IFTAR DI LE GRANDEUR PALM RESORT

Assalamualaikum...

RAMADHAN.. selain bulan pengampunan dan bulan mengumpul pahala sebanyaknya, ramai yang mengambil peluang untuk berkumpul bersama keluarga atau rakan-rakan semasa berbuka puasa.
Memasak mungkin menjadi pilihan ramai selain ke bazar, namun sekali sekala tidak salah jika kita membawa seisi keluarga berbuka puasa di hotel yang ada menganjurkan Buffet Ramadhan.
Waktu begini juga, banyak syarikat korporat yang membawa staf ke majlis berbuka puasa di hotel kan. Bagi yang masih tercari-cari lokasi berbuka puasa, Sk ingin mencadangkan anda untuk ke Iftar Buffet di Le Grandeur Palm Resort yang terletak di Senai, Johor.



Dengan bayaran dikenakan RM90 bagi dewasa dan RM50 bagi kanak-kanak usia 4 hingga 12 tahun serta RM70 bagi warga emas, anda boleh menikmati hampir 150 hidangan yang disediakan di Restoran Ishwara Asian Brasserie & Terrace.

Selain berbuka, juadah bersahur turut disediakan tau dengan harga buffet RM50 (dewasa) dan RM30 (kanak-kanak 4 hingga 12 tahun)


Jom kita tengok pelbagai jenis juadah di Iftar Buffet ini.

Image may contain: plant

Di mana-mana buffet Ramadhan, Beryani adalah antara yang wajib dan sering menjadi pilihan pengunjung. Restoran Ishwara tidak ketinggalan menghidangkannya kepada tetamu untuk berbuka puasa. Dengan rempah ratus dan beras beriyani bermutu tinggi serta lauk pauk sampingan yang lazat, anda pasti berpuas hati dengan nasi beryani yang disediakan di sini.

Image may contain: food
Asam pedas pun ada tau! Siapa suka makan nasi beryani dengan asam pedas, kita geng! Hehehehe.

Image may contain: table and food

Selain nasi beryani, nasi putih turut disediakan bersama lauk-pauknya yang enak-enak belaka termasuklah Gulai Lemak Ikan Tenggiri, Daging Blackpepper, Sayur Goreng, Pucuk Manis Masak Lemak, Udang Mentega, Ayam Panggang dan pelbagai lagi.

Image may contain: food and indoor

Kambing Bakar.. siapa yang tak terliur?
Terdapat dua pilihan sos iaitu Kuzi dan Blackpepper. Dua-dua sedap!

Image may contain: people sitting, table and indoor

Konsep gerai macam ni memang best.
Jadi kita boleh terjah setiap warung dan pilih yang mana berkenan.
Image may contain: food
Terberkenan pulak dengan Sup Tulang Power.
Terdapat dua jenis sup iaitu Sup Tulang Ori dan Sup Tulang Merah dinikmati pula bersama roti bun yang lembut gebus.
Bagi peminat kerabu, boleh ratah kerabu puas-puas kat sini.
Semua sedap-sedap belaka dan secukup rasa.

Image may contain: people sitting, people eating, table and food
Peminat rojak mesti suka dengan pilihan rojak petis dan rojak buah-buahan. Tauhu Sumbat pun ada untuk dinikmati bersama sosnya yang enak.
Image may contain: food
Pelbagai jenis penambah selera seperti ulam jantung pisang, telur masin dan ikan kering yang digoreng garing.
Image may contain: food
Pelbagai pencuci mulut, kek dan buah-buahan turut tidak ketinggalan di Iftar Buffet ini.


Pelbagai pilihan minuman di sini termasuk minuman panas.

Untuk tempahan dan pertanyaan bolehlah dibuat dengan menghubungi talian 07 5996000 (Ext: 8607) atau email kepada fnbsec@palmresort.com

Anda juga boleh melayari facebook @LGPRJ

Surau disediakan
Tempat letak kereta percuma.

Jom Iftar di Le Grandeur Palm Resort!












8 comments:

  1. adoi...lapo tengok gambar makanan ni kak seri...meriah betul makanan dia........

    ReplyDelete
  2. dapnya..dapnya.. pilihan air dia banyak juga tu. bikin lapar di pagi hari.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum seri...fuyoooo pagi2 dah buka gambo makanan ni....bertabah jer la pg ni...

    ReplyDelete
  4. Perghhh paling tak tahan ,kambing, si jantung pisang, si sup tulang, si kerabu, si semualaaaaaa...semua sedap-sedap ni!! adeiiii

    ReplyDelete
  5. meriahnye makanan.
    Terbekenan kat kambing bakar tu.

    ReplyDelete
  6. petang ni berbuka di sana.. InshaAllah.. Jom rakan2..

    ReplyDelete

Tak nak komen ? .
Urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :) ..