Tuesday, March 27, 2018

BERBALOINYA PERCUTIAN DI PEARL VIEW HOTEL

Assalamualaikum...

BERLALU sudah cuti pertengahan penggal 1. Semalam, anak-anak telah kembali ke sekolah. Ibubapa pun sudah kembali bekerja. Almaklumlah, masa cuti sekolahlah ibubapa akan mengambil kesempatan untuk bercuti panjang, betul tak? Tapikan... lainlah pulak bagi mereka yang masih bujang atau yang belum ada anak bersekolah atau yang anaknya sudah tamat sekolah. Mereka ni tak perlu nak menunggu cuti sekolah untuk bercuti. Boleh redah jer nak pergi bila-bila masa, oh bahagianya!!

Bila kita bercuti, kepala pun rasa lapang aje sebab tak perlu ingat pasal kerja. Tambah-tambah lagi jika percutian tu jauh dari tempat kebiasaan kita. Macam Sk, dulu... istilah cuti tu Sk suka duduk rumah, kemas rumah, tengok tv tapi terbalik pulak bagi Encik Rizar. Bagi ER, percutian tu mesti keluar dari rumah. Lagi jauh lagi bagus.. hahaha. Lama-lama Sk pun terikutlah rentak ER ni. Malah sekarang, Sk lah yang selalu memberi cadangan negara negeri mana nak bercuti dan hotel apa nak duduk, hahahaha.

Bagi yang mengikuti blog Sk ni sejak dulu, tentu tahu bahawa Pulau Mutiara adalah antara destinasi wajib Sk bercuti setiap tahun. Tak tahulah kenapa suka sangat pergi ke sini. Yang pasti tentulah kerana keunikan dan keindahan Pulau Pinang yang sukar ditemui di tempat lain terutama hidangan nasi kandar dan masakan utaranya serta bangunan lama yang masih dikekalkan di sini. Baru-baru ini, seorang teman Sk telah mencadangkan sebuah hotel yang agak menarik untuk tinggal sekiranya ke Pulau Pinang. Katanya, Sk ni asyik nak duduk tempat yang sama aje, tukarlah angin sikit, lalu Sk pun cepat-cepatlah buka website hotel yang dicadangkan tu. Amboi.. pasal cuti, laju jer kan.. kah kah kah!


Haaaa.. inilah dia hotel yang rakan Sk cadangkan tu iaitu Pearl View Hotel.
Wow.. memang sesuai sangat nama hotel ni dengan Pulau Pinang yang digelar Pulau Mutiara, kan.
Pearl View Hotel ni terletak di Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Kalau nak tahu di mana lokasinya, anda bolehlah google sendiri nanti ya.


Pearl View Hotel ini sangat sesuai untuk percutian family atau solo. Kalau tetibalah bos anda nak buat trip untuk company pun anda boleh sangat mencadangkan Pearl View Hotel ni tau. Tengoklah lobinya, giler cantik sesuai dengan namanya ditambah dengan stafnya yang sentiasa mesra dan ramah melayan tetamu yang berkunjung.


 Nak buat kursus pun boleh  kerana  ianya mempunyai facilities yang cukup untuk cater apa sahaja benda yang kita nak buat. Servis yang diberikan staf pun amat memuaskan hati, sentiasa bersedia untuk membantu kita kalau ada masalah semasa tinggal atau menggunakan perkhidmatan di hotel ini.


Sekiranya anda bercadang untuk melawat anak saudara  atau saudara yang sedang belajar di UiTM Permatang Pauh, maka Pearl View memang sesuai sebagai tempat penginapan anda. Cantikkan biliknya.


Dapat mandi manda dalam bilik air yang cantik macam ni sungguh terasa segarnya ditambah dengan bilik yang selesa sampai rasa tak nak balik, hahaha. Kalau duit berkepuk-kepuk tak habis pakai tu apa salahnya, kan, huwa3.
Seperti kebanyakan hotel lain, masa check-in pukul 2 petang dan check-out pukul 12 tengahari tapi jangan risau kerana frontdesk dibuka 24 jam untuk membantu anda sekiranya ada masalah tengah-tengah malam buta terhilang kunci atau terkunci dari luar, hahaha. Apa keslah agaknya, hihihi.


Pearl View Hotel juga turut menyediakan perkhidmatan spa untuk anda yang hendak memanjakan tubuh selepas penat bekerja. Kalau anda rasa macam sakit-sakit badan atau stress, anda boleh dapatkan balik semangat untuk masuk bekerja, maka bolehlah anda tempah perkhidmatan spa tu. Barulah balik bercuti makin segar, tak makin lemau, hehehehe.


Hotel ini juga menyediakan wifi untuk tetamu. Kalau anda suka online walaupun pergi bercuti atau ada kerja adhoc dari bos, memang tak ada masalah. Bab makan lagilah tak ada masalah, hahaha kerana hotel ini menyediakan special cuisine untuk selera anda. Kalau malas nak turun cari restoran, angkat gagang telefon, panggil room service. Senang keroje, makin lemaklahhhh!! Hahaha.


Jadi, Sk nak kongsi pada anda, jika ada bos-bos yang baca blog Sk ni dan merancang untuk membuat seminar atau kursus untuk staf anda, hotel ini ada menyediakan bilik seminar atau conference room untuk digunapakai. Kalau nak tahu rate Pearl View Hotel in Penang, anda bolehlah semak di Traveloka. Boleh jugak semak dengan marketing mereka untuk tahu group rate.

Kalau tanya rakan Sk, harganya berbaloi dengan kualiti yang bagus dari pihak hotel ini. Setiap bilik juga ada tv, dryer, safety box, katil yang selesa dan bermacam lagi yang anda perlukan.
Paling best di hotel ini ada ATM tau.. kah kah kah.. best gilerkan.. bolehlah lepas tu anda shopping sakan di minimart hotel atau nak make over fesyen rambut terbaru di salun rambut yang juga ada di hotel ini. Kalau yang nak maintain jaga kesihatan sambil bercuti, bolehlah gunakan fitness centre. Yes, nak bercuti kena juga jaga kesihatan, barulah syiokkkkk!!















1 comment:

  1. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete

Tak nak komen ? .
Urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :) ..