Monday, May 28, 2018

RESEPI ROTI JALA YANG SEDAP DAN LEMBUT

Assalamualaikum...

APA khabar pembaca blog Sk hari ini? 

Hari ini hari ke 12 kita berpuasa, kan. Kalau baca posting kawan-kawan di fb,  ramai yang mengadu tak larat dah nak memasak waktu bersahur.  Sebenarnya bukan tak larat sangat,  tapi malas nak masak berat-berat tapi orang makannya sikit jerkan,  heheheh.

Bagi Sk ni,  larat tak larat kena jugak sediakan juadah yang berat waktu sahur. Alah,  bukan apa sangat pun,  yang penting wajib ada nasi sekarang sebab Iman kalau sahur memang nak makan nasi.  Di saat orang lain tak larat nak makan kerana mengantuk,  Iman makan dengan penuh berselera.  Hilang penat Sk sediakan sahur bila tengok Iman makan. Taklah penat kita memasak aje.

Lagipun bukannya memasak sangat.  Cuma perangat jer lauk dengan nasi.  Paling-paling pun buat nasi goreng.  Isk,  tak kuasa Sk menggulai pagi-pagi,  hehhehe. Encik Rizar pulak jenis yang makan sikit masa bersahur.  Tu pun kadang tak habis.  Tapi apapun dua beranak ni senang aje nak kejut bangun sahur.  Tak adalah sampai kita kena terpekik-pekik,  huwa huwa huwa.

Okey,  berbalik pada resepi roti jala,  Sk memang tetap setia dengan resepi yang satu ni. Teringat dulu-dulu belajar buat roti jala ni tak ada sukatan.  Pandai-pandailah nak agak kecairan batter kita tu.  Tapi sekarang ni tak apalah leceh sikit menyukat,  asalkan terus jadi,  hehehehe. Kena juga ada botol acuan roti jala,  lagi senang kerja. 


Bukan sahaja menjadi dengan jaya tetapi yang penting sedap.  Satu lagi kuah untuk roti jala ni jangan cair pulak.  Nanti tak melekat pulak dengan roti jala tu..  Gituuuu.

Resepi Roti Jala Lembut dan Sedap

2 cawan tepung gandum
1 cawan susu cair
1 cawan air
1 biji telur
1/2 tsp garam (secukup rasa)
1 tbsp minyak masak

Cara :
1. Masukkan susu cair, air dan telur ke dalam jug blender. 
2. Masukkan tepung dan garam.  Kisar hingga sebati.
3. Masukkan minyak masak,  gaul rata. Tuangkan batter ke dalam botol acuan roti jala.
4. Panaskan kuali leper,  apabila kuali dah panas,  sapukan minyak masak guna berus atau daun pandan disimpul.
5. Bolehlah mula menjala.

4 comments:

  1. Ooo adakah susu yang menjadikan ianya lembut ye ? Nanti boleh cuba, biasa takde letak susu... TQ Kak..

    ReplyDelete
  2. samalah..blend je.tapi biasa saya tak letak susu. tak serajin kak seri berwarna warni macam tu.
    JanjiKita

    ReplyDelete
  3. tak pernah menjala ni...selalunya beli aje kat kedai kalo teringin..roti jala kak seri nampak menyelerakan, kalerful pulak tu..boleh la try resepi ni nanti kalo nak menjala sendiri..hihihi

    ReplyDelete
  4. selalu letak telur ,inci kuning dengan tepung je,ok next time kalau buat i nak letak susu...tenkiusss

    ReplyDelete

Tak nak komen ? .
Urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :) ..