MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Monday, June 12, 2017

JAP LAGI BUBUH TAJUK

Assalamualaikum...

Salam Nuzul Quran buat semua pembaca yang beragama Islam 
dan selamat meneruskan menjalani ibadah puasa. 
Hurmm.. ada yang dah raya awal nampaknya, kih kih kih.

Sebenarnya dah tak ingat dah apa nak cerita, hahaha
Kali ni macam dah tak serajin dulu ambil gambar sebelum berbuka dan bersahur
Ada jugaklah ambil gambar
Tapi tak banyak masa nak sembang di blog macam dolu-dolu
huhuhuhu.

Sk letak gambar randomlah ya
Malas nak ingat balik Ramadhan ke berapa.. hihihi

Image may contain: food

Ketam Masak Lemak Cili Padi
bersama Sambal Tempoyak Ikan Bilis
Sk sejenis yang tak berapa nak makan ketam ni
bukan tak suka tapi malas nak korek isi ketam
dan selalu takut luka bibir kalau gigit sepit ketam tu, hahaha
Paling banyak boleh makan seekor aje
Bulan puasa makan setengah ekor sudah cukup sudah

Image may contain: people sitting and food

Kerapu Bara Masak Tiga Rasa
Sebenarnya kerapu bara ni dah dimasak awal
tapi makan separuh sahaja
Jadi, panaskan semula pada hari masak ketam, hehehe.

Image may contain: food

Sambal Daging
errrr.. macam dah pernah tunjuk ajer, kan..

Image may contain: food

Bihun Sup Chinese Style
Makan masa sahur
masa ni semua orang sahur lain-lain
sebab nak kasi perabih apa yang ada dalam peti sejuk
Cuma Iman jer yang nak sentiasa ada nasi masa sahur
tak kisahlah nasi goreng pun okey
janji makanan berat

Image may contain: food

Gulai kawah yang ditambah telur rebus
Asalnya ER suruh buat kari telur
tup tup dia bawa Gulai Kawah dari Pasar Ramadhan
nasib baik masa tu macam berat aje hati nak masak
dan fikir lambat-lambat aje nak dikarikan telur tu

Image may contain: food

Daging Goreng Kunyit
Ini tak ingatlah masak bila
Boleh dikatakan puasa kali ni Sk memang banyak masak
dan tak berbuka di luar lagi

Image may contain: food

Berbuka berdua sahaja dengan Iman
Atas permintaannya sejak beberapa hari
Spaghetti Bolognese
Macam biasa gunakan sos prego aje
Masa ni ER berkursus ke KL

Image may contain: food

Bulan puasa ni Iman ngadu sembelit aje
Jadi, tiap kali sebelum makan
paksa dia makan sebiji pisang
Alhamdulillah.. dah tak sembelit katanya
 belikan betik dapat yang muda pulak

Image may contain: food

Balik dari kursus Iman ajak babahnya makan di luar
Jadi berbuka di rumah dulu
Dah malam sikit baru keluar makan di Restoran Tomyam
di BBU

Image may contain: food

Puas hati makan di sini
selesa dan tenang
makanan pun sedap
tapi tak tahulah apa nama kedainya
dekat deretan Pejabat Pos Uda
depan Selera Mahsuri

Jumpa nanti
Wassalam.


Thursday, June 8, 2017

SLIPPER LOBSTER MASAK MENTEGA TELUR MASIN

Assalamualaikum...

TERLANJUR menghantar tempahan Sambal Tempoyak ke Gelang Patah
Encik Rizar mengajak Sk ke Pasar Nelayan di Pendas
untuk mencari stok makanan basah.
Fuhhh.. Pak Inche ni memang gian sikit dengan pasar
Naik seram Sk dibuatnya
Tapi tak apa.. kita layannnn jer.

Sampai pasar, tak ramai pelanggan dah
Mungkin sebab dah tengahari
Nampak pulak udang kipas ni terloncat-loncat lagi
kaki-kakinya melambai-lambai mintak di selamatkan
jadi, kita selamatkan sekilo
hahahaha.

Sk ni pulak, tak boleh dapat sesuatu yang segar macam tu
Kalau boleh tu jam jugak nak masak
pakkal jerlah puasa, kan
Jadi, kita masak petang
untuk juadah ......

Berbuka 8 Ramadhan

Image may contain: food

Nama omputeh udang kipas ni Slipper Lobster
adakah sebab bentuk kepalanya yang macam selipar?
hehehehe.. tak kisahlah
yang pastinya rasanya sangat sedap okeh
apatah lagi jika dimasak mentega telur masin
Nasi sepinggan tak cukup.. huwa huwa huwa.

Slipper Lobster Masak Mentega Telur Masin

1 kilo Slipper Lobster (saiz sederhana)
sedikit serbuk lada sulah
sedikit serbuk lada hitam
beberapa hirisan halia

Lobster ditelentangkan dan belah dua 
Masukkan dalam pengukus
Taburkan hirisan halia, serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam
Kukus 10 - 15 minit.

Sementara itu sediakan sosnya.

2 sb mentega
5 - 6 ulas bawang putih
7 - 9 tangkai cili api
3 - 5 helai daun limau purut (dihiris)
1 tin susu cair
1 sk susu pekat
sedikit serbuk lada sulah
sedikit serbuk lada hitam
2 kuning telur masin dihancurkan

Cara-cara :
Panaskan mentega dalam kuali
Tumiskan bawang putih
Masukkan cili padi dan daun limau purut, tumis hingga naik bau.
Masukkan telur masin, kacau rata-rata.
Masukkan serbuk lada sulah dan lada hitam.
Masukkan susu cair dan susu pekat, kecilkan api.
Masak hingga mendidih dan berbuih.
Tutup api.

Susunkan slipper lobster yang telah dikukus ke dalam pinggan
dan curahkan sos ke atasnya perlahan-lahan.
Sedap dimakan bersama nasi putih atau nasi goreng cina.





Wednesday, June 7, 2017

MASAK DAN MAKAN

Assalamualaikum...

SALAM Ramadhan ke 12.
12 hari puasa yang dilalui dengan penuh kesederhanaan
dan Alhamdulillah.. kurang pembaziran.
Haaaaaa.. maknanya ada juga makanan yang tak habis
akibat tamak dan gagal mengawal nafsu ketika membeli
Siapa?
Pak Inche laaaaaa.. hahaha

Selalu Sk berleter
dari makan tak habis
baiklah duit tu dibagi pada Sk
hurmmm..

Sedap di tekak kita
belum tahu sedap di tekak orang
Sedap di tekak orang
belum tahu juga sedap di tekak kita
Tapi, kalau perut dah kenyang
Makanan yang sedap pun tak larat nak dihabiskan.

1 Ramadhan

Image may contain: 2 people, people standing and outdoor

Tu dia.. balik dari Bumi Hang Tuah
melalui jalan lama
kami singgah di Pasar Ramadhan Ayer Baloi
meriah giler
mungkin ramai yang mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman
kerana 1 Ramadhan jatuh pada hari Sabtu
dan Ahadnya cuti kelepasan bagi sektor swasta di Johor.
Macam-macam ada
ER beli dua nasi beriyani kambing
Tengok adik tu cedok nasi.. takut-takut sungguh
hurmm..
Di sini, kuih muih masih dijual RM1 untuk tiga biji.
Beli jugak ayam golek sebelah, rojak petis dan kaswi serta bronok.
Kami sampai kawasan perumahan ketika azan berkumandang
dan berbuka dalam keretalah nampaknya.
Sampai rumah, mandi, baru makan nasi.

Sahur 2 Ramadhan

Image may contain: food

Nasi Goreng Daging
Sk goreng seawal 4 pagi
dah biasa bangun 4 pagi setiap kali bulan puasa
sebab takut terbabas
Set alarm sekali jer
dan takde ulangan
maknanya kalau alarm bunyi
memang kena terus bangun.

Image may contain: food

Ayam golek ada lagi suku
yang ni kita panaskan
syok pulak makan ayam dengan nasi goreng pagi-pagi tu
hehehehe.

Berbuka 2 Ramadhan

Image may contain: 1 person, smiling, sitting

Memandangkan hari rehat pejabat ER jatuh pada hari Sabtu
maka ER mendapat cuti ganti pada hari ahad
dan memandangkan jugak cuti semester telah bermula
maka SK pun join bercuti, hahaha.
ER paksa Sk ikut dia ke Pasar Ramadhan Taman Universiti
benda wajib beli
Murrrrrrrrrrrrtabak Abang Bai
hahahaha.

Sahur Ramadhan 3

Tapikan..
Murtabak Abang Bai kita buat makan sahur jer.. hehehe
Nasi Goreng semalam ada lagi, panaskan
dan goreng ayam dindings untuk Iman.
Sedih.. sebab kena pi kerja dah
huhuhu.


Berbuka Ramadhan 3
Image may contain: food

ER berbuka di luar
jadi tiada makanan dari bazar
Iman kata nak makan sambal totok
dan sotong goreng kunyit
nyum nyum nyum
senang kerja Sk
Iman punya senyum dapat makan sambal totok
macam dapat makan Baskin Robbins tau
hahaha

Image may contain: text

Lepas tu request nak makan Sambal Hijau Nasi Padang pulak
hurmmmm....

Berbuka Ramadhan 4

Image may contain: food

Sambal Daging
yang ini febret ER la
Iman setia dengan sambal totoknya
kah kah kah

Image may contain: food

Tengok ER beli cekodok pisang
RM1/10 biji
laku keras.. sedappp!

Berbuka Ramadhan 5

No automatic alt text available.

Sk borong Air Kathira Cool Blog
sebab terpikat dengan botolnya
Rasa? Rasa Cool Blog la.. hehehe.
Tak rasa ori Kathira

Berbuka Ramadhan 7

Image may contain: dessert and food

Boleh dikatakan setiap kali ke pasar ramadhan
ER mesti beli karipap
aduyaiiii..
dah macam karipap dah muka Sk ngan Iman dibuatnya
muka ER lagi laaa.. hahahaha.

Bersambung di Ramadhan 8...

p/s Siapa yang perasan tak ada Ramadhan 6???

FIESTA NANAS 60

Assalamualaikum... DIAM tak diam sudah hampir empat minggu cuti sekolah berlalu, kan. Tengok di laman sosial,  ramai kawan-kawan yang menga...