SAND AND SANDALS BEACH RESORT & SPA

Assalamualaikum...

PERCUTIAN singkat semalaman Sk ke Sand and Sandals Beach Resort & Spa ini  berlangsung kira-kira tiga minggu yang lalu. Agaknyalah kot.. lupa dah bila.. hahaha, yang pasti sebelum cuti sekolah. Sk pergi berdua sahaja dengan Encik Rizar. Sebenarnya masa ni Iman terlibat dengan English Camp di Tanjung Balau. Masa hantar dia ke sekolah tu, Iman beritahu charger telefon tertinggal. Bapaknya pun rajin kemainlah nak ngantarkan ke Tanjung Balau. Sebenarnya tapak kaki dia saja gatal nak berjalan tu, hahaha.


Kami check-in di sini agak lewat juga.
Tapi nasib baik cuaca agak baik cuma hati memang tak ada keinginan nak mandi laut.
Sejak dah remaja purba ni memang Sk tak minat sangat nak berendam tak macam dulu-dulu
pantang nampak laut nak terjun aje, hahaha.
Jadi, petang tu lepas letak beg kami terus bercanda di tepian pantai.. kahhhhh!
Sayang sebenarnya nak tinggalkan bilik tapi sayang jugak kalau tak jejakkan kaki ke pantai.
Itu pun terkilan jugak sebab tak cicahkan kaki ke air laut, huhuhu.

Kami memilih bilik deluxe dan kami bernasib baik kerana mendapat bilik yang mengadap pantai, kolam dan taman. Memang satu bonus jugaklah.
Sand and Sandals ini dulunya ialah Pulai Desaru Beach Resort dan seorang pekerjanya memberitahu semasa mengiring kami ke bilik, pihak pengurusan Sand and Sandals telah membuat 100% pengubahsuaian bilik. 

Memang betul pun.. 
terlopong mulut Sk sebaik sahaja masuk ke dalam bilik yang jauh berbeza dengan dulu. 
Katil bertiang empat dengan kelambu putih benar-benar membangkitkan mood romantik gituuu... muahaha.
Anda yang hendak berbulan madu, apa lagi, jomlah ke Sand and Sandal Beach Resort & Spa.
Haishhh! Bukan untuk pengantin baru jer tau, pengantin lama cam Sk ni pun eloklah datang tempat-tempat macam ni, hahaha.
Bagi yang nak bawa anak-anak, Sand and Sandals juga menyediakan bilik untuk family.
Memang berbaloi-baloi.


Sarapan Sk pagi tu.. alaaa.. menipu jer tunjuk satu gambar
padahal yang tak amek gambarnya, hahahha.


Snuk Thai Street BBQ


Malam tu kami dinner di Snuk Thai Street BBQ yang terletak di dalam kawasan Sand and Sandals.
Dekat, jalan kaki jer tak payah bawa kereta, jimat minyak sambil eksesais, hehehehe.
Pilihan kami, Tomyam Seafood. Nak pecah perut menghabiskan, hehehe.


Dua dalam Satu, Siakap Goreng Chili Thai bersama Kerabu Mangga.
Ini memang betul-betul menyelerakan, tak sia-sia memilih, hehe.


Kangkung Goreng Belacan yang sangat sedap.
Cukup rasa pedas dan belacannya. Kalau tak pedas, tak kaw lah kannn.


Omelette besar pinggan. Terkejut Mak Inche ko.. hahaha.
Suasana di Snuk Thai Street BBQ
Makin malam makin ramai pulak yang datang.

Dah dah.. jom balikkk!

Untuk ke Sand and Sandals Beach Resort & Spa

3 comments:

  1. wahhh..bestnya lahai...ni yang teringin gak nak gi...semalam bape kak untuk family

    ReplyDelete

Tak nak komen ? .
Urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :) ..