MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Thursday, September 21, 2017

FESKO KPYPJ 2017

Assalamualaikum...

Sk ingin mengajak anda yang tinggal berhampiran Kulai atau sekitarnya untuk sama-sama memeriahkan Festival Konvokesyen KPYPJ 2017 yang akan berlangsung mulai 22 hingga 23 September 2017 di Dataran Blok E (Bangunan Senibina), Kolej Yayasan Pelajaran Johor
Jalan Kulai - Kota Tinggi.  

Festival anjuran Bahagian Korporat,  Pemasaran & Hubungan Industri KPYPJ ini adalah penganjuran yang pertama kerana ini merupakan pertama kali majlis konvokesyen KPYPJ diadakan di Kampus Induk sejak ia beroperasi secara rasmi di Kulai. 

Berikut merupakan tentatif program.


Datang jangan tak datang! 

Wednesday, September 20, 2017

KEK OH KEK!

Assalamualaikum...

DAH sarapan ke tu?
Sk ni dah dua hari berturut-turut sarapan dengan kek yang superrr duperrrr jelita.
Meh tayang sikit


Passion Fruits Coconut Cake
Coconut Cake with Cream Cheese Frosting & Homemade Passion Fruits Curd 


Kek yang gebu dengan rasa premium butter bersama kelapa yang begitu menyerlah.
Dilapisi pula dengan cream cheese frosting dan passion fruits curd yang masam tu
Memang satu gabungan rasa yang mantap
Ditambah dengan rupanya yang ayu ditaburi kuntuman rose kecil yang menambah seri wajah. 


Ini pula Rose Lime Cake
Kek berperisa ros bersama Swiss Meringue Buttercream dilapisi homemade lime curd. 
Sungguh jelita dan rupawan sekali rupanya kan. 


Memandang kek ini terus Sk jatuh cinta. 
Sesuap demi sesuap ke mulut
Memang sukar menepis godaannya. 
Pejam mata menghayati asyiknya rasa. 
Macam ni tak kurus pun tak apa asalkan bahagia. 

Meh nak tempah ke? 
Takkan nak tengok aje,  kan. 
Whatsapp Ct Sweetie
0127959127




Tuesday, September 19, 2017

AHMAD LIM BLACK PANCAKE

Assalamualaikum...

CERITA Jumaat lepas,  selepas mengambil Iman dari kelas tuisyen,  Encik Rizar mengajak kami makan mee sup di Ahmad Lim Black Pancake yang terletak di Taman Setia Tropika,  Kempas.  Pagi tu dia nampak ada kawannya yang post tentang mee sup tu terus dia terliur.  Pak Inche ni memang mudah tergoda dan terpedaya maka kita layankan aje adakah pengakhirannya penyesalan atau kepuasan,  kah kah kah.

Sebelumnya,  Iman pun beberapa kali tunjuk Sk gambar-gambar dari fb page ALBP ni.  Tengah-tengah bulan tunjuk memang tak adanyalah Sk nak melayan,  hahahaha.  Ingatkan nanti-nantilah hantar proposal kat babahnya tapi belum sempat dah ada kawannya yang tayang dulu,  hehehe..  Fuhhhh..  Selamattt.


Meh kita layan pancake dulu. 
Sesuai dengan konsepnya
Black Pancake 
Masa tengok gambar dalam fb tu nampak macam pie manis tapi bila tengok kuali macam kuali apam balik.  Rupanya memang betullah apam balik cuma tak dilipat aje.


Cafe ini menggunakan konsep layan diri. 
Ini menu untuk pancake di mana harga bermula dari RM35, tuuuuu dia! 
Mula-mula kita pilihlah topping yang kita nak.  Sk minta staf tu rekomen dan dia kata Nutella yang paling sedap. 
Nutella..  Mana pernah tak sedap. 
Lepas tu, Sk minta dia cadangkan yang lain
Dia kata Cream Cheese Cookies. 
Lepas tu dia kata Sweet Corn pun sedap. 
cream Milo pun sedap. 
Lepas tu Sk terus keliru.
Akhirnya ambil nutella jugaklah. 
Nak cheese tambah lagi RM5
Hurmmm..  Baiklahhh. 

Untuk pancake,  Sk pilih Black Coco dan 350 crust iaitu ketebalan apam balik kita tu,  hahaha. 

Sedap ke? 
Sedaplah jugak..  Apam balik sapu nutella. 
Nutella kan sedap,  tabur cheese..  Lagi laaa
Tapi mahal nak mamps..  Huwaaaa. 

Asalnya,  kami tak bercadang pun nak beli pancake ni tapi... 
Kepedasan makan mee punya pasal
Huhuhuhu..  Amek kaw! 

Sk tak pasti adakah ini menu baru di ALBP atau memang dah ada sejak dulu. 
Haaaa..  Inilah bendanya yang dah mandrem ER, Noodles Cincai Mentolan ke..  pentolan ke..  Lupa pulak bunyinya..  Hahaha. 

Noodles Cincai ni didatangkan dengan lima tahap kepedasan:
1. Penakut
2. Yang sedang saje
3. Pedass
4. Pedas Berdesing
5. Pedas Arwah

Hahaha

Ingatkan dorang masak lima jenis kuah rupanya makin tinggi tahap pedas kita nak,  makin banyak dia bubuh sambal cili thai.  Cili thai tau..  Mahu tak berdesing..  Nasib tak arwah.. Huhuhu. 

Jadi..  Dapat kepuasan atau penyesalan? 
Tak mo jawablah..  Pergi sendiri kalau nak tahu  hahaha. 

CUTI-CUTI MUAR 2

Assalamualaikum...

PAGI RAYA Aidiladha,  selepas menikmati ketupat dan soto,  Sk sekeluarga bertolak ke Muar.  Haaa..  Muar lagi!  Kali ini untuk menghadiri majlis aqikah cucu saudara.  Boleh sahaja kalau nak pergi balik hari tapi macam biasa, Encik Rizar kita memang suka bermalam. 


Kali ini,  kami menginap di Classic Hotel. Namapun dah klasik kan,  begitulah juga keadaan hotel yang sinonim dengan kebanyakan hotel lain.  Satu kelebihan menginap di sini adalah ia bersebelahan dengan kompleks membeli belah dan  berhampiran dengan Uptown Bandar Maharani.  Boleh jalan kaki jer,  eksesais kononnya..  Hahaha.


Malam tu macam biasa cari mee bandung dan sate Muo tapi memang agak hampa kerana kurang menepati selera. Gambar pun entah mana..  Mungkin tak ambil kot,  hehehe. 
Pagi hari kami memilih untuk bersarapan di cafe hotel kerana pakej sarapan sudah termasuk dalam harga bilik.  Rugilah kalau nak makan di luar. Sarapan disediakan secara ala carte dan Sk memilih nasi lemak.  ER pula nak makan American Breakfast yang sungguh menyedihkan.  Mana tah gambarnya hilang juga..  Haha. 
Disebabkan jemputan bermula pukul 3 petang
Maka kami ada banyak masa lapang selepas check out.  ER mengajak kami ke Kopitiam 434 bantai kopi lima enam cawan..  Huwa huwa huwa.

 Dah..  Dah..  Jom pergi kenduri! 

Monday, September 18, 2017

KARI TULANG LEMBU NOXXA

Assalamualaikum...

TULANG lembu ni dah seminggu Encik Rizar beli baru Jumaat lepas sempat Sk memasaknya.  Yang kelakar,  malam tadi baru sempat nak makan dengan sempurna.  Ada papadom,  ada sambal belacan, ada telur masin dan ikan kering.  Lepas masak hari tu,  main jamah-jamah dan cecah roti aje yang sempat.  Amboiii..  Sibuk nampak ek,  hahaha.

ER pesan,  nanti masak lagi.  Errr..  Sedap sangatlah tu,  kan..  Kui kui.


Kali ini,  Sk masak menggunakan periuk noxxa secara tumis darat. Memang lagi senang kerja berbanding kita menumis dari dalam periuk noxxa tulah. 

Kari Tulang Lembu Noxxa

1 kg tulang lembu
400 gm daging lembu dipotong lebar satu jari
Sebuku halia besar ibu jari kaki
Air secukupnya

-Masukkan semua dalam inner pot
- Letakkan knob ke fungsi pressure
-tekan high pressure 40 minit
- bila dah selesai lepaskan wap

15 minit sebelum tempoh merebus tamat
Bolehlah sediakan bahan-bahan rempah kari
Sk guna rempah kari cap o

Bawang Merah/Besar
Bawang Putih
Rempah Tumis 4 sekawan
Kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Cengkih
Daun kari
Rempah kari dijadikan pes
(sediakan bahan tumis yang banyak baru sedap) 

Panaskan kuali,  masukkan minyak dan panaskan. 
Tumis semua bawang dan rempah tumisa hingga naik bau
Kemudian baru masukkan pes kari
Kacau lagi hingga pecah minyak
Tambah air jika perlu, gunakan api kecil. 

Periuk noxxa yang dah dilepaskan wap
Buka penutupnya
Hidupkan fungsi stir fry
Tuangkan bahan tumisan tadi
Masukkan kentang
Biarkan mendidih dan masukkan stok pati lembu.
Matikan fungsi stir fry
Tutup periuk,  high pressure lagi 5 minit untuk empukkan kentang. 
Siappppp!! 

Sunday, September 17, 2017

CUTI-CUTI MUAR

Assalamualaikum...

DUA kali dalam tempoh dua minggu,  Sk bermalam di Muar atau orang Johor sebut Muo.  Boleh dikatakan Muo antara destinasi yang sering menjadi pilihan Encik Rizar untuk singgah sama ada untuk bersarapan di bandar Muo atau makan tengahari di Parit Jawa atau makan malam di Terminal Bas Bentayan.

Satu di antara destinasi wajib singgah
Asam Pedas Parit Jawa.
Masa ni sehari selepas balik dari majlis perkahwinan di Cyberjaya tu
sampai Muo lapar
lalu terus ke Parit Jawa sebab teringin nak makan asam pedas
heheheh
makan dengan penuh berselera
licin ikan tinggal tulang
kuah asam pedas setitis pun tak tinggal, hahaha.



BEI BOUTIQUE HOTEL

Minggu seterusnya, kami tinggal berdua saja sebab Iman mengikuti trip sekolah ke Perak Darul Ridzuan. Encik Rizar kata, dah lama kita tak 'gamble' jalan-jalan.
Ialah, setiap Jumaat dan Sabtu Iman ada tuisyen
jadi memang agak payah jugak nak berjalan kalau tak ada cuti panjang.
Dia pujuk-pujuk Sk ke Muo, hurmmm.
Disebabkan Sk pun fikir, kalau duduk rumah kena masak pulak
jalan-jalan pun seronok jugak
maka Sk pun setuju, kah kah kah.
Terus buka booking.com laaa.. apa lagi!

Kami memilih untuk bermalam di Bei Boutique Hotel (BBH)
 yang terletak di Jalan Abdul Rahman, Muar.
Hotel masih baru tentulah cantik dan moden.
Bila masuk aje rasa macam dalam cerita Titanic pulak kerana ciri-cirinya yang agak klasik termasuklah penampilan kakitangan hotelnya.


Masuk sahaja ke bilik memang rasa wow giler
cantik sangat tapi tv kecil dan biliknya pun taklah luas
cukup-cukup untuk dua orang kot, kalau nak letak extra bed pun rasanya tak ada ruang dah


Ciri-ciri bilik air yang moden
menggunakan cermin dengan lampu digital
peralatan mandian yang canggih
Set mandian dan perkakas yang lengkap

Semua dalam peti sejuk tu percuma
tapi peti sejuk tak cukup sejuk pulak


Walaupun orang kata, tak sah ke Muar kalau tidak bersarapan sate dan mee rebusnya
namun kami memilih untuk bersarapan di hotel.
rugilah kalau nak sarapan di luar pulak, kan.

Sarapan disediakan secara ala carte
tapi tetap ada set yang lengkap.
Ada tiga pilihan tak silap, nasi lemak, omelette atau capati
macam roti dan cornfalkes tu memang dihidangkan di setiap meja.


Seminggu dua ni memang hancurlah diet
Sia-sia aje dari ahad sampai isnin makan telur, makan sayur, makan buah
tapi bila hujung minggu belasah macam-macam
aisehhhhh.. isk isk isk


Balik dari Muar
singgah lagi ke Parit Jawa
kali ini kami ke pasar pula dan ternampaklah pulak mentarang ni
teringin sangat nak rasa, beli 1/2 kilo aje balik rumah masak bakar sambal.

bersambung...


Friday, September 15, 2017

UBAT PERIUK KAK KABU

Assalamualaikum...

BILA kali terakhir anda menikmati secawan air ubat periuk yang hangat dan mendamaikan? Bagi Sk sendiri,  rasanya ada jugak sepuluh tahun tak minum ubat periuk ni.  Dulu,  Sk selalu mendapatkan bekalan ubat periuk dari seorang makcik ni tapi sejak dia berpindah,  Sk agak ragu-ragu nak beli ubat periuk di pasaran.  Bukan tak percaya tapi tak tahu nak pilih yang mana satu,  hihi.

Alhamdulillah,  baru-baru ni Sk diperkenalkan dengan ubat periuk kak kabu oleh seorang rakan blogger.  Bila dipelawa untuk mencuba ubat periuk ini, Sk tak teragak-agak untuk menerimanya kerana Sk merupakan seorang penggemar ubat periuk..  Haaa..  Jangan tak tahu..  Hahhaa.


Tak susah untuk menyediakan secawan air ubat periuk yang berkhasiat jika anda membeli ubat periuk kekabu ni. Setiap bungkusan ubat periuk cuma perlu direbus dengan air secukupnya sehingga mendidih dan ditapis sebelum diminum. 

Tak pahit ke? 
Bagi Sk tak,  macam kita minum teh tanpa gula atau chinese tea atau green tea jer. 
Adalah rasa akar kayu sikit tapi jangan risau
Sebab anda boleh campurkan kandungan air dengan air suam untuk mendapatkan rasa yang anda boleh terima,  gituuu. 


Setiap bungkusan ubat periuk mengandungi:
• Bidara putih
• Sepang dara
• Bunga cangkok
• Sambiloto
• Misai kucing
• Kayu sepang
• Kederang
• Dan banyak lagi herba yang berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan kita

Cara pengambilan :
- Rebus sepeket kandungan ubat periuk dengan SEPERIUK air hingga mendidih
(tidak boleh direbus separuh-separuh) 
- Minum 2 kali sehari.. secawan pagi, secawan malam
- Lebihan air dlm periuk biarkan tetap di dalam periuk dan JANGAN simpan di dalam peti ais.
- Bila nak minum, terus panaskan
- Kalau air kurang, tambah sahaja air sampai 10 hari 
- Tidak boleh direbus cuma sekali dan buat stok berbotol-botol kerana setiap rebusan akan keluarkan lebih banyak pati.


Air rebusan pada hari ke 10
Masih ada warna tetapi rasa ubat periuk tu dah hampir tiada langsung.  
Esoknya bolehlah kita rebus peket ubat periuk yang baru jika mahu terus mengamalkannya. 


Ubat periuk keluaran Kak Kabu. 
Eh,  yang dalam botol tu,  apa ya? 


Ubat periuk jugak tu tapi dalam bentuk kapsul bagi memudahkan mereka yang tak reti nak minum airnya,  heheheh. 
Cuma RM60 untuk sukatan satu bulan atau ambil sebiji dua kali sehari. 
Kapsul ni sesuai untuk mereka yang sibuk dan tak ada masa nak rebus ubat periuk. 


Ubat periuk selain dalam bentuk akar kayu
Juga telah ditransformasi dalam bentuk yang lebih mudah untuk diambil.
Katalah kita nak pergi bercuti lama-lama kan,  macam mana nak rebus ubat periuk? 
Jangan risau sebab ubat periuk kekabu juga boleh didapati dalam bentuk maajun dan kapsul rempah, mudahkan? 

Yang suka pada rasa herba boleh ambil dalam bentuk maajun tu cuma sebiji sehari. 
Maajun, Kapsul Rempah dan Ubat Periuk adalah dari bahan yg sama, khasiat yg sama, cuma dibuat pelbagai bentuk untuk memudahkan semua golongan untuk mengamalkan ubat periuk. 


 Ubat periuk Kak Kabu juga menawarkan harga mampu milik kepada semua,  insyaAllah. 

Kalau nak tengok pendapat mereka yang pernah mengambil ubat periuk kak kabu ni anda bolehlah follow ig kak kabu di 
KekabuOnlineDotcom.

Bagi mereka yang berpantang normal / czer / keguguran, ubat periuk ini hendaklah diambil 3 cawan sehari

Tak Boleh di ambil oleh : 
- Mengandung
- Breastfeed mom pada G6PD baby
- Sakit kronik yg perlu pantauan doc sentiasa
- Kanak2 yg belum akil baligh atau bawah 16 tahun

Boleh di ambil
- Anak dara
- Bakal Pengantin (lelaki perempuan)
- Suami Isteri
- Mak ayah yg dah uzur yg sakit2 sendi
- Wanita yg TTC (try to conceive utk ikhtiar hamil)
- Wanita yang tidak berpantang
- Bersalin CZER 
- haid tidak teratur
- Kencing Manis / Darah Tinggi / Gout
- Peranakan jatuh
- Sakit tumit
- Breastfeeding Mom

Kelebihan
- tidak pahit
- ini adalah HERBA dan bukan jamu. jadi ubat periuk tidak panas.. Sebab tu boleh diambil oleh ibu menyusukan  bayi.  

Sepuluh hari selepas mengamalkan ubat periuk ni memang badan rasa ringan jer dan kurang penat.  Tenaga pun macam banyak aje sampai boleh join larian merdeka anjuran kolej semalam.  Haaa..  Yang tu nanti Sk cerita.

Selain ubat periuk,  kekabu online juga turut menjual
- mandian serum
untuk mandian dalam pantang RM25/pek utk 5x mandi
- Manjakani Serapat untuk wanita yg berkahwin dan boleh dijadikan masker (RM30 / 30biji / 15 hari). 300% tiada campuran dan hanya ada herba Manjakani & Akar Serapat sahaja,  digalakkan ambil dgn ubat periuk utk kesan yg Umph! Bf mom boleh ambil.
- Tongkat Ali (RM35 / 30 biji / 15 hari). 300% dari akar tunjang Tongkat Ali dan lebih berkesan dari kopi 3 in 1 campuran tongkat Ali yg cuma ada berapa persen je ekstrak tongkat ali.
- tongkat ali bole di ambil lelaki dan perempuan
- bf mom boleh ambil
- utk wanita yg dah hilang rasa enak bersama suami (mati putik), boleh ambil tongkat ali utk kembalikan semula rasa bahagia rumah tangga.

Jom dapatkan ubat periuk kak kabu online sekarang. 

Klik





Saturday, September 2, 2017

LEBIH MONTOK DENGAN PRIME BUST CREAM

Assalamualaikum...

Adakah anda mengalami masalah seperti di bawah:-

Payudara Kendur?
Payudara kecil?
Payudara melendut?
Suami selalu cakap payudara kecil?
Mahukan payudara yang menawan?
Nak pikat hati suami?
Anda dah cuba pelbagai produk tapi masih tak menjadi??

Memiliki payudara yang bulat, mantap dan gebu menjadi idaman setiap wanita dan para sang suami pun akan suka kalau isteri mereka punyai payudara yang mantap. Bagi kebanyakan wanita, memiliki bentuk payudara yang menawan melambangkan kecantikan dan keyakinan bagi seseorang wanita. Alami Keajaiban dengan produk yang semakin hangat dipasaran keluaran BeautyMe Cosmetic.

Prime Bust Cream (PBC)

Keistimewaan Prime Burst Cream
Prime Bust Cream adalah krim semulajadi yang boleh membantu membesarkan, menganjalkan serta mencantikkan bentuk payudara wanitaKesan boleh dirasa seawal 3-7 hari (denyutan lembut disekitar payudara) dan yang pasti bau epal dia sangat-sangat wangii...

Untuk kesan pembesaran dan penganjalan yang kekal digalakkan untuk menggunakan 3 botol Prime Bust Cream (PBC). Produk PBC bukan sahaja dikenali di Malaysia, malah semakin dikenali pasaran luar negara. Prime Burst Cream telah disahkan oleh KKM anda tidak perlu ragu-ragu untuk menggunakannya. Prime Burst Cream juga telah menjadi  kegilaan para model terkenal seperti Lisaa Pinelle dan Holly Wolf.

Jom tengok apa kata mereka yang telah menggunakan PBC



Jom dapatkan Produk Prime Bust Cream ini sekarang. 

Facebook : 
Instagram : 
https://www.instagram.com/pbc_hq/?hl=en%203-
Whatssap : 601127172016

FESKO KPYPJ 2017

Assalamualaikum... Sk ingin mengajak anda yang tinggal berhampiran Kulai atau sekitarnya untuk sama-sama memeriahkan Festival Konvokesy...