MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Thursday, July 20, 2017

26 SYAWAL

Assalamualaikum...

ALHAMDULILLAH.. dah hari ke 26 kita meraikan Syawal.
Ramai yang mengambil kesempatan mengadakan rumah terbuka
dan menghadiri jemputan rumah terbuka
sama ada dari individu atau syarikat korporat.
Ramai yang dah bising,berat turun 2 kg masa Ramadhan
tapi naik 5 kg ketika Syawal.
Satu aje Sk nak cakap
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Bersyukurlah.. hehehehe.

Sebenarnya Sk baru sahaja pulang dari menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Kolej
yang di adakan di Kolej Kemahiran Johor Cawangan Kota Tinggi.
Tahun ini KKJ Kota Tinggi dipilih menjadi tuan rumah
Terima kasih kepada penganjur bersama iaitu SR Scaffold Resource Sdn Bhd
dan LogistikBahtera (M) Sdn Bhd
Alhamdulillah!

Image may contain: food

Antara hidangan yang menjadi rezeki hari ini
Anggur dan oren
Puding caramel dan puding coklat
Lontong, Laksa Johor dan Sate
Semua ambil sikit-sikit.. jamah-jamah jangan tidak
kalau tak mahu teringat-ingat.. kah kah kah
Alasan!

Image may contain: food

Ada jugak nasi beriyani.. tapi.. tunggu tengahari sikit laaa
Lepas tu tengok kawan makan burasak dengan asam pedas
terus tirrrrrgoda
tapi tak cukup syarat sebab ketupat loi (pulut) tak ada
Nasib baik ada lemang.. makan dengan rendang.
lepas cuci tangan, minum cendol dengan teh tarik pulak
aisehhhhh!! Nantilah makan nasi beriyani.

Image may contain: food

Dengar kambing dah siap golek
kita makan kambing dulu.. terus lupa nasi beriyani.. hahaha.

Nanti kita sembang lagi na..

Wassalam.


Thursday, July 13, 2017

19 SYAWAL

Assalamualaikum...

Image may contain: 2 people, people smiling, people sitting and text

Dah puas ke makan ketupat dan rendang tu?
Entahlah ya, Sk ni rasa macam tak puas pulak, hehe.
Kalau boleh nak makan banyak-banyak tapi tak boleh pulak
takut perut meletup, hehehe.
Lepas tu esoknya teringat-ingat kenapalah tak makan banyak-banyak
huhuhu.. sabar ajelah kan.

Image may contain: 1 person, plant, flower, outdoor and nature

Bila sebut 19 Syawal, Sk teringat
tarikh inilah Sk kehilangan seorang insan yang bergelar bapa buat selama-lamanya
24 tahun lalu. Masa tu Sk baru usia 18 tahun dan adik yang bongsu baru darjah 4.
Tinggallah kami 4 beradik dibesarkan ibu yang bekerja sebagai Tea Lady di sebuah kilang Jepun.
Untuk menampung perbelanjaan masa tu, ada beberapa kerja sambilan yang ibu buat dibantu anak-anak. Alhamdulillah.. semua adik-beradik Sk dah jadi orang sekarang.. tak ada yang jadi beruang.. huhuhu.

Image may contain: food

Macammana dengan sambutan raya anda kawan-kawan?
Tahun ini, giliran Sk berhariraya bersama keluarga mertua di Kuala Ketil, Kedah.
Kami balik kampung dua hari sebelum hari raya dan balik semula ke Johor pada hari raya ke tiga.
Itupun raya ke 4, baru sampai Johor sebab kepenatan menempuh kesesakan jalanraya.
Kami daftar masuk secara walk-in di Felda Residence Trolak saja.
Cukup lega untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan keesokan harinya.

No automatic alt text available.

Macam biasalah bila berjalan, Encik Rizar memang gemar gunakan jalan kampung. 
Ternampaklah pulak orang jual sarung ketupat daun kelapa nikan.
Kita belilah dua puluh biji nak bagi orang utara rasa ketupat nasi daun kelapa.
Kalau nak tahu, inilah pertama kali Sk isi beras dan masak ketupat nasi ni sebab biasanya Sk cenderung tolong kemas rumah dan tolong masak lauk pauk aje.
Hurmmm.. beriya kan orang tengok Sk masak padahal yang sebenarnya bab menolong di dapur pemalas nak mamps.. huhuhu.

Image may contain: food

Bagi melengkapkan juadah raya, Sk gagahkan juga memasak kuah lodeh ni ha.
Sebenarnya, sehari sebelum raya tu Sk sekeluarga ke Baling dan kena hujan.
Selalu okey jer kalau kena hujan tapi kali ni satu badan bisa-bisa di pagi raya.
Tapi.. kita orang perempuan ni, ada masa ke untuk sakit kepala?
Gigihkan jugaklah potong sayur-sayur nak masak tu dengan memakai baju raya, hahaha.

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing, outdoor and nature

Hari pertama raya tu pulak, langsung tak ambil gambar anak-beranak.
Raya kedua barulah dapat bergambar bersama. Masa ni badan dah tak bisa-bisa tapi tekak rasa macam tertelan tulang ikan. 
Lepas tu pergi jalan-jalan makan cendol dan mee sotong di Butterworth.. sabar ajelah.

Image may contain: food
Penangan makan cendol, tekak yang mula rasa macam tersangkut tulang tu
rasa macam tersengkang duit 50 sen bila bangun tidur pada raya ketiga.
Batuk tak, selsema pun tak.. tapi suara tak ada. Bila bercakap, keluar macam bunyi burung aje, amek kau! Kemam strepsils pun tak jalan dah. 

Bersambung...





26 SYAWAL

Assalamualaikum... ALHAMDULILLAH.. dah hari ke 26 kita meraikan Syawal. Ramai yang mengambil kesempatan mengadakan rumah terbuka da...