Sunday, April 22, 2018

CUBE PINEAPPLE TART VIRAL

April 22, 2018 2 Comments

Assalamualaikum...


ALHAMDULILLAH... 
berjaya jugak siapkan Tart Nenas Kiub yang sedang viral di media social kini. 
Masa mula-mula terpandang status yang dikongsi seorang rakan,  Sk terus jatuh cinta dan tanpa berfikir panjang terus join PJJ cube pineapple tart ni. 


Orang kata dari mata turun ke hati. 
Ramai yang memang jatuh kasih dengan kejadian tart yang menawan hati ini. 


InsyaAllah,  akan dijual raya nanti melalui ejen-ejen Sk. Doakan Sk sihat dan diberi kelapangan masa sebab ramai yang dah bertanya, mudah-mudahan ya.. Amiiinn Ya Robbal Alamiiinnn. 

Friday, April 20, 2018

FIESTA RAMADAN @ THE PUTERI PACIFIC

April 20, 2018 5 Comments
Assalamualaikum... 


MAKAN lagi! 
Kali ini Sk telah diberi peluang untuk merasai hidangan buffet Pra Ramadan 
di Puteri Cafe,  The Puteri Pacific Johor Bahru.  
Sempena Ramadan yang akan tiba dalam jangka masa tidak sampai sebulan,  
Puteri Cafe akan mengadakan Fiesta Ramadan selama sebulan. 


Dengan harga RM98+ bagi dewasa
& RM55+ bagi kanak-kanak 6 - 12 tahun
Sajian Buffet Ramadan di The Puteri Pacific adalah antara yang agak berbaloi untuk anda membawa keluarga tersayang atau syarikat korporat yang ingin membawa staf untuk berbuka puasa di hotel sebagai penghargaan atas komitmen kepada syarikat.

Meh kita tengok antara hidangan yang disediakan di Puteri Cafe ini. 
Jom! 

Nasi Beriyani
Nasi Mandi
Kuzi
Roti Jala
Murtabak
Char Kuey Teow
(kredit gambar UyulRosli) 
Yang pasti bila berbuka mesti nak makan yang manis-manis..  Aduyaiii..  
Semua sedap-sedap pulak tu. 
(kredit gambar UyulRosli) 


Antara gerai yang menarik perhatian Sk
pastry yang dihidangkan panas-panas.. nyummmm!


Lamb!


Macam biasa, setiap kali menghadiri majlis macam ni wajiblah bawa Iman.
Bila nampak aje kambing, memang Iman tak toleh lainlah.






Makan Pizza pulak Si Iman


Pelbagai pilihan pasta dengan dua jenis sos.
Kalau nak makan panas-panas boleh bagi pada chef untuk dipanaskan.


Paling best ada ikan bakar yang disediakan secara live dengan pelbagai pilihan sambal, 
boleh pilih ikut citarasa masing-masing.




Pelbagai pilihan salad dan sos



Pilihan kuih tradisional



Hidangan sampingan dan banyakkkkkkk lagi!


Team JDT Blogger yang hadir Food Review kali ni.
Semua sawit2 kannnn.. hihi.
Berdiri belakang dari kiri, Mar, Hernee, Uyul, Mia
Duduk depan dari kiri, Ain, Sis Lin dan Tuan Tanah Kedaung.. hehehe.












Tuesday, April 17, 2018

SOTONG BUTTER

April 17, 2018 4 Comments
Assalamualaikum...

MASAKAN yang belum jemu lagi tapi taklah boleh makan selalu maklumlah lemak dan kolesterol bertambah-tambah nanti,  hehehe.

Sotong dibersihkan dan dibedakkan dengan tepung goreng bestari,  Sk guna yang spicy. 
Tips supaya sotong goreng tidak lembik,  lap dahulu sotong dengan tisu dapur sebelum dibedakkan dengan tepung. 
Goreng dengan minyak yang cukup panas. 
Toskan di atas pengetos,  jangan tos di atas tisu dapur. 

Sosnya.. Tumis bawang putih cincang dan cili padi bersama butter,  masukkan daun kari. 
Masukkan susu cair dan serbuk lada hitam. 
Tambah sesudu kecil gula,  kacau sehingga mendidih dan berbuih-buih,  tuangkan ke atas sotong yang telah digoreng tepung tadi. 
Senang ya amat tapi leceh sebab nak kena goreng sotong dulu. 
Secara peribadi,  masak sambal sotong lagi senang,  kah kah kah. 


Sayur Baby Kailan bersama sotong jugak. 
Sotong semua bertelur dan tugas Sk makan semua telur sotong sebab tak ada yang suka. 
Kejam sungguh! 


Esok nak masak apa pulak??? 

Sunday, April 15, 2018

MELAWAT ABANG

April 15, 2018 5 Comments

Assalamualaikum...

Lokasi : Hospital Ampang, Kuala Lumpur. 
Semoga diringankan kesakitan dan diberi kesembuhan buat abang Encik Rizar yang kini sedang menjalani rawatan doktor .
Abang kini sedang mendapat rawatan susulan di Hospital Selayang. 
InsyaAllah,  nanti kami datang lagi melawat abang ya.  Kakak,  semoga terus kekal dengan ketabahan dan redho dengan ujian dari-Nya. 
Wassalam. 

Saturday, April 14, 2018

MAMBANG GHAJIN

April 14, 2018 6 Comments
Assalamualaikum...

ANGIN rajin tetiba.


Dah lama tak dikemas,  semalam susun balik. 
Berlambak buku jadi ada yang kena simpan dalam kotak terutama buku genre cinta.
Maklumlah dulu-dulu jiwang..  Kah kah kah. 

Friday, April 13, 2018

SDS 'MESSY BUN'

April 13, 2018 5 Comments

Assalamualaikum...

SDS sememangnya tidak asing lagi di kalangan penggemar roti dan pastri terutama warga Johor Bahru.  Macam Sk sendiri,  SDS adalah antara kedai roti yang menjadi pilihan walaupun dah pandai buat roti sendiri namun lain macam feel-nya bila kita beli dan terus nikmati, betul tak? 

Hari ini SDS telah membuat pra pelancaran produknya yang terkini iaitu Messy Bun. 
Wow!!  Let's get Messy


Bun yang mula menjadi kegilaan dan popular di Korea,  China,  Taiwan dan kini pastinya di Malaysia dan diilhamkan di Korea.  Haaa..  Apa saja yang berasal di Korea pastinya menjadi ikutan dan SDS ternyata tidak mahu ketinggalan untuk mengikuti trend ini. 

Messy Bun merupakan Chocolate Croissant yang berintikan coklat,  disaluti chocolate ganache dan cocoa powder. 

Nak makan pun ada cara tau..  Haaa..  Jangan nak ngelat pulak. 
Pegang kedua-dua bahagian roti seperti gambar dan bahagian atas roti rapatkan ke muka..  Lepas tu ngaplahhhh! 

Alaaa..  Lupa nak snap gambar gigi Iman,  kah kah kah! 
Okey,  dulu korang buat Ramen Challenge kan..  Lepas ni korang buat Messy Challenge pulak.  Apa macam?  Ada bran??? 

Zulaikha dan Alisha pun nampaknya nak me'messy'kan diri tu. 
Orang tua pun suka coklat kan,  apa lagi budak-budak..  Hahaha. 

Anda bolehlah mendapatkan Messy Bun mulai hari ini (13 April 2018 sehingga 15 April 2018) dengan harga istimewa cuma RM3.00 saja tau di cawangan SDS yang terpilih sahaja di bawah iaitu :
SDS Kota Tinggi
SDS JB City Square
SDS Paradigm Mall JB
SDS AEON Mall Kulaijaya
FANPEKKA Cafe by SDS,  Taman Johor Jaya
SDS Plaza Pelangi &
SDS Giant Plentong

Cepat-cepat,  3 hari saja tau harga promo ni. 

Messy Bun akan mula dijual di semua cawangan SDS mulai 16 April 2018 dengan harga RM5.80 (ahli RM5.22)

SDS juga akan menganjurkan pertandingan
Let's Get Messy! 
Acara tersebut akan diadakan di Fanpekka Cafe by SDS,  Aeon Mall Tebrau City pada 
Tarikh : 15 April 2018 (Ahad) 
Jam 2 hingga 3 petang. 

Wednesday, April 11, 2018

MAKAN DI THE GARAGE, KL

April 11, 2018 4 Comments

Assalamualaikum...

KITA cerita pasal makan lagi.  Kali ini Sk akan bawa anda ke The Garage, KL yang terletak di Ampang,  Kuala Lumpur.  Amboiii...  Jauh makan kali ni na..  Hehehe.

Rasa Sk, The Garage ni memang agak popular juga di kalangan warga Kuala Lumpur.  
Konsepnya sama seperti kebanyakan cafe hispter lain yang menggabungkan beberapa konsep dalam satu bangunan. 
Ada workshop dan ada barber shop. 
Kalau di JB ni,  ala-ala Drop Off Industri cafenya tu. 
Kan dah cakap,  Sk tekak German,  hehehe. 
Disebabkan belum tau bila boleh datang lagi,  maka Sk mengambil pendekatan berkongsi. Pilih menu lepas tu mintak pinggan lain. 
Atas sekali kiri tu ialah appetizer iaitu Cheezy Bolognese Fries. Ia adalah gandingan kentang goreng yang dihidangkan bersama sos bolognese dan diselaputi mozarella cheese.  
Antara hidangan yang dikatakan menjadi pilihan ramai pengunjung. 

Sebelahnya,  pilihan Encik Rizar iaitu Gaffe Beef Wrap.  Inti yang cukup padat dibalut dengan kepingan roti totilla dihidangkan bersama salad.  Ini kita tumpang geget sikitlah,  huhu. 

Gambar di bawahnya, Lasagna Pilihan Iman. 
Memang favourite Iman sekarang suka makan lasagna.  Nak tebalkan lemak katanya. 

Dan akhir sekali tu,  Spaghetti Salted Egg Prawn. Haaaa..  Inilah yang mencetuskan semangat Sk masak Salted Egg Spaghetti hari tu.  Jatuh cinta pandang pertama gituuuu. 
Sambil menjamu selera, ada pula halwa telinga. Happening sungguhla suasana di sini. 
Nanti kita pergi lagi eh! 

Tuesday, April 10, 2018

REVIEW DUKUN

April 10, 2018 7 Comments

Assalamualaikum...

12 TAHUN menunggu filem ini ditayangkan di pawagam..  Orang katalah.  Sk tak ingat pun dah cecah 12 tahun menunggu..  Sebab rasa macam pejam celik pejam celik,  eh..  Orang kata 12 tahun sudah.  Seperti orang lain yang tertunggu-tunggu kehadirannya,  Sk pun sama. Ia genre filem yang Sk suka.  Thriller,  seram dan aksi..  Dan ini adalah filem thriller,  kisah pembunuhan yang mengerikan.

Perlu diingatkan bahawa segala watak dan jalan cerita adalah fiksyen semata dan tidak berkait dengan mereka yang hidup atau sudah meninggal dunia. Anda harus kosongkan fikiran anda sebelum menonton filem ini agar tidak dibayangi gambar-gambar dari berita yang pernah anda baca sebelum ini.


Sebagai seorang pembayar harga tiket,  
Sk agak kecewa sebenarnya. 
Entahlah..  Rasa macam kosong aje. 
Mungkin Sk terbiasa menonton sebuah filem thriller yang penuh aksi tapi bukan dalam filem Dukun. 


Bagaimanapun,  Sk sukakan lakonan Elyana. 
Walaupun tidak banyak babak membabitkan beliau tetapi lakonannya berbekas. 

Tak tahu lagi apa nak komen. 
Bukan tak best langsung..  Tapi entahlahhh! 

Sk bagi 3.5 bintang. 

Monday, April 9, 2018

SALTED EGG SPAGHETTI

April 09, 2018 5 Comments
Assalamualaikum...

MALAM semalam,  Sk mencuba menu fusion sebagai hidangan makan malam untuk kami sekeluarga.  Asyik makan masakan yang sama kan bosan jugak. Sk syak,  Sk ni ada darah mat saleh tau sebab tu agaknya selalu jemu makan masakan melayu..  Kui kui.

Salted Egg Spaghetti ni pertama kali Sk lihat menunya di sebuah cafe yang terletak di Kuala Lumpur.  Nampak macam sedap aje dan bila Sk cuba ternyata ianya sangat sedap dan menepati citarasa Sk yang memang sukakan masakan yang berlemak-lemak ni.  Iman pun bukan main suka dan pesan untuk Sk masakkan sebab dia nak makan banyak-banyak..  Kah3.


Salted Egg Spaghetti

Bahan-bahan:
1/2 bungkus spaghetti direbus mengikut arahan pada label. 
Toskan. 

Sos Egg Salted

Bahan-bahan:
100 gm butter
4 ulas bawang putih dicincang halus
5 - 7 tangkai cili api dihiris
1 tangkai daun kari
1 tin susu cair
1/2 tbs serbuk lada putih
1/2 tbs gula pasir 
1 biji telur masin dihancurkan. 

Cara penyediaan :
1. Panaskan kuali dan cairkan butter. 
2. Tumiskan bawang putih dan cili api hingga wangi. 
3. Masukkan daun kari,  tumis lagi. 
4. Masukkan susu cair,  kacau sentiasa hingga mendidih. 
5. Masukkan telur masin, kacau terus sehingga sos menjadi pekat. 
6. Masukkan spaghetti dan serbuk lada sulah. 
7. Gaul sehingga sebati dan bolehlah dihidangkan. 

Sk hidangkan bersama Grilled Tiger Prawn with Mozarella Cheese.  
Nanti Sk kongsikan resepinya okey. 

Wassalam. 


Sunday, April 8, 2018

MAKAN DI THE PLANETZ

April 08, 2018 2 Comments

Assalamualaikum...

CERITA beberapa minggu lepas, Sk sekeluarga ke Paradigm Mall semata-mata untuk makan di The Planetz yang dimiliki kakak ipar rakan sekerja Sk. Keinginan tu mencanak-canak bilamana rakan sekerja yang lain membuat posting di fb tentang The Planetz yang terletak di medan selera Paradigm Mall. 

Anda boleh memilih hidangan nasi goreng seafood atau daging.  Pilihan Sk, Stuffed Grilled Seabass Island yang merupakan hidangan nasi goreng dihidangkan bersama lobster saiz sederhana kecil yang dipanggang. Iman,  Stuffed Grilled Cheezy Volcano (Lamb)  manakala Encik Rizar memilih Original Set Beef. 

Setiap hidangan disertakan  dengan kacang panggang,  wedges potato,  salad dan coleslow.  Nasi goreng ada telur mata kobau. 

Harga berpatutan. 
Jom ke The Planetz
Paradigm Mall Food Court JB

Wassalam. 

Saturday, April 7, 2018

ICE BOWL IMPIAN EMAS

April 07, 2018 2 Comments

Assalamualaikum...

KALI kedua Sk ke Ice Bowl yang terletak di Taman Impian Emas, JB.  Kali ni datang dengan anak-anak pula.  Hahaha..  Mesti ada yang pelik tetiba jer Sk sebut anak-anak.. Ialah,  selalunya cerita pasal Iman ajer kan..  Hehehe.

Set waffle yang menjadi pilihan kali ini. 
Pilihan Iman,  kiri atas iaitu Waffle Delight.
Yang sebelah kanan atas,  pilihan Indah,  Strawberry Waffle. Bawah kiri,  Sk punya iaitu Dragon Fruits Waffle,  bawah kanan pilihan Izzat,  Chocoberry Waffle. 
Sk suka sangat waffle di Ice Bowl ni sebab gebu dan tidak lemau walaupun bila aiskrim tu dah mencair. 

Haaaa.. Best dapat bawa budak kenit ni.  Riuh rendah jadinya dengan keletahnya bila mula-mula disuapkan dengan Snow Ice. 
Terpejam-pejam mata menahan sejuk lepas tu dia yang paling laju mencedok snow ice,  hehe. 
Izzat,  Iman dan Indah. 
Seorang lagi,  Ilham tak ada sebab sekolah sesi petang. Tahniah untuk Izzat yang dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM yang lalu.  Semoga Iman dapat menurut jejak langkah kejayaan Izzat nanti. 

Mesti datang lagi dan lagi dan lagi!