MAKAN DI KEDAI MAKAN KEMBOJA

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

Assalamualaikum...

CERITA semalam,  Sk keluar rumah seawal jam 9 pagi semata-mata nak bersarapan di Kedai Makan Kemboja yang terletak di Kampung Mulia,  Sungai Tiram.  Dah lama teringin nak makan masakan Cambodia Muslim.  Warga JB tentu tahu,  Sungai Tiram memang agak popular dengan Pasar Kembojanya dan di Sungai Tiram ni memang ada satu perkampungan yang kebanyakan penduduknya adalah warga Kemboja.  Terima kasih kepada anak saudara Sk yang berkongsi tentang kewujudan kedai makan ini.

Sebaik sahaja sampai di sini,  suasana memang agak meriah. Kebanyakan pelanggan di sini adalah warga Kemboja dan sedang rancak berbual.  Tetiba rasa macam berada di negara lain,  hehehe
Kami bertanya menu apa yang sedap di sini dan disyorkan Banh Chiao yang merupakan makanan tradisi masyarat Kemboja.

Haaa..  Inilah rupanya Banh Chiao tu. 
Ia berupa kepingan crepe atau lempeng yang didadar nipis yang berisi inti daging lembu cincang dan taugeh. 
Crepe berinti daging ini dihidangkan bersama kepingan salad segar,  daun selasih dan timun. Yang dalam mangkuk tu merupakan sos pencicahnya.  Nampak macam kuah kacang kan..  Tulah dia..  Serupa tapi tak sama. 

Cara Sk menikmati Banh Chiao. 
Bungkus crepe berinti daging dalam daun salad kemudian letakkan beberapa helai daun selaseh dan celupkan ke dalam sos..  Fullamakkk!  Aroma daun selaseh tulah yang benar-benar membangkitkan rasa istimewa dalam hidangan ini. 

Selain tu,  kami tiga beranak makan Kuey Teow Sup Daging ni. Rupa macam bihun kan,  tapi rasa kuey teow. Rasanya seakan-akan mee celup cuma tak ada taburan kacang tanah tumbuk.  Nak kata rasa macam mee sup daging vietnam pun ada juga. 

Kalau rasa nak masin,  manis atau pedas boleh ubah sendiri mengikut citarasa dengan bahan-bahan seperti gula,  serbuk lada hitam,  sos cili,  sos ikan dan sambal cili yang diletakkan di atas meja. 

Tengok tu..  Kalau Mak mertua lalu pun tak perasan tau..  Hahaha. 

Sehingga jumpa lagi di sesi masak dan makan yang lain,  wassalam. 
Tags

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!