pantai dulu dan bergerak sendiri ke tengah laut.
Subhanallah.. terasa kerdilnya diri bila dikelilingi lautan membiru dan dipayungi langit dan awan yang memutih.
Sampai di pulau, rasa nak menangis tengok kejernihan air dan pasir halus memutih.
Kami dibekalkan dengan alatan untuk snorkeling dan kenalah belajar bernafas melalui mulut.
Tapi.. haiiii.. entahlah.. hahahha.

Image may contain: cloud, sky, outdoor, water and nature

Di pulau yang kedua, kami diturunkan pula di tengah laut. 
Sk mengambil keputusan untuk tidak turun...
waaaaaaaaaaa.. sekali lagi mengelat.
Semalam mengelak memanjat, hari ni mengelak turun laut.
Nampaklah juga bayang-bayang batu karang yang memutih tapi tak nampak ikan.

Image may contain: mountain, outdoor, nature and water

Pulau yang ketiga, Pulau Besar.
Kali ini dari permukaan air pun dah nampak batu karang yang berwarna-warni.
Sk tak pasti jarak kedalamannya tapi nampak macam terapung dan dekat sangat.
Sk mencampakkan cebisan-cebisan roti dan muncul begitu banyak ikan pelbagai spesies.
Rasa macam wowwwwwwwwwwwwwww giler!

Image may contain: 5 people, people smiling, tree and outdoor

Kami singgah di sebuah resort di Pulau Besar untuk membersihkan diri serta menikmati makan tengahari. Haaa.. inilah tempatnya Sk dan Encik Rizar honeymoon dulu cuma resortnya lain.

Image may contain: 2 people, people smiling, outdoor and closeup

Nanti satu masa nak ajak Iman datang sinilah.. hahahha.

Image may contain: 2 people, people smiling, sky, outdoor and nature

Amboi memasing.. hahahaha.

Image may contain: food

Hidangan tengahari yang amat menyelerakan.
Kari ayam, ikan masak lemak cili api, sambal belacan.. fuhhhhh!
Nasib tak senget bot masa balik.

Sebaik sahaja sampai ke bilik, hujan turun selebatnya berserta guruh petir.
Alhamdulillah.. dah selamat masa tu.
Masing-masing melayan keletihan dan ada yang tidur.

Image may contain: food

Malam tu kami dihidangkan dengan hidangan barbeque bersama nasi goreng cina.
nyum nyum.

Image may contain: food

Lepas makan, dengar ceramah dan kami balik ke bilik beramai-ramai bertemankan bulan yang mengambang. Tengok jam dah 12 lebih.. hurmm.. hurmmmm.
Disebabkan petang tadi hujan, maka malam tu tidur kami bertemankan ongggg.. ongggggg.. onggggg..
hahahaha.. sabar ajelah.

Bersambung...

Saturday, May 27, 2017

SALAM RAMADHAN & SELAMAT BERPUASA

Assalamualaikum...

ALHAMDULILLAH...
Dapat lagi bertemu Ramadhan kali ini.
Ramadhan yang penuh keberkatan dan kemuliaan.
Ramadhan yang selalu dirindu-rindukan
Marhaban Ya Ramadhan.
Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu pengampunan dan rahmat buat semua pembaca 
Alam Sari di Tanah Jauhar.

Image may contain: food

Pagi ini Sk sekeluarga bersahur di bumi Hang Tuah.
Sebenarnya, beberapa hari sebelum puasa,
Sk ternampak kawan fb/blogger Ismaliana makan nasi gunting
lalu terus Sk ajak Encik Rizar ke Melaka sehari sebelum puasa 
untuk makan nasi gunting.
Tapi, lain yang kita cadangkan, lain pulak yang dia buat.
hurmmm.. layankan saja laaa.. macam tak faham, kan.

Selamat Berpuasa semua
dan Selamat Berterawikh
semoga dipermudahkan segala urusan.
Wassalam.

Thursday, May 18, 2017

RETREAT DI MERSING - HARI PERTAMA

Assalamualaikum...

APABILA diberitahu bahawa Sk akan dihantar mengikuti satu kursus di Mersing
terus rasa senak perut 
hati jadi libang-libu
dan jiwa jadi gundah gulana
Setiap hari Sk menantikan agar hari kursus cepat-cepat berlalu
dan meninggalkan Sk
kalau boleh tak nak jumpa dengan hari kursus tu
terus nak lompat ke hari selepasnya, kah kah kah.

Tak tahulah orang lain ya
tapi Sk memang allergik dengan perkataan kursus dan mesyuarat
waima lawatan-lawatan verifikasi
tapi dah namanya kerja berkaitan profesional
sebut betul-betul
PROFESIONAL
berteraskan pendidikan ni
itulah yang kita kena hadap
tak boleh dielak
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
tak gitu...

Lalu.. Sk gagahkan diri ke bumi Mersing
tak mahulah mencipta alasan 
dan macam-macam helah
supaya diberi kelonggaran tidak berkursus
Kursus adalah satu arahan kerja
yang diarahkan dari semasa ke semasa
yang terkandung dalam SKT (Sasaran Kerja Tahunan)
dan untuk mencapai KPI (Key Performance Indicator/ Indeks Prestasi Utama)
setiap kami diwajibkan mengikuti kursus
paling tidak dua kali dalam setahun

Jadi.. Jomlah kita ke Mersing

Image may contain: one or more people and outdoor

Hari Jumaat.. kami memulakan perjalanan ke Mersing.
Para peserta kursus bertolak dari kolej masing-masing
Johor Bahru, Kluang, Muar dan Batu Pahat
paling ramai dari JB
jadi kami naik bas yang disewa khas
Kami sampai di Mersing dalam jam 12.30 tengahari
dan peserta perempuan diturunkan di Medan Keropok Lekor dan Sata Mersing
di panas-panas buta tu
sementara menunggu peserta lelaki solat Jumaat.
Punyalah stress Sk
sebab ditinggalkan di situ dalam keadaan kelaparan.. kah kah kah!
Sebab.. dalam tentatif diberitahu kami sampai di lokasi kursus
jam 12 dan terus makan tengahari
tetiba tukar plan.. ko kenapa buat Mak Inche marah??? 
hahahaha.

Image may contain: 11 people, people smiling, people sitting

Nasib baiklah dekat-dekat situ ada kedai nasi campur
Walaupun ada yang kata, nanti dekat sana (lokasi kursus) dah disediakan makan tengahari
tapi memang dah tak boleh tahan
sebab Sk sarapan dalam pukul 8 pagi
dah lebih 4 jam tak makan
pengsan karang sapa nak angkat.. kan.. kan.. kan (alasan)

Image may contain: cloud, sky, tree, outdoor and nature

Walaupun mula hati rasa malas nak pergi
tapi bila sampai
tengok laut dan pantai
tengok langit dan awan
terus rasa sayang

Image may contain: bedroom and indoor

Setiap kami ditempatkan di sebuah chalet seramai 4 orang
Alhamdulillah, dapat bilik yang sangat selesa
lengkap dengan bilik air yang mengadap pantai.
Sebenarnya Sk risau akan ditempatkan di dalam dorm
jadi bila dapat bilik terus hilang stress

Image may contain: bedroom

Comel sangat katilnya
nasiblah Sk ni jenis yang tidur tegak tak bergerak sampai pagi
kah kah kah

No automatic alt text available.

Inilah lokasi kursus kami
Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan (PKPI)
Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)
yang terletak di Sekakap, Mersing
bersebelahan dengan Istana Flinstones milik Sultan Ibrahim.

Image may contain: one or more people, people standing, tree, plant and outdoor

Program pertama hari itu
Terus rasa nak menangis
Ingat lagi masa kursus induksi dulu
Lagi tinggi dari ni.. tapi tu 14 tahun dulu
Selepas 14 tahun????

Image may contain: 1 person, shoes and outdoor

Pakai tali keselamatan 
sebelum aktiviti dimulakan

Image may contain: 2 people, people standing, hat and outdoor

Dasat kakak senior Sk ni tau
adik senior ni pun boleh tahan hebat
Sk????

Image may contain: 1 person, sky, tree and outdoor

Tinggi dalam 2 meter aje rasanya
Tapi kalau dah gayat macam Sk ni
hurmmmm...

Image may contain: one or more people, sky, tree and outdoor

lepas ni boleh join
Fear Factor Malaysia

Image may contain: sky, outdoor and nature

Kecil-kecil cili api
Bukan sahaja hebat di dapur
tapi juga hebat bergayut

Image may contain: one or more people, sky, outdoor and nature

Kenapa.. nak tengok gambar Sk memanjat?
hahahahaha

Image may contain: sky, outdoor and nature

Sebenarnya, Sk salah kod pakaian
Lupa nak pakai pakaian sukan terus masa bertolak
dan lupa petang tu kena pakai pakaian sukan
Jadi, kita jadi photographer sajalah ya

Image may contain: 11 people, people smiling, people standing, beach, ocean, child, sky, outdoor, nature and water

Petang tu aktiviti riadah tepi pantai
jalan sampai Istana Flinstones
tapi tak boleh sampai dekat pun
sebab ada banyak lori
untuk kerja pembinaan yang mungkin belum siap lagi

Image may contain: 26 people, people smiling, shoes

Semua yang mengikuti kursus retreat ini
adalah di kalangan senior sahaja
tapi tak ramai sebenarnya yang betul-betul senior
sebab ramai yang dah berhijrah
ada juga junior
bagi menggantikan senior yang tidak dapat hadir
Malam itu sesi bersama Ketua Pegawai Eksekutif kami

Eh.. eh.. tak ada gambar makanan ke???


Mestilah ada.... hahaha
Rasanya dalam ramai-ramai ni
Sk aje yang ada masalah mental
ambil gambar makanan.. hahahaha
Ini hidangan makan malam, malam pertama
Nasi putih, Ayam Masak Padprik, Telur Dadar, Sayur Pak Choy, 
Sambal Belacan, Timun dan Buah Epal
Gambar makan tengahari tak ambil sebab kan Sk dah makan kat kedai
lapar punya pasal.. hurmmm
sabar ajelah.. huhuhu.

Bersambung...


Tuesday, May 16, 2017

IBU... GURU PERTAMAKU

Assalamualaikum...

Image may contain: 3 people, text

Kalau ditanya siapa guru pilihan
tentu Sk memilih ibu
walaupun hanya bersekolah setakat darjah 3
namun ibulah guru pertama
mengajar Sk menyiapkan diri
membaca dan mengaji

Image may contain: 2 people, closeup

Terima kasih ibu untuk segalanya
Selamat Hari Ibu
Selamat Hari Guru
dari anakmu.
Image may contain: plant and food
Juga buat semua guru dan wanita bergelar ibu
Semoga jasa anda akan terus dikenang dan dihargai.





Monday, May 15, 2017

MAKAN DI THE DREAMLINER AIRWAYS CAFE

Assalamualaikum...

KELMARIN.. Sk menyambut hari lahir yang ke 42.
Alhamdulillah... syukur masih ada paru-paru, jantung, buah pinggang, hati dan otak
yang mampu berfungsi dengan sempurna.
Ulangtahun  kelahiran kali ini, Sk berjauhan dengan Encik Rizar dan Iman
juga keluarga yang tersayang
kerana arahan berkursus di Mersing, huwaaaaaaaa.

Pada awalnya, ER mengajak Sk meraikan sehari sebelum keberangkatan ke Mersing
tapi Sk menolak sebab nak kosongkan peti sejuk.
Banyak sangat makanan berlebihan
maka lebih baik ia dipanaskan segera
kalau biar lama-lama nanti jadi kayu, hahaha.

Jadi, semalam adalah masanya untuk pergi makan-makan di tempat yang istimewa
sebagai tradisi setiap kali menyambut hari jadi
Alhamdulillah, ada rezeki kita sambut seadanya
Masa memikir-mikir nak makan di mana
Sk teringat permintaan Iman yang nak sangat
makan di cafe ala-ala dalam kapalterbang
jadi.. jomlah kita.

No automatic alt text available.

The Dreamliner Airways Cafe yang terletak di Taman Desa Tebrau, Johor Bahru
dikatakan cafe yang pertama dengan idea dalam pesawat di Malaysia.
Beberapa kali Iman mengajak ke sini
tapi macam belum terbuka hati
Jadi, malam tadi kami realisasikan hajat Iman
nak makan dalam cafe ala kapalterobang, hahaha.

Image may contain: text and food

Kesian Pak Inche yang lapar nasi
Dahlah jenuh berpusing cari cafe ni
sebab alamat yang dikongsikan dalam mukabuku
tak sama dengan alamat sebenar kedai.. hurmmm.
Kalau nak bagi maklumat tu bagilah betul-betul
tak gitu...
Sk dah nekad, kalau tiga kali pusing tak jumpa jugak
kita makan kedai mamak, hahaha.

Image may contain: food

Pilihan Iman, Salted Eggs Deep Fried Chicken
Chicken Chop yang disirami sos telur masin
dihidangkan bersama kentang goreng, daun salad dan tomato
yang disurah sos mustard
Satu kelainan dalam penyediaan sos untuk chicken chop
Sedap.. tapi agak masam.

Image may contain: food

Pilihan Pak Inche, Hainanese Chicken Chop
Chicken Chop yang disirami sos hainan
rasa sos tu masam manis ala-ala Siakap Sweet Sour tu
yang tak kena di tekaknya.

Image may contain: people sitting, food and indoor

Haaa.. yang kat depan Chicken Chop ni
Char Kuey Teow Penang
tambahan menu orang yang lapar nasi katanya.

Image may contain: food

Sk punya, Creamy Penne
macam biasalah Sk kan
mesti nak pasta
kenapa tah suka sangat.. hahaha.

No automatic alt text available.

English Breakfast Tea di malam hari
Sk cakap.. boleh sembelit esok pagi
sebab pekat sangat, huhuhu.
Ingatkan nak makan dessert yang sedap
tapi tak ada dessert disediakan
macam tak logikkan..?

Image may contain: people sitting, food and indoor

Sesiapa yang nak makan di sini
boleh dikatakan harganya berpatutan dengan dekorasi kedai
yang sukar ditemui di mana-mana.

Image may contain: 2 people, people sitting, people eating, indoor and food

Hurmmm.. lama dah tak naik kapalterbang
Ekonomi melecet wakkkkk
hahahahaha.

Image may contain: 1 person, smiling, standing and indoor

Masa  ke sini
ada sambutan hari jadi
punyalah riuh rendah dalam kapalterbang tu
sampai tengok muka salah seorang krew
berlipat 14, huwa huwa huwa.

Image may contain: 2 people

Sudah cukup sudah
...

Thursday, May 11, 2017

LETIHNYA MEMASAK

Assalamualaikum...

SEPERTI orang lain, semalam SK juga bercuti sempena perayaan hari wesak.
Bercuti kerja pejabatlah, tapi kerja di rumah kena buat jugak.
Tapi rasanya dari celik biji mata sampai malam Sk dok tukang cheese tart di dapur.
Tapi sempat jugak lari hantar cheese tart ke Senai
nasib baiklah ada orang yang sukarela nak bawakan kereta
tapi ada hajat rupanya
dia ajak pulak kita ke Aeon Kulai sebab tekaknya nak makan chicken chop
Bukan nak makan di Aeon tu tapi nak beli bahan mentah 
tukang masaknya Sk laaaaaaa.. uhuks!

Mula memasak pukul 8
makannya hampir jam 10
lepas makan, kemas meja kemas dapur
sambung lagi buat cheese tart
Nasib siap semua sebelum pukul 12 malam
Beratus jugaklah yang siap walaupun crust hanya dibuat pada paginya tu
nasib baik ada mesin penekan kulit tart yang amat praktikal ni

Meh, tengok apa Sk masak sampai dua jam tu.. hahaha.

Image may contain: food

Mula-mula Sk masak Chicken Chop
Disebabkan Sk sibuk dengan cheese tart, maka tugas memerap bahan
diserahkan kepada Iman
Lepas ni, bolehlah suruh dia yang perap ayam atau daging
bukan susah sangat pun

Image may contain: food

Sebelah dapur panggang ayam
sebelah lagi goreng kentang

Image may contain: food

Siap panggang ayam
kita panggang daging pulak
Daging ni Sk beli yang dah siap marinate

Image may contain: food

Sambil-sambil tu kita masak pula sos bolognese
Alah.. guna sos prego tradisional dalam tin aje
yang penting kena guna daging cincang
baru sedappppp!
Siap masak sos, kita rebuslah spaghettinya.

Image may contain: food


Jagung dan kacang peas lazat berkrim
Cuma masukkan dalam kuali bekas panggang tadi
dan letakkan 1 sudu besar susu pekat.
Syokkkk!

Image may contain: food

Fuhhhh.. letihnya memasak.. hahaha.

MAJLIS KAHWIN DI CYBERJAYA

Assalamualaikum... MASIH TERASA manisnya majlis perkahwinan antara Nasreen & Amin di Cyberjaya ini kerana di waktu beginilah semua ...