MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Friday, October 13, 2017

TOMBIRUO : PENUNGGU RIMBA

Assalamualaikum...

PUAS! 
Itu yang dapat Sk ucapkan selepas tamat menonton filem yang Sk tunggu sejak membaca novelnya lebih kurang dua puluh tahun lalu.  Walaupun masa tu jarang sekali sebuah novel diadaptasi ke layar perak namun sebagai pembaca yang begitu menghayati watak dan terjun ke dalam cerita,  Sk sering membayangkan watak-watak utamanya jika naskhah ini diangkat sebagai sebuah filem atau drama.  Hurmmm..  Memang kuat berangan sejak dulu rupanya,  huwa huwa huwa. 

Sejak mendapat khabar bahawa penulis novel thriller dan prolifik nombor 1 Malaysia,  
Ramlee Awang Murshid bertemu sendiri dengan Pengarah Nasir Jani bagi menyatakan hasratnya menghidupkan watak utama Tombiruo : Penunggu Rimba ke dalam sebuah filem,  Sk mula teruja. Bila sahaja mendapat tahu Zul Ariffin dipilih memegang peranan sebagai Ejim maka Sk semakin tidak tentu arah..  Kah kah kah. 


Sk memilih tayangan pada jam 8.40 malam kerana Iman terlibat dalam satu pertandingan pementasan drama di Expo Johor Berkemajuan semalam.  Jadi,  kenalah tunggu dia balik sekolah dulu.  Cuma pergi berdua sahaja dengan Iman sebab Encik Rizar bertugas di luar kawasan.  
Terkejut juga masa nak beli tiket tu sebab  sebahagian kerusi dalam panggung telah penuh. Akhirnya Sk memlih tempat duduk tiga baris dari hadapan.  Bagus jugak sebab tak ada orang lalu lalang depan kita.


Tengok,  masih pakai baju kurung yang Sk pakai siang ke pejabat sebab memang tak balik ke rumah langsung. Walaupun dekat je dengan rumah tapi boleh makan masa hampir sejam juga kalau berpatah balik,  buat penat jer nanti.  Lagipun setiap petang khamis memang Sk akan jumpa ibu dulu di Senai. Jadi janganlah terkejut tengok Sk pakai baju kurung tengok wayang,  hahaha. 

Review :
(Dipetik dari fb Sk sendiri) 


Semua orang tahu filem ini merupakan adaptasi dari novel penulis thriller no 1 Malaysia Ramlee Awang Mursyid berjudul Tombiruo : Penunggu Rimba dan sejak membacanya lebih kurang 20 tahun lalu saya sangat suka dengan watak Ejim yang merupakan hero dalam novel.


Tombiruo : Penunggu Rimba mengisahkan tentang seorang bayi yang dihanyutkan ke sungai apabila cuba dibunuh oleh bapanya sendiri. Bayi berwajah bukan manusia itu ditemui oleh seorang bekas perajurit yang memeliharanya dengan kasih sayang seorang ayah yang menamakannya Ejim dan dibekalkan dengan ilmu pertahanan diri. 
Semakin meningkat dewasa Ejim sedar bahawa kampung dan hutan tempatnya berlindung kian terancam dengan rancangan pembinaan empangan. 


Dalam masa yang sama, seorang wartawan, Wan Suraya cuba menyelongkar komplot di sebalik pembinaan empangan tersebut yang akhirnya menjadi titik pertemuan antara Wan Suraya dan Ejim. 
Satu kesilapan apabila sebuah novel diangkat ke layar perak adalah apabila pengarah cuba untuk memuatkan keseluruhan bab dalam novel ke dalam skrip filem yang berdurasi selama dua jam.  Ini menjadikan rentak filem seperti terkejar-kejar dan adakalanya macam kartun.  Namun dalam filem Tombiruo, pengarah bijak memilih plot demi plot sehingga tidak merosakkan cerita dalam novel itu sendiri.  Walaupun sedikit kecewa kerana beberapa babak menarik dalam novel yang juga penting bagi saya tidak diwujudkan dalam filem ini namun ia masih tidak merosakkan cerita yang hendak disampaikan kepada penonton.  
Filem ini sarat dengan aksi sehinggakan saya hampir terlupa untuk menelan air liur setiap kali tiba babak pertarungan.. Hahaha. Ya,  saya peminat filem aksi walaupun korang nampak macam Mak Inche sangat,  kah kah kah. Kesan khas seperti pergerakan akar kayu dan pokok-pokok hutan sebagai lambang 'semangat hutan' yang berkait dengan Tombiruo begitu mengagumkan. Ada sedikit babak yang membuatkan saya dan sebahagian penonton tergelak namun ia tidak menjejaskan mood saya untuk terus menonton. 
Selain aksi,  saya sukakan sinematografi dan keindahan flora dan fauna yang mewarnai filem ini terutama Gunung Kinabalu yang megah menjadi latarbelakang di Hutan Keningau di mana pondok Ejim didirikan.


Selepas digandingkan dalam J Revolusi, nyata Zul Ariffin dan Farid Kamil sememangnya punya chemistry.  Nabila Huda tetap hebat seperti selalu.  Saya juga sukakan penampilan Faizal Hussein,  Datuk M Nasir dan Datin Marlia Musa dalam filem ini. Rasanya inilah pertama kali filem adaptasi novel yang tidak mengecewakan saya sebagai antara ribuan pembaca Tombiruo. Ada yang bertanya saya,  adakah Ejim akan membuat rawatan pembedahan plastik seperti dalam novel,  jawapan saya anda harus menontonnya sendiri. 
(perlu diingatkan filem ini adaptasi dari Tombiruo : Penunggu Rimba dan
 bukan bergabung dengan Tombiruo Terakhir)


Terima kasih kepada Saudara Ramlee Awang Murshid, pengarah Nasir Jani dan Seth Larney serta Layar Sunan kerana menjadikan impian kami melihat Ejim di layar perak menjadi kenyataan.

Sk bagi 5 bintang!

2 comments:

  1. An author must have a vast knowledge of vocabulary. The dictionary of a writer must be full of new english vocabulary to make their work more attractive. Use of new words makes their work more valuable and graceful.
    ถั่ง เช่า สี ทอง ราคา

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

FIESTA NANAS 60

Assalamualaikum... DIAM tak diam sudah hampir empat minggu cuti sekolah berlalu, kan. Tengok di laman sosial,  ramai kawan-kawan yang menga...