MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Wednesday, August 16, 2017

PERIUK NOXXA

Assalamualaikum...

BEBERAPA kali saya dipelawa oleh kawan-kawan untuk membeli periuk serbaguna jenama noxxa. Bukan tak nak tapi saya rasa macam tak ada keperluan di samping menyemakkan barang-barang di dapur,  hihi.  Maklumlah,  periuk ni bukan kecik, dapur saya pulak bukan besar,  ditambah pulak dengan harga periuk ini yang boleh tahan le maharnya.
Jadi,  alasan periuk besar,  dapur kecik tu sebenarnya alasan aje.  Yang benarnya tak mampu nak bayar harga periuk tu,  mengaku sajalah,  kah kah kah.

Boleh main kutu,  kata member.

Yelah,  memang boleh main kutu.  Tapi bab tunggu giliran tu yang tak suka. Kalau boleh main kutu,  Sk nak nama nombor satu,  aduyaiii...  Jadi,  tawaran untuk main kutu periuk noxxa ni memang Sk tolak la..  Kononnya tak minat.. Huhuhu.

Tapi,  bila ada yang offer beli periuk noxxa secara ansuran,  dapat dulu bayar kemudian,  siang malam tak boleh tidur mengenangkan.  Nak..  Tak...  Nak.. Tak.  Peluang bukan datang selalu.  Ialah,  memanglah tak bagus berhutang tapi untuk beli cash tu,  menggigil oi kepala lutut nak membayarnya, adudu.  Keputusan akhirnya dibuat dan akhirnya periuk noxxa menjadi milikku.

Walaupun dapur sempit,  adakan juga ruang untuk dia.  Maklumlah,  periuk kesayangan..  Kah kah kah.


Demo memasak dengan periuk noxxa.
Sebenarnya dah empat kali juga Sk gunakan periuk ni baru dapat datang demo ni. 
Semasa demo ni kita bukan sahaja diajar cara memasak tapi juga cara mengendalikan dan membersihkan tutup periuk. Kalau tak datang demo ni silap-silap sampai ke sudah main lap ajelah tutup periuk tu,  hahaha. 


Memasak nasi impit atau ketupat segera menggunakan fungsi high pressure selama 30 minit.  Ini Sk pernah buat masa balik raya di kampung hari tu.  Ketupatnya pun tahan lama tak mudah basi. 

Rendang Ayam Minang.
Dalam demo ni diajar memasak rendang cara tumis menggunakan fungsi stir fry dan melembutkan ayam selama 10 minit sahaja menggunakan fungsi high pressure.  

Nasi Daging. 
Juga diajar cara tumis rempah dahulu menggunakan fungsi stir fry,  melembutkan daging menggunakan fungsi high pressure selama 30 minit dan memasak nasi menggunakan fungsi high pressure selama 8 minit sahaja. 
Beras Basmathi pula perlu direndam selama sejam sebelum dimasak.

Aduyaiiii...  Punah diet Sk semalam. 

Tuesday, August 15, 2017

PUFF PASTRY & CHICKEN FILLING

Assalamualaikum...

SEDAPNYA BONDA...

Komen Iman bila menyuap Puff Pastry berintikan Chicken Filling ke dalam mulutnya.  Apa tak sedap,  intinya tu dibuat dengan penuh kasih sayang,  maklumlah kita nak mengajar anak orang jadi pandai memasak macam cikgunya,  tak gitu..  Kih kih kih.

Puff Pastry ni kita boleh gunakan puff pastry ready made jenama kawan yang ada dijual di pasaraya.  Tapi untuk dalam kelas,  tak bolehlah guna yang segera.  Wajib tahu bagaimana menyediakan sekeping puff pastry yang ranggi apabila dibakar dalam ketuhar.


Puff Pastry

200 gm tepung gandum / high protein*
110 gm air*
25 gm butter*
1/2 tsp garam*
150 gm pastri margerin

Masukkan semua bahan bertanda * dalam satu mangkuk besar. 
Uli hingga menjadi doh. Rehatkan selama 15 minit. 

Sementara rehatkan doh,  boleh siapkan inti. 

Chicken Filling

200 gm dada ayam 
(rebus dan asingkan airnya) 
1 tsp nutmeg
100 gm mix vegetables
1/2 biji capsicum
1 biji bawang holland (didadu)
3 ulas bawang putih (cincang halus) 
3 sudu minyak masak (untuk menumis) 
1/2 tsp garam
1/2 tsp serbuk lada sulah
3 tbs krim (whipping cream) 
1 tbs keju parmesan

Cara :

Panaskan minyak. 
Tumis bawang putih hingga harum. 
Masukkan dada ayam (potong kecil) 
Masukkan bawang holland. 
Masukkan nutmeg. 
Kacau, Tambahkan sedikit air rebusan ayam.
 Masukkan capsicum dan mix vegetables.
Tambahkan garam,  serbuk lada sulah & kacau
Masukkan krim dan keju parmesan. 
Sesuaikan rasa,  tutup api dan biarkan suam. 

Siapkan puff pastry

Taburkan tepung atas papan pencanai. 
Taburkan juga tepung di rolling pin. 
Canai doh sehingga mendapat satu kepingan yang besar setebal 5 mm. 
Susunkan pastri margerin di atas doh. 
Lipat kanan,  kiri, atas dan bawah doh ke arah pastri margerin untuk menutup pastri margerin. 
Gelekkan rolling pin perlahan di atas doh.
Terbalikkan dan gelek juga dengan perlahan. 
Rehatkan doh 15 minit. 

Kemudian canai lagi doh dengan bahagian yang lebar bersetentangan dengan kita. 
Pastikan kita mendapat satu kepingan doh berbentuk segiempat tempat. 
Canaikan sehingga mencapai ketebalan 5 mm. 
Kemudian lipat tiga doh tersebut. 
Canai lagi dan kali ini dilipat kepada empat. 
Akhirnya canai doh sehingga mencapai ketebalan 5 mm. 
Terap doh dengan penerap yang sesuai dengan saiz pie mould yang digunakan. 
Isikan chicken filling ke dalamnya.  
Terap satu lagi doh untuk dijadikan penutup puff.
Sapukan egg wash di sekeliling puff dan tekan dengan garfu untuk melekatkannya. 
Cucuk juga bahagian atas puff dengan garfu dan sapukan egg wash.  
Bakar pada suhu 180 - 200 darjah selsius selama 25 - 30 minit atau sehingga bahagian atas puff keperangan. 

Cara membuat egg wash

1 kuning telur
Sedikit susu full cream atau sebagainya
Sedikit pewarna kuning
Pukul sebati dengan garfu sahaja. 

Untuk hasil yang lebih ranggi boleh gunakan tepung roti. 







Friday, August 11, 2017

RESIPI BEIGNET

Assalamualaikum...

BEIGNET disebut Bei-nei adalah sejenis dessert yang enak dimakan ketika masih panas dan terkenal di kalangan penduduk di New Orleans.  Disebabkan ramai yang berminat dan bertanyakan resipinya,  maka Sk kongsikan di sini. Sk pasti ia pasti menjadi kesukaan anak-anak terutama yang suka makan donut,  hahaha sebagaimana kata Chef Leenn Hazleena, beignet ni selalu dihidangkan dalam watak kartun disney,  hehehe.


Beignet

1 1/4 tsp yis kering
175 ml air suam
1/2 cwn gula kastor
1/2 tsp garam
1 biji telur (A @ B) 
1/2 cwn susu cair
500 gm tepung gandum ayak bersama 1/2 tsp baking powder
30 gm mentega / margerin dilembutkan

Cara-cara :

1. Dalam mangkuk yang besar,  satukan yis kering bersama air suam,  kacau sebentar. 
2. Masukkan gula kastor,  garam dan telur,  pukul sedikit. 
3. Masukkan susu cair,  kacau sebati. 
4. Masukkan 300 gm tepung yang dah diayak tadi.  Gaul sebati. 
5. Masukkan mentega atau margerin,  gaul sampai sebati. 
6. Masukkan baki 200 gm tepung,  gaul sebati guna jari sehingga menjadi doh. 
Nota : Doh agak melekat dan basah,  jangan risau ya. 

7. Tabur tepung yang banyak di atas meja canai. 
8. Panaskan minyak di kuali sedalam 2".
9. Canai doh sehingga nipis anggaran 5 mm. 
10. Potong segiempat dengan ukuran 2" x 2" (kalau nak besar lagi pun boleh) 
11. Goreng dalam minyak yang cukup panas,  jaga api kerana beignet cepat hangus. 
12. Apabila bahagian atas beignet sudah menggelembung, cepat-cepat terbalikkan. 
13. Golekkan beignet dalam icing sugar.
Sedia dimakan..  Sedappp..  Percayalah. 

Alhamdulillah. 






MANDI TEPUNG

Assalamualaikum...

"Puan,  esok kita masuk kitchen lagi ke? "
Jawab Sk, "Esok last,  lepas tu seminggu kita rehat dok dalam bilik kuliah buat portfolio jer."
"Eloklah tu puan, lutut saya dah rasa nak putus ni."

Haaa..  Tu lutut budak baru 20 tahun.  Yang 42 tahun macam Sk ni? Bukan lutut jer rasa nak putus,  tumit pun rasa nak tercabut,  kah kah kah.

Bermula hari selasa lepas,  9 resepi berjaya disudahkan termasuk resepi yang pelik-pelik dan tak ramai diketahui orang.

Membuat pastri lapis berintikan ayam. 
Siap dua resepi dalam satu menu. 
Setiap tugasan dibuat dengan penuh disiplin sebagai bakal seorang chef pastri.
Antara yang sempat dirakamkan hasilnya.

Air tangan cikgu semestinya terbaik.. 
Hahaha
Bersambung dengan resepi seterusnya
Strawberry Jam
Lepas tu belajar buat waffle.
Waffle pun ada teknik juga bukan main belasah macam buat lempeng tau. 
Hidangkan waffle bersama strawberry jam tadi. 
Kelas seterusnya
Pagi-pagi dah buat pancake
Hidangkan bersama madu dan mentega
Sedappp
Lepas tu belajar buat coklat ganache
 dan mille crepe. 
Ketahui perbezaan antara pancake dan crepe. 
Crepe pun ada banyak jenis sebenarnya dan perlu dijelaskan crepe atau mille crepe amat jauh sekali rasanya jika nak dibandingkan dengan lempeng dan kuih ketayap dari segi resepi malahan rasanya juga. 

Mille Crepe cikgu yang paling georgeous! 
Apple Fritters
Selain pisang,  epal dan nanas juga sedap digoreng.  Kepekatan batter untuk menggoreng epal hendaklah cukup pekat untuk menyalut epal yang sifatnya sedikit berair. 
Beignet
Seakan donut dan cakoi
Dessert terkenal di New Orleans. 
Cara nak sebut..  Bei -nei
Lembut gigi dari lidah bila nak sebut..  Hahaha


Tekak melayu ni 
Rasa nak cecah ngan sambal tumis
Hahahaha. 


Sunday, August 6, 2017

DAH JADI CIKGU PASTRY?

Assalamualaikum...

Sedihnya tengok blog ni sekarang.
Terbiar bak perahu hanyut di tengah lautan yang tak bertepi
kah kah kah
Tuannya sibuk teramat 
dan penat teramat
begitulah nasib...

Hurmmm.. apa nak cerita ya
ada ke yang rindu dengan cerita-cerita Sk?
ada ke yang masih sudi membaca?
ada ke yang masih sudi mengomen???

Krikkkk.. krikkk...

Okeylah.. cerita pasal perkembangan Sk sekarang
yang memang berkembang
bak bunga kembang cina.. nak?
Image may contain: 1 person, chess, table, food and indoor
Ramai yang bertanya
terutama bekas-bekas pelajar dan bekas rakan sekerja
adakah Sk dah bertukar bidang sekarang?
Ya.. begitulah nampaknya
Sk diberi pilihan untuk menjadi pengajar
dalam bidang pembuatan pastry
dan berbekalkan pengalaman dalam bidang tersebut
sejak lebih lima tahun dulu
maka Sk sahut cabaran ini.

kerana Sk tidak punya pilihan

Sukakah Sk?
Suka ada.. tak suka pun ada
tapi insyaAllah.. Sk tetap ikhlas bekerja kerana Allah
demi mencari rezeki yang halal

Image may contain: 9 people, people smiling, food and indoor
Kelas Short Crust Pastry yang berlangsung minggu lepas
ramai yang minta Sk buat kelas cheese tart lama dulu
dan anak-anak ini bertuahhhhhhh
sebab dapat belajar buat cheese tart dengan Sk
bukan senang tau.. hahahah
Image may contain: food
Muailah masing-masing makan cheese tart hari tu
Sk.. dah tak terlarat dah nak makan
Image may contain: 9 people, people smiling, people eating, table, food and indoor
Kelas Choux Pastry
berlangsung pada hari yang sama
mandi tepung la lepas ni hari-hari.. hihi

Image may contain: food
Setiap pelajar dikehendaki mempersembahkan choux pastry dalam tiga bentuk
Cream Puff, Swan dan Eclairs
nyum.. nyum.. nyum..
lain kali kena buat English Tea la.. hihi

Image may contain: food
Fruit Tart pun ada
habiskan saki baki tepung
habiskan saki baki buah pelajar exam
dari terbiar
baik kita buat fruit tart kannn..

Image may contain: 13 people, people smiling, people standing and indoor

Adoihhhh... Cikgu besar elephant.. hahahaha
Image may contain: food
Kuih feberet.. Cara Berlauk
tak sangka rupanya ramai yang bukan sahaja tak pernah makan
malahan tak pernah tahu pun tentang Cara Berlauk ni
kuih orang lama dan bila diajar kepada anak-anak muda
maka macam-macam versi yang ada

Yang mulus
Yang hangus
semua ada
sabar ajelahhhhhh
nak kena babab nampaknya!




PERIUK NOXXA

Assalamualaikum... BEBERAPA kali saya dipelawa oleh kawan-kawan untuk membeli periuk serbaguna jenama noxxa. Bukan tak nak tapi saya rasa m...